Resipi Pajeri Rebung Sedap

in , by Alia Farhan, 2:33 AM


Ada yang suka makan rebung tak dekat sini? Aku memang suka gila makan rebung especially rebung madu. Ya Allah sedapnya rebung madu tu. Husband aku tak makan rebung, dia kata rebung bau busuk. Tapi yang dia makan bau busuk tu rebung beting yang besar-besar tu. Aku ok ja rebung mana-mana pun janji nama rebung memang aku suka. Tapi hari tu dia baru try rebung madu dia cakap eh yang ni ok x masam and takdak bau macam rebung beting yang dia pernah makan masa dekat Melaka dulu. 

Tapi biasanya kalau dekat belah utara ni especially Kedah banyak orang jual rebung madu yang kecil-kecil comel tu. 

Ni lah rebung madu. Kalau aku yang fresh-fresh tu kalau lepas rebus suka buat ulam... Cicah dengan sambal belacan. Wowww sangat. 

Nak tau tak banyak rupanya khasiat rebung ni antaranya, dalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada Air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya. Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Begitu pula dengan kandungan kalium pada rebung yang cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya. Makanan yang kaya dengan kalium sekitar 400 mg didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko serangan stroke. Penderita stroke biasanya mengalami kekurangan mineral ini. Orang yang menderita kekurangan kalium, biasanya akan mengalami kekejangan otot. Mereka boleh mengambil sayur rebung untuk mencukupi keperluan unsur kalium harian dalam badan. Kajian juga mendapati selain kalium, Rebung juga sangat kaya dengan serat (Fiber) iaitu sebanyak 2.56%. 

Banyak kan khasiat rebung ni. Khasiat rebung dah cerita. Aahhh jom lah aku share salah satu resipi favourite aku untuk rebung ni.... Tak lain tak bukan.. Pajeri rebung. Nyumssss... 

Kecur air liur tengok gambar ni. Aduhaaiiiii. 


Bahan-bahan:

Rebung yang dah direbus
* 1 biji bawang besar(sederhana besar) 
* 4 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari ayam /daging
Rempah herba 4 serangkai(bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
Minyak untuk menumis
1 peket kecil Kerisik
Santan
Garam
Gula

Cara-cara

1. Blendkan bahan-bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, dan tumis rempah herba 4 serangkai tu, dah naik bau tumuskan pulak bahan-bahan yang dible d tadi. 
3. Kacau sampai naik bau dan agak garing sedikit, lepas tu masukkan serbuk kari ayam /daging. 
4. Kacau-kacau serbuk kari tu bagi rata dan masukkan air.
5. Bila dah mendidih, masukkan kerisik dan santan. 
6. Biarkan mendidih lagi, boleh tambah air 
kalau terlampau pekat. 
7. Masukkan rebung yang dah direbus terlebih dahulu. Masak dalam 5-7 minit macam tu bagi rebung tu masak. 
8. Lastly, perasakan dengan garam dan gula. Gula kena lebihkan ya sebab pajeri kena rasa manis-manis baru sedap ya. 

Nyumeeehhhhh. Sedapnya. Laki aku yang sebelum2 ni tak makan rebung pun dah jatuh chenta dengan rebung yang aku buat pajeri ni. Licin woooo. Sedappp kannnn... 

So korang... Selain buat pejari, gulai dan masak lemak dengan rebung.. Masak apa lagi yang sedap eh? 



Sebut bulan Ramadan ja dah sinonim kan dengan buah kurma. Yalah, kan sunat berbuka dengan buah kurma /tamar ni. Tapi tu la, kadang-kadang tak semua kurma yang kita beli tu sedap. Untung badan dapat yang ok. Kalau nasib malang dapat la pakej yang siap ada ulat kat dalam  tu. Kena macam tu kadang-kadang rasa serik nak beli buah kurma. 

Tapi baru-baru ni husband ada bawak balik buah kurma ajwa asli madinah dari Rihura Herbs. Tengok Aishah rasmikan sebab dak kecik tu mana puasa, sedap ja ni. Dalam hati hai kemain budak ni tau. Sebab dia memilih gak nak makan buah kurmanya pun. 



So kami pun google la skit apa kelebihan buah kurma ajwa yang biasanya dikenali sebagai kurma Nabi ni. Jom kami share sedikit info pasai buah kurma ajwa asli madinah atau kurma Nabi ni dengan hampa semua. 


KURMA AJWA ASLI MADINAH PILIHAN NABI | RIHURA HERBS
   
 

 Terdapat pelbagai jenis kurma di pasaran. Salah satu kurma yang paling terkenal adalah Kurma Ajwa. Keistimewaannya adalah kerana Kurma Ajwa merupakan kurma pilihan Nabi. Nabi Muhammad SAW gemar makan Kurma Ajwa tidak kiralah pada bulan Ramadan atau selainnya.

Terdapat 7# Keunikan Ciri Kurma Ajwa Madinah:

1. Disebut dalam hadis

Umumnya, kurma merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah pada setiap hari. Menurut salah satu hadis yang bermaksud;


Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang memakan 7 biji buah kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun atau sihir kepadanya pada hari tersebut."

Fungsinya dijadikan sebagai ikhtiar untuk penawar sihir/ santau/ racun/ sakit misteri dan juga turut disebut dalam hadis sebagai penawar racun. Makanya kurma jenis Ajwa ini sangat luar biasa fungsinya berbanding dengan kurma jenis lain. Walaubagaimanapun kita hanya mampu berikhtiar, Allah SWT yang Maha Penyembuhnya.


2. Ciri yang Unik
Realitinya, ada peniaga yang menjual Kurma Ajwa yang tidak asli. Bagi mengenalpasti keaslian buah Kurma Ajwa bolehlah perhatikan ciri-ciri berikut:

  • Ada beberapa garis kecil
  • Warna hitam pekat
  •  Mempunyai kedutan pada kurma
  •  Baunya wangi
  •  Sederhana manis
  • Saiznya sedikit kecil
  • Kurma kering dan tak mudah rosak
  • Kualiti yang terjamin


3. Berkhasiat dan sumber antioksidan

Kurma merupakan buah yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Ia terkenal dalam meningkatkan daya ingatan dan juga kaya dengan antioksidan yang bagus untuk tubuh badan.

4. Khasiat untuk ibu yang mengandung dan menyusu bayi

Sepanjang kehamilan dan juga menyusu bayi, pengambilan buah kurma mampu memberikan tenaga, khasiat, dan juga sebagai milk booster terbaik. Selain daripada memakannya secara terus, boleh juga dijadikan sebagai minuman iaitu dengan mengisar buah kurma bersama dengan susu.


5. Melindungi daripada penyakit

Selain fungsi untuk penjagaan kesihatan diri, Kurma Ajwa juga boleh diamalkan sebagai ikhtiar atau penawar sihir, santau, saka atau penyakit misteri

6. Melancarkan penghadaman

Kulit Kurma Ajwa sangat kaya dengan kandungan serat yang bagus untuk penghadaman terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah usus, sembelit, dan buasir. Kurma juga bersifat mencegah daripada sembelit yang sesuai diambil dari usia bayi (yang cukup usia matang untuk makan) sehingga dewasa.

7. Sesuai diamalkan oleh penghidap diabetes

Kurma Ajwa sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. Namun begitu sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu


Kategori Kurma Ajwa


#1 Ajwa Aliyah/Awwali 

Kurma Ajwa Aliyah ditanam di tanah haram yang terletak di atas bukit di Madinah. 

#2 Ajwa Madinah 

Kurma Ajwa Madinah ditanam di tanah halal di dalam kawasan dataran atau ladang di Madinah.  

Setiap kurma ajwa mempunyai pelbagai gred. Kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise ini adalah merupakan kategori kurma Ajwa Madinah bergred premium. Kurma Ajwa asli Madinah adalah Kurma Ajwa Premium Kualiti Tinggi, di mana buah kurmanya merupakan buah yang baru iaitu stok yang paling baru. Ia adalah kurma yang TERBAIK yang SUDAH DIPILIH dari pokok yang terbaik.

Kalau Gred A, buahnya tak semestinya bagus. Ia diambil dari pokok terpilih. Tetapi kurma Ajwa gred premium ini, ianya telah dipilih yang paling segar, buahnya elok dan cantik serta kualiti paling terbaik dari pokok yang dipilih tu.


Khasiat Kurma Ajwa


Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda;

"Kurma Ajwa berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata" (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Kurma adalah kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, juga vitamin C dan juga kandungan antioksida yang tinggi yang memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut"

Berselawat dan berdoa sebelum makan kurma Ajwa. Semoga ia menjadi asbab untuk kita mencegah diri daripada sebarang penyakit, racun dan hal lain.

KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP GRED PREMIUM (RIHURA)?


#1 Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah.
#2 Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa.
#3 Gred Premium VIP.
#4 Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020).
#5 Kurma tidak diperam lama-lama.
#6 Kualiti premium, dijamin dan terbaik.
#7 Saiz standard, sesuai untuk kanak-kanak, golongan tua dan muda.
#8 Packaging yang menarik.
#9 Sesuai dijadikan gift set/hadiah.
#10 Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sebagainya.
#11 Trusted dan dipercayai.

Harga Ajwa Asli Madinah VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise
Harga bagi Ajwa Asli Madinah yang ditawarkan dari Rihura Herbs Enterprise adalah harga yang mampu milik. Pada peminat tegar kurma, kalian pasti tahu kenapa harga Ajwa Asli Madinah VIP gred premium ini berbeza dari kurma yang lain.

[100g] Rm 15
[200g] Rm 28
[300g] Rm 40
[500g] Rm 60
[1kg] Rm 110



My personal review

Secara peribadinya, aku agak cerewet dalam memilih jenis buah kurma untuk dimakan. Mungkin sebab aku tak suka makan benda-benda manis ni. But kurma ajwa Madinah dari Rihura Herbs ni memang sedap, tak terlalu manis leting, buah tak lembik and benyek. Memang ciri-ciri kurma ajwa ni dia tak benyek ya. Rasa pun fresh ja xdak la rasa kurma yang ambil dan peram lama-lama. 

Selalu kalau buah kurma lain, paling banyak pun 1 ke 2 biji ja aku boleh telan, tapi kurma ajwa asli madinah daei Rihura Herbs ni Alhamdulillah 5 biji pun boleh lajak sebab tak sedar masa duk makan tu sebab buah dia nice sangat. 

Ini kalau ada susu fresh.. Blend buat susu kurma pun nice ni. Rasa bukak puasa satgi nak try buat susu kurma dengan kurma ajwa asli by Rihura Herbs ni. Mesti suami dengan anak-anak suka kan. 

Si Aishah tu, dapat kurma ajwa asli Madinah by Rihura Herbs ni terus tak pandang buah kurma lain dah. Bukan Aishah ja, mama dengan papa dia pun sama jugak. Hahahah. Tapi seriously berbaloi-baloi la beli kurma ajwa asli Madinah by Rihura Herbs ni sebab kurma ajwa dia memng premium grade. 

Memang recommended sangat untuk hampa yang duk cari kurma ajwa /kurma nabi ni untuk try kurma ajwa asli Madinah by Rihura Herbs ni. Kompem lepas ni beli buat stock sepanjang tahun tak kira Ramadan ka tal Ramadan ka. 

Wajib ada sekali dalam juadah berbuka ya bulan-bulan puasa ni. Kami anak beranak memang dah jatuh hati dengan kurma ajwa asli madinah by Rihura Herbs ni



Bagi yang nak memcuba kurma ajwa asli Madinah by Rihura Herbs ni, bolehlah dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi  pihak Rihura Herbs Enterprise


Whatsapp :


Musim-musim Covid-19 ni penting untuk lota sentiasa jaga kesihatan dan tingkatkan sistem imuniti badan kita. Kalau kita tak jaga badan kita sendiri, siapa yang nak jaga kan?

Baru-baru ni aku ada ternampak satu produk dari Joymix ni, nama dia Hello Bong. Apa yang membuatkan aku tertarik adalah sebab produl Joymix, Hello Bong ni kaya vitamin C sebab diperbuat daripada buah oren dari Pulau Jeju iaitu Hallabong dan juga curcuminiods yang merupakan estrak dari kunyit. Kalau nak tau Halla Bong ni ditanam di Jeju dan merupakan oren yang manis dan tak mempunyai biji. 

Oren hallabong dari Jeju Korea ni rasa dka manis ya. Aduhhh teringin nak ke Jeju start tengok cerita My Girl lagi.. Ada ceeit


Tambah pulak bila bulan puasa  ni lagi la rasa panas semacam. Dekat Penang ni sekarang panas terik sangat. Awal-awal puasa hari tu best sangat sebab hujan ja. Sekarang ni mak oiiii...panas lit lit sangat. Kalau nak tau, biasanya lepas berbuka aku akan terus amik Hello Bong by Joymix ni. Cool down skit rasa badan yang panas ni. Ada 1 hari tu lepas bukak puasa makan durian ada la dalam 6 ulas macam tu. Makaihhhhh berdenggung kepala rasa. Sekali check tekanan darah 101/65 ja. Apo? Orang lain makan durian, darah tinggi..aku tekanan darah boleh pulak drop. Terus teringat dekat Hello Bong by Joymix ni. Apa lagi terus la bukak satu sachet and telan.

Lepas tu terus mandi dan tenangkan diri sat sebab ya lah kan, tekanan darah tengah rendah tu. Tak sampai sejam rasa badan start getting better. Kalau tak, silap makan durian macam ni mau la esoknya baru nak ok ya. Dah lama x kena macam ni. Bila kena tu panik la jugak kan. Nasib la teringat ada Hello Bong ny Joymix ni, Lega sangat bila sat ja dah ok.



Apa yang menarik tentang minuman kesihatan dari Joymix, Hello Bong ni?

sekiranya diambil secara konsisten, immuniti badan jugak meningkat dan kita akan dapat kelebihan-kelebihan lain seperti:

  • mengurangkan kelesuan badan
  • mengurangkan radang sendi
  • mencegah penyakit kronik
  • mempercepatkan recovery system untuk badan dalam melawan penyakit
  • menyejukkan badan
  • menghilangkan nafas berbau
  • mengurangkan " Hangover " (bagi yang bukan Islam), kesan selepas minum minuman beralcohol.
Cara pengambilan Joymix Hello Bong




Cara penggambilan Joymix Hello Bong ni mudah ja ya. Just koyakkan scahet and terus telan. Rasa dia masam-masam manis tu best sangat. Rasa refreshing dekat tekak macam makan cekelat masa kita kecik-kecik dulu yang bentuk serbuk oren masam-masam tu. Sedap!

Kandungan dalam Joymix Hello Bong 


Kandungan as per sachet 



Nak cuba Joymix Hello Bong?



Bagi yang nak cuba Joymix Hello Bong, yang selalu ada masalah kelesuan badan, panas badan, radang sendi, dan lain-lain, hampa boleh lah  buat pembelian di atas talian di web rasmi Joymix. Hampa juga boleh follow facebook rasmi Joymix  untuk promosi terkini.

Facebook:


Harga Joymix Hello Bong: RM80/ box

1 box ada 30 sachet



#JoyPremix #JoyMix #JoyMixHelloBong





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS