Assalamualaikum,


Quick update sementara tengah ada kerajinan di situ kan. Sebab ramai tanya aku macam mana buat ikan keli goreng guna air fryer. Jawapan dia senang ja. Tak perlu lagi dah ghisauuuu ikan keli meletop-letop dalam belanga tu haaa

Buat ja dalam air fryer kan mudah. Bagi yang beli air fryer tapi buat tukun sila lah letak ja kat counter top tu and GUNA!banyak sangat benda boleh buat dengan AF ni haaa.. rugi kalau beli tapi jadi tukun!


Mula-mula macam biasa la kan cuci ikan keli korang bersih-bersih ya. Pastu garam kunyitkan dia lepas tu dah boleh la susun dalam air fryer elok-elok.



Aku cut terus kepala dia sebab nanti tak muat air fryer pulak lagi pun kepala tak makan kan.


Lepas tu olesoan/sapukan minyak dekat permukaa ikan keli tu. Guna yg brush org buat baking tu haaa. Oh lupa nak feeling2 garing lebih tu kena kelar halus2 baru syiok. Setkan air fryer korang pada suhu 180deg C dan selamat 15 minit.


Lepas 15 minit ikan keli korang macam ni ya. Lepastu sapu lagi sekali lapisan minyak dekat ikan tu n set pulak suhu ke 200deg C selama 5 minit. Ni nak pastikan kulit dia lagi garing. Tapi dalam dia isi stil moist and tak kering.


Ni hasil lepas letak suhu 200deg C and 5 minit tu. Garing dekat kukit dia tapi isi tak keras and stil rasa moist. Sedap!


Sedap gila keli goreng makan dengan sambal beelado tu.. fuhh memang power!


Lepas ni tak payah risau letup2 dah. Boleh ja buat keli goreng kat rumah sendiri. Aku kalau nak makan keli goreng selalu kakan kedai. Sekarang ni tak risau dah la meletop ka apa ka🤭🤭🤭

Korang selamat mencobahhhh yaaa













SHARE 1 comment

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS