Minggu lepas masa GDEX mai hantar barang aku da pelik. Eh macam takdak order apa-apa pun. Bukak-bukak ehhhh PR ni. Hantar kat kita barang Dashing kauuu. Boleh la bagi kat laki kami spray-spray nanti kan.

Ya lah, tipu la kalau kata kami tak kenai Dashing tu apa. Dashing ni antara perfume jejaka yang legend wei. Teringat arwah abah kami memang suka la pakai bedak Dashing ni. Bau dia memang perghhh. Rindu wei kat abah bila terbau Dashing ni. 12 tahun da aku rindu bau abah / Dashing ni😭😭😭 Al Fatihah untuk abah. 


Berbalik kepada cerita Dashing ni, apa yang menariknya Dashing dah buat Dashing Anytime EDT. Kenapa ANYTIME?  Sebab nya hampa cuba la tengok size dia ni. 



Yes. Boleh bagi dekat laki den.



Kan da cakap Anytime. Sebab size sebesar kad kredit/ debit ni senang la kaum jejaka nak selit dekat dalam sling depa. Di samping stailo dengan sling bag, baju kemeja segak-segak pastu angkut ja EDT ni merata-rata. Nak sembur ANYTIME pun boleh kan...

Jom tengok jenis-jenis wangian Dashing Anytime EDT ni.



1.Cool
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.



2.Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.




3.Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.




4.Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.



Dan yang paling best untuk Dashing Anytime EDT (18ml) ni boleh didapati dengan harga RM7 ya. Very cheap and I'm so impress with the price, smells and quality. Haihhh. Masih ada yang murah dekat Malaysia ni. Syukur.

So korang-korang yang perasan hensem dan berasa nak jadi Remy Ishak (sebab Remy Ishak pernah jadi model Dashing kan) boleh la pi beli Dashing Anytime EDT ni tau. Dah la wangi, automatik kalau hampa pakai ni terus aura-aura RI pi kat hampa tau. 



Maklumat lanjut korang boleh layari :
Website

Facebook

Instagram






SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Haa elok la ada yang murah lagu nih. Boleh la nak try kat pakwe kita yang baru masuk 12 tahun ni.
    Umor tengah sakan nak cari identiti nih.
    Boleh la bagi dia try test tengok. Tq wat review pasai benda nih

    ReplyDelete
  2. mudah untuk dibawa. harga juga okay :D

    ReplyDelete
  3. Nak juga macam ni senan nak bawa pergi travel tak perlu ruang yang besar dan boleh wangi setiap masa hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Pocket perfume..selain bau yang sedap boleh simpan dalam kocek aje kan...senang tak perlu pening kalau tertinggal..

    ReplyDelete
  5. sha dah beli yg cool tu, bagus tau perfume ni senang nak bawak kemana mana

    ReplyDelete
  6. oh, very convenient untuk travelling kat mana mana.

    ReplyDelete
  7. Bestnya sebab mudah nak dibawa ke mana sahaja.

    ReplyDelete
  8. ala..so comey la packaging cmtu. Menarik.. sa mmg suka perfume dashing ni.. sedap bau

    ReplyDelete
  9. Easy n convenient. Boleh spray je bila perlu. Hope baunya menarik buat jejaka semua.hehe

    ReplyDelete
  10. I want to buy 1 set for my hubby too. It looks good on him.

    ReplyDelete
  11. kecik comel je kan. senang nak bawak g mana-mana. nak kena beli jgk ni hehehe

    ReplyDelete
  12. Awak..bukan edt tak tahan lama?
    Ritu kawan penah bezakan.. tapi comel la bekas

    ReplyDelete
  13. Comel je botoi dia, boleh lah nanti nak hadiahkan kat anak..:D

    ReplyDelete
  14. mini perfume! senang nak bawak g mana2 :)

    ReplyDelete
  15. Eh, Bro pun pakai benda nie juga... Lebih mudah dibawa ke mana-mana...

    ReplyDelete
  16. bila saiz kecil ni, mmg mudah letak dan dibawa kemana-mana

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS