Resipi : Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi

Pejam celik nahhh minggu depan dah 2020. Dah2 la buat lawak kereta terbang tu... Tak dak kereta terbang pun 2020...tapi teknologi yang Malaysia capai ni dah beyond words pun. Sapa sangka tahun 7 tahun kebelakangan ni kita boleh video call mak kita kat kampung. Kalau pikiaq balik logik 20 tahun lepas mesti cakap tak logik kan....

But dats how the world's work now. Everything dekat hujung jari kita. But still ada negara yang masih ketinggalan. So be thankful we are living in peaceful Malaysia ni OK?

Dah membebel pulak... Nak cerita pasal ni resipi dah melalut2 plak sampai masuk ke cerita kereta terbang bagai kan. But yeah.. Here I am.. Ranting like nobody business at my own "territory" here. Haha...

Nak me masak tu senang. But sometimes.. Bila dah blank tu.. Rasa tak tau nak masak apa. Plus orang dekat dalam rumah ni jenis prefer ikan than daging/ayam. Well.. Ikan is not cheap at all. But hey yeah... Lucky they eat fish dari refuse tak makan ikan like some kids refuse to.. Rite? Kalau tak lagi xboleh blah mak nak handle lauk ayam hari2.. Boleh muntah hijo!



Bought this jenahak 6 blocks/pieces for RM16. SUPER CHEAP KANNN! I know rite... Lucky me... I got cheap supply for my fav fish.. Ikan Jenahak. Wei.. Mahai kot ikan ni selalunya. Kat kedai Aceh only RM26/kg yang da siap potong.

Nak buat kari dah bosan.. So here I am. Buat masak lemak cili padi la. Semua orang suka jugak kan.

So jom lah.. Nak share cara aku buat masak lemak cili padi ya.


Bahan-bahan:

Cili padi
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Bawang besar holland
Bawang putih
Serai yang dititik
Daun kunyit
Ikan jenahak
Asam keeping sekeping
Santan setengah botol
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup, bawang Holland dan bawang putih.
2. Dalam periuk panas kan air dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masukkan asam keping dan serai. Biar mendidih.
4. Perlahankan api dan masukkan santan. Ikut korang la nak pekat dan lebih berlemak boleh masukkan lebih. Aku nak biasa-biasa ja so aku tak letak santan banyak sangat.
5. Timbuk kuah tadi jangan sampai pecah minyak ya... Bila nampak agak pekat masukkan ikan dan perasaan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kalau nak pekat.. Boleh la biar dekat atas api.. Guna api yang slow.. Dan jangan lupa Timbuk kuah supaya tak pecah minyak ya.
7. Lastly jangan lupa masukkan daun kunyit. Taknak masuk pun xpa.. Aku dah ada.. Masukkan ja Alang2.


Makan dengan nasi panas.. Ulam.. Sambal belacan... Walahhhhh






1 Comments

Post a Comment