Ada yang dah tengok Suicide Squad yang baru ni ka? Aku baru ja tengok semalam. Ya lah of course sebab aku suka Harley Quinn kan...

Kisah dia macam biasalah Suicide Squad ni tugas dia typical la macam cerita-cerita American yang lain yang konon-kononnya "menyelamatkan dunia".

Cerita kali ni kalau nak compared dengan Suicide Squad masa yang first dulu tu... Yang first dulu tu lagi best la walaupun macam takut sebab yang first dulu involced witch la bagaikan... Yang ni yang penjahatnya tu pun alahai comelnya lahaiii.



Macam lawak pulak villain dalam cerita ni seekor giant starfish.. Ya lah.. Ni asal dari comic DC kan.. Dalam comic ya lah nampak la mcm ok.. Real life mcm ekelehhhh... Hahhahah... 


Pastu kan... Dia ni kan Si John Cena ni jadi Si  Peacemaker... Ntah aku tak gemorrr la tengok dia ni berlakon... Ko gi balik WWE ka WWF sana boleh dakkkkk... Baik wresting ja xyah nak berlakon-lakon... 


Si mamat ganteng Idris Elba ni jadi Si Bloodsport.. Kira watak lead la dalam cerita ni macam Will Smith dulu dalam Suicide Squad 1 tu... 


And apa lah gunanya Suicide Squad tanpa Harley Quinn kita... Aku rasa watak dia ja kot paling best dalam ni.. Yang lain-lain tu harap Idris Elba ja... 

Nak komen lebih2 pun xleh sebab aku rasa cerita ni pada aku kurenggggg kalau nak dibandingkan dengan yang 1st dulu. Harap ke Harley Quinn punya watak ja kot orang tertunggu-tunggu.. Tu pun jalan cerita macam tak berapa best. 

Ntah la nak komen lebih-lebih pun tak boleh gak.. Maybe jugak sejak MCO tak pernah habis ni hidup aku pun jadi hambar... So bila aku tengok cerita pun semua jadi apoooo nan hadooo ja ni... Expectation aku jadi tinggi... Huahuahauhua....ni siap aku boleh gi dry baju sat.. Boleh pi minum ayaq sat... Selalu aku kalau cerita best.. Kencing or berak pun ku tahan jebatttt tauuuuu.... 

Aku boleh bagi 3/5 🌟.. Nak rewatch balik pun tak rasa nak tengok.. Even yang first tu aku boleh ulang-ulang tengok jugak walaupun macam takut-takut. Hahahah










 


Alhamdulillah... Our breakfast today.. Kalau dulu masa kecik2.. Arwah tok duduk dengan kami... So kalau breakfast tu selalu la nanti tok tanak /kukuih pulut utk kami bfast... Paling best kalau ada nyoq kukoq+ikan masin... Pastu u sambai bilih dengan temenung ni pun antara yang haroi cing2... Kalau balik "kampung" siam sana pun bfast cari puluit... And kalau kt jitra nun di sana ada la kedaj bfast pagi2 buat puluit+nyoq parut+ikan masin /temenung/sambai bilih... Heaven nyaaaaa.... Rindu!

So rindu2 ni cita dia buat sendiri la... Sebenaqnya seumoq hidup aku ni kali kedua aku nak buat pulut.. Last year buat pulut kunin tu pun guna ppc... Ni haa kena berguru n tanya masterchef kat tawau sana mama aku  camna nak kukus pulut lemak.... 



Laki den cakap lemak helok pulut nya... Ni set2 bfast geng2 buat bendang ni... Helooooo kami geng2 pulut kulit cantik2... It's in d blood orang kataaaaa.. Dalam pantang pun boleh bedal ketupat n pulut...xdak pulak sakit2 urat kan... Dah nama keturunan makan2 pulut ni kan 😅

Pulut nya pulak kalau ikut boleh ja nak tanak.. Tapi aku suka lagi kalau yang kukus sebab nanti dia sebutir-sebutir macam makan dekat Siam sana nunnn.. Elokkk ja...


Aku guna pengukus macam ni.. Ni beli dekat Thailand sana... Tak ingat dah berapa harga dia.. Tapi kukus nasi ka pulut ka memang cantik ja kejadian tu. 

So untuk kukus ni... Kena tiga kali kukus... Kalau ikut petua mak aku... Kena rendam dulu 4-5 hrs. Aku rendam ja semalaman gitu haa... 

Dah umor 36 tahun pun kena message tanya maktok depa ni macam mana nak buat pulut lemak.. Hahahha.. Sadis betul 😅


Pastu kan..untuk kukus tu... kukus dulu 1st round. Dalam 10-15 minit macam tu masukkan pulut yang korang kukus tadi dalam besen and curahkan santan and sedikit garam. Lepas tu gaul-gaul. Then masukkan balik dekat bekas pengukus atas tu dah kukus lagi dalam 15 minit. Lepas tu repeat proses tadi and letak lagi santan. Aku guna santan kotak kecil tu ja... So aku habiskan sekotak tu and gaul-gaul. Lepas tu aku kukus lagi sekali dalam 10 minit macam tu.



Cantik ja kejadian... Memang lemak2 rasa dia.. Sesuai dengan nama pulut lemak.. Gant nasi lemak di pagi hari. 



Kena pulak dengan ikan masin kan.. Fuhhhh sedapnyaaa... 

Tak tau berapa lama lagi nak kena hadap MCO yang berterusan ni... Dengan kes harian Covid yang makin tak nampak akan pulang ke pangkal jalan... Buatkan aku rindu kehidupan sebelun Covid melanda. Terlalu rinduuuu dengan semua2 tu..

Antara yang aku rindu adalah makan dekat Kedai Tomyam yang betul-betul pure dari sana... Rindu jugak nak makan dekat Pak Bara, Hatyai semua 😭😭😭

Buat masa sekarang... Rindy nak makan siakap steam limau 😓😓😓.. So kena la beli sendiri siakap dekat Tesco untuk buat steam limau dekat rumah ni....



Alang-alang nak beli.. Beli la dua ekoq kan... Satu lagi nanti kita buat miang pla pao ka kan... Sedappp uiii...



Murah la siakap besar ni dekat Tesco/Lotus.. Dalam RM8 ja... Tapi tu la pakej dia hg kena bersiang sendiri la ikan tu... Pakej hanyiaq satu badan 😂


Ok la untuk buat steam limau ni... Senang ja.. Bahan-bahan pun semua jenis mudah2 ja nak sediakan... Jom la tengok bahan-bahan yang aku guna kan...

Bahan-bahan 

Ikan siakap yang dah disiang and cuci bersih

1 biji lemon / 3-4 biji limau nipis

Segenggam bawang putih

3 biji cili padi merah pedas gila 

7 biji cili padi***nak kurangkan pun boleh tapi x kick la... 

2 sudu besar kicap ikan/ namfla

4 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil aji/maggi cukup rasa

Daun ketumbar


Cara-caranya:

1. Masukkan bawnag putih, cili padi merah pedas gila dan cili padi hijau ke dalam chopper, boleh la kisar kasar 3 bahan ni. 

2. Gunakan kuali besar dan panaskan 2 gelas air. 

3. Bila air da mula mengelegak masukkan air perahan lemon/limau dan masukkan ikan ke dalam kuali. 

4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dalam chopper tadi ke dalam kuali. Kacau dan alihkan ikan ke bahagian lagi satu selepas masak menggelegak 10 minit setiap bahagian.

5. Kemudian masukkan nam fla/kicap ikan, gula, garam dan serbuk perasa. Balance rasa masam manis dan pedas ni. Kalau kurang rasa manis.. Boleh tambah sikit lagi gula.. Kalau kurang masam boleh tambah lagi air perahan limau. 

6. Masak sehingga ikan masak (kena ingat bila masak sekor2 macam ni.. Akan ambil masa untuk fully cook)...ambil masa setiap bahagian lebih kurang 10 minit untuk masak.  Bila agak-agak nak masak.. Masukkan daun ketumbar. 

7. Da siap boleh angkat dan hidangkan... Dan tabur lagi daun ketumbar ke atas ikan. Bagi yang tak suka daun ketumbar boleh skip daun ketumbar. Macam aku terlalu favourite daun ketumbat ni.. Boleh la letak banyak-banyak ya.


Aduhhh telan ayaq lioq pulak tengok ni😂😂😂



Sedap steam limau ni sebab dia pedas-pedas masam. Hirup kuah dia tu.. Fuhhh feeling gilaaa... Nikmat gilaaaaa la haiiiiii.... 
Boleh naik sheik tok nenek belah siam aku tu
 😅😅😅

Bila la boleh balik kampung tok nenek tok moyang ni... Cicit nak balik makan laksa siam 😭😭😭








Al Fatihah Buat Siti Sarah Raisuddin

by Alia Farhan, 10:48 AM

 



Sebak bila baca pasal pemergian Siti Sarah bertemu dengan Pencipta Negara Abadi. Sebak sebab as a mom, a wife.... Everything feel so breakable at this point.

I'm not really a fan of her. Tapi suka dengar suara dia sebab lain dari yang lain. Those yang kenal aku dari sekolah mesti tau aku ni x fan sangat lagu-lagu Melayu ni.. Most of the time aku punya halwa telinga ke arah ke-baratan seperti yang diperkatakan oleh kawan aku masa sekolah dulu. But her voice really catch my attention. Teringat lagi masa nak ambil SPM.. ye lah time tu famous lagu Siti Sarah ni Kesetiaan dengan Misha Omar time tu... Bunga-bunga Cinta tu. Time tu woah.. Sedap suara dia! Lagu yang lain-lain aku x berapa tahu sangat. Tapi yang aku tau suara dia memang sedap and arwah ni aku tak pernah pun dengar yang buruk-buruk pasal dia. 

Tapi bila baca Arwah Siti Sarah kena masuk ICU sebab covid.. Hati dah tak sedap dah sebab aki teringat kakak aku selalu cerita banyak patients dia ibu mengandung ni kalau kena Covid ni high risk sangat. Banyak yang kecundang. Allah.... Sumpah time tu da risau and mendoakan keajaiban untuk Sarah.

Tapi Allah lebih sayangkan dia kan. Betullah kata Shuib, isteri dia Allah pinjamkan 11 tahun ja dekat dia. Serius respect sangat dengan Shuib. Bagi aku Shuib ni memang serious gentle gila dengan bini dia. And betullah rezeki dia banyak mai melalui bini dia.. Sebab dia betul-betul bahagiakan bini dia. Lelaki/suami ni.. Kalau rezeki sempit dan asyik rasa tersekat ja... Cuba semak balik... Bini kau bahagia tak dengan kau... Kau ada buat benda-benda yang menyakitkan hati dia tak...sebab aku nampak banyak kes macam ni.. Tak jaga hati bini... Bini terkontang kanting uruskan rumah tangga, anak2 and kerja lagi..tapi laki buat dek ja dengan bini...time tu jangan cakap la Allah kejam ka apa kat kau.. Sebab kau pun kejam dekat bini kau. Allah.. Terbebel pulak. 



Seriously satu hari aku emosi gila... Sumpah emosi sangat bila Sarah dah arwah. Ya lah sebab kt ig kan minggu lepas nampak dia masak chili crab lagi 😭😭😭 sedihnya... Macam mana anak-anak dia rasa bila mak dia yang minggu lepas masih ok.. Tiba-tiba sekelip mata ja xda. Sumpah sedih... Sebab aku  bayangkan aku yang dijemput dulu Allah... Tiba-tiba bangun nak cari laki and anak-anak aku.. Tapi sebenarnya aku dah mati 😭😭😭

Sumpah koyak doh.... 


Koyak......... 


Tak sanggup nak pikir... 


Time-time covid ni... For mommies... Mengandung akan jadi satu keadaan yang tersangat high risk. Kalau bukan covid ni pun bila mengandung 50-50 jugak dah sebenarnya chances kita. Macam-macam sakit boleh ada time pregnant... High bp la diabetes(gdm) la... Darah beku la... Semua possibility boleh jadi... Tambah dengan sekarang Covid ni... 😞😞😞 Bayangkan dah sakit kena cser.. Kena telangkupkan pulak untuk bagi oxygen masuk betul-betul kat peparu tu 😞😞😞 ngilu terus tempat cser ni 😫😫😫 kalau boleh tangguh dulu... Tangguh dulu 😓😓😓

Sebenarnya kes Sarah ni membuka mata kita.. Sebab banyak ya kes harian macam ni... Ada kawan aku yang in charge NICU for baby cakap... Baby banyak yang xboleh discharge lagi sebab both parents tengah kena intubate and critical. Can u imagine what will happen to tje baby if both parents lost this battle? 😭😭😭😭

Ada yang both parents died due to Covid... Anak2  kecil dekat rumah duduk quarantine  sendiri-sendiri.... Allah... Tak kuatnya rasa bila baca cerita-cerita macam ni.... 

Kepada yang kata Covid ni tipu2 and selsema biasa ja... Please be real...dont live ur life in DENIAL... we have a very2 strong enemy for us to fight. Get VACCINATE... kita nak capai HERD IMMUNITY secepat mungkin... Berapa ramai lagi kita nak tengok tewas di medan perang ni..berapa ramai lagi kita nak tengok anak-anak jadi yatim piatu sekelip mata. 


Covid ni sangat jahat ya.... Sangatttt sangatttt sampai bagi kesan dekat mental health kita semua. Aku tak bolehhhhhh la nak hadap berita-berita sedih lagi.... 

And aku rasa bukan mak2 and bini2 ja yang emo hari ni.. Bapak2 and suami orang pun terkesan hari ni... To all bapak2 and laki2 orang... It is nothing wrong to show affection to your love one... Buat kat bini sudah la kannnn... Try to live our life to the fullest... Appreciate everyone yang selalu ada dengan kita.. Family kita.. Adik beradik kita... Kita tak tau berapa lama lagi masa Allah pinjamkan kita dekat dunia ni. 

😞😞😞



Aku dah tak boleh nak bebel lagi.. Nanti mencurah2 lagi air mata aku.... Murah sangat air mata aku ni lately... 

Jom kita sedekahkan Al Fatihah utk Arwah Siti Sarah dan kesemua mereka-mereka yang dah pergi meninggalkan kita.... Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman


Al Fatihah... 







 


Nasi + cauliflower goreng. 

Bagi yang tengah diet tu.. Tapi teringin sangat nak makam nasi goreng tanpa rasa bersalah.. Boleh la cuna buat Nasi+Cauliflower goreng ni. 

Untuk nasi + cauliflower goreng ni... Korang boleh gunakan 1 cup nasi + 1 cup cauliflower yang dicincang. Lepas tu buat ja macam nasi goreng biasa tu... 

So ni cara la aku kan... Jom aku kongsi bahan-bahan  and cara aku. 

Bahan-bahan :

2 cawan nasi sejuk
2 cawan cauliflower /bunga kubis yang dicincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah pedas
3 biji cili hijau
Isi ayam yang dipotong 
2 biji telur
Sedikit minyak
Kicap ikan
Sedikit garam
Maggi cukup rasa
Ikan bilis yang digoreng 


Cara-cara :

1. Dalan chopper, masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah and cili hijau dan chopped kan bahan-bahan ni. 
2. Panaskan minyak dah tumis bahan-bahan yang di chopped tadi. Kemudian masukkan isi ayam dah kacau seketika. 
3. Lepas tu masukkan telur ke dalam  dan biarkan sedikit mengental. Bila dah nampak telur tu start setengah masak, boleh la kacau-kacau. 
4. Kemudian masukkan nasi sejuk dan cauliflower ke dalam kuali dan kacau-kacau. Biar cauliflower tu masak kejap and jangan lupa kacau - kacau ya. 
5. Bila nampak cauliflower dah putih-putih sama macam nasi boleh la perasakan dengan kicap ikan, sedikit garam dan maggi cukup rasa. 
6. Kacau sekata supaya nasi cauliflower goreng kita rasa secukup rasa. Kemudian boleh la dimasukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. 


Dah siap... 
Ni special letak petai sebab semalam laki bawak balik petai banyak gila untuk bini dia ni. Tengok macam ni tak perasan pun cauliflower tu kan 😉 
Boleh trick anak-anak yang tak makan sayur supaya makan sayur. Hahhahahha. 



Akhir kata.. Selamat mencobahhhhh






My New Pantry

in , , , by Alia Farhan, 8:25 PM

 Alhamdulillah another project done. Ni pun sebab husband kata hadiah birthday nak beli apa pun tak tau sebab kedai semua tutup kan.. Nak ajak walk in beli pun payah... So dia bagi ja duit bla bla bla untuk aku beli apa-apa yang aku nak.

Actually dah lama nak buat pantry ni. Ala-ala walk in pantry. Tapi disebabkan macam-macam jadi malas sangat nak ni apa-apa. Ni datang biol dia lama terperuk and terpuruk dekat rumah... Lepas tu husband pulak bagi duit untuk buat apa-apa yang aku suka... Makanya jadi lah buat apa yang aku nak...


Malu nak tunjuk gambar sebelum tu. Main letak ja kan time tu. Agak susah nak organize Lerberg rack from Ikea ni. Ka aku ja yang tak reti. Hhahaha.. Rack ni pun dah letgo dekat orang. 


Lepas da jual Lerberg Ikea tu.. Kita beli pulak Billy Bookcase ni. Asal dia bookcase ya. Tapi aku guna untuk letak bahan-bahan aku kat dapur ya. Baru la nampak semnggah sikit kan...kalau yang nak buat pantry macam ni tapi bajet kurang skit. Korang boleh la beli Billy bookcase look like ni dekat Shopee. Harga pun jauh lebih murah dari Ikea punya. 



Bestnya Billy bookcase ni kita boleh adjust dia punya level setiap ikut kita nak macam mana. Yang look like aku bagi tu pun boleh adjust jugak shelf dia tu kita nak level macam mana. Botol jar tinggi yang letak squid ink spaghetti dengan spaghetti biasa tu beli dekat Ikea. Ambil yang paling tinggi. Memang lepas letak spaghetti yang panjang tu. Kalau yang bulat sikit untuk letak farfalle and gnocchi tu pun aku beli dekat Ikea jugak. Dua yang depan tu ja aku recycle and reuse botol jar Prego yang besar tu untuk letak macaroni dengan pasta bentuk comel-comel yang untuk budak2 tu. 


Air fryer tu terpaksa kena letak mengiring macam tu sebab Billy bookcase ni dia punya tu tak dalam ya. Dalam 28cm macam tu ja. Kalau betul-betul nak ni kena customade dekat tukang la kan ikut dimensions yang kita nak.. For example kalau buat untuk letak-letak electrical appliances ni... Kena buat dalam sikit la kan. Tapi macam aku ni... Kira ok la... Pejam mata sikit walaupun sedikit sakit mata. Sebelum ni toaster tu aku letak dekat counter top. Tapi jarang sangat nak pakai. Laki aku ja kot yang rajin buat roti bakar ni.. Aku harap mak long tak rajin nak buat. So aku angkut la letak dekat sini. Yes aku beli toaster tu sebab cantik🤣🤣🤣 tu pun preorder dari Kmart Aus. 



Jar bottles ni ada yang beli dekat shopee.. Ada yang beli dekat Ikea. Kalau yang atas sekali tu yang chubby tu beli dekat Ikea. Yang lain tu beli dekat shopee ja. Jap aku bagi link yang shopee tu... Bagus packaging dia.. Takda yang pecah pun.. Semua cantik helokkkk ja... 
Nah aku bagi link jar cantik kat korang.... 
Boleh click kat bawah and direct terus order kt shopee korang ya... 




Ni ruangan letak segala teh mak nenek aku kan. Maklumlah aku ni tea person lagi dari kopi person. So harus letak macam ni supaya aku ingat aku ada teh-teh segala mak nenek ni supaya aku tak lupa nak minum. Sebelum-sebelum ni aku letak dalam kitchen cabinet dekat atas tu sampai lupa la apa teh yang aku ada 😜
Jar yang untuk teh bunga aku tu pun aku beli dekat kedai yang sama aku bagi link dekat atas ya. 

Untuk label pun aku seorang yang jenis practical sikit la. Aku prefer pakai label macam ni. Senang. Nak bukak senang.. Nak pasang yang baru pun senang... Kalau tersilap label pun tam kesah nak buat balik sampai lebam pun. Kalau yang jenis customade tu menangis la kalau tersilap ka apa kan.... 

Comel ja kan sticker label macam ni pun kan 😂


Ni lah si pembuat sticker label tu. Nama dia Motex label. Sapa nak beli boleh click dekat bawah. 







Overall buat pantry macam ni puas hati la sikit. Nak ambil apa pun senang. Hahhahaha. Dalam kitchen cabinet nanti-nanti la kita update. Yang tu banyak simpan stock yang lepas refill dalam botol-botol kat sini. Semua still dalam plastik but stil seal elok-elok la kan. But semua letak dalam bakul supaya tak nampak messy. Tapi kadang-kadang tu serabut gak mak tengok dia 🙄🙄🙄. Macam tu la mak-mak ni kan.. Tak reti  nak duk diam... Ada ja nak cari keja untuk buat. Tu pun orang kata jadi housewife ni bukan buat apa2 ja pun.. Kahkahhhhh.. Penat tauuuuu tak buat papa😂😂😂




 










© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS