How to make ur own hispter coffee like cafe

by Alia Farhan, 12:01 AM

 Assalamualaikum

Ada dekat sini penggemar kopi ka? Aku xla gila sangat kopi sampai kena hari2 minum kopi.. To be frank.. Aku ni more to tea person. Paling aku suka teh o n fruity tea. Tu memang fav aku sangat-sangat.

Tapi aku paling suka buat kopi cantik2 ala2 kopi hipster dekat cafe2 tu.. Sebab anak aku yang number dua Si Aishah tu suka minum kopi..


Aesthetics tak kopi aku 😜😜😜


Haaa gituuuu.. Berbuih2 noksss... 

Nak buat dia hampa boleh tengok video aku buat ni... Senang ja... 


Kalau tak jelas... Meh aku terangkan... 
Aku guna nescafe yang dapat free dari hotel yang selalu duk pi stay tu... So aku masukkan dalam botol yang ada penutup.. Lepas tu masukkan air sejuk.. Jangan banyak n sikit sangat air tu.. Lepas tu tutup n goncangkan... 
Lepas tu  whisk kan susu dan masukkan ais dalam gelas dan masukkan susu dalam gelas cantik. Lepas tu boleh masukkan kopi yang berbuih2 tadi tu... 


Ni pulak aku buat kopi cantik guna kopi Vietnam. Aku memang suka kopi Vietnam ni.. Sedap and tak sakit kepala aku minum kopi dia. Lagi satu aku suka kopi dari Ausie.. Barista Bro dengan Dare favourite aku kalau pi sana. 


Taraaaaa... Siap dah kopi Vietnam aku yang cun melecuns ni... 

Kopi Vietnam dengan penapis dia tu aku beli dekat Shopee ja.. Dulu ada satu..pastu masa pindah ada satu part went missing.. So terpaksa beli lain... Gelas-gelas lawa pun beli dekat Shopee jugak. Shopee tu apa ja takdak.. Minyak pengasih dengan saka pun silap-silap ada juai dalam tu 😂😂😂









Food i cooked lately

in , , by Alia Farhan, 10:31 AM

 Nak simpan dekat blog menu-menu yang aku masak lately ni. Kadang-kadang bukan apa.... Kita ni insan biasa... Penat pikiaq nak masak apa kadang-kadang tu... Jom la tengok apa yang kami masak lately. 




Chicken pop corn kegemaran anak2. Buat sendiri guna tepung Bestari sebab anak2 suka makan ni. Tak larat nak beli yg dalam paket tu sebab mahal and sikit ja


Ni panaskan lauk frozen kari ikan... Tenggiri masak asam...buat kerabu terung bakar dengan sotong goreng kunyit ja. 


Tenggiri masak asam kegemaran seisi rumah... 


Siakap bakar. Siakap ni beli baru RM12... kalau kat kedai ikan bakaq mau la RM40 😅😅😅


Char hor fun


Seafood Angel hair.. Sedap gila.. Puji diri sendiri. 


Letak cabai melaka bagi terangkat. 


Nasi lemak


Japchae.. Fav Ecah. 


Salad... Ni senang gila... Buat vinaigrette setel. 

Semua ni senang2 ja yang aku buat. Semua lauk jenis simple2.. Hampa da plan ka nak masak apa cuti panjang ni😉😉😉

 Assalamualaikum....

Kali ni nak sharing pasal kongsi rezeki ni... Kongsi rezeki tak semestinya konsep dia kita sedekahkan duit dekat orang semata-mata.

Kongsi rezeki sekarang ni korang boleh buat macam-macam. Sama ada korang share post promote jualan small business owners ka... Support kawan-kawan meniaga ka dalam masa sekarang yang kita semua tau.. Banyak orang tengah struggle kan...

Aku ni ada satu perangai kalau aku masak.. Aku memang tend untuk masak dalam kuantiti yang banyak. Kalau aku tak plan nak frozenkan benda tu.. Aku akan hantar dekat jiran sebelah. Ya lah.. Kadang-kadang tu buat bihun tu kadang-kadang berlebih-lebih. So sebelum nak makan tu.. Letak satu portion untuk jiran sebelah.

Ni macam sekarang malas gila nak masak.. Aku order ja dekat orang-orang yang buat food delivery. Dari situ pun da kira kongsi rezeki dengan orang lain kan.







Ni hari minggu lepas aku memang malas gila nak masak... So aku order ja dekat 34 Bishop... Aku pernah review cafe ni. Memang aku suka gila makanan dekat 34 Bishop ni... Hampa kalau suka makanan Western.. Aku rekemen order la kt depa... Chicken Chop Honey Stung depa another level of chicken chop... Memang not your average chicken chop la... 

And semalam pun aku malas gila nak masak.. Hahahha.. So aku order ja malam sebelum tu Nasi Kenduri Padu dari fb Shikin.. Memang nampak mengiurkan... Thanks to kawan fb aku wani yang rekemen Nasi Kenduri Padu ni.. Hilang rasa rindu nak makan nasi kenduri woiiii... Nasi Kenduri dia pun serius memang padu gila woiiii 😘😘😘

Memang padu nasi kenduri depa wei.. Aku amik 3 lauk yang berlainan.. Kurma kambing.. Ayam masak merah n daging pakistan apa ntah nama dia... Memang terbaik sungguh rasa dia.. Siap dapat ayaq sirap lagi... Menyesal pulak order 3 bungkus ja.. In Sha Allah next time akan repeat balik... 







Lepas ni boleh try yang ayam sos chiang mai tu pulak.... 

Hampa yang dekat Penang tu kalau rasa malas nak masak and rindu nak makan Nasi Kenduri Padu.... Jangan lupa click sini untuk order ya... 


Ni food yang aku rekemen sebab sedap dan berbaloi la dengan harga dia... It's not a sponsored post pun.. Aku beli guna duit aku sendiri...so this is one of the way #supportlocalbusiness nad kongsi rezeki with the others. 

For those small business owner yang nak aku tolong share hampa punya business kindly email me at : aliafarhansaid@gmail.com 













 Assalamualaikum..


It's been a long time tak update blog kan... Kali ni nak share resipi sedap Ayam Cola. Ayam Cola ni actually kawan aku orang Sarawak, Fiza yang ajar buat masa dekat U dulu. Bayangkan duk kt hostel... Time tu tempat aku belajaq UniKL-MICET tu mcm tempat jin bertendang. So hujung minggy nan hado la aktiviti2 nya. Dah la masa tu berapa kerat ja manusia yang wujud dekat situ. As batch kedua.. Paham2 la intake setiap batch tu xla banyak lagi.

So salah satu cara kami berlibur dulu2 adalah dengan memasak dekat hostel. Time tu ada rice cooker jalan dah. Sekarang ni ja seronok dekat shopee tu macam2 gadjet memasak yang best2. Oh lupa hostel aku dulu boleh bawak rice cooker. Almaklumlah kafe pun kdang2 hujung minggu pun katup.

Cerita dia dari dulu kat hostel pun memang rajin masak. So bila weekn tu dulu2 masak la.. Salah satu menu dia.. Ayam Cola ni la.. Si kawan aku Fiza tu buat.


Jom tengok bahan-bahan yang guna untuk buat ayam cola ni... 

Bahan-bahan :

Ayam yang dipotong
Air coke
Sos tiram
Kicap
5 ulas Bawang putih yang dicincang 
3 biji cili padi dipotong
Serbuk cili 
Chilies flakes 
Bijan
Daun bawang
Minyak

Cara-caranya :

1.Panas minyak dan tumis bawang putih dan cili padi. 
2. Masukkan ayam dan masukkan air coke separas dengan ayam. 
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, serbuk cili dan chilies flakes. 



4. Renih semua bahan tadi dengan api yang slow sampai kuah tu berkurang. Kalau nak makan jenis kering... Boleh la masak lagi sampai kering. 
5. Bila dah kuah kering or ikut korang punya preference tu... Boleh da angkat untuk dihidangkan. 
6. Jangan lupa garnish dengan bijan and daun bawang

Cantik kan... Rasa dia sedap sangattt




Makan macam ni laju jaaaaa
Simple tapi sumpah sedap gila.. Hahhaha



Jom follow tiktok aku... 

 









© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS