Hai hampa....
Ada kat sini peminat terrarium tak?
Kalau ada peminat terarium atau cactus khasnya...kalau la teringin nak order terarium boleh order tau kat mak jem.


Ni la antara cactus2 dan succulent tree yang akan digunakan dalam pembikinan terrarium tau

Ni antara contoh terrarium yang aku wat untuk rumah. Harga bergantung kepada size, jenis cactus dan succulent yang digunakan.
Kalau cactus yg jenis ada bunga merah kuning bagai tu mahai sikit la tau.

Apa pun bagi yang berminat nak beli terrarium ni boleh whatsapp 0133363775 ok.
Setakat ni semua kita pass by hand. Tak wat la by postage. Tak reti pulak nak pos menda2 mcm ni haa.

Oklah tu ja nak update tau.
Pernahkan anda mendengar dengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais ? Adakah rawatan kuit menggunakan kuib ais ini benar - benar berkesan ? Moh la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Ais

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Kuib Ais

Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni .

Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais ;

1- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya

Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .

2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda

Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam

Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .

4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit

Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .

5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek

Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .

6- Kiub Ais Menghalang Kedutan

Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .

Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah

1- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .

2- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .

3- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda .

4- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama .

5- Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit .

6- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .

Mesti korang suka bila baca manfaat kiub ais ke atas kulit wajah dan tips - tips penggunaan kiub ais . Apa lagi , jomlah cuba . Nak membuatnya pun senang je . Cuma korang kenalah merajinkan diri . Sambil goyang kaki tengok drama korea sambil letak kuib ais pada wajah .


*** aku memang kalau make up untuk bersanding ke outdoor ka memang aku akan pesan awal2 dekat pengantin suruh letak ais sikit kat muka diorang. Salah satu tujuan muka akan glow n moist. Pastu make up pun akan tahan lama. Lagi2 nak outdoor xda la muka kau bercapuk sana sini ha.

Apapun tempahan untuk make up sanding, dinner , bertunang, dll utk 2016 masih dibuka tau. Berminat boleh whatsapp 0133363775
Salam hampa semua.

hari ni masak apa kat rumah untuk dinner?
kalau takdak idea meh nak share satu resipi yang kacang gilaaa


amcam?
terliuq dak tengok grilled chicken ni
sebenaqnya simple ja resipi dia

jom tengok bahan-bahan n cara dia.

Bahan-bahan:
* chicken (aku guna bahagian peha n tights/ any parts pun boleh ikut korang suka parts mana la kan)
* BBQ sos
* kentang
* carrot
* brocolli- ni takdak so tak bubuh
* cherry tomatoes
* sos cili
* serbuk paprika
* kicap
* sos tiram
* gula merah
* cuka / perahan lemon


Cara-cara:
1. Perapkan ke semua bahan tadi sekali dalam 2 jam. lagi lama lagi best!
2. Panakan ovem pada suhu 220C selama 10 minit
3. Bakar ayam ni selama sejam.


tengok gambor ni terus rasa macam nak makan ayam ni malam ni. Tapi apa kan daya tak bawak keluaq lagi chicken tu ha. Ater balik nanti keras kejung la lagi haa.

ok lah.
tu ja lah update untuk hari na.
Jangan marah makjem.
Makjem bz tau...

Qu Puteh & Dato Vida

in , , by Alia Farhan, 10:23 AM

Ada ka orang tak kenai Dato Vida ni sapa? Yalah kalau tengok Gegar Vaganza tu mesti semua rata2 komen kat Fb nak muntah la apa la. hampa muntah hijau pun hampa tak kaya macam Dato Vida ni. seriously la aku kagum dengan dia sebab dia ni konpiden level dia tinggi nak mam. Sebab apa kata nak mam? sebab nya cuba hampa tengok Estee Lauder ka hat brand2 femes hat lain, xdak nya tepek muka pengasas, semua tepek muka2 retis yang terkenai nyah oi. Bukan Dato Vida ni tak mampu setakat nak bayaq Si Erra Fazira ka sapa jadi duta produk kecantikan dia. Tapi dia relax ja "QU PUTEH QU PUTEH BARU LAH PUTEH MUAHHH" jari kat pipi okey. Adriana pun sampai boleh follow la. kahkahkah. Trending oiiii.

Hari tu laki aku duk video Terlajak Puteh yang Paknil tu kan, tetiba aku pun join sekaki. Oiiiiii kaya nyaaaa oiiiiii. Kereta dia takyah cakap la bapak punya banyak and mewah. CRV bawak p merket ja...hang mampu bawak CRV p merket beli sayoq???


Gila kelass mak cik sorang ni. Yang bestnya most of kereta dia kaler puteh..bila paknil tanya kenapa banyak kereta kaler puteh...tau dia jawab apa? kan Qu Puteh...kena la puteh2.

Tu belum cerita beli crown diamond ada cert lagi bhai. Ada handbag beli tak pakai yang chanel ka apa ka ntah..malu nak pakai sebab takdak blink2..eshhhhh..Dato kalau malu..mai la bagi kat saiyaaaa Dato oiiii. Menangis tengok handbag dia ja. Baju hang takyah cerita la semua wajib kena BLINK BLINK.


Rumah dia ada berapa bijik pun aku tak hingat dah. tapi memang banyak la. Menangissss la mak jem.

Ni hall kat rumah 4 tingkat dia tu. Dalam rumah ada lift. haihhhhh seronok2 tengok life orang kaya ni noh. Tapi sebelum dia kaya pun macam2 kan dia pernah lalui...tu belum yang cerita 2 orang anak dia meninggal masa kebakaran kat rumah dia dulu.

Apa pun aku memang respek makcik sorang ni. Ya la kadang2 memang la agak annoying but at least marketing dia berkesan ka. Sapa tak kenal Dato Vida Pamoga Qu Puteh tu haa? cer habaq mai. Inspirasi aku untuk buat sabun homemade yang level2 LUSH COSMETICS gitewww haaaa.....
Bukan apa seronok bila kaya ni kita boleh tolong2 sedara2 kita yang susah2 kan. Aku teringin sangat kalau aku kaya, teringin sangat nak wat program weekly utk feed homeless. seronok kan perasaan dapat tolong orang2 yang memerlukan ni. Hrap2 la impian aku tu satu hari nanti boleh jadi kenyataan and kalaulah aku kaya satu hari nanti semoga aku tak lupa diri dan tak lupa kepada orang2 yang lebih memerlukan ni.

ok lah good nite semua.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS