Sapa yang kenal aku mesti tau aku dah lama ada lower back pain... Kejadian muscle spasm dekat lower back pain ni selalu la jugak menyerang dulu-dulu. Kejadian ni bermula lepas aku accident dulu.. Jatuh moto kena langgar dengan kereta... Masa 2007 tak silap aku. So agak dah lama aku menderita lower back pain ni.... Kemuncak menjadi-jadi bila aku start mengandung lepas tu bersalin cser kena bius epidural pulak dekat tulang belakang kan untuk kedua-dua anak aku ni.



Lower back pain ni adalah salah satu sebab aku burn out masa kerja dulu. Dengan menangung sakit dekat bahagian pinggang... Dengan stress dekat tempat kerja lagi... Lagi la menyebabkan aku burn out teruk....nampak macam hal kecil ja kan. Tapi bila tak dapat nak atasi akan jadi benda yang sangat-sangat besar.


Aku pernah tak boleh bangun dari katil sebab lower back pain yang teramat dasyat ni. Time tu memang terpikir aku ni ada masalah spinal disc ka. Menangis time tu menahan sakit. Sebabkan nampak teruk sangat... Husband aku pun pernah la bawa aku jumpa specialist dekat Gleneagles. Alhamdulillah bukan slip/spinal disc problem. Aku pernah cerita benda ni dulu dekat blog. Aku cuma muscle spasm dekat bahagian pinggang ni. Bukan spinal or slip disc. Syukur sangat bila tau aku kena muscle spasm.


Masa tu doctor tu ada la ajar aku macam mana nak reduce muscle spasm tu. Antara salah satunya jangan biarkan urat/otot dekat pinggang tu terlalu tegang. Bila rasa sakit sikit tu or time tak sakit pun boleh la tekan dekat tempat yang selalu sakit. Cara dia tekan setempat dekat tempat tu dalam 60 seconds /1 minutes macam tu utk bagi otot tu tak tegang sangat. And biasanya bila aku tekan dekat kawasan yang aku selalu sakit tu... After that aku memang selalu letak Garci.Pro massage gel ni. 


Best bila letak Garci.Pro massage gel ni bukan sebab apa. Bila after duk tekan point tu memang akan rasa seregai seregai la orang kedah kata. Seregai tu macam mengeliat kesakitan la orang Kedah kata. Tapi bila bubuh Garci.Pro massage gel ni. Ok la rasa tu. Tak dak la macam cacing kepanasan lepas tu. Garci.Pro massage gel ni pun bukan gel panas. Dia rasa berangin sejuk-sejuk tu bila pakai. And sekarang ni musim-musim hujan dekat Penang ni memang cepat la malam-malam tu rasa sakit tangkap dekat urat betis dengan pinggang kan. So memang lepas mandi sebelum berbuka tu aku akan pakai Garci.Pro massage gel ni siap-siap. 



Malam sebelum tidur aku akan sapu lagi sekali dekat betis aku ni and pakai socks sebelum tidur. Takdak la tengah-tengah malam kejung urat betis kaki tu... Dah pulak nak meraung kekejungan tengah-tengah malam buta... Aku la tu bukan orang lain sebelum-sebelum ni. Hahahhaha. 


Macam mana aku boleh tau pasal Garci.Pro massage gel ni? Ni semua salah Jaafar Onn... Ehhhh tak.. Takkk.. Aku pernah tengok yang Jaafar Onn as DUTA ada promote pasal produk ni. So aku pun terus la buat research sikit pasal produk ni. Bila duk baca pulak ingredients produk ni terus rasa nak cuba. 

https://youtu.be/LrtnXWWVb1A



Apa itu Garci.Pro Massage Gel? 



Apa sebenarnya Garci.Pro Massage Gel ni? Garci.Pro Massage Gel adalah gel urut yang berasaskan minyak kayu putih (Eucalyptus Oil) yang membantu proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi dari 100% bahan semulajadi dan mempunyai kelulusan KKM (NOT210104156K).

Selain daripada itu, ia mampu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf serta ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan menggunakan teknologi nano.


Antara bahan-bahan yang digunakan dalam Garci.Pro massage gel ni adalah :

Minyak Kayu Putih ( Eucalyptus Oil )

Minyak Argan ( Argan Oil )

Peppermint

Aloe Vera

Epal Hijau

Menthol Crystal


 Sebab pakai menthol crystal la dia rasa sejuk-sejuk dan aman ja bila kita pakai. Tak rasa panas ka apa-apa ka. Lagipun tekstur dia sangat ringan, tak melekit dan mudah meresap. 




Antara kebaikkan Garci.Pro ni adalah dapat membantu masalah berikut  :

Melancarkan peredaran darah dalam badan

Membantu mengatasi masalah sakit sendi yang berpanjangan

Melegakan saluran pernafasan ( Batuk, kahak banyak dll)

Amat mudah meresap ke dalam kulit dan tidak melekit.

 Membantu merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas.

• Melegakan kekejangan otot dan sendi.

• Melegakan sakit urat dan sakit lutut.

• Membantu melegakan selsema dan pening kepala.

• Membantu melegakan sakit perut/senggugut.

• Membantu membuang angin dalam badan.


And mai sini nak bagi tips penggunaan GarciPro ni... 

*Bagi yang sakit kebas kurang dari 6 bulan, dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur.

*Bagi yang sakit kebas lebih dari setahun dan stroke, dinasihatkan supaya sapu gel 4 jam sekali.


Selain daripada berkesan, packaging dia pun memudahkan sebab dihasilkan and dipek dalam bentuk tube, senang nak sekit and letak dalam handbag. Maklumlah, mak-mak on the go ni nak kena everything perfect  lagi-lagi kadang-kadang kita tak tau bila sakit-sakit macam sakit pinggang kronik macam kami nak menyerang. 




Bagi yang ada masalah-masalah yang macam aku cakap dekat atas and nak cuba gunakan Garci.Pro Massage Gel keluaran MISG GLOBAL ni serta info lanjut boleh layari:




Website: Garci.Pro Malaysia

Facebook: Garci Pro Malaysia – AppleFit

Instagram: @GarciProMalaysia

 Assalamualaikum....

I have been obsessed with plants like so many years ago. My late dad used to love gardening, so do my mom and my sis. My sister have her own big edible garden in Tawau and Jitra back then when she was not yet posting in Sabah.

I used to be suck with plants. They said tangan panas... Or not a green fingers as so many plants will eventually die if they stay with me. Hahahah. Those were the days when i'm so suck at it! 😂

But hell yeah.. After resigning from work few years ago... Gardening has became a therapeutics activity for me. I'll grow herbs that I frequently used in my cookings such as basils; thai basils, sweet basils, rosemary, kesum/vietnamese coriander, bush beans and some flowers to add some colors to it.

Moving to a new house, i was actually sad because the size of our new balcony is just half of our old balcony. I was so stressed out because it will never fit all my plants that i bring from my old house. I gave some of the plants to a new plant parents.

But Alhamdulillah i managed to overcome the problem and fit as many plants as I can. 


At first, i admit i was pretty angry to see those bars in horizontal. Why on earth the architect make this kind of design? Well... Obviously this is dangerous. The kids obviously can climb it like a stairs... Dangerous wei! 

But as the time pass... I was actually became to like this...it is because I can hang all my plants at the bars... But yeah.. 


Can hang pretty much stuff there... Hahahahha... Just before the revamp... Quite messy


Before the lil make over begin.. 
Need to clean the mess.... 


Using the wood floor decking. I installed it all by myself la.. Tak susah pun... 


Final look... 
Pretty love the outcome... 

The plant hooks are from Shopee... 
⤵️⤵️⤵️


Wood floor decking also from Shopee
⤵️⤵️⤵️⤵️


Rack letak pokok dekat tepi2 tu guna rack ikea ja... Lerberg nama dia.... 












Assalamualaikum.... 

Ada yang pening2 lagi ka pikiaq dekat mana nak berbuka puasa dengan family atau dengan kawan2? Ya lah. Kalau hari2 kena masak makan dekat rumah pun boring jugak kan.. Kami pahammmmm...sebab kami pun macam tu... So kali ni kami nak cerita pasal salah satu tempat menarik untuk hampa berbuka puasa dengan kawan-kawan atau dengan family. 

Apa yang best dekat Golden Sands By Shangri-La's Penang ni...selain makanan dia yang sedap-sedap... Kawasan dia sangat best untuk hampa rilek-rilek berbuka dengan tenangnya. 



Jom la kita tengok apa yang ada dekat buffet Ramadan diorang niiii....



Beraneka pencuci mulut.. Nasi briyani... Dalca n etc... Nasi briyani dia sedapppp


Lemang... Lontong... X sempat raya lagi dah ada jual yaaaa... Hilang kempunan tuu


Suka sebab banyak gila spread dia..sampai tak tau nak pilih yang mana satu nak makan kan.... Kambing dengan ayam pasu dia memang bestttt... 




Tengok air dia macam-macam ada... Lepas tu ada seafood selection untuk bakar-bakar. Memang sedap ok.. Aku amik tenggiri bakar dia.. Cicah dengan ayaq asam memang umphhh... Ikan tenggiri mahal kan... So kita amik la menda-menda mahal🤭




Yesss... Banyakkan pilihan makanan yang diorang sediakan. Memang serious sendat perut. Semua nak cuba kalau boleh.... 


Definitely my fav! 



Sexy sangat kambing golek and ayam pasu dia... Sedap pun sedap! 


Haaa nindiaaaa.. Wajib amik! 


Nyummmehhhh sangat weiii... Sedappppp! 

Hampa kalau nak makan releks2 boleh mai makan dekat sini kami suka Golden Sands ni sebab hotel dia... Esp cafe dia menghadap laut... Hampa boleh la feeling-feeling menghadap sunset sambil2 bukak posa tuuuu.... Aaaa romantik sangat kannn... 


Ok... Ni details untuk hampa pasal buffet Ramadan dari Golden Sands Resort by Shangri-La ni;

💥Harga💥

✅Adult: RM128 nett

✅Child: RM64 nett (6 to 11 years old)

💥💥Promo💥💥

✅Buy One Free one every Sunday to Thursday (Applicable to adult diners only) 

✅25% off on every Friday and Saturday only

Untuk pertanyaan dan tempahan, hampa  boleh call Golden Sands Resort,Pulau Pinang di (60 4) 886 1911 atau WhatsApp (60) 19 409 0460.






Chinese food adalah salah satu makanan yang sedap dan mudah disediakan. Dah la sedap... Nak buat pun senang. Memang favourite sangat la kan.... Antara salah satu kesukaan adalah Sotong Kung Pao. Kebetulan memang ada stock sotong... So apa lagi.. Mari lah ber sotong kung pao... 

Jom kita tengok bahan-bahan untuk buat  Sotong Kung Pao ni... 


Bahan-bahan untuk sos:

2 sudu besar Kicap Pekat Manis

2 sudu besar Kicap Cair

1/2 sudu teh kecil Minyak Bijian

1 sudu besar Tepung Jagung

1 sudu besar Gula 

4 sudu besar air


Bahan Masak

2 sudu besar Minyak masak

6 tangkai Cili Kering  Merah 

4 ulas Bawang Putih dicincang 

1 inchi Halia dicincang

3 sudu besar Kacang Gajus (bakar atau sangai terlebih dahulu) 

2 biji Bawang Merah besar dipotong dadu

1/2 Lada Benggala / Capsicum

1 tangkai Daun Bawang

Sotong dipotong bulat2 ring shape 


Cara-caranya :

1. Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan untuk sos dan kacau sehingga sebati. 

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan cabai/cili kering dan halia. 

3. Kemudian masukkan sos yang disediakan di dalam mangkuk tadi ke dalam kuali.

4. Kemudian masukkan kacang gajus, bawang merah yang dipotong dadu dan cili benggala ke dalam kuali.

5. Kacau sehingga bersalut dan biarkan kuah agak pekat.

6. Bila kuah dah pekat baru masukkan sotong dan daun bawang... Kacau-kacau sotong sehingga bersalut dan tutup api. Sotong tak boleh masak lama-lama ya nanti keras and kecut.


Dah tiapppppp... Boleh hidang untuk berbuka. Nak buat lauk makan sahur pun sedap niiii



Sedap gila wei.... Da la senang ja nak buat... 
Selamat mencuba... 




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS