Haaa...since ramai gila tanya aku benda makanan apa yang boleh dan tak boleh bawak ke Ausie sana. Meh aku bagitau awal-awal ya sebagai rujukan korang.

Jom tengok list yang BOLEH:

  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin (tapi beli kat Coles / Woolworth lagi murah kot banding harga kat Malaysia)
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
  • kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
  • ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
  • beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
  • Nescafe / tea 3-in-1 (yang takdak susu, hanya guna non-dairy creamer)
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
  • ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
  • rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant
  • Beras ( beli yang siap pack contoh yang 1kg tu, jangan korang nak sep amik yang kat umah ikat getah..silap-silap nanti kena saman...sebab beras tu da kira sebagai seeds...diorang nak jaga hasil agricultural diorang kat sana kalau tak silap aku)


Jom tengok makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
  • serunding daging/ayam
  • bahan makanan yang mengandugi telur
  • hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
  • minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
  • buah-buahan
  • rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
  • daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini

Pic from dapurku sayang

Paling selamat sila isi kan borang / kad yang stewardess bagi semasa kat dalam flight. TICK je semua. And please declare apa yang korang bawak. Kalau tak nanti buta-buta korang kena saman AUD340 tau. Naya saja. Lagi satu please jangan gatai-gatai bawak makanan dalam airlines turun konon-konon nak makan. Memang takleh ye. Silap-silap kena denda. Tak pasal-pasal ja suram korang punya trip sebab melayang duit kena saman. 

Paling senang, buat list siap-siap ya. Sampai-sampai kat Immigration sana terus hand over list korang tu. Kompem immigration sana puji korang. Aku siap kena puji lagi ngan abam imigresen sana.

Sambil tengok list tu siap cakap

"Good2. Malaysians are good. Always make a list like this"

Ni pengalaman aku la ya. Sebab belakang counter aku ada Indian dari India siap dia punya luggage kena check one by one. Tong sampah hitam besar memang ada standby kat every counter ok. 

Kalau nasib tak baik ada la anjing mai hidu-hidu ok. Masa aku takda. Alhamdulillah. Dalam hati Lailla hailla anta. subhanakaini kuntuminazolimin. 

Alhamdulillah sat ja wei. Yang penting jangan duk buat gabra tak tentu pasai. Depa ok ja. Tapi memang strict la kan. So doa la banyak-banyak kan.

Tu ja lah tips nak bawak makanan ke sana .


*** AWAS! Entry nak panjang dan banyak gambar. Mohon jangan carutkan mak jem ya***


Finally, fuhhh. Sebak pulak bila duk recap hari terakhir dekat Perth ni. Ye lah, bukan senang nak jejak kaki ke Perth ni. Takyah cerita la berapa tahun mengidam kan nak pi ke sana. Sebab bukan macam pi ke KL. Sebab aku baru ja tau ada orang kata eleh takda menda pun kat Perth tu...orang tak heran macam pi KL ja.

Waklu ( sambil angkat middle finger). Haah nak carut tapi tu la korang tak nampak pun kan aku angkat middle finger! Ok tipu...aku tengah menaip mana boleh angkat middle finger pun. Lagipun aku ni penuh sopan santun mana pernah pun duk middle2 finger ni. Mother finger mother finger where are u yes memang pernah.

Hang yang pernah kata kat aku pi Perth macam pi KL tu kalau baca ni sila hadam elok2 naa. Hang pernah sampai ka Perth? Kalau setakat drive pun sampai ke Penang ja jangan sembang terkena tiupan angin Indian Ocean gitu. Haaa benggang aku bila konon2 depan kita macam "kawan" tapi belakang eh macam hanat pun hado.

Eh jom la balik kepada story hari terakhir kami di Perth. Seperti yang hampa sedia maklum, kami stay dekat Kings Hotel yang terletak di Perth CBD. Pagi tu awal-awal lagi kami bangun dan menghabiskan pizza smoked salmon yang tak habis semalam tu masa kat Ciao Italia. Tapi tak best skit hotel ni takda microwave ya. Hotel yang aku stay kat Scarborough , Indian Ocean Hotel tu ada tau. And aku suka sangat hotel tu walaupun dia seasoned gila.

Macam biasa kalau dah namanya ke tempat orang, menda yang kami laki bini cari adalah masjid. Yes masjid! Terus set gps untuk cari Perth Mosque after checked out. Parking agak susah. Korang kena pandai-pandai la park ya.

PERTH MOSQUE


Perth Mosque dari side belakang.


Best masjid ni, sebab dia punya orang-orang Masjid dia siap mengalu-alukan kami lagi. Yang mamat omputih sorang tu siap offer donut and hot coffee lagi kat aku. Yalah kesian kot kat makyong ni.


Bunga di sekitar luar Perth Mosque.


Nak jugak bergmbar di belakang Perth Mosque. Kalau depan Perth Mosque main road. Too busy. Takleh nak tangkap gambar macam ni.


Dia pun nak ok!


Sempat la bersembang-sembang dengan orang-orang Masjid Perth tu. Ada sorang tu orang Malaysia Sarawak dah jadi PR dekat sana. Dia pun ada bagitau pasal satu lagi tempat dekat Western Aus ni ada penduduk setempat dia orang Melayu beragama Islam di Kattaning. Yes, next trip boleh cari ni.

Oh ya Perth Mosque ni berdekatan ja dengan Malaysian Hall tapi disebabkan parking kawasan sekitar tu agak payah dan leceh, maka kami pun tak pi la.




Love dis


Cantik sangat mesjid ni



Bapak besar kan bunga rose dia. Dah nak sama besar ngn muka aku yang setalam ni.




Kami meneruskan destinasi kedua kami pada hari tu ke Araluen Botanic Park.

ARALUEN BOTANIC PARK.

Araluen Botanic Park ni da kira macam keluar juga la dari Perth City. Dah menuju ke Albany Highway. Not sure about the public transport there. Tapi rasa macam susah ja kan.



Wild flowers sebelum masuk ke botanic park ni.



Anak pokok tulips.
Oh ya ada Morrocan jual lamb shanks. Kami tak beli pun.It halal ya.



Ada anak sungai bagai. Syiok!


Orang berpicnic.


Suka sangat sebab tenang ja



So what so special about this botanic park? Nothing special pun kecuali when the spring hit it. Yes, you can see the tulips! YES TULIPS 🌷🌷🌷
. So takpayah la kepingin sangat nak pi ke Amsterdam tengok tulips kan. Kat Perth pun boleh tengok. Masa kami pi ni dah nak habis winter ya. So bila nak masuk spring bunga banyak pakat duk blooming dah. Lavender depan rumah mat-mat salleh tu bersepah ja bhai.


Cantikkkkk 🌷🌷🌷


🌷🌷🌷


Nak pergi Europe and nak pi Keukenhof tak bila. Datang time nak masuk spring kat Perth ni pun boleh gak tengok 🌷🌷🌷 pegang-pegang and bau tulips kan. KL ada ka?


Tulips ni pun memang rare la kan. So masa tulips season ni, nak masuk Araluen Botanic Park ni kena bayar Aud15 per person ya. Quite pricey but worth it la. Boleh pegang and bergambar dengan tulip kan. Kat KL ada ke tulips oiii!!!


Kakak asyik nak duk dalam stroller ja.


Bagi chance la nak ber sawit dengan laki den.


Makyong memenuhi ruang ketika ini



Damai tak?

Lepas ja habis dekat Araluen Botanic Park kami pun balik ke Perth  balik. Pusing-pusing area Kings Park and cari Blue Boat House yang memang trademark Perth ni.

PERTH CRAWLEY EDGE BOATSHED aka BLUE BOAT HOUSE


Tak Perth la kalau tak mai sini kenn


Dari kejauhan. Sila menapak ye.



Blue Boat House yang terletak di Swan River ni yang gila bapak besar sungai dia ni...lagi besar dari teluk Penang ni. Belakang Blue Boat House ni korang akan nampak seolah-olah macam kat laut padahal cry me a river ja kot! And kalau bernasib baik dapat la tengok dolphin berenang-renang kat situ.

Wehuuu


Cap bapak cap anak


Harus mak jem kena ada la shoot gini.kennn


Tunggu que wei. Geram betul aku ada 2 couples Indian ni bergambar macam gila. Ada kot dekat 20minit diorang saja. Terlentang la terbaring la. Eii geram!


Anak bapak!


Cycling track. Menapak la berjalan nak ke Blue Boat House punya pasal.





Kenapa awan2 diorang cantik sangat? Why oo why


Untuk ke Blue Boat House ni, korang kena park kereta dekat sini and menapak jauh skit la. Ala tak la jauh pun. Landmark dia UWA (Uni of Western Aus)

Lepas habis ja bergambar, maka kami pun segera menuju ke Fremantle untuk last sourvenir shopping. Kat sini la kami makan lunch aka dinner kami, dekat Cicirello Fremantle.


Depan tempat parking kereta tu UWA. Adriana nanti study kat sini ya nak!



Fish n chip before balik!


Yummylicious seafood marinara.

Lepas ja makan, maka kami pun terus ke airport dan on the way ke airport melilau jugak mata nak cari carwash untuk cuci kereta sewa. Yalah, kalau nak dapat full refund macam mana keadaan kita amik, macam tu la kita kena return. Tapi fuhhh susah nau nak cari carwash wei. Memang tak jumpa bersepah macam kita yang mesin tiga hinggit tu. And tambah pulak hari Ahad kan. Pffft. Dalam hati memang tawakal ja lah. Kat dalam kereta memang kami cuci betul-betul, luar memang takleh buat apa sebab kami tak dapat nak hantar cuci kan. Tapi Alhamdulillah pihak Aries Car Rental kembalikan full secure deposit kami. And selama sebulan lepas kami balik dari Perth pun dupdap jugak takut la kena saman speedtrap ke apa ka. And Alhamdulillah clear ok! 


Thank you for serving us so well!
Nak tau tips taknak kena saman?
Silalah sewa GPS sekali ya..so everytime korang tertekan minyak and sampai speedlimit dia akan warning n bising ting2 ko da exceed limit. So memang Alhamdulillah kami selamat dari kena saman.


Berat hati nak tinggalkan Perth. It so hard to bid a goodbye. Dalam hati In Sha Allah aku mesti mai repeat balik. Western Australia region is a huge region in Aus, kami pasti akan kembali dengan itinerary roadtrip yang lebih mantap. Tapi hati kat Malaysia da memanggil-manggil. Teh tarik dan sambai belacan pun da terbayang-bayang. Gila wei, sampai-sampai KLIA pagi esok tu terus cari teh tarik!

Maka tamatlah Travelog Perth / Western Australia seorang Alia. Semoga matlamat nak travel lagi ke sini tercapai lagi. Amin.



Ke mana kiteeee

in , by Alia Farhan, 8:35 AM



Dia datang lagi!!!!



Menggelupur hati ni bila AA buat sales...bila lagi kan..trip kali ni aku blanja family kecik aku beli tiket ni. Ke mana tu nanti la kita share ye.


Korang dah grab ke.??
Kalau sapa pandai...
Teka la destinasi kami ke mana pulak lepas ni...
Yang pasti harga ni memang terlajak murah

Korang bila lagi?

Dalam Islam pun dianjurkan untuk berkelana untuk lihat kebesaran Allah. Kadang-kadang dengan berkelana / traveling ni kita dapat kenal budaya masyarakat setempat. Yang mana baik kita jadikam contoh, yang mana yang buruk jadikan sempadan. 

Satu lagi pesan aku kalau nak travel selalu ni..ikut la bajet..ikut la kemampuan kita. Yang mana boleh jimat kita jimat. Sebab tu aku kalau travel luar  negara selalunya akan masak sebab memang save banyak dekat situ.

Niat sharing kat blog or kat social media tu sebab nak sharing menda-menda best tempat orang kat orang lain takda niat pun nak menunjuk ke hapa ke. At least boleh jadi sumber rujukan orang lain. Yang sibuk nak cakap orang riak tu..korang sibuk ja kan cakap kitaorang riak masuk api neraka jahanam!!! Eh habis tu orang hati busuk macam hang xda tempat kat neraka jahanam ke???  Tolong la, be positive. Ok la back to the story ok.

Sapa teka betul aku pergi mana nanti nak bagi hadiah keychain kalau betul. 😘😘😘😘

Tinggal lagi 2 hari kalau sapa nak beli tiket murah AIR ASIA tu. 




Kali ni nak share simple resipi. Ni kira favourite jugak la kalau pi makan kat Swensen. Jatuh cinta dengan smoked salmon pun ada sebenarnya.


Bahan-bahan :

Pasta ( spagethi / macaroni/ fetuccine /any pasta can)
Smoked salmon ( bought from Jusco)
Preggo chessy alfredo sauce
Shitake mushroom (button mushroom also can)
Garlic
Salt
Chicken stock powder


I'm using this one


Cara-cara:


Resipi :

1.  rebus pasta dan toskan
2. saute garlic n mushroom
3.  masukkan air dan masukkan sos preggo alfredo  cheesy
4. masukkan garam dan serbuk stok ayam
5. masukkan smoked salmon yang da dihiris
6. lastly, masukkan spagetthi and gaulkan ke semua.
7. garnished dengan hirisan daun bawang


Taraaa... da siap ya.

Kalau makan ni kat Swensen sepinggan dah RM30 tauuu.

Senang ja kan...


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS