Showing posts with label food review

Semalam aku ada cerita kami stay dekat Tiny Boutique Habitat kan. Kali ni nak cerita pulak pasai Pizza Viral dekat Tiny Boutique Cafe ni.


Mesti la kena rasa kan apa yang viral sangat dekat cafe dia ni kan. Alang-alang dah stay dekat sini kan.


Boleh baca review aku pasal Tiny Boutique Habitat yang aku stay masa jalan2 kat Cameron Highland hari tu. 

Plan asal nak dinner masa malam kedua /malam last kami dekat situ. Tapi tutup pulak cafenya malam tu. So kami pun makan pa pizza masa nak check out hari Khamis tu.



Nindia haa pizza yang dibakar dengan kayu api.... 


Depa bakaq pizza kat dalam ni.... 


Ni order dekat maktok.... 


Nindia haa... Pizza tu tak cukup 1. Sebab masing2 kebuluran sejuk2 khenn.. End up order lagi satušŸ¤£ 



Ayaq2 yang dipesan... Aku macam biasa la latte ais.. Tak kira la sejuk ka weather mesti nak ice latte. Hahahha

Komen aku... 

Pizza dia memang sedap la... Ada flavor n smell bakaq dengan kayu tu kan.. Bakaq pulak ala2 dalam furnace macam tu.. Lagi la umphhh... 

Cumanya kalau hampa lapaq2 sini takdak la varieties of menu... Aku expecting ada menu-menu macam pasta macam tu. Anak2 pulak tengah lapaq... So memang la kena order dua siap2 ya. 


So sapa2 yang nak try bila ke Cameron Highland boleh la cuba pizza viral ni ya... 

Tiny Boutique Cafe
24 Kampung Taman Sedia, 
39000 Tanah Rata, 
Pahang

Bagi yang nak bercuti ke Cameron Highland.. Selamat bercuti.. Jangan lupa jaga SOP ya di musim2 Covid-19 ni. Stay safe peeps.. Kita jaga kita. Take care ♥️










 As hilarious n funny as this cafe sounds... Well i must say the name itself caught our attention to try their food while searching around Western Food at our place.


Nampak2 ja nama cafe ni terus kami laki bini cakap why not.. N Adriana reaction to this cafe name... This is so funny... Thei cafe name is Cafe Takdak Nama... How hilarious is dat kan ma... Well.. Its kinda catchy what thus kind of name....

So here we are.... 
Searching for good foods during our weekend... 

Kedai dia kecik ja... But i must say the owner sangat creative to come with the ideas like this kan... 



Pandai dia guna ruang n how creative buat meja n kerusi dekat atas mcm ni kan... Anak2 aku pun kemain excited la kan nak makan atas tu.. But sorry dears... We are nit having the food up there.. Hahahaha... 


Jom tengok menuuuu... 



Nyumss... Tengok la descriptions dia mangkaq kan... Aku suka owner dia sebab creative sangat! Dengaq kata owner dia Mamak Kwangsoo... Aku mati2 la ingat Mamak Chinese Look/Mamak Putih tu.. Sekali bukan.. Hahahha... 

So lepas dah order mari lah kita tengok yang sampai macam mana ya... 


Ni fish grill with lemon apa ntah... Sedap gilosssssssssss... Aku sukaaaaa gillllaaaaaaa... 
Recommended gilaaa


Ni aglio olio utk Ecah..mintak tak pedas... Tpi bila tak pedas macam kurenggg kick pulekkkk... Tapi ok la... 


Ni Adriana punya bolognese... Sedap! Walaupun bolognese is my least pasta menu dat i like.. But this one is good. 


Ni fish n chips aku order... Ermmm.. Kenapa ehhh kat Malaysia ni xbuat fish n chip ala2 kt Ozie tu... Sakit pulak hati aku bila yang macam ni mesti overcooked n keras skitšŸ˜­
Not recommended.. Baik order yang awal2 aku tunjuk tu.. Yang tu sedap gilos


Ni platter apa ntah laki amik


Yesss.. Memang order lebih.. Biasa la laki aku... Food sensory katanya khennn.. Platter ni ok la not bad.. Sedap jugak.. Boleh order kalau ramai2 kan... 

Overall.. Bagi aku kedai dia not bad.. Sedap jugak la bagi aku... Makanan pun cepat gak sampai.. Servis pun baguih... Aku suka... Repeat balik? Of course why not kan.. Aku nak makan yg fish lemon apa ntah tu lagi.. Haahhaha... 

So hampa-hampa kat Bayan Baru yang cari Western Food yang best.. Boleh la pi try dekat Cafe Takdak Nama ni... 

Alamat:

Cafe Takdak Nama
2A, Persiaran Mahsuri 2,
Bandae Sunway Tunas, 
11900 Bayan Lepas, 
Pulau Pinang

No Telefon:

012-475 5824

 It was longggg overdue....

Before Covid hit Malaysia back then.. When we just move in to the island side of Penang n become officially a Penang-langggg lahhhhh... Oh silap.. Laki aku memang orang "PULAU"... So dia kata sirih pulang ke ganggang la cita dia...

Ehhh sebenaqnya nak cerita masa awai2 pindah mai duk pulau side ni.. Ada awal2 dulu kami duk la jalan-jalan... Sajia la pusing2 dalam kereta. Time tu da xpi lepak mall sangat dah sebab time tu duk ifluenza outbreak... Adehh azab la bila ingat kena influenza dulu tu... Cerita pasal kena influenza ada dekat sini.

So duk pusing2 tu aku ajak la laki aku hunting cafe dekat Penang ni. Yes.. Aku memang suka cafe hunting yall (nada mona dalam Kampung People)... And salah satunya laki aku bawak mai tang sini.. Nama dia China House...

Dia ada dua entry... Yang aku masuk belah bar yang menghadap Canteen, Sekeping Victoria... Yang juga salah satu cafe yang fames di Penang ni. Sapa lah tak tau Sekeping kannnn...

This kedai consist of 3 heritage shops with open air courtyard... Memang lawa wehhhh.....

Apa yang best sangat dengan China House ni? Ye nama ja China... But it doesnt serve u Chinese food or babi at all lahhšŸ¤­šŸ¤­šŸ¤­. So what so special about this place? THE PLACE IYSELF IS UNIQUE!

What are they famous for? 


1. THE CAKE. 

They have literally LOTS OF CAKES VARIETIES..

Secret Recipe is out from their league la cita diaaa... Gahahhaha.. 




But that day.. I 'm not in d mood for cakes... So take none of it. Demmm ni tetiba upload gmbaq cakes dia semua rasa nyumyyy oiiii.. Ni tetiba search dekat Food Grab ada pulak.. Apa lagiiiišŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚


Kalau tengok kt TripAdvisor memang puji betul kek dia.. Makan2 terus ke heaven lah apa lahhh.. Ni yang buatkan aku pun nak ke heaven dunia satgi... šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

2. THE COFFEE

As i' m not an addict of coffee... I have tried their latte.. Ok not bad... Actually aku tak reti sangat nak nilai which kopi is good which is not... But i cant bearly drink that kopi o/ekspresso because its too way strong for my liking. Well.. I'm tea addict šŸµšŸ¤­

3. THE ARTSY CAFE






While waiting for the foods.. U can ask ur kids to doodles at the paper... Ok la... Xdak la kids boring sangat.. Time tu full house ja cafe ni



Ni haa kat toilet... Apooo lawa sangat dengan art frida kahlo ni haiii... 






4. THE FOOD 

Well the food is not bad...kalau taknak makan cake macam aku.. Boleh ja order benda2 lain kan... 





5. THE BAR AND LIFE BAND


Rockstar nak perform live band ke tewww... 


They hav a nice bar to chill and lepak layan life band... Ok la kan... Yang Islam tak payah la gampang nak layan beer kan.. Ko layan pepsi/coke sudah laaa.... 


5. THE BEAUTIFUL GARDEN COURTYARD

Naaa.. I shouldn't explain more bout this... Just wanna feed your eyes... 










So how? Cantik kan tempat niiiiiiiiii..... 

Teringin jugak nak dine in lagi dekat sini untuk makan cake.... But with all this Covid thingy... I hope i can dine in to my favourite place without having to worry too much about it. Afterall, #kitajagakita n #kitabelummenang kan... 


So for those yang nak mai ke Penang... N nasi kandaq is tooooo blahhh blah blahhhhh... U can come to this besutiful place. I'm pretty sure... U will fall in love with this place... 


China House

153, Beach St, 

Georgetown, 

10300 George Town, Penang

04-263 7299







Sebut Penang ja da sinonim la dengan kari kan... Actually dekat belah utara ni kami memang geng2 kari... Atau orang utara panggil gulai. Kalau dekat utara ni gulai dia kari la. And tak silap aku setiap negeri gulai dia lain2 kan... 

Tapi kalau dekat utara ni pun ada dua jenis gulai.. Gulai with santan n gulai without santan... Biasanya yang without santan tu kari mamak la kan. Macam aku mrmang prefer makan kari mamak ni... And aku pun jenis suka masak kari mamak. 

Ok enuf with all those introduction.. Disebabkan blog ni pun dah bersawang... So mari lah kita update kat mana port kari sembilang BEST IN D WORLD! 

TARAAAAA.... 

DEKAT SINI YAAA 

šŸ‘‡šŸ‘‡šŸ‘‡šŸ‘‡šŸ‘‡šŸ‘‡

⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️



Terletak di Kuala Juru ya. 


Kedai ni dekat dalam ceruk-ceruk kampung ya. Memang kalau orang tak tau akan tak tau la ada kedai yang sedap dekat ceruk kampung macam ni. 

Aku paling suka kari semilang dia... Goreng kapis dia.. Ayam kicap dia. Tapi kali ni aku tak order la banyak2 sebab aku 3 beranak ja yang makan kan. So kita order pun yang menu penting la kan. 



Tara kari sembilang. Aku request kat Kak Laila nak bahagian ekoq dengan isi kat badan tu. 



Ayam goreng tu sebab Adriana nak. Sedap ayam goreng nya pun. 



Pakej nasi kari dia mai dengan hat ni sekali... haroiiii...kena plak tuang toyu manis skit.. Perghhhh nalerkeee... 


Untuk makanan dekat sini memang tekak aku approved la.. Kamon la tekak aku ni dia punya cerewets ni kalah Gordon Ramsay tauuuu. Kalau setakat biasa2 bukan level tekak aku approved memang aku tak rekemen la kan. 

Dekat sini... Goreng2 dia pun sedap.. Contoh macam nasi goreng ayam dia sedap.. Nasi goreng daging dia sedap.. Kueytiaw goreng pun sedap.. Bihun.. Mee goreng pun sedap. Sennag cita banyakkk la yang sedap nya haa. 

Sekali lagiiiii.... 

Aku nak tayang.. MUST EAT DEKAT SINI tak lain tak bukannnnn.... 


Aduiiii terlioq pulak tengok malam2 macam ni... Aduuuuuuuuuiiiiii

Hampa yang nak tau location kat mana.. Hampa kol la number kat dalam gmbaq kt atas tu.. Tanya minta pedoman kedai tang mana... Aku malas nak explain panjiang lebiaqqq... Cuma nak habaq hari AHAD depa KATUP.... 

Oh ya lupa nak habaq..lauk2 ni dimasak dengan penuh kasih sayang... Hampa request baru Kak Laila masak ok.. Cuma hari Jumaat ja depa sedia masak lauk2 ready made sebab hari tu biasanya ada geng2 kilang pi semayang jumaat berdekatan dengan kedai dia.. So untuk mengelakkan jemm dia bahagian order.. Kak lela telah biat lauk ready made.. But don't wory stil sedap jugakkk haaa... 

Ok la tu ja nak cerita... Sapa tekak premium macam aku boleh la pi try makan tang sini...

Babai







Hari Ahad lepas kami satu family berkesempatan la spend time together keluar dalam fasa new normal fasa PKPP ni...

Ya la... Sebelum ni papa diorang ni asyik terperap ja dekat rumah dengan kami 3 beranak. Seminggu sebelum raya tu dapat arahan dah nak kena start jalan kerja lepas raya. So start ja a week after raya memang everyday la laki aku keja ja... Sabtu Ahad pun kerja... 

So xleh jadi ni... Kena mogok la 3 beranak kami ni. Hahhahahha. Last2 Ahad hari tu..laki aku bagi order from home ja lah. Ater dari muka da putih macam dulu2 dah macam mat terap dah kalernya.  Ke sana ke sini tengok kerja-kerja yang jalan serentak kan.

So kami plan nak ke Gurney Plaza.. So kakak awal-awal habaq nak makan nasi dengan kari.. Nampak nau dah lama mama xbuat kari ehhhšŸ˜†šŸ˜†šŸ˜†

So dah alang-alang nak ke Gurney Plaza.. Mesti la makan dekat Nasi Kandaq Raffee kesukaan kami kan. Sekali tudiennn ramai jugak duk beratoq. Ok cancel. Tak jadi. So aku ajak la laki aku makan dekat nasi daun pisang dekat Sri Ananda Bahwan tu. Kebetulan otw tadi lalu situ gak.

To be honest this is my first time makan dekat situ. So meluncur la kami kona pi balik dekat area nak ke Jalan Kebun Bunga tu untuk ke Sri Ananda Bahwan ni. 

First impression aku terhadap kedai ni.. Bersih.. Persekitaran dia cun n cosy. Si kakak kata apa papa ni.. Bukan bawak mai kefai makan... Ni bawak mai makan kenduri.. Kahhhhhkahhhh... 

Dia ada banyak cawangan tau... Tapi yang dekat sini dia macam cosy sebab banyak pokok2.. Tau2 la jalan nak pi ke Kebun Bunga tu kan redup ja.... 

So laki aku la order kan nak makan apa kan. Of course la nak makan nasi daun pisang kan. 


So here we are... 


Sebelum nasi sampai.. Kami order vadai dulu makan.. Pembuka selera.. Kahkah .. Sedap bila cicah dengan kuah hijau tum ada rasa pedas2 macam cabai melaka skit. Tapi tak sure yang lain2 tu rasa apa. Tapi sedap la. 




The rice banyak la kan for those yang tengah diet suku2 separuh ni kanšŸ˜¬šŸ˜¬šŸ˜¬


Berselera semua orang kan. Maklum lah Indian food ni dekat di hati kami. It's in d blood orang kata šŸ˜†šŸ˜†šŸ˜†

My husband ordered ayam masala.. Ayam goreng.. Kambing masala.. Fried cauliflower.. Sayur kubis.. 
So bila order nasi daun pisang..dia akan mai set macam atas daun pisang tu dengan kuah yang 3 serangkai tu. Agak frust sebab peria goreng dah habis yašŸ˜¢



Cantik pulak belas ni.. Suka aku.... 


Ni cabai kering India ni sedap. Dia ada rasa masin2 skit. Aku memang suka. Dari first time makan dekat Tajuddin Hussain lagi dah jatuh cinta. 


Budak ni kemain lagi kan. Makan sendiri ok. Kalau tak asyik pekena suruh mama suap ja. 


Kakak makan licin.. Adik pun sama. Both of them memang suka. Tanya sedap tak.. Both of them cakap sedap. 


Last but not least manisan /laddu... 
Yang hijau tu sedap.. Pistachio tak silap. Kalau biasa aku suka makan yang warna putih rasa susu2 sedap gila dekat Lil India. Dekat dengan Tajuddin Hussain tu.. Tapi yang warna putih tu aku tak berapa suka sangat kalau dekat sini. Maybe sebab ada add kn kacang ka apa ka aku xsure. But the green one is good. 


Bagi yang takut2 nak pi makan tang ni sebab status dia... Dont worry.. Kami nak habaq depa CERTIFIED HALAL BY JAKIM  naaa... 


So hampa yang nak rasa makanan pure India boleh la cuba makan tang ni. Another kedai yang pure Indian n kena dengan selera aku adalah Tajuddin Hussain. Dia punya kari tu perghhh nalerke... Belum lagi lepas makan nasi.. Minum pulak rassammmm... Aduhhhhh sedapnya. 

Lupa pulak aku nak minum Rassam dekat sini. 

For those yang nak cuba makan Nasi Daun Pisang ni boleh la ke :

Sri Ananda Bahwan Garden Cafe, 

225, Jalan Macalister, 
10450 George Town, Pulau Pinang







© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS