Makluman.





Sebahagian lorong di Jambatan Pulau Pinang 1 akan ditutup selama 1 tahun untuk kerja-kerja pemeriksaan & penyelenggaraan berjadual 22 Ogos depan selama setahun.

1. FASA 6 BULAN PERTAMA
22 Ogos 2017 - Feb 2018
Penutupan satu lorong dari pulau ke seberang perai (dari 3 lorong menjadi 2 lorong)
Pada waktu puncak petang (4pm - 8 pm) laluan tidal flow akan dibuka

2. FASA 6 BULAN KEDUA
Feb 2018 - 21 Ogos 2018
Penutupan satu lorong dari seberang perai ke pulau (dari 3 lorong menjadi 2 lorong)
Pada waktu puncak pagi (6am - 10 am) laluan tidal flow akan dibuka



*tidal flow : satu lorong pada arah bertentangan akan dibuka bg mengurangkan kesesakan lalulintas pada waktu puncak

Sila rancang perjalanan anda. Terima kasih
Laluan alternatif feri dan bridge ke2..

Sumber: Penang Kini


Komen makjem:
Huuu kesian la kat laki mak kena nek second penang bridge...udah la jauh...
Laki mak kata nk divert bg org biasa guna 2nd bridge sama n katanya collection kt 2nd bridge pun xbyk..pendek kata tak cover...
Tapi mmg betul pun..heran wei..buat pi la 2nd bridge pun...yg 1st bridge ni jugak duk jem...jem makjem tau...

Haaa...
Baru dan nak up entry satey goreng wei.
Ni pun da berkurun buat masa makan-makan raya hari tu
Actually satey goreng ni resipi dia sama ja ngn resipi satey bakaq tu.
Beza dia hat ni GORENG saja.


Jom tengok bahan-bahan and cara nya;

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada (potong dadu)
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Halia
Lengkuas
Jintan manis
Garam
Gula
Kunyit

Cara-cara:

1. Blend kesemua bahan-bahan di atas kecuali ayam, kunyit,garam dan gula.
2. Masukkan bahan-bahan yang diblend ke dalam bekas yang berisi ayam.
3. Perasakan dengan garam, kunyit dan gula. Gula kena letak banyak ya sebab nak bagi satey rasa manis-manis.
4. Gaul sebati dan perap semalaman.
5. Keesokkan hari goreng macam biasa sehingga garing.

Sedap ni makan dengan kuah kacang and nasi impit. Walaweh....terliur pulak cerita dia.





Aku baru ja buat spring cleaning /  decluttering baju-baju yang da lama terperuk and tak pakai. Fuhhhh ingat skit ja baju aku. Rupa-rupanyaaaa... Ya Rabbi.

Insaf aku. Malas dah nak beli baju-baju pasni sebab balik-balik akan baju kering yang belum berlipat lagi. (Pffttt gila pemalas and baloq kan..who care...)

Melawak tak melawak la. Ada orang cakap jual prelep..bagi kat orang. Sebenarnya ada baju-baju tu yang da koyak-koyak n bertompok-tompok sebab dah lama terperuk tak pakai. Takkan nak bagi kat orang kan? Memang tak gamak kot.
Cuci dulu seblum bagi kt org utk hilangkan tompok? 😌😌😌 hmmm je lah..baju yg duk ada pun da banyak nak kena basuh... ni nak tambah pulak..alahai..alahai...


Bayangkan banyak mana duk simpan.


Lega bila da buang baju-baju yang banyak tu. Lega wei bila decluttering ni. Lapang skit dada rasa.



Sama gak ngn baju-baju anak, memang da declutter jugak bagi nampak helok skit drawer depa. Banyak juga baju budak 2 ketul ni. Kalau ikut sayang, semua pun sayang nak buang. Ada yang separuh bagi kat orang sebab stil elok lagi kan. Need to find space sama. Kesian juga kat Si Aishah asyik pakai baju buruk kakak dia. I mean memang totally buruk sampai berbulu kot. Kakak jenis rangka kecik. Baju 6 m pun boleh pakai sampai dekat 2y+. So memang kakak dulu memang pakai baju lenjan2 belaka. Mai kat adik baju da buruk2 and bulu2. Kesian ngat aih. Adik lani, baju kakak 2-3 y pun da boleh pakai. Tu sekali dia debik muka kakak dia boleh pegsan terus.

Lagipun duk gila bagi depa dua pakai baju sama. Saja la mama depa nak buat boria kat depa.


Lega da tengok bersusun rapi skit. Kalau tak penuh sampai tak tau nak sumbat mana dah. Stress gila mama ni.


Ni si adik Aishah punya. Ni pun ada keluarkan untuk bagi kt yang memerlukan.

Bila hampa start decluttering barang-barang hampa yang da tak guna tu kan hampa akan rasa lapang and lebih efficient. Tak percaya cuba try. 

Satu ja tips decluttering ni, of coz hampa jangan duk sentimental and duk rasa sayang semua nak simpan. Konsep dia kalau baju tu hampa da tak pernah nampak lebih dari setahun..maka, wajib la hampa masukkan ke dalam plastik hitam. Senang kan tips dia....muahahah..lagi satu hampa boleh refer tips decluttering dari Konmari. Memang tu dia ajaq secara details la. Apa tu? Gugel plisss


Terjebak akhirnyaaaa

in , by Alia Farhan, 6:39 PM
Kahkahkah...
Padan muka aku...
Ni semua salah kakak akuuuuu....
Dia yang racun akuuuu....
Dia yang mulaaaaaaaaa....
Dia...
Semuaaa diaaa punya pasaiiiii

Mula-mula dia wassap aku membebel rumah dia kitchen saja mahai kedaung...nak bubuh kopok goreng pun bekas yang available cuma bekas ais krem😅😅😅. Gila tergelak aku baca wassap kakak aku membebel kat aku. Well dia ni memang macam niiii...kalau nak membebel ja cari aku. Ok la okla aku kan adik yang memahami. Aku pun racun dia kata haaa laaa rumah dokter lekeh ngat aihhh pakai bekaih ais krem woiiii....

Sekali dia kata kat aku dia nekad nak pi sign up jadi ahli Tupperware. Balik -balik dia beli, dia pulak hantaq gambaq rona-roni kat aku. Aku bukan boleh woiiiii. Rona-roni kan memang aku sukaaaa....

Sekali nah, aku balik Jitra. Aku pun terjebak. But don't worry semua ni akan menggantikan bekas Ikea yang calaq balaq dan sudah kabur kaler plastiknya itewww. Alasan sangat kannn nak pakai tupperware😋😋😋


Aku share dengan kakak aku ni. Satu set ada 6pcs. So kami bedak la 2 beradik. Aku harus amik kaler-kaler yang aku suka.


Ni pun kami bedak dua jugak.


Gila woiiii. #matilanak oiii. Yang depan kaler purple tu hadiah birthday aku katanya. Bahaha 😋😋😋
Aku da cakap lepas ni nak bagi hadiah kat aku, bagi Tupperware ja tau.

Buat masa ni itu sahaja hobi mak-mak yang baru aku ceburi. Ni tengah berkira-kira perlu ke tak tambah set Corelle South Beach. Yalah yg skrg ni kan set untul 4 orang makan. What if ada tetamu yang mai. Malas uii nak guna pinggan berat2 tu. Nak-nak pulak aku ni pentingkan keseragaman. Tak suka betul aku orang ni pakai pinggan ni..orang ni pakai pinggan lain. Sakit mata nanti!

Ehhh...sapa ada penyakit macam aku ni? Eh tak, aku bukan OCD. Langsung tak...😆😆😆. Kalau Alia ni OCD boleh terbalik dunia. Kahkah.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS