Actually ayam bakar ni buat untuk makan dengan nasi ayam. Saja nak jamu nasi ayam kat mama kan.



Ayam bakaq yang segak ni simple ja resipi dia.

Bahan-bahan:
•ayam
•kicap
•gula
•garlic yang ditumbuk or blend
•serbuk halia
•sedikit minyak (nak bagi effect shining skit)
•serbuk cukup rasa

Cara-cara:
1. Perap kesemua bahan dalam 1 jam.
2. Panaskan oven dalam 15 minit pada temperature 160C.
3. Bakar ayam pada suhu 180C selama 45 minit. Guna api atas bawah ya.
4. Siap untuk dimakan dengan nasi ayam. Nyummmmyyy.

posted from Bloggeroid

Sapa suka makan burger yg rasa daging semata?
Alaaa...pendek kata yang homemade tu. Yang patty dia wat sendiri tu. Korang suka dak?
Itu memang fav aku la kan.

Meh sini nak intro skit tempat makan burger yang sempoi sangat-sangat wei.


Ni lah dia haaaa Rockstarz Burger! Located dekat sebelah ja Sek Keb Sungai Ara Penang. Nanti ahkakkkk bagi alamat lengkap ya.

Sesuai dengan nama dia yang rockkkk tu bila korang masuk dalam terus korang terpaku. Ehhhh studio jamming ka tempat makan ni. Boleh naik sheikh nak berjamming woi!







Amcam? Rock da kedai ni?
Rock tak rock janji dalam ni ada disediakan SURAU tau. Baguih2 ahkakkk suka dikkk.


Suka pulak mural2 kat belakang ni. Ni betul ka panggil mural? Bahahahha.


Ni masa ni geng Blogger Utara Official tak semua ada lagi ni.

Yang bestnya kan. Semasa lepak2 kat sini memang depa bukak lagu rock ooo. Tapi time nak maghrib sampai masuk ke isyak tu depa stop mainkan lagu. Thumbs up la korang!


Bersama tokey Rockstarz Burger!


Ni la dua orang tokey ni. Bangga tengok anak2 muda kita berjaya kan.
Depa ni 2 beradik. Dengaq2 kata dah tak available. So adik2 hat single tu takyah la duk p merenyih sangat naaa... satg mak jem tolong tiaw bagi pihak bini depa.


Ni pulak menu-menu burger yang available. Hampa boleh pilih la hampa nak yang slow rock ka (single patty), hard rock ( double patty) atau heavy metal ( triple patty).

Macam aku, memang mata aku da rambang nak order The Wings tu. Maklumlah sora laki makjem kalau karok sjibik macam Ahwieeee!


Nin diaaa haaa The Wings!!! Meleleh dak? Aku hat tengok time-time tengah malam ni pun perut berbunyik. Cisss betoi. Siap ada geng2 #BU yang p repeat dah malam ni sebab tak tahan tengok gambaq ni. Apacer ni????!!! Kena pukau apa ngan burger rock ni!!


Me n kak el orang kuat #BU. kami 2 amik The Wings lawan sapa makan abih dulu. Hampa rasa sapa menang? Kalau tengok size hampa mesti kata aku kan. Tapi percayalah kakak kecik molek ni lagi cepat baham dari aku. Bahahaha. Jangan marah kak el ku sayam.


Ni dengan kakak murni ku sayam. Dia ni la yg p repeat makan sorang2 tak hajak orang malam ni!!! Ahhh benci!!










Amcam layan gambaq burger kat atas ni?ada tertelan ayaq lioq dak? Aku da banyak keli telan ayaq lioq tengok gambaq ni wei. Sadis betoi la.


Muka bahagia lepas makan dan kekenyangan!


Ingatkan dah habis dah makan. Tup2 mai lagi side dish. Alhamdulillah walaupun kenyang masih tetap balun sampai lebam.


Sedap side dishes pun. Kira berbaloi la hampa try semua nanti. Meatball punya gravy pun sedap oi.

Untuk makanan kat sini overall memang kena la dengan tekak aku ni. Well aku ni agak cerewet gak bab-bab makan ni. Tapi burger ni dia punya patty memang best gila kot. Daging dia stil rasa moist dan tak la terlalu berat rasa macam sesetengah homemade patty tu. This one rasa dia tender, soft and moist gitu ha. Kalau compare ngn Mekdi lagi la Mekdi tu kena tinggai 50 tiang ha.
Plus dalam keadaan sekarang kat Palestine tu memang banned terus la Mekdi tu kan.

So kat bawah ni details untuk hampa-hampa yang nak try burger sempoi ni tau:

Rockstarz Burger

Alamat :
118, Jalan Dato Ismail Hashim,
Kampung Manggis, 11900,
Sungai Ara, Pulau Pinang
Contact :
019-4299309 / 016-4114347

Operation time : 5.00pm - 1.00am (OPEN everyday)

FB : www. facebook.com/rockstarzburger
IG : @rockstarzburgerofficial

Apapun tenkiu to kedua-dua boss Rockstarz Burger sebab sudi jemput kami geng-geng Blogger Utara Official mai makan kat sni. Semoga perniagaan bos2 bertambah maju. Amin


Semua pakat naik sheikh rockkk oooo!!

Akhir sekali,


Ahhh benci tengok gambaq ni haaaa!!!!

Apa lagi sila la p serbu na ramai-ramai.

posted from Bloggeroid

Hai korang pernah tak ada perasaan macam ni?
Stress bila tengok kulit kusam ja, berjerawat sana sini belum cerita bekas-bekas parut kan.

Pastu bila tengok produk-produk yang berkesan semuanya mahal. Waduhhhh lagi stress!!! Jangan la cerita produk-produk lambakan dari kilang OEM pulak kat sini tau. Kita nak cerita level-level SKII, Clinique & Estee Lauder ja tau. Hihihik.

Korang mesti la pernah dengaq kan pasai set kecantikan SHAKLEE? Betoi dak? Cer google mesti berlambak-lambak testi pasal produk SHAKLEE ni. Fyi, produk2 Shaklee ni dibangunkan dengan RND sendiri tau. Bukan p upah kilang-kilang buat tau. Scientists Shaklee pun bukan calang-calang orangnya. Pendek kata depa ada RND team, scientist and factory depa sendiri ya. Kat sini pun kita boleh tau yang Shaklee ni memang product yang berkualiti.

Untuk korang-korang yang nak cantik tapi bajet tak banyak, boleh la try set bajet kecantikan Shaklee ni. Dalam set bajet kecantikan Shaklee ni ada macam kat bawah ni:



Untuk pengetahuan korang Vit E dan Vit C ni penting dalam pembentukan collagen tau. Sebab tu basic things kena amik dalam nak pastikan kulit korang cantik adalah dua vitamin ni.

SR Vita-C adalah vitamin yang baik untuk kulit. Vita-E Complex terbukti dapat menghilangkan parut.

Harga runcit untuk SR Vita-C dan Vita-E Complex ialah RM241.50 (Hubungi mak jem 013-3363775 untuk harga istimewa)

Dan untuk korang-korang yang beli ni akan ada special gift dari mak jem tau. Jeng-jeng. Yang mana sangat-sangat sesuai dengan sesiapa yang amik set bajet kecantikan Shaklee ni.

Jom sapa-sapa nk order boleh terus whatsapp/ sms : 0133363775

Ingat nak cantik, nak lawa nak sehat amik la Shaklee tauuuu. Ternyata organik dan hijau!

posted from Bloggeroid

Top Commenter October

in , by Alia Farhan, 7:40 AM
Hishhh...
Da tengah2 bulan baru nak up TOP COMMENTER FOR OCTOBER kan.
Hish apa la mak jem ni.
Lambat bebenau.
Tapi takpa.
Janji ditepati okey.

Jeng2

TOP COMMENTER UNTUK OCTOBER ADALAH.......






SITI YANG MENAIP

(sila la terjah blog cik adik manis ni. Dia ada cerita pasal travelog dia ke Melbourne hari tu. Mak jem ni dari dulu teringin sangat nak p Aussie lagi-lagi bila duk tengok Adam & Hawa balik ni. Tapi kalau tak silap yang tu kat Perth kan. Takpa la janji Aussie ye dak?doa kan lah mak jem pulak murah rejeki untuk ke sana nanti)

To SYM, hadiah claim nanti na kat Penang Street Jump tu ya.


posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS