Tengah boring kewww tewww?! Kalau boring... Xtau nak tengok cerita apa.. Sila lah tengok Cruella ni....

Tak silap aku cerita ni hanya available dekat Disney channel ja sebab cerita ni stil baru kan... Cerita bagi aku ok la best jugak.. Takdak la bosan ka dragggggg panjang-panjang or meleret ka... 

Kalau nak tau cerita ni kira ada kaitan dengan 101 Dalmatians. Yang si Cruella De Vil tu dia ni la.. Ni cerita masa dia muda gitu... 

Cruella ni dilahirkan sebagai Estella dan membesar dengan seorang ibu tunggal. Dia ni seorang yang genius dan suka dengan fashion. Tapi dia ni jenis bermasalah sikit la... Bermasalah bukan sebab apa sebab dia suka bergaduh dengan orang yang duk buli dia and kawan dia. 




So satu hari mak dia bawak dia pindah ke London untuk start hidup baru di London. Masa kat London, mak dia ni ada la pi jumpa ex majikan dia si Baroness of Hellman ni untuk minta bantuan... Tup2 macam mana ka mak dia ni jatuh gaung dekat tepi tu sebab kena serang dengan Baroness ni punya Dalmatians. 

So start dari situ, Si Estella ni lari dari situ sebab ingat dia punca mak dia jatuh n mati sebab at the first memang anjing Dalmatians yang garang tu ligan dia. So masa dia lari tu dia jumpa la lagi dua orang budak lelaki yang sama yatim piatu macam dia and depa hidup as family bertiga. As for the record dua orang ni depa ni pencuri yang licik. 

Fast forward Estella ni dapat la jadi fashion designer dekat dalam company Baroness ni and dia adalah nampak si Baroness ni pakai necklace yang mak dia pernah bagi kat dia tapi tercicir masa dia kena ligan dengan Dalmatians Baroness tu.




So start dari situ la watak Cruella tu ada... Dia nak dapatkan balik necklace mak dia... Start dari situ la dia nak kenakan si Baroness ni. Sebab si Baroness ni memang sejenis manusia yang tersangat narsistik... Paham2 la manusia narsistik ni macam mana kan... 


Cruella pun start buat kacau dekat macam-macam fashion show yang Baroness ni attend.. So the whole fame pi dekat Cruella ni... Baroness ni ko paham-paham la narsistik kan mana boleh fame tu pi ke orang lain kan... Ala macam dekat Malaysia ni pun ada gak sorang kan 🀣🀣🀣.. So Baroness ni da start menggelupur dah... 



Dah macam banyak pulak tercerita... Ehhhh.. Nak tau jadi apa dekat Estella, Cruella dengan Baroness ni.. Hampa kena tengok sendiri la kan😝😝😝

Cerita ni aku bagi 4.5 🌟 la... Best jugak nak layan banyak-banyak kali pun time-time bosan tu kan.... 

Kalau korang perasan kan... Kalau dulu Disney banyak buat cerita princess fairy tales macam Sleeping Beauty tu, Si Maleficent tu jahat kan.. Zaman sekarang diorang banyak dah buat cerita pasal "the evil" side pulak yang tak berapa nak evil tu kan.. Contoh macam Maleficent tu. Sama la dengan cerita Cruella tu. Kalau dalam cerita Dalmatians 101 tu kan dia ni jahat... Tapi dalam ni cerita the other way around la... Paham tak apa cakap ni? Kalau tak paham.. Buat2 paham ja ok... 

Ok la nak prepare mental n fizikal ni esok anak da start pdpr balik ni





SHARE 20 comments

Add your comment

  1. malam ni lah tgk. lagipun cruella ni dah lama ada dalam hard disk. hehe

    ReplyDelete
  2. Belum tgk lg. Tapi sy mmg suka kalau cerita fokus pada villain ni. Sbb there are always 2 sides of a story. Apa yg kita pandang jahat tu tentu ada cerita di sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Yes. Rawlins dah tengok. Terinspirasi gila tengok fashion dia, especially yang naik trak sampah tu - panjang kemain train dia. Ish. Macam nak buat gak tapi bila nak ada event lagi nie?

    ReplyDelete
  4. yes. as said Rawlins, aida pun memang kagum dgn gaun lori sampah cruella tu. ingatkan betul sampah. bila gerak je lori tu, wow factor di situ! terbaik... jgn ada designer malaya tiru dah la ha ha ah ha ha...
    hmmmmm sisi jahat kita tu ada, just ia terpendam. dek kerana dendam, inginkan keadilan, nak kena kan si jahat, then ia muncul. lebih jahat daripada si jahat, kan. kpd pencetus kemarahan tu, padan la muka. masok jail ko ha ha ha ha :)
    aida respect yg botak tu. terbaik. the way dia jaga rahsia and the way dia pelihara "rahsia" tu mengkagumkan.

    ReplyDelete
  5. tak sempat tengok lagi cerita ni, tapi tengok klip2 video dekat youtube nampak best. lagi best pulak sebab emma stone dengan emma thompson berlakon :) nnti nak tengoklah :)

    ReplyDelete
  6. banyak siri yang menarik kat disney ni ye, cite ni tak pernah tengok lagi., macam best jugak

    ReplyDelete
  7. Kena tengok ni sebab nak tahu apa jadi dengan cruella dan baroness ni...suka cter2 macam ni.

    ReplyDelete
  8. Awwww, story about our favorite childhood character... :) nak tengok juga la nanti... ada nampak few reviews about it dy!

    ReplyDelete
  9. Ramai yang kata cerita ni best. Tak tengok lagi. Kat disney channel ye

    ReplyDelete
  10. Belum tengok, tapi watak tu macam pelikk ajeee.. ke sebab Sis lama tak layan cite filem sebegini.. last tgk sihir tikus tu laaa..

    ReplyDelete
  11. Nak tengok sangat cerita ni. Tapi tak tahu nak tengok kat mana selain astro. kat netflix tak jumpa pula. dari trailer pun tau cerita ni best. ishh tak sabar lah saya. hehehe

    ReplyDelete
  12. Alaaaa kenapa tak cerita semua. Syok baca dah tuu. Nak tahu apa jadi dekat Estella. Mesti dia dapat balik rantai tu kan?

    ReplyDelete
  13. Haritu Rawlins ada bagitau ... aduhaaii tak berkesempatan lagi nak tengok. Tapi kalau ramai dah review ni, kena tengokla jugak . Rsa cam rugi lak aklau tak layan..hehehe

    ReplyDelete
  14. Saya suka filem Cruella. Ini diantara filem yang dinantikan sebab Emma Stone berlakon dan ia adalah watak dalam 101 Dalmatians. Emma Stone's memang versatile kan berlakon. Dia bg 100% effort. Kalau tengok betul-betul, watak dia agak berat juga. Dengan jadi dua watak berlainan. Kemudian sibuk nak tukar pakaian. Mekap lg. Fuhh gempak.

    ReplyDelete
  15. oh wow thanks for the recommendation. I want to watch this with my hubby when free this weekend la

    ReplyDelete
  16. Oh set, i nak tengok movie Cruella ni sebab first i like her strong character and also her unique fashion sense.

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing about this Cruella movie, I wanna watch it too after reading here. yeah!! cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. Teringin nak tengok cerita ni sebab si Emma Stone hehe. Muka dia mmg jahat namateyy tapi malangnya sis takde Astro hehe so tggu la dia keluar Netflix kang baru boleh layan. Jln cerita best jgk ni

    ReplyDelete
  19. Faham jerr, dia kiranya macam terpaksa jahat atas sebab tertentu dia tak jahat dengan orang baik tapi jahat dengan orang yang jahat atau yang lebih jahat dari dia. Sekarang ni nampaknya ramai yang layan Disney Hotstar dah. Akak pun terjebak sama tapi belum tengok betul2 mana2 cerita dalam tu.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS