Cakap pasal property ni kadang-kadang memang takutttt wei tengok house price tu. Pfffttt lap peluh jap. Tapi kalau tak beli property lagi la rugi kan.

Tambah-tambah kat Penang ni, harga rumah memang serious cakap paras-paras gayat la jugak.

Alhamdulillah dapat jugak sebijik rumah dekat Batu Kawan ni di bawah projek PDC (Penang Development Corp) .  Rumah mampu milik ja lah kan. Mahal-mahal kedaung memang tak la lagi.

So kelmarin, jalan-jalan area Batu Kawan and tunjuk la kat maktok n usu Adriana n Aishah rumah baru kami. Tetiba adik aku (Usu depa berdua) berminat pulak nak beli. So hari ni kami pun apa lagi bergegas la ke PDC Gallery dekat Batu Kawan ni untuk tengok show room.


Maktok budak berdua ni.


Township planning untuk Batu Kawan. Kalau tengok lani memang yang da siap rumah kami and Design Village outlet. Tapi In Sha Allah in next 2 or 3 years bila Ikea, KDU, and international school siap boleh pergi jauh.

So dekat projek PDC ni nama dia Suria I, bawah E Hijau Komuniti. So basically ada 3 jenis rumah. Bermula dari 800-1000square feet. Yang kami beli 1000 square feet.

Jom tengok show room untuk ;

1000 square feet.

Harga RM222K (melalui state ..tapi que dia Ya Rabbi) / RM242K (open quota..so kami opt for dis choice sebab tak tau kalau nak tunggu turn state bila nak dapatkan)



Suka sebab kitchen dia agak luas!



Ni pulak second bedroom ya



Ni pulak bedroom yang paling kecik ya.


Ni toilet kat luar tu.


Master bedroom



Toilet kat masterbedroom



Cantik kan ruang makan ni. Dah nampak da nak susun macam mana nanti.


Ni dari ruang tamu.



 Suka betul design macam ni. Full sunlight gitew haa.


Ruang tamu.


Hallway nak ke bilik!

Rumah ni bagi aku memang sangat perfect sangat-sangat dah. Cuma ralat kenapa PDC tak buat yang ada balcony. 😓😓😓



Jom tengok yang ;

900 square feet

Hrga : RM162K ( melalui state) /RM182K ( open quota)

Tapi unit untuk 900 square feet ni LIMITED sangat.


Kitchen dia. Luas kan. Tapi tak seluas yang 1000square feet la kan.


Pandai ID ni buat design open concept gini haa.



Bilik paling kecik.


Second bedroom


Master bedroom


Toilet dari master bedroom


Ni haa dari hall nampak la segala ruang makan.


 Ruang dekat hall.

And last unit:

800 square feet

Price : RM80K kalau tak silap...pretty cheap rite? Tapi semua unit ni under state. Takdak open quota and yang memohon hanya untuk yang bergaji bawah dari RM3.5K dan ni first house katanya.


Ruang dapur agak limited.


Cantik kan hias hall macam ni.



Ruang makan. Nak ilusi luas, jangan lupa pasang cermin sebesar alam.


Stailo


Ruang bilik paling kecil.


Dua bilik utama, keluasan lebih kurang sama. Memang master bedroom takda toilet attached ya.


Ada 1 ruang shower. And ada satu toilet untuk memerut. Tapi both selesa la.






Ruang tamu


Ruang makan pun nice ja ID ni buat. I liokke.

So basically, aku rasa rumah yang PDC buat ni memang antara yang termurah dekat area Batu Kawan ni. Kalau nak harap Aspen, Setia, Ivory ka memang xdapat kot harga ni.

Tambah value tempat ni pun akan naik in the next 4 to 5 years. Pejam celik pejam celik tak lama pun.

Tercapai juga impian aku nak berumah di tepi Ikea. Kahkahkah. Itu la husband aku selalu duk kata sangat, nanti I beli kat u rumah sebelah Ikea. Alhamdulillah termakbul. Sesungguhnya kata-kata itu kan doa😋😋😋


And harap-harap jugak la adik aku punya application untuk membeli kat sini approve. Lagi pulak lepas ni dia base kat Jeddah balik, memang apa-apa kena guna nama mak aku jugak untuk senangkan apa-apa urusan jual beli kat sini.




Hai kembali bersambung dengan entry lepas. Untuk hari ke- 6 di Perth, kamu banyak bermain di sekitar Perth ja. Pagi-pagi bangun kelaparan terus kami anak beranak bergegas turun ke Hay St.


Sepajang corridor di Hay St.


Perth Library.


Dekat depan Perth Library ni ada lah kedai makanan Malaysian cuisine. D'Ankasa namanya.


Sekitar Hay St.

Untuk pengetahuan korang di sepanjang Hay St dan Murray St ni ada restoran / kedai makanan Malaysia/  Indonesia. Kedai Arab2 ni takyah cakap la memang bersepah kan. Check D 'Ankasa dekat Hay St ahhhh still tutup lagi. Perut da lapar ni, dengan sejuk nya kan. Kami pusing ke Murray St untuk check Insan's Cafe pun sama hampa jugak la. Sebab both bukak at 11am. 


Tenang and aman oi. Can I stay here forever????!!! 
Jalan pun tarak kereta wei. Baling pun kereta banyak atas jalan😂😂😂


Pfffft maka berjalan-jalan la kami di Murray St dulu.  Destinasi pertama adalah Lush Cosmetics! Omgeee...I'm huge fan of Lush Cosmetics ok! I was inspired by this brand, so that I produced my own homemade soaps.


Nampak laki ai kat luaq tu? Bini dia duk teruja sorang-sorang kat dalam oi.


Teruja teruk!!!!


Then, the next destination was Pandora. Harus lah kan. Kata kan mai Ozie, harus grab dua tiga ketul noks. That time, nafsu berpandora tu menebal. Now oredi lost interest in Pandora😅.

Niat di hati nak masuk Target kat Murray St & Hay St ni. Actually Target kat sini macam in between Hay St & Muray St (hampa boleh masuk kot pintu Hay St and keluaq pintu Murray St dan sebaliknya ) . Sebab dua-dua Street ni bersebelahan je kot. Tapi kat Hay St ada jugak Pandora cuma dekat Murray St much more bigger dia punya store tu. Actually yang belah Murray St ni more to macam-macam skitlah. Dia macam open air shopping centre gitu ha. Tak sempat pun nak naik kat level2 atas tu. Stress mak masa mencemburui sangat oiii. Sempat jeling ja Le Crueset kat dlam Target tu. Jeling ja lah mampu. 


London Court. Another shopping arcade katanya. Tapi masa kami pi tengah duk repair kalau tak silap. So that section was closed.


Disebabkan kami nak mengejar masa, maka kami pun jalan-jalan la di sekitar Hay St dan Murray St dan sempat la grab 1 ketul kebab sebagai alas perut kami anak beranak! Yes kebab tu memang sedap tapi perut Melayu aku ni tetap nak cari nasi jugak pagi-pagi tu ha. Dan sempat jugak tapau 2 hot choc segera di 7 eleven Hay St. Cisss sedap nak mati bila ingat balik pasal hot choc nya. Kopi semua pun sedap! Beli kat 7 E 2 dolar ja. No wonder they dont need Starbuck ka..kopi kat 7E pun walawehhhh. Ahh menci ingat balik oiii.


So kami pun berjalan-jalan ja lah di sekitar Hay St dan Murray St. Time ti hari Sabtu, so kebanyakkan banyak kedai buka agak lambat kalau weekend tutup lebih awal ya. Yes ada sesetengah store weekend tutup pukul 5 petang or 6 petang. So imagine how rushing our iti. Penat jugak bekerja ke sana sini. Tapi redah ja lah kan. Bukan senang nak mai sini.



Di sekitar Hay St.


Paling best, jalan sikit jumpa muka Melayu. Jalan sikit jumpa muka Melayu. Macam aku pi bercuti dekat Ao Nang pulak rasa dia. Kahkah! No wonder dalam newspaper depa pun ada mentioned West Aus ni tumpuan pelancong from Malaysia. And rasanya memang betul kot. Tu belum cerita masuk kedai Arab penuh dengan muka melayu ja😅😅😅


Lepas ja jalan-jalan di sekitar Hay St and Murray St ni kami pun terus naik kat tempat parking kereta yang bersebelahan ja dengan hotel kami stay, Kings Perth Hotel. Macam biasa parking kena untuk semalam Aud15 instead of Aud30 sebab dapat dscount duk kat hotel tu. But stil Aud15 tu bila convert duit Malaysia tu rasa ralat sangat. 


Nak murah hampa jangan lupa book na.


Boleh ja nak parking dekat parking side depan hotel tu. Tapi korang kena alert la, sebab kat sana ada parking yang limited untuk few hours sahaja and korang kena letakkan coupon or token tak ingat dah ( well it's a bit complicated i tell you) and since we arrived the hotel a bit late , yalah drove all the way from Albany to Perth and nak cari kupon pun tak tau kat mana. Maka kami taknak amik risk kereta kami kena saman ka apa ka the next morning. So better play safe sahaja. Parking la kat tempat parking bertingkat yang mahal itu. Dari kena saman like Aud100 or AUD300 kan...lagi jauhhhh perginyaaaa ralat tuuu.


Kami pun meneruskan perjalanan ke Fremantle. Second day hari tu da sampai Fremantle untuk menikmati Kailis Fish & Chip ( org mengidam teringin Fish & Chip kat Perth ni dari mengandung anak sulung sebab time tu gila duk tengok Adam& Hawa yang duk berlakon kat Perth nuu) . Kali ni kami ke Fremantle untuk shopping souvenir. Tak lain tak bukan la di E Shed market yang cuma buka time weekend saja ya. 



EShed tu haa bangunan biru belakang aku tu haa. Tak la jauh sangat pun dari area Kaili's tu.

Kalau nak tau kat sini, parking dia berbayar tau. Korang kena bayar parking ticket and display dekat kereta. Tak ingat dah berapa. 

And kat dalam EShed ni ada macam kedai-kedai jual barangan craft la, cafe la, souvenir la dan macam-macam la. And paling femes untuk beli buah tangan kat Eshed ni haruslah Megabes dan Aussin ( aku lupa nak snap gambar kat sekitar dalam EShed ni...teruja nak beli souvenir ja time ni haa)

And personally aku lebih suka beli dekat Megabes compared to Aussin sebab kat Megabes lagi murah. Tapi ada jugak barang yang Aussin win and lagi murah. Pandai-pandai korang lah ye. 

Ni la haa port baik nak beli souvenir




And kalau tak silap aku owner Megabes tu from Singapore and owner Aussin ni dari Indonesian. So most of the workers kat dua kedai ni Malaysian. And memang duk cakap Melayu ja. Mai kak mai...beli baju kak...muahahhaha...aku ni duk kat Perth ka duk kat Pekan Rabu oiiii.


Ni kedai Aussin nya.


Ni la awek yang panggil aku beli kangaroo and kaola kecik yang comey tu



Memang harga kaw2 punya murah wei.


Duduk kat dalam dua-dua kedai ni rasa semua nak beli. Tapi paling aku geram masa kena paww dengan Adriana beli pemadam Koala lima ketul yang berharga Aud10. Hoiii sakit hati oiiii nak oiiiii. Beli pemadam apa tiga puloh hingget lebih ni nak oiii!!!! Tak beli dia meronta-ronta kat situ. Kalau kat Malaysia boleh gak aku piat kan..kat Aus sana tak pasai-pasai kang aku masuk jail sebab mendera anak! Dah jadi isu laki aku kena pi Embassy merayu lepaskan bini dia pulak😋😋😋. Maka mama harus senyum, bertabah dan membayar walaupun dah pujuk berkali-kali suruh amik patung koala yang comel berharga Aud5 direjek oleh anak yang seketul emas time tu.

Lepas ja selesai membeli belah di EShed maka kami pun bergerak ke satu lagi mall yang agak famous di Perth. Next entry kita cerita lai ya. Penat pulak nak menaip panjang-panjang ni. Jari dah la gemuk. Memanjang ja typo kang.

See ya in next entry ya.


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS