Haiiii semua... Sehat ke tuuuu duk rumah2 time MCO ni? Mesti ada time rasa boringgggg gilaaaa kannn.. Golek2 sana sini... Golekkk lagi smapai kadang2 rasa macam aduiii nak cakap dengan dinding dahhhh.... Hahhahhaha... Oklah kali ni nak share pasal mommies bloggers yang korang patut follow.


Credit to Google 



Sebabnya dari korang boring boleh jugak baca-baca and dapat input dari 25 orang mummy bloggers yang aku akan cakapkan ni.


Credit to Google



1. Siti Awadah

www.sitiawa.com

Ni la kak long kawasan ya. Kak Awa ni lah founder Bite consultant. And bawah Kak Awa ni la aku banyak belajar pasal SEO and memang sangatlah pro bab2 blogging ni. Nak berguru pasal SEO ka boleh la follow Kak Awa.


2. Nor Azlina Mohd Ali

www.ehbelogaku.com

Kalau hampa suka memasak, suka baking ka memang wajib la follow Ina sebab Ina bab memasak ka bab bakng ka memang pro. Aku suka tengok dia share pasal resipi-resipi semua tu. Nampak mudah untuk kita follow.

3. Khalisah Hazrina.

www.khalisahazrina.com

Lisa ni antara work from home mom macam aku jugak. Suka baca tips parenting dari Lisa. Wajib kena follow ok!


4. Mimi Azirah

www.mimiazirah.com

Dak Mimi ni memang terkenal dengan pinkish2 dia. Aku suka follow dia sebab bahasa Dak Mimi ni guna pun kena dengan jiwa aku. Dak Mimi banyak share pasal lifestyle n etc. Seronok baca wei!


5. Fadzi Razak

www.fadzirazak.com

Fadzi ni aku paling suka tengok gambar-gambar dia captured dekat ig ka dekat blog ka..semua lawa-lawa. Niche blog Fadzi more to lifestyle. Seronok baca perkongsian Fadzi pasal parenting, pasal photography and macam-macam lagi.


6. Azlina Alin

www.azlinaalin.com

Kak Alin ni aku dah lama follow dia. Suka sebab dia seorang working mom yang sangat bagus dalam membahagikan masa antara kerjaya dengan anak-anak. Memang seronok baca perkongsian kak alin pasal parenting and macam-macam lagi.



7. Maria Fridz

www.mariafirdz.com

Blogger Maria adalah seorng pendidik anak bangsa dan emak kepada 4 orang cahaya mata.Suka baca perkongsian blogger Maria ni. Well u know cikgu2 kan ayat-ayat depa sangat sedap didengari. Tak macam aku kadang2 kuat merapu.


8.  Fiza Izawa


www.fizaizawa.com

Blogger Fiza Izawa banyak berkongsi oerihal lifestyle,travel, resipi dan event.  Macam2 perkongsian yang kita boleh dapat dari post Blogger Fiza Izawa ni


9. Shalimar Yusuf

www.shalimaryusof.com

Blogger Shalimar banyak berkongsi menu-menu menarik sepanjang PKP/MCO ni..korang kalau takda idea boleh la pi cilok resipi-resipi dia.  Mana tau lepas tu terus ada idea nak masak apa ka.



10. Ape Kinah

 www.apekinah.com

Blogger Kinah ni antara blogger yang banyak berkongsi hal-hal kecantikan. Suka baca review pasal produk kecantikan dekat blog dia. Bahasa dia simple dan mudah difahami. Wajib follow untuk hampa tau pasai produk kecantikan yang best-best sekarang.

11. Kisah Si Diary

www.kisahsidiary.com

Blogger Kak eda ni merupakan blogger dari JDT.  Kak eda banyak share pasal anak-anak dia, travel , tips produk review dan macam-macam lagi. Wajib tau untuk hampa semua follow Kak Eda ni.



12. Fiza Rahman

www.fizarahman.com

Kak fiza merupakan seorang working mom kepada 4 orang anak.  Kak Fiza banyak cerita pasal lifestyle, resipi, anak-anak dan review. Suka baca apa yang Kak Fiza coretkan. banyak benda boleh belajar dari perkongsian Kak Fiza ni.


13. Yati Zul

www.yatizul.com

Blogger Cahaya Hayati adalah antara mummy blogger yang aktif dari 2010 lagi. Blogger Cahaya Hayati ni ber niche lifestyle dan banyak kongsi benda-benda menarik. Ada part parenting, ada part resipi, ada part agama...seronok baca. Wajib hampa follow na..



Credit to Google 



14. Shahada Fauzi

www.shahadafauzi

Suka baca celoteh Ciksha ni dekat fb. Blogger Ciksha ni selain daei blogger, dia juga adalah freelance designer untuk blog. so hampa yang baru nak berjinak dengan blog and naak design blog boleh la ontact Ciksha ya.



15. Ummi Zarra

www.ummizarra.com

 Blogger Ummi Zarra ni merupakan seorang pendidik. Dalam blognya, Ummi Zarra banyak berkongsi resipi-resipi menarik yang boleh mak-mak sekalian cuba.

16. Kak Gojes

www.kakgojes.com

Blogger yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Merupakan blogger yang aktif berblogging dan memounyai hobi membaca novel. Sapa kaki novel..boleh la baca follow kak gojes ya


17. Eswati Azni

www.modernmummythingy.com

Blogger Kak Azni ni ku suka betul tengok gambar-gambar dia. Lepas tu Kak Azni ni sangat lah awet muda. Suka tengok style Kak Azni ni. Vogue sangat. Korang wajib follow ok.


18. Mrs Liez


www.mrsliez.com

Blogger Liez ni banyak share resipi- resipi menarik. Selain dari tu dia banyak jugak share pasal parenting and maam-macam tips. Best baca blog liez ni.


19. Umi Fuzy


www.iamfuzy.com

Kak Fuzy ni kira orang lama jugak dalam dunia blogging ni. Banyak jugak event yang Kak Fuzy rajin join. Memang salute dengan Kak Fuzy ni.




20. Aida Hanafiah

www.adianiez.com

Kak Aida ni salah seorang blogger yang bekerjaya and tak silap dalam bidang undang-undang jugak.  Suka sebab blog Kak Aida banyak share psal parenting and lifestyle. Seronok baca. Mak2 kan memang macam ni.


21. Shamiera Osment

www.shamieraosment.com

Medium bahasa yang Shamiera gunakan adalah English. Suka dan kagum dengan orang yang blogging in English ni. Aku  pulak biasanya suka camour-campur.But i love reading someone using English as their medium esp kalau blogger tu blogger Melayu.

22. Zaidalifah Aisheteru

www.bondezaidalifah.com

Panggilan untuk Blogger Zaidalifah ni Bonde! kita suka baca blog Bonde sebab Bonde. Sebab bila baca blog Bonde rasa mcm mak2 kita gak bahasa lembut Bonde tu. I love u Bonde!


23. Junaidah Mohit

www.ajumohit.com

Belia lebih mesra dengan panggilan Aju. Seorang mummy yang bekerja di PUNB. Korang nak tau pasal pelaburan boleh la tanya Aju. hehehe


24. Mrs Pip

www.mrspip.com

Mrs Pip ni blogger dai Sabah juga. Seorang ex engineer seperti aku yang ambil keputusan to become fulltime housewife. Seronok baca ceriat Mrs Pip ni ya.


25. Marshaliza

www.marshaliza.com

Marsha, merupakan seorang guru dan menetap di perak. Suka baca blog Marsha ni sebab dia banyak cerita pasal lifestyle and event larian yang dia join. Yang suka join larian boleh la follow Marsha. Selain tu, Marsha ada juga cerita pasal kesihatan dan merupakan SID Shaklee yang sah.


Credit to Google 

Jom hampa semua.... Kita pakat2 follow mommies bloggers yang aku cakap kat atas ni.... 




Assalamualaikum...

Kali ni nak share resipi Macaroni Goreng Philip Pressure Cooker. Untuk resipi ni.. Xperlu rebus dulu ya macaroni tu.

Nak buat dia less than 15 minutes dah boleh makan. Memang senang buat dia. Campak2 dalam Philip Pressure Cooker lepas tu siap. Memang beli Philip Pressure Cooker ni kira berbaloi2 la sebabnya dah macam-macam benda masak dalam ni.

Ok la without further due.. Jom kita share bahan-bahan dan cara nak masak macaroni goreng ni guna Philip Pressure Cooker.

Bahan-bahan:

Ayam dipotong dadu /ayam cincang/daging cincang
Meatball dibelah2
Bawang untuk menumis
Carrot dipotong panjang
2 sudu cili paste
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Macaroni
Garam
Meggi cukup rasa


Cara-caranya:

1. Untuk menumis.. Tekan mode Bake - CHICKEN. Masukkan minyak untuk menumis, tunggu minyak panas dan tumiskan bawang.
2. Bila dah pot makin panas dan bawang dah naik bau, boleh masukkan cili paste, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacau-kacau.
3. Then masukkan isi ayam dan meatball. Jangan lupa masukkan carrot. Perasakan dengan garam, meggi cukup rasa.
4. Last sekali masukkan macaroni yang belum direbus dan masukkan air. Air level dia lebih skit sahaja dari macaroni.


5. Off kan BAKE mode, tekan MODE STEAM dan Tekan Keep Pressure Time dan tekan dekat MIN sampai la 6 minutes. Jangan lupa KNOB set dekat SEAL
6. Then jangan lupa tekan button START.
7. Lepas da siap and bunyi tettt.. Boleh la off mode warm dah release pressure, pulas KNOB dekat VENT(guna sudu untuk tolak knob.. Jaga2... Steam panas akan keluar).
8. Boleh bukak penutup dan kacau-kacau macaroni.


Kacau-kacau skit. Da siap boleh makan. 



Laku keras ni. Hari tu buat untuk minum petang.. Licin woo.. Ni buat untuk moreh pun kompem laku keras ni. 

Selamat mencuba. 




Ya Allah... Lama dah peram post ni. Sebenarnya post ni da siap seminggu lepas birthday Adriana.. Tak tau macam mana boleh lupa nak publish. Aduhaiiii. Apa la nak jadik ni.

Hishhhh.... Tapi nak cerita jugak. Actually masa birthday Adriana 2 April yang lepas kami celebrate dekat rumah la of course sebab da start MCO kan. Takkan nak celebrate dekat kedai makan pulak kan.

Kebetulan Olive Tree Hotel yang terletak tak jauh dari rumah kami ni buat food delivery.. Apa lagi.. Terus la plan dengan husband buat2 tak ingat and konon2 takdak ecelebration la kat dia sebab cakap nak buat macam mana kak.. Musim2 covid ni.. Kita kena duk rumah ja xleh celebrate pi mana2... Dah pasrah da Si Adriana tu...

Sekali haaaaa... Datang la food delivery dari Olive Tree Hotel ni. Nak buat tempahan oun senang ja. Xpayah susah... Boleh buat online semua dekat website depa. Hampa boleh buat tempahan dekat SINI.

Jom tengok apa kami order masa nak celebrate bday Adriana hari tu.







Tudiaaa haaa. Banyak dak kami order.... 


Kita transfer pi pinggan lawa.. Kata nak celebrate kannn... 


Buffalo chicken wing


Haaa terus mood nak ber epiii beday tu mai


Heppy la bday girl dapat celebrate jugak bday dia.


Tq Selah Cafe for this amazing dishes. 

Kalau nak tau ada kagi menu2 lain.. Hampa boleh tengok dekat menu dekat bawah ni... 






For more infos:
Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang
Tel : +604 - 637 7777









Malas nak masak untuk berbuka? Tak boleh buka puasa dekat luar macam selalu? Bungkus je... Berbuka di rumah ja kawan2. Best jugak kan makan dekat rumah. Kalau pening2 nak bungkus dekat mana... Boleh la try bungkus makanan dari Royale Chulan Penang. This is the first year hotel-hotel buat takeaway during Ramadan untuk kita berbuka. 

So why not kita ambil kesempatan ni untik cuba masakan dari Royale Chulan Penang. Royale Chulan Penang antara salah satu hotel yang provide takeaway sempena Ramadan untuk kita berbuka. Lauk dia especially masakan Melayu memang tiptop. Pendek kata memang marvelous lah. 

Jom tengok set yang ada and harga setiap set ya. 


SET A
RM45 for 2 pax
RM80 for 4 pax

SET B
RM108 for 6 pax
RM200 for 8 pax

SET C
RM300 for 10 pax

Jom tengok poster dekat bawah untuk tau lebih lanjut pasal Set A, Set B, Set C dan tak lupa jugak hidangan Ala Carte. 





Tak boleh tahan gulai daging batang pisang tu... Oh mak aihhhh.. Sedapnyaaaaa... 
Macam nak kena cuba jugak sekali niiiiiii.. Favourite sangat tuuuu... 

Bagi yang nak order boleh la berbuat demikian dengan:

- Call or WhatsApp 016-3303408 or call +604-2598888 ext 8910
Sertakan : 
1. Nama
2. Alamat
3. Tarikh pick up
4. Menu  dan Quantity

Order mestilah dibuat 6 jam lebih awal

Bayaran : Instant  Transfer 
Affin Bank
101070012325
Boustead Weld Quay Sdn Bhd

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

For more information :
Royale Chulan Penang
1&2, Pengkalan Weld, 
Georgetown 10300,
Penang.
Tel : +604-259 8888
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS