Dah official duduk kat rumah baru ni seminggu lebih dah. Dah rasmi dah dapoq baru.. Dah rasmi dah peti ice baru...

Benda paling best bila nak penuhkan peti ais dengan segala haiwan2 untuk dijadikan stock makan.

Masih lagi duk angkut stock ikan di kedai Aceh bila balik Juru sebab mana nak dapat ikan jenahak bahagian isi RM24/kg.. Kepala jenahak RM20/kg uiiii... Ikan kerisi RM11/kg.... Murahhhh kannnn.. So harus lah bila balik ke Juru.. Sambil2 tu tangkap la jugak haiwan2 di kedai Aceh.

Balik Juru hari tu hari Rabu... Dah beli ikan jenahak 6 ketul dengan harga RM20 macam tu. Lepas tu beli ikan kerisi 8 ekoq dalam RM10 macam tu and beli udang 20 ekor size L mcm tu dengan harga RM8+. Memang heaven gila balik Juru shopping ikanw dekat kedai Aceh ni.

2 hari lepas tu ke Tesco Extra dejat rumah baru ni.. Plannya nak beli pencuci stainless Steel ja. Tapi biasa la mak2 ni kan. Mana tenang lalu saja dekat bahagian2 binatang2 laut ni. Hahhaha.


Ya beli lagi ya untuk memenuhkan freeser. Mana boleh kalau freeser lompong2 ni. Tak tenang hidup ku. Lagipun rumah ni jenis makan ikan. 

Campoq dengan stock beli dekat Kedai Aceh masa rabu lepas and lepas masak untuk hari khamis hari tu.. Lepas la untuk seminggu lagi. Memang kuat makan lauk kita orang ni. Kalau makan dekat luaq tu macam2 lauk ambil. Tau2 dah berapa kena. At least bila beli ni.. Masak sendiri..puas makan kan. 

Ikan nyoknyok yang beli tu memang plan nak buat kari ja. Sebab nyok2 dan kari berpisah tiada.  Ikan kerisi tu goreng ja pun dah sedap. Ikan bawal emas pun selalunya kari ja. Tapi esok plan nak buat masak lemak cili padi tengok macam mana rasa dia. Harap2 ngam la kan. 

So hari ni..hari Sabtu.. Mengkari la lah lagi kita.. Baru hari khamis hari tu masak kari jenahak.. Laki cakap kari lagi.. Eleh dia ni lupa ka orang utara dengan kari /gulai berpisah tiada. 


Tengok ni balik rasa terlioq pulak... Ahh sudahhhh... 
😅😅😅

Rasa macam banyak kali dah upload resipi kari ni. Basically buat dia sama ja. Maybe bahan2 dia macam lauk tu guna ikan lain.. Sayur tu guna sayur lain. Bahan utama dia tetap sama. 

Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan:

1. Seekor ikan nyok2(aku amik bahagian isi ja.. Kepala simpan nanti boleh buat kari kapla ikan)
2. 1 biji bawang besar ( blend) 
3. 4 ulas bawang putih. (blend)
4. Serbuk kari ikan ADNI(4 sudu makan/1 peket kecik)
5. Serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
6. 2 tangkai daun kari
7. Satu sudu halba campur.
8. Sedikit minyak untuk menumis
9. Air asam jawa
10. Garam
11. Serbuk perasa
12. Tomato
13. Buncis (dipotong panjang  mancis) 
14.Cabai besar(dipotong serong) 
15. Cabai melaka


Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis halba campur dan daun kari dan bawang2 yang diblend. 
3. Kemudian masukkan serbuk kari, jintan manis dan serbuk cili dan kacau.
4. Then tambah air asam jawa and tambah air.
5. Biar kari merenih dalam 15-20 minit supaya rempah masak dan pecah minyak dan kuah makin pekat. 
6. Agak rempah kari da start masak dan pekat masukkan ikan, garam dan serbuk perasa dan tambahkan air
7. Lepas tu , masukkan la segala tomato, cabai besar dan buncis dan cabai melaka. 
8. Jangan masak lama-lama sangat nanti hancoq ikan tu. Dah mendidih sekali terus tutup api tu.

Dahhh siap. Sedap gila oiii!!!

Ni makan dengan sambal belacan... Lepas tu goreng ikan kerisi skit. Lepas tu ulam terung bakaq.. Tudieeennnn sedap nya.. Ni lah lauk kami hari ni. Makan la dari tengah hari bawak ke dinner. Bapak dia tambah goreng teloq dadar ja dinner tdi. 

Yang lain licin... Sedap kerrr.. Dalam duk kata kari lagiiiii.. 🙄🙄🙄

P/s: kalau guna rempah kari brand lain.. Aku prefer tambah skit serbuk cili untuk bagi pedas and nampak merah2 skit. Aku memang suka kari aku nampak2 merah skit baru menarik. Kalau hampa guna rempah kari brand Adni ni memang tak payah dah bubuh. Rasa rempah kari dia memang terbaik dan meletop gila. Cuba la kalau tak percaya. 


Assalamualaikum

Tudia. Lamanya tak update blog. Busy pundah rumah.. Kemas rumah.. N susun brang2 balik.. Allah saja yang tau bertapa penatnya badan ni.

So kami da officially pindah masuk ke rumah baru kami khamis lepas. Alhamdulillah everything went well. Cuma penat tu Allah ja lah yang tau kan. And banyak hari jugak la tak masak sebab hari tu tong gas takdak. Ni pulak tong gas dah ada bahan nak masak xbeli lagi.

So memang banyak hari jugak la duk makan dekat luaq ni. And paling best bila duk kat area rumah lama aku pernah stay masa zaman keja kat Sumitomo ni.. Location rumah ni best sebab dekat dengan semua tempat yang best2. Nak pi Queensbay dekat... Tesck Extra dekat. Sunshine dekat.. Giant dekat. So kira ok la.

And husband pun ada ajak makan Western food dekat area rumah kami ni. Memng sedap gilos la tempat ni. Recommended sangat2 lah.

Nama kedai ni The Original Mikki Western Cuisine (Sungai Nibong). Kedai dia memang dekat area Sungai Nibong ni jugak la.


Jom tengok menu2 dia. 







Nu menu2 dia.. Harga not bad... Still reasonable bagi aku. 

Ni masa 1st time pi makan... 


Chicken parmigiana utk Ecah... Sedappp.. Dia suka ok. 


Chicken chop utk Adriana 


Laki aku makan fish n chip.. Not bad.. Skit lagi nak masa level dengan Kailis n Cicerello dekat Fremantle... Sedap! 


Onion rings as side dishes. 


Aku order ni haaa... Smoked Duck Aglio Olio.. Nin haaa sedapp gilaaaa... 

And kali kedua kami pi.... Kami order pulakkkk makanan-makanan ni


Bolognese pasta utk Adriana.. Sedap.. Evetho i'm not a fan of bolognese but this one deserve applause 


Coleslaw laki aku order


Ni laki aku punya.. Spaghetti Brocoli Pesto with grilled fish apa ntahhhh... Sedap wehsssss... Memang definitely must try! 


Chicken cordon bleu for Ecah..dalam gambaq nampak tak clear. Tpi sumpaj sedap dari Secret Recipe. Hahhaha


Aku masih setiaaaa.. Order smoked duck aglio olio yg sedap ni.... Aku kannn setiaaa... Lepas ni pi Irama tak kekwat n pedo dah nak order makan Smoked Duck Masaman tu... Kat sini pun boleh dapat Smoked Duck dag.. Hahahhah


Yang nu dia belasah dulu kakak dia punya sebab dia punya cordon bleu sampai lambat.... 


Overall memang sedap gila. 
Harga murah dan berpatutan untuk aku sebab rasa dia sedap2 belaka. Aku sukaaa sangat makan tang ni. Thank God sebab dekat gila dengan rumah baru aku ni. Hahhaha

The Original Mikki Western Cuisine (Sungai Nibong), 
1, Jalan Pantai Jerjak 13, Taman Pantau Jerjak, 
11700 Gelugor, 
Penang


Sapa yang nak pi boleh la waze dekat atas na. 
Dia bukak dari pukul 6 petang sampai 9.40malam ja. Lambat kena tinggai. Depa tak bukak lama2. Aku suka sebab makanan serve pun xlambat. 

Repeat? 

Ehhh of course lah.. Dah la dekat rumah.. Tak payah nak bersesak2... Makanan sedap.. Harga reasonable.. What more can I say? 

Ok la.. Till then. Chiao
.. 




Assalamualaikum

Sejak dua mejak ni busy skit jadi reporter utk Channel Awatnii. Penat nak kejaq cerita pasai politik negara. Kahkah. Penat dah sampai rasa takmau amik tau langsung. Aduhaiiii.

Tapi tu la sebelum mereput dan blog bersawang elok lah kita lepak2 sini sepatah dua kata...

Nak cerita hari tu ada buat pasta... Anak2 and laki nak makan pasta bolognese. Mak nya pulak kureng skit dengan bolognese ni.. Muak.. So kita pun dapat la akai utk buat spaghetti masak lemak daging salai ni.. Fushion style gitohhhhh haaa.


Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat dia.. Sennag ja... 

Bahan-bahan:

*Cili padi 3 biji
*Bawang kecil 3 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Kunyit hidup sikit
Asam keping setengah/kecil
Santan
Serbuk kunyit (kalau perlu.. Kalau dah suka warna kunyit hidup tak perlu masukkan dah serbuk kunyit) 
Daging salai
Daun selasih/thai basils
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara-cara:

1. Blend bahan-bahan yang bertanda *. 
2. Masukkan kan bahan-bahan yang dah diblend tadi ke dalam periuk/belanga.. Tak kesah la suka hati hampa. 
3. Masukkan asam keping. Kalau warna tak berapa nk kuning masukkan serbuk kunyit. Tapi aku tak letak pun. 
4. Tambah air dan biarkan bahan-bahan menggelegak. 
5. Masukkan santan dan kacau-kacau jangan biar sampai pecah minyak. 


6. Masukkan daging salai, dan daun selasih dan perasakan masakan ikut taste kita. 
7. Lastly masukkan spaghetti yang dah direbus. 

8. Dah boleh hidang cantik2 dah. 


Allahu tengok gambaq ni dan2 rasa nak pi buat lagi sekali. 


Done... Senang sajaaa kannnnn.. Tapi sumpah sedap gilaaa





Ada sapa2 yang plan nak mai bercuti ke Penang bulan 3 nanti? Kalau ada.. Meh kita nak suggest kan satu tempat ni...

Prangin Canal atau Sia Boey atau nama penuh dia Sia Boey Urban Archaeological Park yang terletak di tengah-tengah Georgetown ni.

Baru-baru ni kami sempat singgah lepas dinner di luaq. Selama ni selalu passed by ja sebab naik kereta agak susah nak parking. Masa kami pi malam kan.. So lagi cantik sebab ada lantern warna warni dekat situ.

Ajommmm la tengok dulu gambaq2 yang kami captured malam tu ya. 


Time ni baru lepas hujan. Kalau mai siang-siang dekat kawasan ni agak banyak kereta and susah gila nak parking. And kalau mai time siang.. Memang hangittt laaa. 


Shantikkkk kannnn... 


Ada juga taman permainan untuk budak2 main. 


Cantik tempat ni. Kat depan tu ada satu pokok besaq gila. Tapi aku tak berani la nak lalu pi ke situ sebab malam kan. Tapi serious kalau siang mesti lawa dekat pokok tu sebab dja besaq2 and macam redup-redup gitu ha. 


Credit to travel2penang.org

Cantik kan pokok tu... Tapi bila mlam takut la jugak. Hahhahaha


Cantik kan. Dengan banggunan ala2 herritage kat depan tu.



Kalau malam minggu ni mesti penuh kan. 


Ecah spotted there. 



Port melepak. 



Ni la canal  yang ada ikan kap tu. 



Cantik sangat. 



 (credit to Foursquare) 

Ni la antara tapak peninggalan yang tua di Penang ni. Hence the name is Sia Boey Urban Archaeological Park. 

Serious hampa kena mai tang sini...sebab lawa gila. Yang suka tangkap2 gambaq ni.. Aku suggest hampa mai dekat2 senja. Rasa shoot time tu lawa gak. Boleh capture time siang nak ke malam. Kalau mai tengah2 hari tu ketibas bhaiii. 

Kepada yang nak mai ke sini.. Sila la waze ke:


Sia Boey Urban Archaeological Park

50, Jalan Dr Lim Chwee Leong,
 George Town,
 10100 George Town, 
Pulau Pinang






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS