Paling suka sebab Winter Warmers ni tak la terlaku crowded dengan orang and selaku tea person aku memang suka la tea selection dia. Banyak pilihan!
Bab makanan pun varieties and banyak choices! Sebab tu aku suka sangat duk kat sini..hahahhaha...syorgaaa makanan...kul 10 mlm kalau lapaq n husband aku x smpai rumah lagi pun berani la drive thru McD KFC untuk beli kat depa makanan. And of course la one of the course sebab kawasan rumah aku ni gated and guarded kan. So ada rasa safe di situu
Tapi moh ler kita share pasal antara satu port makan kami sekeluarga Winter Warmers Autocity ni.
Ni yang husband aku order hari tu.
Rice with chicken cream..yang ni bagi aku So So je lah. Takda la sedap mana. Aku share dengan Ecah ni. Dia kan perut nasi macam mama dia.
Ni Adriana punya chicken chop. Nak sangat makan chicken chop kan tengah hari buta. Amik ko..tak la sedap mana jugak.
Ni fav aku la. Ikan apa ntah. Kalau tengok menu tau la nama dia. Hahahah. Ni ok sedap.
Macam biasa la kalau dah dekat Winter Warmers mesti la aku order tea kan. Time ni tak ingat dah order tea apa. Depa kan ada banyak gila jenis teaaaa.
Ni pulak orange juice untuk Adriana. Ni pun sedap. Comel ja serve dalam bekas macam tu kan.
Sempat juga beli tea depa yang tengah promo time tu. Tapi dah lupa dah berapa harganya.
Macam comel je kannnn.
Winter Warmers ni standard harga dia macam range dekat Secret Recipe jugak la. Kalau amik yang dalam set yang ada promotion tu jimat la jugak. And varieties of food dia sangat la banyak. Rambang mata jugak la. Sandwich,pasta, nasi la,pastry la scone la macam-macam la. Belum masuk list of tea dia. Tu lagi la panjang. Duduk kat dalam ni boleh acah-acah macam British. Hahaah.
Tu je lah pun nak cerita pasal Winter Warmers Autocity ni.
Inside my heart
Yes. Aku tak cakap pun aku baik. Langsung tak kadang mulut pun macam longkang jugak. Tapi tu la kan mulut aku macam longkang pun xda orang pun yang nak percaya cakap aku...sebab aku is nobody. Tapi bila kau adalah somebody apa yang kau cakap baik longkang..bunga..mahupun tahi tetap akan ada efek nya.
Tapi apa pun pilihan kita buat, being somebody is not a key to throw a vulgar words and look down to those who dont agree with you.
Penanda aras kejayaan seseorang pun bukanlah didefinasikan dengan pangkat, kejayaan, kekayaan dan kebijaksanaan seseorang. Ada orang kaya..tapi jiwa dia kosong. Ada orang berpangkat besar tapi jiwanya tak tenteram. . Ada kaya..rumah besar...kereta Merc BMW Audi semua tapi sakit menjengah. Ada yang berpangkat kecil tapi jiwanya tenteram dan bahagia.
Hidup kita ni cuma pinjaman sahaja dari Nya. Kenapa mesti hang dengan aku mendongak ke langit dengan ilmu yang Allah kurniakan. Yes we are livin in a sick world. Yang miskin..yang mungkin kurang berpelajaran tinggi dari kita dihina. Adakah tu tiket untuk bermegah2 dengan ilmu yang Dia kurniakan.
I wonder....
What is next.....
I guess bein nobody might be the safest role in this kind of world.....
Dah lama menyepi dari blog sendiri..sebuk apa pun tak tau aihhhh...hahahha. buat ramai ja orang Penang kata.
So kali ni nak cerita pasal transformation balcony. Sebelum ni balcony ni ada la pokok2 jugak tapi tak banyak. Sebelum renovate buat dapoq and husband aku tukaq tiles dekat balcony and letak rumput carpet dekat wall tu memang penuh gak la dengan pokok. Masa balik2 dari berpantang..terkejut jugak aku habis pokok2 aku dia clear.haihhhh. tapi xpa. I will start again.
Mula-mula husband aku da bising jangan letam banyak2 pokok dah. Dia tak tau ke bini dia ni degil. Hahahah. Alaaa kasik chance la aku salurkan hobi belai2 pokok dekat balcony kan. Dari aku duk join makcik2 bawang bergosip tak tentu hala kan dekat taman permainan kat bawah tu. Baik lah aku layan pokok2 aku ni. Hahhahaha
So jom tengok transformation from A to Z ok.
Kosong...kira aku tanam yang basic-basic yang aku suka makan la. Piping tu husband aku buat untuk aku tadah air untuk siram pokok dari air yang mai dari compressor air cond.
Haa seronok la pokok2 aku dapat air tadahan ni kan.
Step by step aku tambah and ubah skit-skit. Rak ni aku beli untuk letak pokok-pokok aku. Yang renek2 la. Rak ni dari Ikea..rak Hyllis namanya.. sapa rajin boleh cat dulu. Tapi aku tak rajin so aku tak cat. Lagipun nak biar nampak ala-ala industrial. Hahahha
Slow-slow aku tambah sikit-sikit. Meja hitam tu asalnya meja Ikea yang outdoor tu tapi laki aku cat hitam. Sekarang ni bila lama-lama cat tu ada tertanggal skit. So dah jadi ala-ala rustic skit. Kerusi tu pun aku beli untuk letak dekat balcony. Seronok wei layan stegram kat situ sambil-sambil kena angin petang(kalau ada angin la kan)
Pastu aku ubah kerusi tu ke sini sebab nak dekat dengan meja la katakan. Ala biasa la orang yang suka deco and bajet2 ID ni memang suka suki ubah sana ubah sini. Sapa yang kena sampuk dengan saka deco ni tau la peel nya kan.
Lepas tu bawak plak rack ikea kecik yang warna putih tu keluar untuk letak pokok2 kecik. Kira ada ja pertambahan dia. Hahahha. Laki aku dah geleng kepala dah. Hahahah. Mesti dia pun malas nak layan. Tapi dia melayan je lah asalkan aku xbuat menda2 bodoh membawang dsb dengan makcik2 bawang dekat bawah tu.
Yang ni pulak dekat another side. Aku letak rack ikea Lergerg yang kecik 2 tier tu dekat sini. Memang rak-rak Ikea ni tahan lasak sebab tu aku berani letak kat balcony ni.
Adriana la paling heppy bila aku buat cantik2 balcony ni. Last time ada celebrate birthday dia dekat sini. Boleh tengok entry ni untuk yang nak idea untuk celebrate birthday anak dekat balcony.
Dapat juga jadi port untuk acah2 outdoor picnic and breakfast dekat luar rumah. Hahhaha.
Pagi weekn breakfast dekat sini amik mood sikit. Tapi macam biasa la ruang adalah limited la dekat balcony kami ni. But so far antara ruang heppy untuk aku sebab dekat sini la aku melepaskan tension aku. Kat sini jugak la aku belai2 pokok..releks2 main stegram..kahkah. lepas ni who knows buat bbq pulak ke kan...
Memang nak transform ni aku buat sikit2 dulu la. Part by part. Sebab aku beli sikit-sikit dulu. Amik ilham sana sini sinun. Oklah kan dari dulu-dulu tu. Sendu ya amat.
Ok lah..chow cin cauuuu