Showing posts with label travelog perth
*** AWAS! Entry nak panjang dan banyak gambar. Mohon jangan carutkan mak jem ya***


Finally, fuhhh. Sebak pulak bila duk recap hari terakhir dekat Perth ni. Ye lah, bukan senang nak jejak kaki ke Perth ni. Takyah cerita la berapa tahun mengidam kan nak pi ke sana. Sebab bukan macam pi ke KL. Sebab aku baru ja tau ada orang kata eleh takda menda pun kat Perth tu...orang tak heran macam pi KL ja.

Waklu ( sambil angkat middle finger). Haah nak carut tapi tu la korang tak nampak pun kan aku angkat middle finger! Ok tipu...aku tengah menaip mana boleh angkat middle finger pun. Lagipun aku ni penuh sopan santun mana pernah pun duk middle2 finger ni. Mother finger mother finger where are u yes memang pernah.

Hang yang pernah kata kat aku pi Perth macam pi KL tu kalau baca ni sila hadam elok2 naa. Hang pernah sampai ka Perth? Kalau setakat drive pun sampai ke Penang ja jangan sembang terkena tiupan angin Indian Ocean gitu. Haaa benggang aku bila konon2 depan kita macam "kawan" tapi belakang eh macam hanat pun hado.

Eh jom la balik kepada story hari terakhir kami di Perth. Seperti yang hampa sedia maklum, kami stay dekat Kings Hotel yang terletak di Perth CBD. Pagi tu awal-awal lagi kami bangun dan menghabiskan pizza smoked salmon yang tak habis semalam tu masa kat Ciao Italia. Tapi tak best skit hotel ni takda microwave ya. Hotel yang aku stay kat Scarborough , Indian Ocean Hotel tu ada tau. And aku suka sangat hotel tu walaupun dia seasoned gila.

Macam biasa kalau dah namanya ke tempat orang, menda yang kami laki bini cari adalah masjid. Yes masjid! Terus set gps untuk cari Perth Mosque after checked out. Parking agak susah. Korang kena pandai-pandai la park ya.

PERTH MOSQUE


Perth Mosque dari side belakang.


Best masjid ni, sebab dia punya orang-orang Masjid dia siap mengalu-alukan kami lagi. Yang mamat omputih sorang tu siap offer donut and hot coffee lagi kat aku. Yalah kesian kot kat makyong ni.


Bunga di sekitar luar Perth Mosque.


Nak jugak bergmbar di belakang Perth Mosque. Kalau depan Perth Mosque main road. Too busy. Takleh nak tangkap gambar macam ni.


Dia pun nak ok!


Sempat la bersembang-sembang dengan orang-orang Masjid Perth tu. Ada sorang tu orang Malaysia Sarawak dah jadi PR dekat sana. Dia pun ada bagitau pasal satu lagi tempat dekat Western Aus ni ada penduduk setempat dia orang Melayu beragama Islam di Kattaning. Yes, next trip boleh cari ni.

Oh ya Perth Mosque ni berdekatan ja dengan Malaysian Hall tapi disebabkan parking kawasan sekitar tu agak payah dan leceh, maka kami pun tak pi la.




Love dis


Cantik sangat mesjid ni



Bapak besar kan bunga rose dia. Dah nak sama besar ngn muka aku yang setalam ni.




Kami meneruskan destinasi kedua kami pada hari tu ke Araluen Botanic Park.

ARALUEN BOTANIC PARK.

Araluen Botanic Park ni da kira macam keluar juga la dari Perth City. Dah menuju ke Albany Highway. Not sure about the public transport there. Tapi rasa macam susah ja kan.



Wild flowers sebelum masuk ke botanic park ni.



Anak pokok tulips.
Oh ya ada Morrocan jual lamb shanks. Kami tak beli pun.It halal ya.



Ada anak sungai bagai. Syiok!


Orang berpicnic.


Suka sangat sebab tenang ja



So what so special about this botanic park? Nothing special pun kecuali when the spring hit it. Yes, you can see the tulips! YES TULIPS 🌷🌷🌷
. So takpayah la kepingin sangat nak pi ke Amsterdam tengok tulips kan. Kat Perth pun boleh tengok. Masa kami pi ni dah nak habis winter ya. So bila nak masuk spring bunga banyak pakat duk blooming dah. Lavender depan rumah mat-mat salleh tu bersepah ja bhai.


Cantikkkkk 🌷🌷🌷


🌷🌷🌷


Nak pergi Europe and nak pi Keukenhof tak bila. Datang time nak masuk spring kat Perth ni pun boleh gak tengok 🌷🌷🌷 pegang-pegang and bau tulips kan. KL ada ka?


Tulips ni pun memang rare la kan. So masa tulips season ni, nak masuk Araluen Botanic Park ni kena bayar Aud15 per person ya. Quite pricey but worth it la. Boleh pegang and bergambar dengan tulip kan. Kat KL ada ke tulips oiii!!!


Kakak asyik nak duk dalam stroller ja.


Bagi chance la nak ber sawit dengan laki den.


Makyong memenuhi ruang ketika ini



Damai tak?

Lepas ja habis dekat Araluen Botanic Park kami pun balik ke Perth  balik. Pusing-pusing area Kings Park and cari Blue Boat House yang memang trademark Perth ni.

PERTH CRAWLEY EDGE BOATSHED aka BLUE BOAT HOUSE


Tak Perth la kalau tak mai sini kenn


Dari kejauhan. Sila menapak ye.



Blue Boat House yang terletak di Swan River ni yang gila bapak besar sungai dia ni...lagi besar dari teluk Penang ni. Belakang Blue Boat House ni korang akan nampak seolah-olah macam kat laut padahal cry me a river ja kot! And kalau bernasib baik dapat la tengok dolphin berenang-renang kat situ.

Wehuuu


Cap bapak cap anak


Harus mak jem kena ada la shoot gini.kennn


Tunggu que wei. Geram betul aku ada 2 couples Indian ni bergambar macam gila. Ada kot dekat 20minit diorang saja. Terlentang la terbaring la. Eii geram!


Anak bapak!


Cycling track. Menapak la berjalan nak ke Blue Boat House punya pasal.





Kenapa awan2 diorang cantik sangat? Why oo why


Untuk ke Blue Boat House ni, korang kena park kereta dekat sini and menapak jauh skit la. Ala tak la jauh pun. Landmark dia UWA (Uni of Western Aus)

Lepas habis ja bergambar, maka kami pun segera menuju ke Fremantle untuk last sourvenir shopping. Kat sini la kami makan lunch aka dinner kami, dekat Cicirello Fremantle.


Depan tempat parking kereta tu UWA. Adriana nanti study kat sini ya nak!



Fish n chip before balik!


Yummylicious seafood marinara.

Lepas ja makan, maka kami pun terus ke airport dan on the way ke airport melilau jugak mata nak cari carwash untuk cuci kereta sewa. Yalah, kalau nak dapat full refund macam mana keadaan kita amik, macam tu la kita kena return. Tapi fuhhh susah nau nak cari carwash wei. Memang tak jumpa bersepah macam kita yang mesin tiga hinggit tu. And tambah pulak hari Ahad kan. Pffft. Dalam hati memang tawakal ja lah. Kat dalam kereta memang kami cuci betul-betul, luar memang takleh buat apa sebab kami tak dapat nak hantar cuci kan. Tapi Alhamdulillah pihak Aries Car Rental kembalikan full secure deposit kami. And selama sebulan lepas kami balik dari Perth pun dupdap jugak takut la kena saman speedtrap ke apa ka. And Alhamdulillah clear ok! 


Thank you for serving us so well!
Nak tau tips taknak kena saman?
Silalah sewa GPS sekali ya..so everytime korang tertekan minyak and sampai speedlimit dia akan warning n bising ting2 ko da exceed limit. So memang Alhamdulillah kami selamat dari kena saman.


Berat hati nak tinggalkan Perth. It so hard to bid a goodbye. Dalam hati In Sha Allah aku mesti mai repeat balik. Western Australia region is a huge region in Aus, kami pasti akan kembali dengan itinerary roadtrip yang lebih mantap. Tapi hati kat Malaysia da memanggil-manggil. Teh tarik dan sambai belacan pun da terbayang-bayang. Gila wei, sampai-sampai KLIA pagi esok tu terus cari teh tarik!

Maka tamatlah Travelog Perth / Western Australia seorang Alia. Semoga matlamat nak travel lagi ke sini tercapai lagi. Amin.



Yes..finally.
Update pasal Perth. Yes da lapuk. Setahun dah pun. But who cares kan.

Kena jugak coretkan di sini untuk ingatan di masa depan. Kot-kot nak repeat Perth balik ka...huuu rinduuu.

Oklah berbalik dari cerita berjalan-jalan di Hay St &  Murray St, destinasi kami seterusnya adalah ke Wesfield Whitford yang terletak 22 minit dari Perth CBD( Hay St).

Sepanjang perjalanan tu lalu juga la dekat kawasan perumahan mat2 salleh kan. Tenang and peaceful ja nampak kejiranan depa tu. Haihhh. 1000x rasa nak migrate duk sana!


Peaceful and jatuh cinta teruk wei. Sampai lani takleh move on.


Antara rumah yang aku sempat capture. Ahhh rindunya.


Disebabkan kami pi hari Sabtu, so masa mall Westfield ni ditutup adalah pada pukul 5 pm ya. Diulang 5PM ya. Bukak pukul 9am-5pm. So koraang kalau nak pi ke mall or apa-apa yang perlukan entrance fee ka make sure check siap-siap operation hours depa especially on weekend sebab biasanya kalau Ahad depa bukak lewat dalam pukul 11 or 10 pagi and then tutup at 5pm.


Pic credit to Mr Google.
Dinasihatkan sebelum nak jejak kaki ke mana-mana mall please check dulu operation hours depa tau. Takmau la nanti hampa kata apa ni..apa ni tak sempat nak shopping woi


Kita kat Malaysia ka, pukul 5pm baru terhegeh-hegeh nak masuk mall time weekend. Depa kami kalut-kalut pukul 3pm tu mall pun macam dah lenggang wei. Heran sungguh. Mall pun tak berapa ramai orang sangat. I wonder the Ozie prefee outdoor activities compared to indoor kot.

Sebab masa kami lalu kat Scarborough boleh nampak rmai mat2 salleh ni lepak-lepak tepi pantai and beriadah dengan family masing-masing walaupun tengah winter season time tu . Please note that Ozie winter season kat Perth xda snow ya tapi boleh tahan sejuk Ya Rabbi. Aku yang tembum ni pun gigil-gigil wei.

Kat Westfield ni macam-macam kedai ada. K Mart yang femes di kalangan geng-geng scandi tu pun ada. Selain Kmart ada Target, Woolworth , Coles (ni memang favourite spot aku kalau nak beli bahan basah untuk memasak) , Big W, Chemist Warehouse dan macam-macam lagi.


Aku shopping apa?

Of course aku shopping Corelle south beach 1 set. Kat Malaysia tak dapat wei harga ni. Memang kalau kat Malaysia pun aku tak kan beli la wei sebab mahai melampau. Oh yang ni aku beli kat Big W.


Pic credit to Mr Google.
Aud59 ja hampa wei. Gila tak grab. Harus grab ok! Kalau kat Langkawi pun dah RM400+ tak kuasa aku nak usha kat mall tu.


And perfumes dekat Chemist Warehouse! Gila murah wei. Borong kami laki bini beli kat diri sendiri sorang dua tiga perfumes...gila tamak kan.


Pic credit to Mr Google.
Duduk kat dalam Chemist Watehouse ni pun berhantu gak
 Stress duit habis banyak dekat sini saja. Hahahha. Stress la sangat kan. Kejutan budaya tengok harga perfume after convert pun!


Ni aku punya sorang ja tau. Tu pun ada tambahan lagi pi beli last minit. Belum masuk yang laki aku borong buat stok dia sendiri. Berat lugage balik dengan perfume ja wei.


So selesai ja shopping-shopping bagai ni. Terus kami balik ke hotel. Sebab kat area Hay St tu ada restaurant makanan Malaysia. D'Ankasa Restaurant nama dia. Price not bad la. Makanan big potion. Sedap la jugak. Bayangkan seharian cuma makan kebab ja dari pagi. Memang sedap la kan bedal. Itupun nasi goreng tak habis kena tapau bawak balik.



Nasi goreng seafood for me. 
Harga Aud15+


Nasi lemak rendang ayam for husband
Harga Aud15+


Lepas makan, kami balik berehat di hotel. Ikutkan hati memang da penat gila and nak lepak kat hotel ja takmau pi mana dah. Tapi malam tu, en suami ajak makan piza kat Ciao Italia. Heyyy, malas mula-mula nak pi. Tapi suami pujuk jugak pi temankan dia.


Pic credit to Mr Google. 
Yes memang kat Ciao Italia ni crowd dia memang macam ni. Masa kitaorang pi tu kena que jugak la untuk makan. But good thing is orang yang da habis makan akan terus blah. Takda maknanya diorang nak lepak lama-lama dalam tu.


Nasib baik sedap wei. Pekerja dia pun bagus. Greeting bukan main. Tau kan pelancong yang mai makan. Seronok sebab Ozie ni memang tak sombong. Sentiasa ringan mulut untuk greet kita.

Harga makanan sumpah dah tak ingat. Tapi okla, masa road trip turun ke South WA kami da save a lot da kat makanan sebab banyak masak sendiri due to limited halal food masa on the road kan. So kat Perth hari-hari terakhir ni memang tak masak dah ler.


Bukan main dua beranak ni kan.


Thank you husband sebab paksa bini dia ni pi jugak makan tang sini. Sumpah sedap pizza dia😋😋😋


Seafood pasta dia.
Sedap betul-betul taste Italian wei.
Kalau aku buat ada rasa fushion dengan tekak Melayu aku dah! 
Kahkah



Ni yang PALING WIN!
omaigod this pizza ka memang the winner wei.
Sumpah sedap nak mati pizza ni. Dengan topping smoked salmon and avocado nya.
Ya Allah sedapnya!
Nikmat dunia mana yang aku dustakan😘😘😘

Selesai ja makan and tapau pasta yang banyak gila and tak habis tu. Maka kami pun bergerak balik ke hotel. Esok nya adalah hari last kami di Perth dan banyak lagi tempat nak kena terjah before balik ke Malaysia.

Nanti next entry kita cerita pulak ye.






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS