Assalamualaikum 

Kali ni nak cerita skit pasal last week ada beli barang dekat Tesco Online. Ada la aku brli salmon blocks  dengan kepala salmon. Yang salmon blocks tu aku beli 2 ketul dalam Rm15+. OK la bagi aku. Kalau salmon block ni biasa aku potong bagi kecik2 supaya senang kalau nak buat kari kan. Untuk kepala salmon pulak memang besaq wei dah la banyak isi la kan.. Lepas tu satu kepala like RM6.01 kot. Gila murahhhh. Pastu untuk kepala salmon ni aku belah dua la sebab memang plan nak buat kari kan. Nasib la kepala dia jenis tak keras sangat. So aku pun gigih la asah pisau dulu nak bagi tajam. Sekali alaa... Senang ja nak belah dia. Siap semua buang ingsang bagai kan. 


Nin dia.. Lepas belah dua


So sebab aku Teringin sangat nak makan kari kepala salmon. So aku guna la sebelah daripada kepala yang aku beli tu untuk buat makan malam ni. Lepas tu campoq la dengan isi2 salmon yang aku dah potong sebelum ni. 


Tu cara aku potong salmon block tu. Supaya senang nak makan. Sjenis perangai turun makjah sebab tak suka buat isi besar nanti bila orang amik ceduk skit2 rasa macam bersepah2 ja isi2 dalam kuah tu. Nampak messy sangat. 

OK lah jom tengok dulu bahan2 and cara aku buat kari kepala salmon ni. 


Bahan-bahan:


 


Sebelah kepala salmon
Isi salmon
3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap) 
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji


Nin dia.. Da siap.. Jom tengok cara2 dia. 



Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan kepala salmon . 
6. Kepala salmon ni kena masak lama skit ya sebab isi dia tebal kan. Isi salmon tu masuk lambat skit pun xpa. Sat ja da masak yang tu. 
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.



Nalarke. 


Makan dengan nasi panas2 lepas tu ada ulam2 dengan sambai belacan.. Haroiiii




Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita pasal makan dekat Me'nate Steak Hub Ampang hari Sabtu malam baru2 ni. Oh before that lupa nak habaq kami pi KL sebab ada knduri sedara husband dekat Shah Alam. So Alang2 stay kl kan.. Why not having Me'nate kan...

So being Perak buih.. And being penangite celup... Of course la aku teringginnnnn sangat nak rasa Me'nate ni sedap ke idokkk... Aterrr gerammmm ja nengok kawan2 blogger KL duk pi review kt Me'nate kan.... Takleh jadik ni kannnn...

Sebab kami stay dekat area KLCC tu so kami decide to go the nearest one dekat Ampang ja lah kan. Nearest tak nearest jugak la mai dengan jammed dekat area situ kannn.. Hohhhhhh.. Stress aku kalau kl niii.. Penang punya jammed aku boleh copped lagi laaa. Bercinta nak sampai Ampang je punn.. Daaa.

So apa yang best sangat dekat Me'nate ni?mai kami nak try tengokkkk. First impressions OK not bad.. Kedai OK.. Best sebab boleh pilih daging steak yang hang nak tu. Lupa pulak nak tangkap gmbaq dekat situ masa duk pilih daging steak tu. Basically ada la sirloin, ribeye, wagyu, ribs, salmon fillet, chicken leg, lambs n etc.

So aku pun pilih la bahagian sirloin kan. Nak pilih wagyu tu macam tak gamak pulak sebab harga dia RM280+.. OK la kan.. Standard harga wagyu kot. Aku tengok dekat cold storage pun sekilogram dalam RM1K+. Gulpppp.. Bukan level aku lagi la kannnn cita dia....

So lepas dah pilih tu depa akan Tanya nak gril macam mana... Nak well done ka.. Medium ka.. Medium rare ka.. Rare ka pediaa ka.. And nak gravy apa.. So dekat Me'nate ni ada dua gravy iaitu Black pepper dan mushroom. I was expecting they have more choice on gravy side😜

So Adriana macam biasa la mesti nak pasta bolognese kan. Harga OK lah tak lah mahal sangat rasa dalam rm15+ kot? Sory tak ingat dah. And tengok harga aglio olio dia pun dalam RM11.90...ok sangat la bagi aku.

Part paling best the water part... Ayaq depa free.. Hang nak ayaq apa pun boleh ja pi refill amik ayaq sendiri. . Ayaq pun bukan setakat sirap ka Teh o ice.. Tapi ada ayaq Teh tarik, White kopi mesin tu. OK la kan. Ayaq sedap.. Free pulak tu.

So bila sampai makanan nyaa... Jom kita tengokkk


Sirloin part... Daging kalau aku biasa sama ada medium atau medium rare. So part daging dia aku puas hati sebab Dapat level yang aku nak. Cuma part gravy tu for me la kan, Rasa dia typical kedai Melayu steak punya gravy. And semalam aku request untuk ambil dua2 gravy, mushrooms and black pepper. Tapi yang mushroom tu macam tak berapa rasa mushrooms ja.. And ada rasa black pepper jugak. So bila aku selang seli rasa setiap suapan steak aku tu. Aku rasa basically dua2 gravy ni rasa lebih kurang. Part gravy ni bagi aku kurang umphhh. I was expecting different taste from them.. Or to be precise their own gravy signature macam kalau pi TGI Friday mesti aku takleh move on dengan Tenesse Steak dia tu. Haa gituu la cita dia... 


Ni part yang ribs punya. Yang ni boleh bagi 5 stars. Sedap sangat OK. Dia punya glaze dekat ribs tu kena dengan dia punya rasa. Tiba2 teringat lamb ribs dekat Daniela Charcoal Chicken. Kahkah. Rasa tak la sama.. Tapi teruih teringat gituuuu Haa. 


Ni bolognese Adriana. Yang ni sedap bagi aku.. Thumbs up. And banyak jugak ya potion dia. Adriana makan licin OK. Pasta dia agak taste kemelayuan. Not bad. Dari rasa macam Itallian rasa tomato semata tu lagi tak sedap.


So overall pada pendapat aku.. Their foods are good esp the pasta and the ribs. Sedap ada rasa. Cuma part gravy for the steak... I think they should come out with their own signature and make it their own speciality. So bila orang makan gravy kat mana2 yang biasa..orang akan ingat fuhh Me'nate punya gravy sedap gilos wei..haaa cenggitu la cita dia.

Depa kata restoran Nedim si anak Nazri si lakinya Nora Danish tu ada steak house kan? Ada kata dia punya steak semua tu best tapi harga boleh tahan laaa. Apapun thanks to my husband sebab belanja kat Me'nate. Lepas ni I tak minta dah sebab not up to my expectation yet for the gravy/ sauce. So bila nak belanja I dekat Beard Brothers suami ku sayanggg..hahhahah

For those yang nak try buat steak sendiri ala-ala Tennesse boleh la tengok resipi aku dekat SINI In Sha Allah sedap la...kalau tak  sedap tu memang hang bukan level2 Nigella Lawson macam aku lagi..kahkah


Assalamualaikum semuaaa

Kali ni nak share skit recipe Tennesse Steak ala2 yang dekat TGI Friday tapi aku olah sendiri la kan. 



For steak:


Aku beli potongan daging lembu yang biasa dekat Aeon Big tu. Harga takda la mahal sangat pun.



Ni guidelines kalau hampa nak beli beef untuk steak ka apa ka. Aku pun hari tu tak ingat dah aku beli part mana satu kan. 


So what I do is aku marinate sat dengan pepper and salt. Lepas tu aku terus grill dekat dalam pan. Each side sat ja aku grilled sebab aku spesis yang tak suka steak aku well done tau. Kenot weiii... Tak syiok nanti. Aku suka jenis medium or medium rare. Tengok la kat atas tu macam mana tahap dia punya cook level dia.


Level2 of steak doneness ni pun ada macam jenis tau. Aku paling suka medium or medium rare la. Pernah makan dekat Chilies mintak yang medium rare.. Dia bagi hat blue rare kat aku. Lemak pun tak dan nak masak lagi.. Hareyyy sungguh laaa.



Ni pulak cara2 nak Dapat dia punya level of doneness tu. 



So ni guidelines berapa minutes on each side hampa kena masak untuk Dapat kan level yang hampa suka. 


For Tennesse gravy /kuah ni pulak ni cara kami buat ya mengikut olahan aku sendiri


Resipi SOS Tennesse

Bahan-bahan:

1 sudu olive oil
Crushed garlic
Onion potong cube (ikut resipi pkai whitr onion tapi aku xdak..pkai makcik bawang biasa🤣)
Brown sugar
Kicap
1 tbs sunquick ...  ni aku hentam ja bubuh
Cuka skit (resipi pkai air lemon..xdak so aku guna cuka ja)
Sos tiram skit(ni pun aku pkai hentam ja bubuh)
Chili flakes skit

Cara nya:

1. Panas minyak..saute kan garlic ngn onion...
2. Pastu masukkan ayaq...masukkan kicap..gula merah..sunquick..cuka..sos tiram n chili flakes...
3. Pastu simmer la sampai pekat...aku tdi terlebih chili flakes so terpedas skit...😂😂😂 But rasa dia still sedap nak mampoih.. Hhahahha

For mashed potatoes

Bahan dia simple gila. Aku guna kentang, salted butter dengan pepper ja.

Cara nya:

1. Rebus kentang. Aku tak buang kulit dia ya. But before rebus tu cuci la kulit dia tu Elok2 ya. Aku prefer ala2 omputih punya mashed potatoes yg ada kulit skit.. Sedap oi...
2. Bila kentang da siap rebus. Lepas tu hang mashed la Guna hat lenyek tu ka Guna sudu ka ikut suka. Masa nak lenyek tu masukkan butter dengan pepper. Dah siap. Kalau rasa muak dengan kentang.. Boleh replace dengan ubi kayu.. Aku pernah makan kt TGIF depa buat yg version ibu kayu yang oren tu.. Sedap nak mampoih wei..


Slurppppp... Tiberrr rasa lapaq ya Tennesse Steak ni. Boleh buat sendiri buat pa pi TGI Friday kannn... Kahkah


Lepas ni nak beli la wagyu ni dekat Cold Storage. Then buat sendiri Tennesse gravy ni makan dengan wagyu ni.. Mesti asyukkk. 


Assalamualaikum...


Kali ni nak cerita muvie baru Toys Story 4 yang baru ja ditayangkan baru2 ni. Kalau sapa yang tengok Toys Story dari first and duk follow semua cerita dia sampai Toys Story 3 mesti dia akan follow cerita ni. 

Dari Toys Story kalau tengok boleh nampak gila la improvement dia punya cartoon. Makin lama makin cantik. Banyak gila improvement dia.

Ya lah.. Takkan masih di takuk lama kan. Sebagai orang yang membesar dengan cerita Toys Story ni sudah tentu aku akan hangkut anak2 aku sekali pi tengok kan. Weiii kalau dah nama pun ada anak2 kecik.. Takkan nak bawak tengok End Game.. Mesti la bawak tengok kartun kannn....

So untuk Toys Story 4 ni hampa tau kan dari Toy Story 3,Andy dah pi masuk college and dia dah sedekahkan toys dia semua dekat sorg budak perempuan ni nama dia Bonnie.

Cerita ni bermula dengan Bonnie ni kena masuk kindergarten and rasa takut. And dalam masa yang sama Woody ni macam jadi toy yang tak dipedulikan la oleh Bonnie ni. But being Woody, hampa tau kan perangai dia, dia ni mana boleh tengok kid dia rasa sedih ka apa ka. So dia follow la Bonnie ni pi kindly duk dalam beg Bonnie tu.

So Bonnie ni pulak masa kt kindly utk overcome dia punya ketakutan dia buat la satu patung ni dari barang yg ada dekat kindly tu dengan Guna garpu plstik tu and buat si Forky ni.


And cerita bermula bila si Bonnie and family pi road trip and Bonnie ni angkut semua toys dia Inc the new toy si Forky ni. And si Forky ni pun ala2 banggang juga sebab reja nak lari masuk dalam bin sebab dia duk ingat dia ni sampah. Tapi si Bonnie ni Sayang gila kat si Forky ngok ngek ni. So bermula la episode bila Si Forky ni when missing and Woody Cuba selamat kan si Forky untuk bawak balik dekat Woody.



Dalam usaha nak selamat kan si Forky ni macam2 la happen.. Antara ya Woody jumpa balik Bo Peep. Hat ni hampa kena tengok Toys Story and Toys Story 2 untuk tau pasal Bo Peep ni. Bo Peep ni da jadi abandoned toy which is not bad at all la kan.






So macam la happen during mission nak bawak Forky ni balik dekat Bonnie ni. So ada la watak2 tambahan dalam cerita ni macam Ducky, Duke dll. Untuk Toys Story 4 ni watak2 utk Rex, Bullseye, Jessie, Mr&Mrs Potato head kurang menyerlah.



Ending dia for me agak sedih la jugak. Tertanya2 will there be any Toy Story 5 and ada lagi tak Woody lepas ni? Or maybe dah takdak cerita pasal Buzz dan lain2? Kalau nak tau apa yang aku cerita kan secara details.. Hampa jangan lupa tengok Toys Story 4 tau.


Bye2 Woody. Being abandoned toys sometimes is not bad at all. New adventures await. 



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS