Orang Penang kalau sebut ja Nazir Cafe mesti akan cakap.. Hmmmm nasi ayam dia padu baq hanggggg!!!

And yes... Aku kalau mai tang sini... Mesti tak order hat lain.. Mesti akan order nasi ayam dia ja. Haihhhh. Time type ni walaupun baru lepas makan, duk still terliur jugak. Aduiiii sedapnyaaaa!

Mesti akan order nasi ayam special.. Nasi lebih.. Ayam lebihhhh...

Ya. Kena order nasi lebih.. Ayam lebih ya. Kalau tak order lebih... Memang habis suap dekat anak ja ya. 


Serius sedap gila kot nasi ayam dia ni. Apa yang best kat nasi ayam ni adalah sambai n kicap dia tu. Tu yang membuatkan dia padu baq hanggggg. 

Kira kalau nak makan nasi ayam ja kami laki bini mesti akan mai ke sini. Tapi tu la kalau mai sini time lunch and dinner ka harap bersabaq lah ya. Sebab mesti full and sesak. Satu sebab susunan meja yang dekat-dekat buat rasa crowded la.

Tapi serve depa semua kt situ cepat la. Tu yang baguih. Satu lagi aku nak pesan kat yang nak pi makan kat situ.. Lepas makan kat situ cepat2 la mangkit kalau nampak orang duk tunggu nak duduk makan. Hampa duk berasa nak feeling2 bercinta candle light bagai kat dalam tu. Toyaaa sungguh.. Pang sedaih baru tau.

Nak romantik2 tengok muka hang aku.. Depan2 duk wassap 1 sama lain.. Baik hampa pi tang lain. Semak betui tengok yang jenis2 inconsiderate ni. Haihhh. Ti kena pang nayaa.

Credit to Penang Kini... 

Katanya Mat Dan pun dah sampai sini. Hampa kalau mai Penang.. And nasi kandaq is not ur kind of food sebab aku tau ada sesetengah tu rasis tak makan kat kedai mamak. Coiiii. Meh ka makan sini meh... 

Nazir Cafe 
Sunshine Square, 1, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang