Assalamualaikum

Ada peminat sup Ekor dak dekat sini? Hampa yang suka tu selalu makan sup ekoq dekat kedai Siam kan. Aku pun suka yang version kedai Siam tu.. Tpi baru2 ni bukak posa teringin pulak nak try yang jenis berempah tu.

Kebetulan pulak kat rumah ni ada rempah Sup Meletop dari Brand Adni ni kat rumah. So apa la lagi mari lah kita try buat sendiri. Kalau yang siam tu senang ja nak buatnya. Kalau yang selalu tak terbuat sebab duk pikiaq tak reti la nak masuk rempah2 dia tu.

Nasib baik la ada rempah Sup Meletop dari Brand Adni ni. Nak buat pun simple ja tau. Memang senang sangat. Tumis segala bawang blend semua tu..pastu masukkan rempah Sup Meletop Brand Adni ni lepas tu set ja Philip Pressure cooker.

Tapi meh la kita cerita details skit bahan-bahan dan cara-cara masak menggunakan rempah Sup Meletop Brand Adni dan Philip pressure cooker ni.



Untuk bahan-bahan... Meh kita tengok ya.

Bahan-bahan

1 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari(separuh potong utk tumis.. Separuh untuk blend)
Rempah 3 serangkai ( bunga lawang, cinnamon, clover)
Ekor
Kentang* aku terlupa nak letak
Tomato
Rempah Sup Meletop Brand Adni
Garam
Kiub daging
Minyak untuk menumis.

Cara-cara aku masak menggunakan Philip Pressure Cooker:

1. Blend bawang besar, bawang putih n halia.
2. Dalam Philip Pressure Cooker panas kan minyak. On mode Bake (Chicken), tunggu minyak panas, masukkan bahan-bahan blend, halia yang dipotong dan rempah 3 serangkai.
3. Masukkan Rempah Sup Meletop Brand Adni dan biarkan bergorenh dengan minyak sat sampai naik bau.
4. Then masukkan Ekor kacau-kacau sat and tambah air. Air biar se level  dengan Ekor saja ya. Kalau tak lambat nanti nak start pressurise dekat dalam Ppc sebab kena kerja lebih untuk eliminate air dari dalam tu.
5. Off BAKE Mode. Then set and tekan dekat TENDON, lepas tu tekan keep pressure and set ke 45 minit or 1 jam. Jangan lupa pulas knob ke tengah(SEAL).
6. Lepas 45 minit or 1 jam, depend berapa lama hampa set masa... Hampa dah boleh tolak knob tu ke VENT(belah kanan). Dinasihatkan masa nak pulas knob tu. Tolak la Guna sudu ka Guna senduk ka.. Sebab takut nanti wap panas keluar kena jari/tangan hampa plak. Mau melecur wei. Tak pun kalau takut boleh ja biar dia VENT sendiri dalam 20 minit macam tu.
7. Bila da habis timer tadi. Dia akan auto pi ke WARM mode. Hampa tekan kat WARM mode tu untuk off kan Warm mode tu.
8. Tekan dekat CHICKEN dekat mode BAKE tu, time ni boleh masukkan Kentang. And tutup tudung periuk. Time ni tak payah pulas knob tu pi ke seal ya.
9. Dekat hujung2 boleh perasaan dengan garam dan kiub daging and letak tomato. Macam aku terlupa letak Kentang.. So lagi kurang la masa penyediaan.

Dah siap. Boleh dah hidang. Tabur bawang goreng and daun ketumbar dekat atas tu. Dah boleh makan...


Ni makan bersama lauk lain masa buka posa hari Khamis lepas 

Sedap wei guna Rempah Sup Meletop Brand Adni ni. Rasa rempah dia memang umphhh untuk aku. 

Hampa kalau nak Dapat kan Rempah Sup Meletop Brand Adni boleh la dapatkan dari

Khalil
0132525179



Aku ni kan memang idak lah rajin mana pun nak masak hari2. Sebab kdang2 hari2 buntu nak masak apa. Balik2 macam masak yang sama jek. Kdang2 kari tu macam selang sehari kot. Anak2 suka makan kari. Kalau hari aku malas.. Memang aku tapau ja kari kat kedai. Aku masak lauk lain.

Macam hari ni penat otak aku pikiaq nak masak apa la tenggiri yang ada tu. Kebetulan sabtu hari tu pi kat LS Mart dekat rumah aku ni tengok2 kat stok frozen tu ada ikan tenggiri. Amik la 2 kotak.. Total ada la 4 ketul dalam rm16 macam tu. Murah kot. Yelah frozen dah la. Selalunya kalau yg frozen ni yang diorang tak habis dekat luaq tu cepat2 diorang bawak masuk frozen and dia punya ni xdak la tak fresh ka apa. Stil OK. Kat LS Mart ni aku rasa diorang ni pandai la uruskan stock ikan yang potong2 kat display tu and utk frozen kan. Kalau tengok dekat Aeon Big.. Serrr ikan dia. Management ke laut.

Tadi masa keluar untuk defrost tenggiri pun xda la tenggiri tu hanyir ka apa ka. Stil elok ya. Bila goreng pun elok ja tak dak pecah or isi hancur. Beza tau ikan yang dah tak fresh di frozen kan dengan ikan yang fresh2 di frozen kan. Macam kita la. Beli2 dekat market pun bukan teruih masak semua kan. Mesti la ada masa peti sejuk untuk bekukan betui dak...

Alhamdulillah bila tengok ikan elok macam tu. Lepas ni boleh la beli lagi. Hari tu ada beli sotong kecik2 yang gemok2 tu... Satu plastic ada la rm4.99 kot. Tapi frozen punya lah. Buat sambal Sekoq2.. Fuhh sedappp. Tak macam sotong lama pun. Aku tengok dekat kedai aceh pun sama gak.. Diorang beli dekat pemborong sotong yang dalam ice tu.. Lepas tu defrost.. Jual pun bukan murah ya.



OK la sebab aku dah boring buat kari. Kari kari.. Kari.. Nak buek masak lomak malas.. So macam nak try la buat masak berlado ni. Macam biasa la ikan kena goreng dulu la kan. Jom lah tengok bahan-bahan and cara buat.

Bahan-bahan :

Potongan tenggiri-goreng kunyit
3 biji Cabai besaq
10 biji cabai melaka
4 ulas garlic
1 biji bawang besaq
2 keping asam keping
1 biji Tomato
Gula gerek (aku guna yang beli kt siam.. Gula gerek dia ketui kecik2 ja)
Garam
Serbuk perasa
Gula (aku guna gula perang.. Tengah switch to gula perang yang low glisemic index dia)
Minyak goreng ikan

Cara-cara:

1. Goreng la tenggiri hampa tu kan..
2. Blend segala cabai besaq, cabai melaka, garlic dan bawang besaq.. Blend kasaq OK. Jangan halus sangat. Aku guna blender kering ja.
3. Lepas dah goreng tenggiri tu boleh la tumis bahan-bahan blend tadi Guna minyak ikan. Kalau banyak sangat minyak.. Simpan la separuh.
4. Lepas tu masukkan asam keping dengan gula gerek. Jangan lupa masukkan tomato yang dah dipotong2.
5. Tambah air dan masak hingga air agak kering. Bila dah nampak agak kering boleh la perasaan dengan garam, serbuk perkasa or gula. Yang gula gerek tu optional lah... Takdak tak payah pun xpa. Pandai2 la korang balance kan bagi semua rasa kan.
6. Bila rasa semua dah cukup. Masukkan ikan tenggiri yang hampa goreng tadi tu.
7. Dah siappp.. Boleh ngap dahhhh...

Sedap tak pedas sangat. Sebab anak2 pun nak makan kan. 


Suap anak2. Depa kata sedap mama. Lepas ni boleh la buat lauk2 macam ni pulak. Tak lalu haih hari2 tengok kari😅




Selalu orang cakap yang tak plan ni selalunya best kan. Haa yang ni lah yang jadi masa husband aku pi reja Sabtu hari tu. Actually kaki 3 beranak keluaq pi makan ja pun.

Lepas tu, ntah macam mana time tu aku rasa sangat2 serabut. Ya Allah susah nak cakap feeling aku time tu. Dengan duk declutter baju2 kat rumah tak abih2. So aku macam nak take a break la pi tengok laut dekat Bagan Ajam tu. Dapat tengok sat pun jadi la kan. Aku memang macam ni.. Kalau rasa serabut.. Dapat tengok laut skit pun dah ok.Tak plan pun nak lepak pantai Lama2 sebenaqnya.

But here we were....


Mula2 duk dalam kereta ja kt tepi hiway ni tengok laut jap. 


Ntah macam ni tiberrr ada dekat sini pulak. 


Parking keta kat area RNR Bagan Ajam tu. Dapat port baik punyaa


Melenggak dengan Ecah sat. 


Impromptu sangat2.. Apa pun xdak. Nasib tikaq ni memang spare dalam keta siap2 kan.. 


Kemain syiok la sbb dia la duk mama.. Plissss.. Plissss


Enjoying the view




Ni kan berani lain mciam tau. Eii geram betui dengan mek sprang ni. 


Tengok tu. Tak puas hati selagi x jejak pantai. 

Dekat sejam jugak la kami lepak dekat tepi pantai tu. Bila dah lepak tu.. Untuk esok ya tu terus ajak laki den pi picnic mandi laut pulak. Bila lagi kannnn... 


Naik2 keta.. Pengsannnnn... 
Baru tau erti penat kannnn. 

Apa pun.. Kami 3 beranak sangat2 enjoy walaupun secara slumber.. Apa makanan pun xdak.. Lepas ni boleh buat lagi. Agak2 malas.. Tapau ja apa2 untuk makan dekat tepi pantai kan... 
Seronok bila buat outdoor activities dengan anak2 dekat luaq ni. Nampak la depa pun enjoy sangat. 




Assalamualaikum....



Kali ni nak cerita sikit pasal port makan baik punya. Untuk yang suka makan makanan Melayu Tradisional boleh la mai makan tang sini. Berkonsepkan fine dining.. Aku tersangat lah suka ya Restoran ni. Selain terletak di Bangunan yang heritage... Gaya dekorasi dia pun menarik hati aku ni. 

Terletak opposite to Padang Kota Lama, dalam Bangunan Penang Chinese of Chambers (PCC), hampa boleh tengok senibina classic dekat Bangunan ni. 

Jom kita tengok apa yang ada dekat dalam Irama Dining ni. 



Dia duk kat Tingkat 1..ada lift so hampa takyah risau kena kerabat tangga ka apa ka. 



Cantiknyaaa ... 


Teringat masa raya aku buh batik lepas dekat Meja aku. Sebab nak ada feeling2 raya n kemalayuan skit. Ahaa


Ni kat luaq. Cun sangat nak lepak dengan family n kawan2. 


Ni ada lagi kat rooftop tapi aku malas la nak kerabat pi tengok kan. Tapi yang pasti memang best la kat luaq ni pun. Kat dalam luaq pun cosy ja. 


Tukang bayaq duk pilih menu


Tukang bayaq dengan anak kesayangan dia Juon. 


Juon dah besaq.. Suka tengok Gambaq perempuannnnnn tu.. Macam Ning Baizura pun ada kannn. 



Geram aku tengok menu ni. Tapi sebab kami baru ja melantak nasi lemak masa picnic kt Batu Ferrighi petang tu.. Maka tak amik la set tu kan. 


Tuan tanah yang jelitawan. Ehhh.



Lama x mnum ginger ale ni. 




Itik salai kari masaman! Kes aku tengok Jumie upload gmbaq itik salai ni aku jadi tak ketahuan.. Hampehhhh bergelora Perut aku tengok ni tau. 


Sedap nak mammmm.. Gu dia dengan nasi beringinnnn.. Perghhh sedap oiii. 


Pulut nyoq dengan rendang kerang.. Signature depa. Sedap gak. 



Pizza laki aku order.. Orang nak mai makan makanan Melayu.. Dia makan pizza plak... Tapi sedap la pizza ni pun



Ni pun anak ksyana dia Juon pilih nak makan pasta.. Dapat la marinara seafood. Udang besaq.. Bukan udang bela tu.. Udang hat mahal tu 3 ketoi besaq tau.. Squid pun bykkk. Rasa pun sedap. 




Last but not least.. Churros! 
Sedap caramel dip dia tu... 

Overall:
5.0/5.0

Personally aku rasa makanan2 dia best. Walaupun aku takdak la rasa semua kan. Deco also nice aku suka. Lepas tu dengan duk bukak lagu2 irama Malaysia. Rasa kena sangat dengan konsep dia. Will I repeat here again? Of course I will. Why not kan.. Good food.. Good place.. For sure akan repeat. 

So kepada hampa2 yang nak cari tempat yang makan best.. Lepak best dengan family or kwan2.. Aku memang rekemen la hampa mai try tang ni... For sure tak menyesal punya lah. 






Irama Dining, 

Tingkat 2, No 2,
Penang Street, 
Georgetown, 
10200
Penang

Tel : 012-914 0908




Operation Hours : 11.00am - 1.00am








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS