Showing posts with label Travelog Phuket
Previous post :

Travelog Phuket :  Day 1 , Roadtrip to Phuket Part II


Courtesy of Agoda.

(Ni second time aku terpaksa write up balik entry pasal hotel ni disebabkan entah mananya hilang draft aku sebelum ni....stresss oiiii kenapa mengapa dia hilang!!! So mood aku nak type panjang-panjang macam the first one maybe dah larik tune...)

Berbalik kepada cerita hotel yang kami stay. Sperti yang kami habaq before this kan. Kami memang pilih untuk stay dekat Patong ja memandangkan Patong lebih happening, lebih tarian tiang, lebih banyak pondan   tipu ok tipu bukan sebab tu la yang oii...of course sebab kami nak tempat yang lebih easy access gitu haa.


Courtesy of Agoda


Untuk pengetahuan hampa semua, Andakira Hotel ni terletak dekat ja dengan Bangla Road. Jangan tanya aku kenapa nama dia Bangla Road walhal aku x nampak pun abangla mahupun adikla di situ.

Jom kita tengok dulu la apa yang best sangat kat Andakira , Andabayar Hotel ni.

Salah satu feature yanag kami nak adalah pool for the kids to enjoy their vacation kan. Tup-tup Andakira Hotel ni menawarkan pool access from room gitu ha.. apa lagi. Cargas ja kami booked yang pool access ni. Harga dalam rm230+semalam kalau tak silap aku. Not bad la kan for the price.

Dan pada aku yang verangans nak me time la sangat ni kan. Of course la aku nak yang ada bath tub. Kira lengkap la ada bath tub macam aku nak kan.

So lets check it out yoo


Drebar yang kepenatan. 


Spacious. Tengok la mek ni buat apa. Aku combine kan dua katil single ni. So jadi macam katil superking wei.


Clean bath room


Bath tub ni antara pilihan wajib aku sekarang sebab aku da macam boring kot nak mandi swimming pool bagai ni



Ok la siap ada bath robe bagaikan.


Pool access from our room


The kids da mula terjun seawal yang boleh. Lepas ja breakfast dengan balcony. Masing-masing berkuak lentang bagai. Seronok wei. Lapaq naik makan. Lepas tu terjun balik. Memang serious seronok la kan.

Oh untuk pengetahuan, Andakira Hotel ni takda la dekat sangat dengan laut kan. Kalau nak jalan tu memang basah keti la mau nya. Please note kalau hampa nak cari yang dekat pantai please tengok map hotel dulu. Kami sebab dah kali ke 5 ke Phuket ni esp Patong ni so xda la excited dah dengan pantai nya. Tapi pantai dia best ok! Tapi kalau hampa nak stay kat Andakira Hotel ni boleh ja hampa sewa moto and ronda-ronda Phuket ni. Aku honeymoon dulu memang sewa moto ja ngn laki aku. Lebam kamo lenjan moto tu sampai ke Kamala Beach la Kata Beach la..Kathu la. Memang kami explore gila-gila la.


Courtesy of Hotel.com

Aduh.rindu la pulak pantai yang cantik ni😅😅😅


And of course la rate yang semakin dekat dengan beach semakin mahal. And banyak "brand" hotel terkenal dekat /berhadapan beaches ni. Tengok nama Andakira Andabayar Hotel pun dah bunyik macam apa ja kan. Lain la kalau Hyatt ka kan. Tapi kemudahan kat Andakira Hotel ni aku puas hati la. Memang tiptop. Aku suka. Selesa and servis pun bagus. 

Apa pun yang penting, nak berjalan ni kena tengok poket masing-masing. Kalau poket korang tebal ok ja kan nak duduk yang mahal pun. Apa de hal. Yang tak berapa nak hado2 macam aku ni. Andakira Hotel ni pun da kira ok sangat-sangat dah tau.

Hampa kalau nak book Andakira Andabayar Hotel ni..boleh ja book melalui medium sperti Agoda, Booking , Expedia, Traveloka, Trivago  n etc. Cari la mana tau dapat murah kat salah saty ni. Macam kami hari tu guna Agoda ja.

 Oklah wei. Aku da ngantuk ni. Nak chow dulum seram pulak malam-malam kul 12.20am ni duk dengar sora budak-budak duk main kat luar tu. Kejadah apa la malam-malam ni nak main2 nak oi. Aku lempang kang kalau budak betul yg duk main2 tu. Kalau setan pulak sila main jauh-jauh. Aku dah la baru lepas habis geram dengan setan ni sebab mengacau Si Aishah. Jenuh pagar rumah bagai.

Okla, hat tu nanti cerita lain na. Okey babai.

Previously on 

Travelog Phuket : Day 1, Road trip to Phuket Part I



holaaaa...
ada yang tertunggu-tunggu ke entry Travelog Phuket secara roadtrip ni?
sabar ye...jangan marah. Nanti kita cerita elok-elok ye.

So dari entry yang lepas, lepas ja kami setel brunch kat Danok maka kami pun gerak la ke Phuket, please bear ni mind dari danok ke Phuket adalah dalam 7-8hrs journey so memang lebam ya. Oh ya, sebelum hampa meninggalkan Malaysia sila la isi minyak kereta hampa full tank ya! Wajib sebab minyak kat Thailand harap maklong memang mahal tapi depa ada ja minyak murah iaitu RON91. Kami memang isi full tank siap-siap sebelum masuk ke Thailand. 

Dalam 1hr perjalanan, kami singgah di petrol pump yang besar. Biasanya kat petrol pump yang besar-besar ni ada 7 Eleven atau Family Mart ada jugak coffee cafe ala-ala Starbucks tapi version Siam. So masa kat 7E memang aku borong habis la segala burger frozen, sausage frozen yang tentu-tentu HALAL la ya. Takkan aku nak amik yang tak halal pulak kan. Jangan tanya aku boleh caya ke tak HALAL diorang ni. Aku percaya ja. Ko ingat kat dalam satu dunia ni kuasa HALAL tu dekat JAKIM sorg je ka? Ko ingat kat tempat lain takda orang Islam ke? Kalau semua menda ko tak yakin sila duk mereput di Malaysia ja kekdahnya.Bhahah..Berletiaq pulak dah.


Ni sedap nak mampusss ok


Ni pun sama...aku angkut 3 4 cups habuan aku selaku co pilot di belakang layan borak dgn pilot kat depan. Eh untuk pilot la jugak kan. Nampak stok aku tapau tu???


Ni paling the best of the best.



Ni pun sedap. Aku da tak ingat berapa harga dia. Tapi masa balik hari tu aku singgah 7E Danok aku borong licin sebab sedap nak mati. Aku tak paham kenapa dekat 7E Malaysia xda menda ni and kenapa 7E kat Malaysia mahal nak mampus and tak best!


So bayangkan memang long hours journey ya, macam-macam la aku duk membaham dalam kereta. Ala standard la kan, Aishah pun makan tidoq ja. Asal lepas dia menyusu ja memang aku terus lapaq la wei. Nasib da tapau makanan. Semua yang halal frozen food tu habis kat kami ja tau. Masa nak bayar tu suruh diorang heatkan siap-siap so nanti dalam kereta boleh baham ja terus kennn.


Makan tidoq..makan tidoq pot pot mama ni. Nanti nak travel jauh sila duk dalam carseat ya. Kalau tak..nanti kena saman dik oiii.


Ada la singgah jugak berhenti kat petrol pump kecik dekat Trang tapi dekat sini takda apa ya. Toilet pun asal boleh je lah. Kalau kat petrol pump besar tu best wei, dah macam RNR kat Malaysia. Meriah gitu! Perjalanan diteruskan sampai ke Krabi. Dekat Krabi ni kami singgah petrol pump besar and ala-ala RNR siap ada food court lagi. Ada la 3 kedai makan Muslim. Nasib la aku masih boleh cakap sikit-skit bahasa nenda ku yang satu ni. Paham la jugak apa yang makcik tu kata. Habis-habis tak paham, terus Mero Pang(tak paham maksudnya) hahahahha . Masa dekat sini aku makan nasi dengan ayam masak pedas(Khai phed) nak resipi ni sila click SINI, sedap tapi pedas nak mampus. Air teh ice depa as usual la memang stock potong kaki! Kalau mengandung kompem GDM berganda-ganda. Korang boleh cari petrol pump besar ala2 RNR kat Krabi ni tau nanti in case nak makan ke.


Nampak ja bukit2 batu kapur ni da lega sebab tau da sampai kat Krabi.

Lepas ja makan, aku terus serang 7E. Memang addictive betul nak masuk 7E kat Thailand ni. Pakai pelaris pa ntah, yang pasti 7E depa murah nak mati. Boleh tengok kat entry 7E ni kenapa aku da macam addict asyik nak masuk ja 7E depa. Family Mart pun best gak kat sana oi. Aku baru plan nak angkut segala mak neneks burger sedap tu, sekali suami aku kata I da borong tadi. Yahuuuu. Boleh buat bekal dalam keta and kat hotel nanti.

Untuk pengetahuan korang, jarak dari Krabi ke Phuket ada la berbaki 1 hr 30 min to 2hrs lagi. Kematu jugak la kan. Penat memang penat. Yang lagi penat si driver la.hahahha. Sampai dekat Phuket time tu da hampir senja. So kat sini masing-masing kereta da mintak nak minum kan. So terpaksa la tuang minyak kat sini ya. As I said la kan, harga minyak kat siam ni memang mahal tapi korang xpayah la nak pakai RON95 or RON97 la sangat kan. Kitaorang pun bagi keta minum RON91 ja masa kat sana hari tu. Ala sekali sekala jamu dia minum minyak murah yang tak murah sangat kan. Tapi still ok what, Siam mana ada tol charges. Jalan raya pun elok ja haa.

So kami kena cepat-cepat gerak ke Patong sebab dari pekan Phuket nak ke area Patong boleh tahan jugak ya.Tersesat jugak kami sebab tersilap, jalan dekat Phuket dah banyak perubahan ya compared to 2015 sebelum tu yang aku pi. Da ada flyover and ala-ala tunnel dah. Maju sekarang. Mall pun da macam-macam kat Phuket tu yang baru naik Untuk pengetahuan korang dalam banyak-banyak beach kat Phuket, Patong Beach antara yang paling happening dan padat ya.  Malam-malam biasa dekat area Patong tu memnag happening, takut banyak jalan yang kena tutup kan. Nasib memang set GPS untuk direct terus ke hotel yang kami book. Nama hotel tu Andakira Hotel, bak kata member laki aku...Andakira..Andabayar....


Semua cari wifi sampai-sampai ja kat hotel.




Tengok la d kids, semua heppy.  Habis senua welcome drink yang hotel provide kan.

Lepas ja check in dan letak barang semua dekat dalam bilik masing-masing. Maka kami pun gerak la turun ke bawah untuk cari makan. Walking distance ja hotel kami nak ke Bangla Road yang fames dekat Patong Beach tu ya. Jumpa ja kedai street food yang ada cop mohor HALAL dengan pantas terus order makan ya. Lapaq nauu sorang-sorang kan.


Mine with nasik putih. Tak ingat nama menu yang pasti prawn apa ntah.


Husband punya phad thai
Tangan gegor wei lapaq pnya psai.



Total makan malam tu agak mahal la jugak, kalau tak silap untuk nasi goreng beberapa pinggan, phad thai 2 pinggan ,omellete dan 1 magkuk tomyam ada la nearly to 1700B...seingat-ingat aku la. Nothing fancy pun makanan nya. Just untuk kenyangkan perut masing-masing ja kan. Tapi bab makan masa kat Phuket tu memang kitaorang banyak sep la kan. Nanti la kita cerita lagi. Sekali harung dengan review Hotel Andakira... Andabayar.

Stay tune na...




Haihhh...
Baru sompek nak upload psal travelog ke Phuket ya. Seperti yang sedia maklum kami ke Phuket dengan kereta ya.



Tapi macam biasa la kan nak bawak masuk kereta ke sana ada beberapa prosedur yang hampa kena tau. Antaranya kena prepare dokumen seperti geran asal kereta (owner kena ada). Kalau guna kereta aku; nama kat geran nama aku, makna nya aku haruss ada sekali dalam kereta tu. So jangan gatal-gatal nak guna kereta omak kau tapi omak kau tak ikut kau yo.



Lepas prepare semua dokumen tu maka korang cari la kedai yang uruskan untuk buat insuran and uruskan dokumentasi masuk ke dalam tu. Kalau dekat Changloon tu yang aku tau dekat lepas Masjid Changloon tepi hiway tu ada satu, satu lagi lepas traffic light kat Aneka Changloon tu ada satu kedai makan cina belah kiri tu memang ada buat segala urusan mak nenek ni. Nak tukaq duit kat sini pun ok.

Untuk pengetahuan hampa semua; insuran untuk kereta ke Thailand adalah kurang dari RM20 untuk 9 days. Price depends dengan tempat hampa buat ok.

Untuk roadtrip kali ni kami pi 4 family so ada 4 bijik kereta la. And sebab nak urus segala dokumen masuk ke sana, kami gerak dulu ke Changloon one day earlier. Kiranya tengah hari sebelum nak masuk Siam kami da pi setel dulu dah. Malam tu kami tidur umah mak aku ja kt Jitra. So esok pagi tu boleh la kami gerak awai kan dari Jitra. 3 lagi family gerak dari Penang awal pagi tu. Ya lah, nak uruskan dokumentasi tu mau makan masa 1 jam setengah jugak tu. Kalau nak gerak awai, mana kedai bukak lagi kan.

Semua dokumen untuk masuk ke sana kami setelkan siap2 a day before termasuklah borang kemasukkan kat immigration tu. Buat siap-siap senang. Kalau semua nak buat pagi yang nak pitu jawab nya memang delay la korang punya perjalanan. Mana nak isi borang lagi, nak beratur kat immigration depa yang sentiasa ramai tu especially bila time cuti sekolah menjelma. Kami pernah stuck masa Xmas 2015 kat border BKH-Danok for nearly 3 hours untuk beratur and setelkan kemasukkan kereta ke dalam Thailand. Bear in mind, tu pun setelah semua dokumen da prepare one day before tau.


Ni untuk passkan dekat kaunter immigration
Untuk yang ni..sila simpan and jangan hilangkan ye.


So korang yg dari KL kalau nk roadtrip ke Phuket mayb boleh pit stop dekat Jitra or Changloon dulu. Yang nak cari homestay murah kat Jitra boleh tengok sini ya. In Sha Allah murah. Homestay mak aku memang murah2 jek.

So pagi-pagi tu sementara menunggu yang dari Penang sampai ke Bukit Kayu Hitam (BKH) kami pun gerak dulu ke Changloon. Yes as usual breakfast dekat Kedah memang heaven ok especially all those nasi bungkuih!

As usual, masa kat kat border depa memang la kena beratur panjang ye. Berliku-liku. Walaupun diorang da buat tempat immigration baru ya. Stress pun ada nak kena beratur panjang-panjang dengan baby lagi. Tapi nasib baik baby dapat express lane. Wakakakak, untung jugak ada baby ni dapat privilege skit kan. Alhamdulillah masa dekat immigration Danok ni xda la lama mana. Lagipun hari tu Jumaat so maybe yang masuk ke Danok cuma orang Kedah saja. Kalau hari Sabtu In Sha Allah lagi berliku-liku la kena beratur ya.


Welcome to Thailand.


Setel urusan kat immigration, husband aku kena bawak segala dokumen masuk kereta dekat kastam depa pulak. Lepas tu, ok setel boleh masuk sana. Semua documentation yang korang bawak tu simpan elok-elok ya. Sama jugak resit or dokumen yang dapat dari immigration or kastam sana. Sebab nanti masa nak keluaq kena tunjuk semua tu. Kalau tak next trip hampa tak boleh dah bawak masuk kereta hampa.

Lepas da setel, maka next adalah membeli simcard dekat Danok. Ala bersepah-s8epah ja. Sekarang ni da ada simcard untuk tourist kat Thailand. So boleh la beli yang tu. Yang ni aku tak tau berapa sebab suami aku ja beli simcard tu. Aku share data dia buat hotspot ja. Gila vavi laju dari kita punya tenet kat sni. Celcom pun kalah!

So bagi yang bertanya aku guna waze ja boleh tak? Aku rsa ok ja kalau guna waze sebab tenet depa kat ceruk-ceruk pun stil ok tak macam kat Malaysia ni.

Lepas da dapat simcard, maka kami pun makan-makan dulu di sekitar Danok. Ala breakfast pagi tadi tu dah hadam sebab penat duk menunggu urusan kat immigration n custom sebelum tu.

As usual la kan, kat Danok tu memang panas ye. Peluh keti tu biasa. And aku pun da biasa dengan cuaca panas gila bab kt Thailand tu sebab Jitra tu pun memang da iklim sana dah..

Untuk routes ke Phuket dari Danok,

Danok --> Patthalung --> Trang ---> Krabi -- > Phang -Nga --> Phuket 

Lepas ja makan dekat Danok around pukul 11 macam tu; kami pun meneruskan perjalanan ke Phuket.

Nanti kita sambung lagi ya noks. Mak da penat taip panjang-panjang. Kang panjang-panjang aku bebel hampa boring pulak kan...



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS