Cakap pasal ikan keli ni... Ikan keli antara favourite aku la jugak. Suka sebab ikan keli ni murah.. Lepas tu sedap pulak tu. Goreng saja sedap.. Bakar pun sedap.. Haaa semua pun sedapppp.... Buat keli berlado lagi sedap. Ada peminat ikan keli dekat sini tak? Hampa suka makan keli ni masak apa? Aku memang hantu keli berlado.. Sedap uiiii.... 



Nak buat keli berlado ni pun senang ja.. Kalau dulu ya lah malas nak buat keli berlado ni sebab bila nak goreng tu bercinta asyik terpercik and meletop merata ja minyak dia tu walaupun dah salut tepung ka letak asam keping dalam minyak ka.. Tetap struggle wei nak goreng diaaa... Hahhahah

Cara dia macam mana? 

Guna ja air fryer tu kalau ada! Kahkahhhhhh.. Harus paham  and maklom aku suka beli gadget yang memudahkan hidup aku ya. Cuma thermomix tu out of budget mak nak.. Lagipun da xmuat dapoq😂😂😂

Cara nak dapatkan texture ikan keli yang garing guna air fryer pun senang ja. Guna aluminium foil.. Then letak ikan keli dalam tu.. Lepas tu tuang sikit minyak kat atas ikan keli tu and aluminium foil sekeliling ikan keli tu sikit... And then ko brush ikan keli tu dengan minyak guna silicone brush yang orang duk baking tu.... 

Masa duk fry dia tu boleh jenguk2 and brush oil dekat atas keli tu.. And kalih keli tu and  ulang buat sampai la dapat texture keli  garing yang hampa suka. 

Untuk bahan-bahan berlado jom kita tengok apa yang aku pakai ya. 

*2 batang cili besar merah
*3 batang cili padi merah
*7 batang cili padi hijau
*1 biji bawang besar (kalau size sederhana guna 2 biji) 
*7 ulas bawang putih 
Minyak untuk menumis
Sekeping asam gelugor
Garam
Gula 
***maggi cukup rasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan bertanda * ke dalam chopper atau blender. (aku pakai chopper ja sebab malas nak keluarkan blender.. Sapa rajin nak tumbuk ikut sukaaaa). Kalau guna chopper tarik sissss(semongkooo) sampai la dapat texture yang hang nak.... Sama la dengan blender... Blend la ikut taste hang nak texture dia macam mana. 
  2. Sementara duk tunggu ikan keli hang duk bergoreng tanpa letup dalam air fryer (tips aku da bagi dekat atas dah), boleh la start masak kuah berladonya. 
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang da selamat di-blend tadi... Kacau-kacau dan masukkan asam keping dan sedikit air. 
  4. Masak la sambal ni dalam 15-20minit sampai bahan-bahan cili tadi tu masak. Kalau kering boleh tambahkan air ya. 
  5. Dah nampak pecah minyak elok, boleh la perasakan dengan garam, gula dan maggi cukup rasa kalau suka. Bila rasa masam, pedas dan manis tu dah balance dah boleh masukkan ikan keli air fryer hampa tu... 



Cantik tak kejadian ikan keli air fryer mak tu?! 


6. Da tiappp.. Boleh da angkat hidang dalam pinggan ya...


Makan macam ni menambah oiii... Sedap sangat-sangat... Favourite anak2 ikan keli berlado dengan maknya... Apaknya tak makan ikan keli... Selamat tak payah nk berebut dengan apaknya.. Berebut2 dengan anak2 nya pulak 😂


Senang ja kan buatnya... Tak susah pun... Kalau nak kena mngoreng guna kuali tu memang bercinta la.. Makan kedai ja lah senang.. Tapi masalahnya musim2 pkp ni paham2 lah kan 😢










 Ada peminat Kdrama dekat sini? Kalau korang peminat Kdrama dekat sini mesti hampa akan selalu tengok yang orang korea ni kalau depa makan.. Depa ada banyak gila side dish... Kimchi la.. White radish kimchi la.. Taugeh celur sesame la.. Salad timun pedas la and macam-macam lagi. Kiranya side dish saja da penuh meja haaaa...

Kalau kimchi kita selalu tengok kan.. And nak beli pun banyak supermarket ada jual yang ready made tu... Kalau yang salad timun pedas korea atau Oi Muchim tu buat sendiri ja sebab senang ja and ready to eat terus.. Tak payah nak peram2  ka apa ka.


Oi Muchim yang nyums.. Ratah saja pun sedap kome oii.. 

Jom lah kita tengok bahan-bahan yang digunakan ya :

1 batang Japanese cucumber
1 biji bawang merah dipotong halus
Daun bawang yang dipotong
2 ulas bawang putih dicincang
2 tsb kicap soya
2 tsp cuka putih
2 tsp hot pepper flakes
2 tsp sesame oil
2 tsp biji bijan yang dah disangai
1 tsp gula

Cara-caranya:

1. Potong timun jepun korang bulat2. If nak potong semi bulat lepas tu pun ok. 
2. Masukkan timun yang dah dipotong ke dalam big bowl. 
3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk bersama-sama timun tadi. 
4. Gaulkan kesemua bahan serata supaya timun tadi diperasakan dengan bahan-bahan tadi. 
5. Ok da siap.. Boleh la masukkan ke dalam mangkuk yang lain untuk kemasan. 


Sedap ok.. Sumpah tak tipu. 


Buat pulak dishes lain ala-ala korea... Kimchi jigae... Yang lagi satu tu pakai main hentam ja konon-konon ala Korea la kan sebab guna elemen-elemen masakan ala korea. 

Apa masakan elemen ala korea ni? Selalu yang aku tengok kalau orang korea ni bila dia masak... Chilies flakes atau serbuk cili tu element penting dalam masakan depa. Semua nanti nampak merah-merah ja. 

Nampak macam pedas kan sebab merah-merah ja.. Tapi tak pun.. Sebab bila cili ni dimasak betul-betul takkan rasa pedas mana pun... Biasanya gabungan pedas masam... Adalah element masakan korea. Kalau Malaysia ni macam orang Melaka la... Suka pedas-pedas and masam-masam  ni. 

Senang ja kan nak buat Oi Muchim ni... Tak complicated pun macam nak buat kimchi. Hahahhah. Sapa yang suka makan masakan Korea boleh la cuba buat Oi Muchim ni ya. Memang simple sangat. Tapi sedapppp.... Husband aku pun meratah hari tu. 









Rindu Nak Makan Dekat Kedai

by Alia Farhan, 1:56 PM

 Ada yang macam aku tak? Rindu nak makan dekat kedai macam dulu2 😂

Baru-baru ni rasa rindu gila nak makan Siakap Laprik. Selalu makan dekat kedai2 tomyam kan... Kali ni mau xmau kena la buat sendiri kan. Tahap kerajinan kena lah tinggi berbanding biasa kan 😅

Tapi xpa. Yang penting boleh feeling2 makan macam dekat kedai tomyam pun dah ok kan.. Apa boleh buat...sekarang tengah lock down kan.




Feeling sangat macam makan dekat kedai. Siap plating pun buat ala2 dekat kedai kan... 

Buat macam ni lepas tu gu kan pulak dengan tomyam campur.... Fuhhhh sedap tidak terkata yaaaa... 😜😜😜😜



Ikan ni besar ya beli dekat tesco/lotus ja. Baru dalam RM10.90 mcm tu. Ni kalau dekat kedai tomyam yang besar macam ni busuk2 kena RM40 kot. 

Tapi takpa janji licin semuanya. Ingatkan besar ni nanti tak abih ya. Sekali licin wakkkkk.... 




Ikan licin.... Tomyam pun licin... Tu ja lah nak cakap... Tiada pembaziran di situ...lepas ni boleh buat  siakap steam limau pulak.. Miang pla ke... Memang perasan.. Anak2 aku kalau buat yang ikan macam ni memang laju jaaaaa... 

Mama ja malas sikit nak buat siakap macam ni sebab kalau yang kena goreng-goreng ni sebab kena pakai minyak yang banyak. Paham+paham la kan nak kena deep fried dia tu macam mana kan... Tapi ok la asalkan habis makan... Xda la pembaziran di situ... Dah syukur dah sangat-sangat. 

Korang tak rindu ka nak makan dekat kedai macam dulu2? Cepat la habis covid ni..kesian tengok orang2 yang terjejas. Sedih baca hri-hari da kes bunuh diri. Semoga Allah lindungi kita semua ❤️❤️❤️


Maggi Asam Laksa

by Alia Farhan, 10:27 PM

 Hari tu a nite before my husband kena outstation atas urusan kerja.. Tengah duk pillow talk tibehhh lapaq pulak kan... Biasa la kan.. Tengah2 malam saka masuk. Mula la lapaq bagai...

Tiba2 husband cakap u know what.. I kinda hungry... Jom makan meggi🤔

Aku pun on ja lah... Tiba2 dah terbayang kesedapan maggi asam laksa...

Oh sedapnyaaa....

So apa lagi lepas ketung ketang sat kat dapoq... Dah tiappppp



Feeling2 korea betholllll lahhhh... Siap masak dalam periuk korea ni lagi haaa... 

Kebetulan masa dinner malam tu aku buat kueytiaw sup.. So ada la kuah sup lebih kan.. Aku guna as based kuah maggi asam laksa ni... Lepas tu geram tengok kaler tak bangkit... Aku letak chilies flakes dalam kuah tu... Lately jadi mcm orang korea obsessed dengan chili flakes n chili powder pulak dahhhh... Penangan duk tengok vlogger Korea masak 😂

Ni satu bungkus maggi asam laksa ja ya.. Aki letak filamen ketam tu.. Isi ayam dari sup ayam tu.. Rincik2 sikit and then masukkan sayur apa yang ada... Tengok2 dah banyak pulak jadinya.. Ok la tak la rasa bersalah makan maggi banyak kan... At least 1 peket tu share 2 orang kan... 

Sedap makan mcm ni sebab berebut2... Teringat zaman dekat Uni dulu masak makan meggi ramai2 dalam multicooker tu.. Pastu berebut2 makan sambil tengok cerita korea.. Tak cukup topup lagi meggi.. Kadang2 sampai 3 x round baru nk kenyang... 

Masing2 nanti letak maggi masing2 untuk dikorbankan makan beramai-ramai dalam multicooker... Nikmat berebut2 tu..yalah duduk hostel kan asyik lapaq ja.. Selalu akan buat perangai ni waktu time malam weekn.. Sebab time tu la time releks skit sebab esok ya takda class n tak kalut kena siapkan assignment or tutorial ka lab report ka... Heaven bila ingat balik kenangan-kenangan ni... 

Tu belum lagi waktu diploma dulu laki aku tengah2 malam lapaq mintak aku buatkan maggi.. Sebab aku memang jenis buat maggi bertumis.. Letak teloq.. Paling2 busuk.. Dried shitake mushroom tu mesti ada utk letak dalam maggi masa zaman study. Agaknya sebab tu la kot laki aku suka aku kan.. Pandai masak even masak maggi pun another level.. Takmain la maggi buh perencah n teloq ja 😂

Kalau budak bilik aku tu.. Sekarang ni msg rindu la maggi cuka kak alia tu.. Kami buat tak jadi.. Hahahha... Buat maggi pun ada teknik ya uols.. Baru another level 😉😉😉

Lastly aku geram la kalau nak beli Maggi ni.. Kenapa la diorang ni xleh buat satu pek 5 bungkus tu buat perasa lain2 campur ehhh.. Stress makkkkk nokksss.. Nak makan yang kari..asam laksa..itik...dah kena beli asing2.. Matilamaknakkkk nak.. Ehh tapi aku paling suka megi jenama Mamee... Maggi suka yg pedas giler ayam bakar tuuuu😍😍😍


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS