PG Mall Birthday Sales

by Alia Farhan, 7:21 AM
Sedar tak sedar dah nak habis bulan 6 kan. Haihhhh sat ja rasa.... 3 bulan ni something yang lain kan. Mana taknya, sepanjang MCO ni macam-macam fasa yang kita semua lalui. Ada fasa MCO diperketatkan, ada fasa MCO dilonggarkan dengan bersyarat dan macam-macam lagi.

And macam-macam jugak skills yang kita dapat sepanjang dekat-dekat 3 bulan MCO ni kan... Ada yang dari x boleh baking.. Jadi terer.. Ada yang tak reti masak jadi reti masak dan sebagainya. Tak kurang gak dari tak reti shopping online jadi terer shopping online. Hahhahahah.

Kali ni aku nak cerita pasal satu platform online shopping yang best iaitu PG Mall. Kalau hampa nak tau, dekat PG Mall ni hampa boleh shopping macam-macam keperluan hampa. Tambah pulak sekarang ni depa buat macam-macam promotions. 



Ok la so kalau nak tau apa tu PG Mall, mai sini kami nak cerita sikit. PG Mall ni adalah salah satu online portal shopping di Malaysia, which is locally based in Malaysia. Kiranya diasaskan di Malaysia la. The one n only local E - commerce in Malaysia. PG Mall ni has been established since 2017 which made them super trusted. PG Mall menjalankan concept ConsuMerchant di platform perniagaan online mereka. 

And now good news, sempena dengan Birthday PG Mall from 29th June till 5th of July depa nak buat Birthday Sales. Woot woot. Dengan minimum spend RM50... hampa dapat 10% off dan dengan minimum RM100, korang dapat 20% off. Perghhh banyakkkk takkkk??? Bestnyaaaa weiii. 



Not only that, PG Mall also offers free shipping to new customers with minimum purchase of RM30 and for existing customers at minimum purchase of RM60. Wowww kannnn.... Menarik sangat offers dia. 

Bukan setakat free shipping ja... PG Mall pun ada buat Super Deals serendah RM0.99. WOWWWW sangat kan.. Beli brg tak sampai RM1 kot. Ada juga special lucky draw  prize untuk top referral. 
Antara hadiah untuk Top Referral ni adalah:

1st prize :PG Gold 1g
2nd prize: C-wallet RM100
3rd prize :C - wallet M50

Syarat dia pun simple ja.. Just share referral link masing-masing supaya kawan-kawan shopping di PG Mall  and we can stand a chance to be a winner. 


Tak cukup dengan tu, PG Mall juga ada buat 
Daily FB Live Deals, cuma perlu tonton and boleh join Lucky Draw eveyday untuk jadi pemenang. Hadiah untuk lucky draw Daily FB live deals pulak 0.5g gold dan juga C-wallet. 




So jom hampa kita pakat-pakat standby 29hb june sampai 5hb june ni. Boleh kita pakat-pakat shopping barang keperluan dekat PG Mall dan join PG Mall Daily FB Live deals. Jangan lupa pi kat PG Mall

About

PG Mall
https://pgmall.my/

Instagram:

PGMall.my

https://www.instagram.com/pgmall.my/




#PGMALL #onlineshopping #shopping #Malaysiano1ecommerceplatform #ecommerceplatform #shopnow #shoponline #PGMallbirthdaysale #PGMallbirthdayparty #PGMallCrazySale


Dah berapa bulan duduk rumah baru.. Baru la sempat nak organize kitchen cabinet betul-betul kan. Sebelum ni ada time rajin susun la elok2... Ada time malas.. Ke laut gila ja... Main sumbat2 ja kalau nak cepat.

So semalam nekad dah nak organize balik elok2. Bagi systematic and tersusun.. Supaya senang nak amik apa-apa kan. Ada benda yang kita kena susun untuk percepatkan and permudahkan kerja kita.


Ni overall dapur aku. Cukup la untuk aku berperang hari-hari dekat sini sediakan makanan dekat family aku. Ada yang tanya aku.. Memang minat warna kayu2 ni ehh.. Those who knows me.. Will know me well. Aku ni jenis xsuka sama dengan orang sangat. Hahhaha. Macam biasa aku suka menentang arus. Di kala orang suka kan white  kitchen cabinet bla bla bla.. Aku go the other sides. Lagipun bagi aku... Warna coklat/kayu ni versatile and valid sepanjang zaman. Haaa gitohhh. Aku dah pernah ada fasa go thru and suka benda2 putih ni.. Trust me... How hard u jaga.. Lama2 dia mnguning.. Benci aku! 🤣 🤣 🤣 

Ok lah.. Jom cerita part kitchen cabinet Organization ni... Aku ni xla terer sangat. Xdak la mngamalkan semangat marie kondo ka apa ka. Penting bagi kau after month or in 2 months untuk declutter and buang barang-barang yang kita da tak pakai. Simple kan.



Aku memang suka guna bakul ni. Sebab size dia tak besar tak kecik. Just fit nicely to my kitchen cabinet. Paling penting fit most things and memudahkan kita nak sorting accordingly. 




Ni aku guna bakul tu untuk masukkan dekat dalam pull out drawer aku. Ni dekat drawer paling bawah sekali. Aku letak bulky items yang berat-berat macam gula semua tu dalam bakul tu. Bila nak ambil ka senang. Nak check stock pun senang jugak. Selalu benda-benda yang expired and kita tak sedaq benda-benda dalam tin kan. Sebab tu aku decide untuk letak dekat sini so senang la nak check apa yang ada apa yang dah nak expire. Sebelum ni letak dekat atas-atas sangatlah tak practical ya nak check stock bagai ni.




Ni pulak second drawer dari bawah. Letak stock noodles semua tu. Dekat sini xla berapa berat sangat. Sesuai la letak dekat 2nd one kan. 


Yang ni pulak another pull out drawer dekat sebelah. Dekat drawer ni tak muat nak letak basket putih tu so aku guna ja lah apa yang ada kan. Bahagian ni untuk letak kitchen towels, wet tissues dengan tote bag untuk beli barang2. Well Penang no plastic bag everyday ok! 




Ni pulak bahagian ovaltine, brown sugar, cereals, teas bla bla.. Kata atas dia bahagian pastas. 


Ni overall untuk cabinet bahagian atas ya. 


Pasta section. Tapi spaghetti tak muat letak sini sebab bekas spaghetti dengan spaghetti kan panjang. Ruang dekat sini rendah ja. Guna jar dari Ikea and jar bekas sauce pasta ja. 


Dalam bakul ni la susun segala tipuware.. Tupperware.. Susun blender yang guna untuk blend bawang.. Blender utk juice n etc. 


Ni bakul simpan kuih-kuih raya. Susun elok2 dalam ni. Nak keluar masuk pun senang. 



Ni pulak bahagian spices n herbs. Ada jugak la dressing utk salad dekat sini. 


Ni pull out tray untum letak pinggan-pinggan yang guna harian and kat bawah tu tempat letak sos bagai. 


Ni kat bawah sinki. Dekat sini la ada barang-barang bertukang laki aku. Spray cat la. Tudung periuk and pan semua pun letak dekat sini. Aku beli tempat letak tudung periuk tu dekat Daiso. Boleh gak guna untuk susun chopping board. 


Ni pun pull out drawer dekat satu size lagi. Dekat bawah sekali jugak. Dekat sini aku letak benda-benda berat macam beras 5kg..minyak..dalam ni ada 3 peket beras 5kg.. Minyak peket,stock spaghetti n etc. 


Ni pulak beras yang berjenis-jenis tu. Guna jar ikea ja. Yang kanan sekali tu guna untuk isi tepung gandum. Suka tengok sebab bila buh dalam jar ni.. Cun ja. 


Ni aku guna sticker label Motex. Suka sebab nampak classic gituhhhh. 


Comel gituhhh guna label ni


Terbekenan pulak guna jenis jar-jar ni. Lawa n esthetic sangat. 


Ni pulak section ubat-ubat. Dah bau macam dekat pharmacy dah bahagian ni. 


Ni pulak kat bahagian bawah. Aku letak pinggan-pinggan kaca semua dekat sini sebab ya lah benda-benda tu kan berat. Tak sesuai la nak letak dekat bahagian atas. Takut la lama2 nanti mana nak tau risau reban /runtuh ka cabinet atas kalau berat-berat sangat. 



Yes counter top aku penuh dengan gadget sebab aku jenis tiap-tiap hari guna gadget memasak kan. Tu pun rice cooker da simpan sebab guna Philip Pressure Cooker ja untuk masak memasak semua. 

Ada jugak benda yang kita kena susun ikut kesesuaian dia. Contoh gadget2 rumah. Ada orang prefer simpan dalam cabinet dia. Ada orang more to practicality... Aku la tu. Sebab aku memang sejenis pakai gadget2 kan. Of course la kena memudahkan kerja aku. 

So apa pun ikut kesesuaian kita sendiri. Kalau suka table top clear boleh ja simpan dalam cabinet. Yang penting kita selesa and suka yang mana. And there is no right or wrong when it comes to this. 

N now my kitchen quite in a mess sebab baru-baru ni balik dig in some stuff dekat rumah lama. Ahhh sudahhhhh.... 

Ok la.. Bella chiao 😘



Just Because You DON'T

by Alia Farhan, 7:48 PM


Just because you DON'T

It comes to sense human can be pretty mean and f@&£ at one time.

In a modern world...there always a fight and bad mouthing bout who is better... Housewife or working mom... Stay home moms belittled working moms n workin moms belittled stay home moms. Belum lagi bergaduh pasal deco2 rumah... 

Deco2 rumah tu nanti anak tu la ni la....yang deco2 rumah pun xkurang gak kuat mengecam kalau deco orang tu bukan macam yang dia suka.


Asal kan lain sikit dari taste korang.. Korang nak bash.. Macam hutan la apa la. At least we appreciate the nature. Xda pun nak kecam rumah org lain. Rumah dia.. Suka hati dia la nak buat macam mana pun. Dah sakit hati kenapa? Masalah hati ehhhh... 

Get a life bijjjj
😏😏😏

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi

by Alia Farhan, 10:26 AM
Rasanya dah lama gila kan tak update bloh ni... And dah lama gila x share resipi. Resipi2 pun banyak gak duk kat draft. Harap2 yang ni xmasuk la dalam list draft tu. Kalau tak forever alone la duk kat situ... Perammm ja sampai ranum. Hahhahha.

Aku dalan process nak clear kan freeser aku. Sebab aku masa bulan puasa hari tu memang stock up stock bahan mentah untuk masak dalam freeser aku banyak gila. And dekat2 last minute nak raya hari Ahad tu... Hari Khamis tu aku buat last buy dekat market untuk penuhkan peti sejuk aku. So bayangkan up til now i still have frozen bahan mentah untuk dimasak. 

And yes sampai sekarang aku tak reload lagi beli bahan-bahan mentah. And bahan-bahan mentah dalam peti sejuk tu memang dah luak la kan cerita dia jadi lauk pauk kat runah ni. Ok la jugak peti sejuk ni spacious jugak la. A good investment when we decided to buy this one. Alang2 nak beli.. Beli la yang besar and boleh masuk and muat macam-macam kan.

So cerita dia.. Masa duk selongkaq2 bahan-bahan mentah untuk masak tu... Aku jumpa la treasure! Ikan keli!!!! Dah lama gila aku xmakan ikan keli. And teringin gila nak makan ikan keli salai masak lemak cili padi!
Erghhh sedapnyaaa. 

Tapi masalahnya nak salai celah mana kan.... Dah la duk kat apartment ni haa. Last3 dapat la idea untuk beli daun pisang dekat kedai runcit dekat rumah ni. 


Banyak pulak. Tapi xpa lah. Demimu ikan keli salai.. Kahhhhh

Jom lah kita tengok bahan-bahan and cara buat ikan keli salai masak lemak cili padi. 

Bahan-bahan:

3 ekor ikan keli (potong dua-senang nak bakar/salai) 
Daun pisang
2 ketul Kunyit hidup
2 biji cili besar 
7 biji cili padi hijau
Daun cekur /kunyit
1 biji bawang  besar
5 ulas bawang putih
Santan
Garam
Gula 
Serbuk perasa

Cara-caranya :

Ikan keli salai

1. Gaul garam dan kunyit hidup dekat ikan keli. 
2. Balut ikan keli dengan daun pisang. 
3. Letakkan ikan keli yang dibalut daun pisang dalam non stick pan. 
4. Guna api sederhana panas dan tutup dengan penutup and cepatkan process salai menyalai. 


5. Boleh kalihkan bila nampak daun pisang dah mula garing. 
6. Bila dah nampak daun pisang mula garing untul semua bahagian.. Boleh la tutup api. 


Haa bila nampak macam ni tu dah ok la.... 


Kuah Masak Lemak Cili Padi

1. Masukkan cili besar, cili padi, bawang besar, bawang putih, dan kunyit hidup ke dalam blender dan blend kesemua bahan-bahan ni. 
2. Masukkan bahan-bahan yang diblend yadi ke dalam periuk/pan dan bukak api. 
3. Masukkan asam keping dan biarkan sehingga mendidih. 
4. Tambahkan air dah biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Time ni boleh perlahankan api dan masukkan santan 1/3 kotak kecil. Nak lemak lagi letak la banyak lagi. Ni ikut preference masing-masing ya. 
5. Kacau bahan-bahan tadi and jangan biarkan tak berkacau sampai pecah minyak ya nanti tak cantik pulak. 
6. Terus masukkan ikan keli salai tadi tu ya. 

Masukkan watak utama ini! 

7. Bila dah masukkan ikan keli, jangan lupa kacau-kacau jugak ya. Dah boleh perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa ya. Hujung2 boleh la masukkan daun cekur yang dah dipotong kasar. 


Nyum-nyums. Dah siappppp. Time masak ni tengah puasa. Sedapnya Ya Allah telan ayaq lioq akuuuu. 


Ramai cakap cantik masak lemak cili padi aku ni. Macam mana buat pekat macam tu semua. Rahsia aku guna bawang ja. Kalau pure nismilan diorang tak pakai bawnag ya. Depa guna santan banyakkkk gila. Sebab tu depa punya lagiiiiiiiiiiiii terlentokkkk bhaiiiiii. Aku sayang santan.. So aku blend la bawang and letak. Letak santan pun 1/3 kotak kecil ja. Padan la nak diet kan. 


Menu buka puasa hari tu. With kailan ikan masin. Ok sedap gila. Puji diri sendiri sebab pandai la masak untuk makan semdiri. Hahhahaha


Ok lah... Bela chiao
Mengantuk dah ni.. Baiii











© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS