Hai hampa..kali ni kami nak cerita psal homemade fertilizer kami untuk urban garden kami atau balcony garden kami.

Senang saja. Guna barang-barang waste dari dapoq saja.

Untuk buat ni kami cuma gunakan;

-kukit bawang besar , merah, putih, kentang ( yes kami himpun dalam bekas kuih penutup merah tu)
-bawang-bawang atau kentang busuk
- gula merah

Pastu gaulkan gula merah dengan bahan-bahan buangan tadi. Nisbah dia 1:1 . Let say berat total waste tu 100g,   so gula merah / brown sugar pun 100g.

Kenapa gula merah / brown sugar ?  Guna gula putih tak boleh ke? Bukan tak boleh ya. Boleh tapu brown sugar or gula merah ni tak go thru bleaching process semasa pembuatannya. Dalam kes ni kita nk feed kan bakteria untuk digest molasses dalam brown sugar ni dengan mudah.

For this aerobic fermentation process, the oxygen need to be fed to the microbe and untuk ni aku tebuk la lubang kecik kat penutup so dat ada udara boleh masuk sepanjang proses fermentasi ni.


Ni after one month peram / fermented ya. Bau dia bau bawang and a lil bit bau manis-manis. Kalau guna pisang lagi wangi.


After 1 month aku da boleh guna. Just filter. Amik 5ml of it or 1tsp dilute dengan filter water and spray dekat daun-daun pokok ya.


Ni lepas da filtered and diluted. Letak ja dalam botol with sprayer macam ni. Lepas tu spray ja kat daun-daun tu.


Jom kita tengok hasil-hasil pokok yg aku spray dengan FPJ ni.


After a month plus tanam pokok ni, dah keluar bunga wei. Cepat-cepat jadi kacang panjang ye.


Ni pun bunga first jugak untuk pokok kacang panjang renek aku.


Another pokok kacang panjang renek. Subur sangat-sangat.


Pokok selasih or thai basils.


Another kacang panjang renek.


Ni pulak pokok roselle. Gila nail daun baru. Cepat2 la gila berbunga and berbuah pulak ye. Boleh buat air roselle nanti




Ni pulak money plant. Sesuai gak as indoor plant. Aku letak dekat luar and spray FPJ ni bukan main gemok lagi lani.




Ni pulak ketumbar jawa or culantro pun cepat gak kluar daun baru.


Ni pulak pokok cabai besar. Kita tengok progress dia after 1 month ya nanti.

Kalau korang nak tau orang jual FPJ ni satu botol yang diluted tu tersangat lah mahal ye. Satu botol kecik 15ml/30ml macam tu lebih kurang RM15-20 ya. Itu pun da diluted berapa kali pun tak tau la ye. Buat sendiri pakai setahun pun rasa tak habis-habis ni.

Korang ada yang minat berkebun macam aku tak? Hopefully nanti murah la rezeki suami aku untuk beli rumah landed kat kami sekeluarga..boleh la senang hati sikit aku nak berkebun kan. For the time being i'm so happy with my balcony garden ni. Nikmat mana lagi yang aku nak dustakan ye dak.







SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Ohh no wonder la my mum simpan all kulit bawang semua..ni rupa nya hahahha..my mum simpan kulit telur jgk..dia ckp tu utk bunga orkid..hurm layan kan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kulit telur pun bagus utk pokok...bakar kulit telur tu and then grind kan halus..then tabur kat pokok as sumber calcium utk pokok

      Delete
  2. Menarik...buat sendiri lagi jimat kan..pas tu seronok plak tgok pokok2 alia tanam subur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah buat je kak..nak beli mahal gila org jual...baik buat ja..lagipun bahan-bahan dekat rumah je

      Delete
  3. Sis minat jugak nak berkebun ni, tapi bila tanam mcm2 semua mati...huhuhu. Org kata tanam cili senang dan mesti hidup punya...sis tanam tak lama tu mati jugak, pelik sungguh. Jeles tgok org tanam menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kak..pokok saya banyak ja terkorban along the way...hahahah....
      Tapi tu yg buat brkobarw nk menanam tu

      Delete
  4. Best tengok orang yang grenn thumb ni. Annur suka dan minat tu ada, tapi masa tu yang takde. Bila cuti-cuti, nalik kampung, mesti akan semai anak pokok kat rumah mak..hihi tapi kat rumah sediri, lapang je, x tanam pape ^_^

    Annur follow sini ^_^ #250

    ReplyDelete
  5. wahh bagusnya. Mesti hebat bio-science ni. Bolehla saya cuba nanti. Menarikkk sangat. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Best juga hobi suka berkebun ni. Suka tengok hasil tanaman sendiri.

    ReplyDelete
  7. Wah boleh guna untuk pokok dekat umah. Natural tak ada bahan kimia. Selamat dan mesra alam

    ReplyDelete
  8. wahh nanti i try jugak untuk plant I..hopefully it will work...

    ReplyDelete
  9. Ayah suka berkebun. Nanti ika try buat. Dia buat tanam pokok bendi.

    ReplyDelete
  10. hoho.. kiranya ni baja sekalilah.. boleh buat nih sbb kak no suka baja organic. so bagus cuba. kat umah ni ada beberapa pokok herbs wajib kena jaga betul2. tq dear

    ReplyDelete
  11. Baguslah idea ni sebab lepas ni saya pun ada plan nak bercucuk tanam kat rumah yang tinggi macam ni tak ada tanah tapi tanam dalam pasu lebih healthy bagus lah thanks share...

    ReplyDelete
  12. Bro rumah menyewa je.. walaupun landed... tapi xde tanah... ruang balkoni tingkat atas xterurus sangat.. kenkadang jadi kolam menternak... entah xtau ada haiwan ke x dalam tue hahahah

    ReplyDelete
  13. Rajin menanam juga ya, tanam-tanam pokok perlukan baja juganya. Teknik yang dikongsikan menggunakan bahan yang biasa didapur. Bagus perkongsian ini saya juga ada tanam sayuran, leh guna cara yang dicadangkan

    ReplyDelete
  14. I like your organic idea. Unuse coffee bean oso can be use in plant.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS