Sebelum bercerita dengan lebih details.. Maka elok lah aku intro skit pasal pra sekolah ni. Untuk pra-sekolah biasanya dah boleh memohon untuk anak yang berumur 5 tahun dan 6 tahun.

Aku memang dari awal-awal lagi memang dah set kan dalam diri untuk apply and masukkan Adriana ke Pra-sekolah masa dia umur 6 tahun. So bila ja dia umur 5 tahun last year, cepat-cepat aku apply online untuk dia masuk ke Pra-sekolah.

At first aku gamble ja lah kan isi, kalau dapat-dapat lah memandangkan dia punya syarat gaji tak boleh lebih dari RM3000 kan. Tapi serius la gamble and berserah ja lah kat Allah. Kalau dapat Alhamdulillah kalau tak dapat bukan rezeki kami.

Nak dijadikan cerita aku lupa gila nak check last year dia dapat ka dak ka Pra-sekolah ni. Sampai sekolah called la Tanya berminat tak nak masukkan anak ke Pra-sekolah sebab aku tak hantar lagi surat confirmation kan.

Time tu kelam-kabut jugak la. Nak hantar semua dekat sekolah bagai kan. Alhamdulillah Dapat jugak Adriana masuk ke Pra-sekolah. Ya lah biasa kan orang sekarang mana nak masukkan anak dekat Pra-sekolah dah kan sebab konon2 Pra-sekolah ni macam out dated bagai kan.
Kalau hampa nak tau salah OK tanggapan tu.

Seriously Pra-sekolah ni lagi bagus sari tadika2 dekat luar sana. Sebab silibus dia semua dipantau oleh Kementerian Pendidikan kita kan. Unlike some of the kindergarten yang buat silibus suka hati dia. Pulun nak budak membaca.. Tapi menulis ke laut.. Kahkah. Yang ni aku dah cerita sebelum-sebelum ni.

Macam-macam la aktiviti anak aku kat sekolah tu. And cikgu akan update aktiviti-aktiviti yang depa buat dekat sekolah.

Ni aktiviti buat biskut cornflakes madu masa bulan posa hari tu. 






Ni tak ingat dah aktiviti apa.. Mama makan semut banyak sangat. 




Ni masa aktiviti buat fruit salad. Kelass kauuu. 






Ni pun mama dia tak ingat dia buat aktiviti apa. 




Ni aktiviti pembelajaran pasal buah-bahan tempatan. 



Awai2 dia request suruh papa dia beli durian untuk kawan2 dia makan. 


Ni pulak masa check kesihatan. 


Basically kat Pra-sekolah ni aktiviti depa pun fun jugak la. Takdak la belajaq jaaa kan. So takdak la boring. Anak aku suka ja pi sekolah sebab fun kan. 

Masa perjumpaan parents dengan parents pun, Cikgu bagi tau Adriana dah boleh menulis, mengira, kenal huruf Dan baca perkataan2 ringkas kan. Alhamdulillah la aku buat keputusan yang betul dengan keluarkan dia dekat satu tadika fames ni. 

Lani aku cuma nak kena guide dia skit2 la. Mek ni dekat sekolah cikgu selalu lantik dia jadi assistant masa class English. Dia dengan kawan dia Samira  Sree the one and only Indian girl kat dalam class tu. Kalau kawan2 tak tau words apa2 nanti dua orang ni la jadi assistant cikgu masa English class. 

Nanti aku cerita pulak pasal Kumon ya. Ada yang nak tau pasal Kumon tak?