Hai hampa. Kali ni untuk segmen food review nak share satu tempat makan yang sedap dan murah for me dekat Ipoh.

Sejak dua menjak ni selalu jugak singgah ke Ipoh. Ada satu time tu saja-saja nak makan Dim Sum kat Greentown. Yang ni Deepavali hari tu kami terjah ke Kaison Aeon Kelebang Ipoh untuk beli some stuff untuk deco.

Bila da habis shopping tu memang masing-masing dah lapaq gila kot. So bila tanya orang Ipoh deme sajes makan kat cafe hipster katanya dekat Ipoh tu nama nya MIKER. Ye aterrr kate Peghok...miker miker la kan. 


Miker ni terletak dekat padang apa ntah. Sory aku tak expert sangat bab-bab Ipoh ni sebab maklumlah jarang mai kan. Tapi kat padang ni macam.best la kan malam-malam orang duk lepak-lepak kat tepi tu. Tenang and chill ja lepak-lepak kat situ. And disebabkan kami time public holiday maka Miker tersangatlah full house wei. Udoh ler teman datang beramei-ramei. Nasib dapat port utk teman and d gang.

Disebabkan masing-masing kelaparan tahap nak mams...maka banyak gila kot kitaorang order. Konsep dia konon order banyak-banyak letak tengah untuk dibaham beramai-ramai, pakat rasa sorang sikit la kiranya kan.

And nak dijadikan cerita banyak jugak la makanan yang da habis. Nak order pun jadi jem la jugak. Tapi terus tanya apa yang special nya kat Miker ni..diorang sajes mee goreng, lamb chop and pizza. 

Jom la jamu mata tengok apa yang patut dulu ya.


Me n Aishah pot pot.


Jemah clans


Lamb chop. Sedap and harga pun dalam belas2 ja tak silap.


Pizza apa tak tau. Tapi sedap. Wayyyy betterrrr than PH.


Pizza kampung style. Ada ikan bilis and cili padi. Suami aku tak tahan pedas. Aku ok ja makan pizza ni. Cabai melaka aku buat ulam kot.


Chicken grill cheese.


Kueytiaw goreng seafood-RM6.80. Portion besaq. Rasa not bad.

Other recommended food yang takdak dalam gambaq sebab da kena serbu sebelum amik gambaq adalah :

Mee goreng--> serius sedap namateyyyy
Nasi goreng sambal paru-->sedap..harga tak silap aku tak sampai RM9 kot. Sambai paru pun banyak gila wei. 

Hampa kalau makan kat Miker ni sila la order food variety yang berbeza. Boleh rasa-rasa kan.

Untuk pengetahuan, harga makanan kat sini amatlah berpatutan. No wonder always full house wei. Kalau hampa nak tau kami order:

4 set lamb chop
2 nasi goreng sambai paru
1 nasi goreng ikan goreng
1 mee goreng
3 char kuey tiaw
1 nasi goreng special Miker
1 nasi goreng tomyam
Air ( tak ingat, macam-macam kot..air  buah la air tu la..)

PRICE : RM160+

Pizza pulak kami order 3 jenis yang Large ye. Kalau tak silap dalam rm70+ ( yang ni kena bayaq asing ya) macam tu. 

Bagi aku, makanan kat Miker ni stil consider as reasonable lagi la. Somemore quite big portion jugak kan.

So selesai ja makan kami pun feeling2 la jadi orang Ipoh. Lepak sat kat padang / dataran tu. Bagi anak-anak main sat kan. Tetiba aku rasa jatuh cinta kat Ipoh. Sebab satu best gila kot Ipoh ni. Tenang dan aman ja. Takdak la macam Penang ni mana hala pun reta bersepah-sepah. 


Hampa kalau singgah kat Ipoh tak tau nak makan kat mana, boleh la try makan kat Miker ni. Sedap pun sedap. Murah pun murah kot.

Okla, chow sin chi.


Salam and hai.
Dah lama rasanya blog ni bersawang. As per mentioned earlier I was busy with some family matters. So i need to put on priority to my family first.

Kali ni nak cerita pasal Tao Lounge yang terletak dekat ja dengan rumah aku ni. Ala dekat Autocity je pun. Kalau kentut pun dengaq okey.  Okey ni tipuuuu...Hahahha.




Ni pun pi masa bulan Januari yang lepas. Apa yang menariknya Tao Lounge ni datang dengan konsep Ala Carte buffet...ALA CARTE BUFFET??? Apa tu??kompiuss ehhh...kalau nak tau dekat Tao Lounge ni dia akan bagi buku menu untuk kita order. So kita boleh order la dari menu tu macam-macam jenis makanan-makanan Jepun, Chinese, Korean khasnya. Basically its a serve buffet. Korang nak menu tu nanti dia akan prepare ikut apa yang korang nak la ye. Tapiiii korang kena la habiskan semua tau. Jangan membazir jemah. Tak baikkkk. Itu kan amalan syaitonnnnnirojimmmmm.

Jom kita cuci mataaaa dulu....


Nice place.


Yang kat sini terletak dekat buffet station tau.. so korang boleh la amik sendiri kan.




Jom tengok apa yang kami order;


I think this is chicken teriyaki


Unagi sushi


Prawn gapoever...


Chicken grilled gapoever.


Unagi bento gapoever.


This is my fav! Tapi tak tau nama apa apa..salmon gapoever jugak lah tewww


Mushroommmmm my fav!


Mutton sate!


My ultimate orgasm food! Kahkah..sashimi nyum2. I ate 3/4 of this sashimi. Can u guys imagine how much it will cost if I order dis at Sushi King? Memang gapoever la nak mateyyy harga dia kan.

Haaa lagi satu kalau hampa nak makan nasi..bolehbtry order nasi goreng garlic dia. Ok memang takda gambar tapi aku rasa yang Adriana punya memang sedap. Look biasa-biasa ja tapi rasa dia luar biasaaaa.

Personally those yang suka Asian authentic food boleh mai enjoy food dekat sini sebab sedap. Oh ya they also got Coffee Machine...ehh alaaa yang mesin kopi tekan2 korang nak mocha ka latte ka capuchinno ka expresso ka...hot choc ka. Haa memang best la ujung-ujung tu bedal hot choc dengan mocha.

Adriana pulak enjoy the ice cream. Maklum lah buffet kan...nak yang mana amik ja. Memang sedap la kan duk amik ja.

Harga?

RM56 per person.

Kids harga lain tapi husband aku tak ingat dah ye.

For a Japanese food lover yang sukakan sashimi,and apa yang aku makan kat atas ni the price is quite affordable. Imagine 4 slices of tuna/salmon sashimi will probably cost me like RM20+ . But see, my sashimi plate penuh macam-macam variety of fish kot. 


Tenkiu Mr Papa bawak mama and anak2 mai makan tang sini. 


For those yang nak tau details pasal Tao Lounge Autocity ni boleh check on detauls dekat bawah ye.


OPERATION HOURS
Monday to Thursday
05.00pm till 02.00am

Friday, Saturday and Public Holiday
05.00pm till 03.00am

Live Band
Monday - Saturday
10:00pm till 1:15am

Friday & Saturday, Eve of & Public Holiday
10:45pm till 2:00am

Happy hours 
Daily
05.30pm till 09.00pm

LOCATION
1820-F1 & 1822-F1, Jalan Perusahaan Autocity, North South Highway Juru Interchange, 13700 Prai, Penang.
T: +604-5017826
F: +604-5026606







Food review: cool cafe at Jitra

in , by Alia Farhan, 7:13 PM
Hai korang....
Since memang duk ada kt jitra ni kan...
Hari tu aku keluaq ngan angah nak beli phone dia kat area2 Jitra Mall tu....
Bukan kat dalam tapi kat luaq tu....
Yang kat depan Jitra Mall tu la dia.....

So sementara tunggu org kedai tu transfer contact number angah semua...kami p la kedai RM2 kat belah belakang tu.....

Tup tup masa nak p balik kedai phone tu....kami nampak kafe tu...
Dia macam agak terlindung skit....
Tapi depan2 pintu masuk ada Cool Blog...then ada lagi 2 kedai makan dalam tu...

Sebabkan ada Takoyaki..kami masuk....
Aku pulak nampak wraps terus nak order...

Jom tengok apa yang kami order jom...


1 set ni RM8.50 ja...sekali ngn nugget 4 ketoi...murah kot oiii..
Rasa pun not bad la utk wraps ni....dah la banyak ayam dalam tu....
Tak rugi try kot...



Takoyaki...RM5 dapat 5 ketoi....
Haaaa...gila banyak kan....
Sedap pun sedap...
Amik yang prawn ngan beef....
Yg beef tu dia letak 1/2 ketoi meatball...
Tak kedekut inti kan...
Memang terbaik la.....



Tengok budak manja ni ngan makngah dia...tak sabaq2 nak makan...nuget mai2 terus nak makan..pastu marah kt org pulak sebab nugget tu panas....
Oh anak!!!


Masuk2 akan nampak cool blog ni...
Pastu ada tempat2 nak tangkap gambaq la bagai....tapi takdan nak tangkap gambaq pun sebab da lewat time tu.



Walaupun kecik...tapi aku macam suka kedai ni...not bad...

Bukan ada takoyaki n wraps ja...tpi pasta...chicken chop...lamb chop pun ada...so bagi sapa2 yang nak try n support bisnes orang kita....boleh la p try....sebab aku ngan angah rasa memang tak rugi kami p makan kt situ hari tu....

Ok lah....
Tu ja lah food review utk hari ni....

Nama cafe tak perasan...tpi kat2 deret kedai RM2 tu la kekdahnya.....

Chow...

posted from Bloggeroid

Hai kali ni kongsi food review yang agak menarik untuk hampa-hampa semua. Kot2 la ada yang mai Penang tapi jemu asyik makan nasik kandaq ja maciam takdak makanan len dah kat Penang ni kan.

Meh aku nak share kan port baik untuk ber Shell Out. Nama kedai ni Shell N. Terletak bersebelahan dengan Alora Hotel , Bayan Baru. Dekat ja dengan area Bukit Jambul. Kedai makan Shell N duk kat bangunan sebelah ja dengan Alora Hotel ni. Kira bangunan ni memang deret2 kedai makan jugak la.

Untuk kali ni kami pilih set yang untuk 2 -4 pax. Harga berpatutan bagi aku, cuma RM60 sahaja siap dengan nasi sekali. Ayaq asing.

Maii jamu mata tengok naaa


                   
Nin dia haaaa. Memang best!



Rasa padu!


Pedas-pedas manja gitu haa.




Aku pulak yang stress tengok gambaq ni time-time macam ni. Oh nasib


Tengok si kenit tu pun bukan main lagi. Dia pun suka sebab dia kan memang makan pedas-pedas jugak ni. Berebut-rebut la kami 3 beranak oi. Sedapnya. Duk terasa lagi haa.

Kepada En Suami ku, terima kasih la layan napsu gorgon bini ni yang pelik-pelik time ngandung ni. Jap-jap nak chicken chop la jap-jap nak shell out la.. ehhhh. 30 minit sekali berubah. Ni dari konon-konon nak makan chicken chop terus berubah taste nak shell out bagai. Nasib dia tau kedai yang best ni. Masuk pulau pun pulau la janji dapat makan yang sedap-sedap. 

Terima kasih la papa sebab sentiasa nak bagi yang terbaik untuk bini dan anak-anaknya.

***tetiba jadi entry emo pulak***

Oklah, hampa kalau nak p makan jangan lupa p serbu naa. No telefon nanti aku update len kali, husbeng ada la num fon kedai ni. Lupa nak mintak pulak dah.




Sebenarnya kan p makan kat sini dah lama. Lepas dari Jumpstreet lagi dah p makan kat situ. Tapi asyik mood ke laut laut laut ja. Haaa kan dekat Ao Nang baru dapat ilham nak update sebab dah puas ke laut kan.

So untuk pengetahuan korang Roots ni terletak dekat Bayan Baru. Berhampiran dengan market Bayan Baru tu.

Jom layan gambar-gambar kat dalan Roots tu.


Dalam dia memang class, dari segi deco memang ok cantik sangat.

Siap ada ruang tempat main untuk budak lagi. Memang Adriana suka la wei....

Ok bab makan.

Ni yang aku order. Spaghetti with grilled chicken. Aku amik agloi olio punya spagetthi ja. To be frank bagi aku ayam dia macam keras, macam over grilled. Pasta tu ok rasa dia.

Yang ni pulak yang husband aku punya. kita orang amik yang set punya sekali dengan ayaq. tapi bezanya dia amik chicken chop aku amik grilled chicken. Pasta dia bolongaise, cuma part chicken chop tu rasa dia pun over fried and dah jadi keras dan tak moist.
And yang paling agak tak best kami kena tunggu almost 45minutes untuk dapakan meal yang kami order. Walhal, sebelum kami ada 2 customers ja itupun depa memang tengah makan.

Overall, dari segi food bagi aku dan suami agak "frust" sebab banyak aku tengok review cakap ok. Mungkin nasib kami hari tu kot tak berapa nak OK dapat makanan tak memenuhi citarasa kami dan servis pun agak lambat. Nasib lah deco cantik dan ada tempat untuk anak bermain kat situ, bukan apa kalau ramai orang kami boleh terima servisnya lambat dan rasa makanan yang agak mengecewakan.

Diharap pihak The Roots dapat menambah baik atau improve service yang sedia ada. Bukan apa, cafe anda memang berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi cuma kena pastikan servis dan rasa tu sentiasa maintain.

Sekian review dari makjem dari kejauhan.


Assalamualaikum

Dah lama x review pasal kedai makan kan. Yalah, disebabkan tak sihat sepanjang minggu lepas, ada Xmas Buffet review terpaksa tolak. Dah tak sehat kan, selera pun ke laut dalam kan. Rindu nak masak.. Rindu nak makan... Rindu nak ada selera makan dengan anak2. Tu la dia, bila sakit.. Habis nikmat hidup ni.

Actually dah lama peram, nak up kat blog tapi asyik krik2 ja kan... Bukan senang ok nak amik mood nk update blog bila dah ke laut dalam ni tau.

Kedai ni actually recommended by jiran kami, yaya sebab dia kata kat sini sizzling mee dia sempoi... Dah la lama gila x mkn sizzling mee oiiii... Mnjejes2 la nak rasa kan.


Ni lah kedai dia


Sizzling Mee dia
Nyummyyy


Mine... Sedapppp.. 
Letak plak cabai jeruk CKT.. Fuhhh lagi merecil hawauuu


Selain dari Sizzling Mee, depa ada gak juai char kueytiaw... Ada yang CKT special.. CKT sotong and CKT lamb chop. 


Well.. I'm not a fan of malay style CKT.. but this one... Rasa dia memang sedap. Cukup rasa semua OK. 
Laki aku ada order CKT lmab grill.. Tpi kami asing kan lamb grill tu dari CKT dia... Lamb grill dia tu sedap OK.. Lembut and juicy and tak over grill. Memang recommended sangat la. 




And yes... Depa ada jugak sate. My husband fav food.. Sate.. Sate dia sedap2 wei. Daging lembu lembut.. Lepas tu ada babat2 skit. 



Taknak kalah OK.. 10 ayam..10 daging lembu... 10 kambing... End up tak abih pun and terpaksa tapau bawak balik sebab kekenyangan sangat. Yang kat atas ni sate kambing.. Disebabkan kami tapau balik.. Esoknya tu pagi sarap dengan sate ni.. Panas kan dalam microwave sat.. Pastu ngap.. Still lembut and juicy.. Yang kambing ni padu gila rasa kambing dia. 



Tudia haaaa... Terbakooooo

Selain dari sizzling mee, char kueytiaw and sate... Kat sini ada gak juai nasi ayam. Tapi kami tak order pun la. Sebab Masing2 dah order dah ikut nak makan apa Masing2 kan. Maybe next time boleh try plak. Tengok Meja sebelah makan nasi ayam dia nampak macam sedap ja... 





Bagi hampa yang Teringin nak makan sizzling mee dia ka or Teringin nak rasa chat kuey tiaw dia.. Hampa boleh la try mai makan dekat sini OK... 

In Sha Allah sedap dan berpuasa hati. 

Untuk details :

Facebook : Kafe Budak Boss 


Hai hampaaa...
Kali ni kami nak share pasal satu kedai makan Chinese muslim food tau. Sebenaqnya kami dah pi makan lama da. Masa Adriana punya graduation day lagi. Kahkah. Lani baru nak update wei. Apa punya turrr.



Untuk pengetahuan hampa, restoran Muhammad Loh ni terletak di Bertam Perdana, Kepala Batas. So if hampa yang mai ke Penang and nak cari Chinese Muslim food silalah terjah ke sini ya.

Untuk pengetahuan hampa, ni kami makan untuk 5 dewasa dan 3 kiddos.

Jom tengok makanan-makanannya dulu ya.


Sotong goreng tepung. Sedap!


Siakap. Aku tak sure masak apa sebab adik ipar aku yang order kan. Ada bawang merah and bawang putih goreng ranggup-ranggup. Sedap sangat!


Kangkung belacan..padu rasa dia


Chicken butter. Sedap ...memang recommended. Adriana pun suka sangat


Shark fin soup! My all time favourite. Teringat preggy Adriana ngidam nak makan ni. Bila dapat tu nak nangis bila tengah makan. Moment terindah. Thank you la husband melayan cravingness bini hang ni.

So overall, the food is nice. Tempat pun selesa jugak. Yang penting harga berpatutan. Cuba korang teka overall ni semua berapa? Seingat aku husband aku cakap dalam RM140+  which for me not bad sebab makan ramai and somemore shark fin soup tu biasanya mahal kot. 

Untuk hampa yang nak try makan kat sini boleh la buat reservation dulu tau. Mana tau takut fullhouse ka.


Alamat:

No 7-G Jalan Dagangan 9,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.


Ok lah hampa. Chow...




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS