Fuhhh up to 70% bhai.

And aku pun da lama gila kot tak shopping apa-apa kat Body Shop. Ya lah lagi-lagi sejak pandai wat homemade soap sendiri ni. Tapi sekali sekala kena la mencari inspirasi dari label-label besar kan.

Gila tak gila jugak la kan bila masuk situ. Gila terpikat betul dengan scrub vitamin c dia. Tapi oh mak kau RM109 ke RM129. Tunggu la dulu aku cari idea n resipi dulu nak wat scrub vitamin C aku dulu.


Lama oi tak beli body shop. Zaman student rajin la dulu beli. Pastu tua2 ni angah ada la gak belikan masa dia p UK hari tu.


Bila Body Shop wat sales gila macam ni, harus lah teruja kan. Aku memang pentegar body butter tu. Beli yang kecik senang nak travel. 1 tu ingat nak wat GA kat readers. Next month la kot kan wat GA kat korang kan. Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Total damaged =RM109.50.
Worth every single cents i spent.

***sambil-sambil tu mencari inspirasi untuk Kathy's Homemade Soap jugak. Pasni p kat sana nun boleh p serbu Lush cosmetics pulak. Nak ceduk2 idea jugek.

posted from Bloggeroid

Malindo Air Promotion

in , by Alia Farhan, 1:43 AM

Mari la mari kita ke _ _ _ _ _

Ehem2.
Mngidam dari mengandung Adriana lagi nak ke situ. Makan fish &chip. Penangan cerita Adam &Hawa.

Masih merancang itinerary. Berselirat jugak otak. Nasib ada group fb yang agk banyak membantu dan sporting2 belaka.

posted from Bloggeroid

Hi hampa semua,

Kali ni nak cerita pasal preview Ramadhan Buffet ya dekat The Light Hotel yang terletak di Seberang Jaya, Penang ni tau. Orang-orang penang mesti tau punya hotel The Light ni kan....kalau tak tau hampa cheroiiii. ehhh

Untuk penegtahuan semua, tema sajian buffet Ramadhan di The Light Hotel adalah Nostalgia Sajian Desa. (Memang sesuai sangat sapa yang tekak kampung.com.my macam aku ni)

Sambal udang petai. Memang masuk sangat dengan tekak Melayu ni.

Berbagai pilihan ulam, dan kerabu.

Masakan sayur asin masak lemak labu betul-betul membangkitkan selera, macam masakan mak dekat rumah ja.

Rendang Daging Tok juga disajikan dekat Ramadhan Buffet The Light Hotel.

Selain dari masakan tradtional Melayu, turut disajikan masakan tradisi India seperti nasi briyani, Indian Style Fish Curry, kambing vindalo, ayam ros dan lain-lain lagi.

Sri Lankan spring roll ni ala-ala murtabak jugak ya. Tapi ni from Sri Lanka punya style. A must try one.

Bagi penggemar Chinese food, don't worry Buffet Ramadhan The Light Hotel turut menyajikan sajian seperti mee dan char kuey tiaw.
(kami siap repeat char kuey tiaw ni dua kali laghi tau)

Bulan puasa takda bubur lambuk or orang utara panggil kanji tu kan tak sah.

Selection of Penang authentic dish, Pasemboq!



Bakar-bakar (ikan pari, sotong , dan sebagainya)


Pelbagai dessert dan pencuci mulut.

Buah-buahan segar terut disajikan sepanjang buffet ramadhan yang akan berlangsung.




Untuk pengteahuan semua, Nostalgia Sahjian desa Ramadhan ini bermula dari 8hb Jun hingga 3 Julai 2016.
7.00 malam -10.00 malam di Spice Brasserie.
Harga bermula dari RM79+ (Dewasa) ,RM48+ (Kanak-Kanak) ,RM60+ (Warga Emas)

(Promosi 10 + 1| Setiap bayaran penuh untuk 10 orang dewasa PERCUMA 1 orang)

DAN UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, pihak The Light Hotel tengah mengadakan promosi sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi.

korang bolehlah dapatkan Boucer Bufet Ramadhan pada harga istimewa RM70.00 nett seorang. Promosi terhad sehingga 31 Mei 2016.
Untuk tempahan, sila hubungi +604 382 1111

Kemudahan Surau turut disediakan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan yang berbuka untuk menunaikan solat Maghrib dan jugak Isyak (terawikh pun ada). Selain itu, para pelanggan juga turut dihiburkan dengan persembahan Rayyan Band dengan Nasyid, Arab dan lagu Melayu.





THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.


Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com


Travelog Koh Lipe : Part V

by Alia Farhan, 6:56 PM
Oklah kali ni nak cerita pasal Sunset Beach yang fames amos kat Koh Lipe tu. Untuk pengetahuan Sunset Beach ni terletak agak jauh jugak la dari Pattaya Beach tu. Boleh ja kalau hampa nak jalan dari Pattaya Beach tu tapi mengenangkan kami bawak budak-budak maka tak payah la cari pasal dan penyakit.

Untuk ke Sunset Beach Koh Lipe ni ada ja teksi ( motor yand diubahsuai boleh naik 4 orang inc pemandu) untuk ke sana. Just tahan teksi tu and cakap nak ke Sunset Beach. Depa charge kita satu orang tu 50 baht kalau tak silap. Budak-budak kt Koh lipe ni selalunya FOC jer.

Jalan nak ke Sunset beach ni akan lalu satu resort ni. Resort ni macam dalam hutan-hutan skit. Aku tengok macam port-port mat salleh ja kat sini.

Ada camp side la.Sapa suka flora fauna ok la duk sini. Ehhhh

Si kenit and papa.

Da jumpa pantai. Yeayyyyy. Pasiaq haluihhh weiiii. Bestnyaaaa. Terus kenit tu ajak mandi.

We-fie dulu anak beranak!

ehh we-fie lagi....

I love to take their photo from their back side. Suka sangat tengok dua beranak ni. Kamceng semacam lagi-lagi sejak dah wean off ni. Menyampah mama!!!

Pramong Beach nama diberi. Sunset Beach lewtewww.

Sunset Beach ni lebih tenang berbanding dengan Pattaya Beach side. Kat situ agak crowded. So kalau sapa nak romantik-romantik and nak berhoney moon aku sajeskan hampa p kat Sunrise Beach atau Sunset Beach. These two sides memang sunyi and tak ramai sangat orang.

Duk menhayati view matahari tengah turun. Gila wei cantik nak mam.

sikit-sikit nampak matahari tu terbenam and macam masuk dalam "laut" . HAHAHAHAHA.

memang cantik sangat-sangat la view sunset ni. Tak pernah lagi nampak view Sunset seketoi2 terbenam macam ni.

So bila matahari dah terbenam maka dengan itu haruslah cargas untuk keluar ke tempat tunggu teksi balik (kat tempat teksi drop kami). Ingatkan tak ramai orang, sekali mak iah ramai jugak orang yang mai tengok sunset ni. Kena beratur tunggu turn jugak la nak naik teksi tu. Dah la area situ da gelap-gelap and hutan-hutan sikit kan. Kalau keluar lambat-lambat risau dah takdak teksi tunggu situ. So kepada sesapa yang nak p ke Sunset Beach tu harus diingtakan jangan la berangan nak keluar lambat-lambat sangat dari Sunset Beach tu kang ada yang kena jalan dalam hutan sorang-sorang.

Oklah, tu ja nak cerita untuk Part V.

Bersambung Part VI untuk hari terakhir di Koh Lipe.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS