Salam Kemerdekaan yang ke 59 buat semua BANGSA MALAYSIA.

hampa buat apa hari ni?

Kami terperap kat rumah ja, nak pi berjalan-jalan rasa malas nya lahai. Tapi rasa macam nak ajak org tua ni p cari barang baby. Yalah, da masuk 25weeks tapi macam apa pun tak beli lagi. Napkin pun yang lepas da ke mana hala ntah. Hari tu kt uptown rumah adik sebelum p ke Perth sempat la grab barut comel dengan apa tu yang untuk tuam perut baby yang comel tu.

Baju-baju newborn kak nena hari tu memang da ni sangat dah. Berbulu-bulu abis sebab mek ni kecik ja orang nya sampai ke 4 5 bulan pun pakai baju newborn tu. Lenjan sampai berbulu-bulu la gak. Kang orang cakap anak first ja beria beli macam-macam kan. Ni haa nak kena beli jugak tapi gender baby pun tak tau lagi sebenarnya. 

As usual la kami ni kalau newborn tu suka beli yang unisex. Dua2 boleh pakai haa. Kan senang. Tapi excited la jugak nak tau gender baby kan. Gegurl ka boboboi keee....tunggu la esok kot2 p ke KK doctor scan ke tak ka. Kalau tak scan, nanti jawabnya kita p la scan dekat Klinik Marina ja lah. Nak scan kat makngah, makngah nya on duty kat Makkah.

Cerita pulak bab makan hari ni. Dari semalam duk pikiaq nak masak apa. Nak masak nasi ayam hainan ka nasi lemak kuning kedah! Harus la nasik lemak kuning yang menang kan. Ya lah kenit sorang ni pun kemain suka makan nasik lemak kan. 

Baik masak sendiri dari beli kan. Makan pun puas. Nak sambal banyak, nak ikan bilis banyak. Nak teloq seketoiii... nah amik kauuu!






Makan la sampai ke malam ya! Mama tak larat nak masak 2 3 kali. Tak kuasa ok!

Apa pun, selamat bermalas-malasan di rumah. Semoga kita semua menghargai erti kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Dan semoga kita semua tetap menjadi warganegara Malaysia yang bertimbang rasa. Tak kira di mana bumi dipijak, takkan sama feel dia dengan tanah air tercinta. 

I LOVE YOU, MALAYSIA WITH ALL MY HEART!

Hai semua.

Kali ni kita nak cerita dulu pasal penjagaan wanita khususnya. Pernah dengar pembersih kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu tak? Actually ni memang fav pembersih Miss V kami. Sebab suka bau2 sirih dia tu. Kami kan traditional skit! Hahahha
Ni 3 rangkaian Sumber Ayu yang kami cuba.

Jom kami cerita sikit ya pasa Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu.

Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mengetahui dan memahami keadaan . Serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. 

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, serta mendedahkan kita kepada risiko jangkitan.  

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, Diformulasi Dengan Bahan Semula Jadi 


Lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi. Agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. 

KENAPA PERLU MEMILIH PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU


Antara rangkain Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu.


  • Kawalan pH paling ideal pada pH3.5 agar ekosistem Miss V berada dalam keadaan baik.

  • Kaya dengan ekstrak Daun Sirih. Ianya kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria berbahaya

  • dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU wajah baru yang lebih segar. 

  • Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

  • Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

  • Sesuai bagi semua wanita di setiap peringkat umur
  • MURAH dan JIMAT !! Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU berharga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).
  • BANYAK PILIHAN !! Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU mempunyai (6) enam pelbagai rangkaian dan wangian yang menarik.

Dan ni antara 3 daripada 6 rangkaian yang kami dapat untuk dicuba. Selalu pakai yang floral tu je. Kali ni dapat yang lain rasa best nyaa.


Pembersih wanita Daun SirihSumber Ayu FRUITY - Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari.Pilihan terbaik bagi si gadis yng ceria,lincah dan sentiasa bersedia serta yakin dalam apa jua keadaan.




Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ORCHID - Haruman segar dari kuntuman Orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara




Pembersih Wanita Daun SirihSumber Ayu MUSK - Aroma semulajadi kasturi yang ringan yang menyuntik kesegaran optimum agar kekal segar sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa ke hadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun


Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 


Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan



Sebenarnya, kesihatan Miss V bagi seorang wanita tu sangat penting sebab dari situlah kita akan berasa selesa sepanjang hari. Bila selesa kita akan rasa boost confident tu. Yes, sebagai seorang "DIVA"..kita kena confident ok!

Kalau nak travel pun senang sebab Pembersiha Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ni ada size yang kecil jugak kan, so tak payah la nak risau bila travel tu nak angkut-angkut yang besar-besar kan. And yang paling penting, korang akan sentiasa rasa selesa ja bila gunakan Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu ni.

Tak percaya? Korang kena cuba sendiri baru korang boleh tau dia punya best tu. Kat rumah, memang aku sentiasa buat stok Sumber Ayu ni. Harga pun reasonable sangat-sangat. Orang cakap tak cuba tak tau kan. Lagi satu nak cari pun senang, dekat farmasi-farmasi yang femes dan supermarket semua ada produk Sumber Ayu ni. 

Jangan lupa dapatkan tau😊😊😊



Aku baru ja start tengok Si Kolot Suamiku tu yang lakonan si Elizad dengan si Ammar Bahrain tu. Aku kan suka tengok lakonan si Ammar tu sejak2 dia jadi hero dalam Kerana Terpaksa Aku Relakan dengan si Izreen tu.

Ya lah dalam cerita KTAR tu si Izreen kan bawak watak vongoks2 dia tu. Tu dia tu kan berlakon kalau vongoks2 skit kan lawak. So ntah maciam mana tersuka gak kat si Ammar ni.

So bila tengok iklan cerita ni ehhh mesti best niiii. Lagi pulak Elizad ni. Mesti vongoks2 jugak ni. Aku kan suka tengok cerita yang lite2 dan vongoks2 dan senang aku nak hadam and enjoyy ja the whole story.



Memang vongeks jugak dua2 dalam cerita ni.

Tapi kannnnnn......
Aku perasan sangat2 dalam cerita ni Ya Rabbi cantiknya la kulit si Elizad ni. Gila terpegun aku tengok kulit dia.

Tak mekap pun kulit da lawa gila! Oh maiiii.


Hukaloh gebu sangat ni kulit dia. Jeles nyaa..

Ok terus nak pi telan Vitamin C Shaklee and vivix and pastu nak tempek Honey Bee Venom la bagi kulit cantik persis korea persis elizad ni....
Huwaaa plizzz ai pun nak kulit lawa mciam niiiii!!!



Istimewa

in , , by Alia Farhan, 3:10 AM
Here we go again, an emotionally post again. Emo sebenarnya bila pikir2 balik am i good mom or not. Am i a tarzan or what sometime??? Am i??? 😂😂😂

Sebenarnya nak cerita pasal si kakak Nena tu. Sekarang ni cepat betul dia punya touching tu. Salah skit touching gila ngan mama dia especially. Kadang-kadang aku ni bila da penat mula la nak jadi tarzan. Ya Allah. Serius kadang-kadang tu asyik nak jadi singa ja. Lagi-lagi kalau aku memang tengah penat gila-gila.

Sebab tu aku jadi pemarah jugak for my second pregnancy ni. T_______T
Mentally n physically exhausted katanya!
I wonder how people yang beranak lima enam releks ja pregnant lagi and hadap anak-anak yang tengah melasak bagai tu.

Sebelum p ke Aussie hari tu, masa hantar kak Nena ke rumah tokmama dia as usual aku kena dukung dia sebab dia tengah tidoq time tu. Masa amik tu, tok mama dia cerita la, tokmama dia kata la kakak kena la jalan sendiri, kesian kat mama dalam perut ada adik lagi.

Guess what she replied????
She said, anena takmau la adik. Nanti mama tak sayang anena dah.....

Huwaaa sumpah aku sebak sangat2 time tu. Ya Allah. Tu ka apa yang dia rasa sekarang. Sorry kak nena, mama tetap sayang kak nena sampai bila2. Sebab kak nena la 1st anak mama yang duduk kat rahim mama sembilan bulan. Melekat kat dada mama hampir-hampir 3 tahun. T______T

Kak Nena la yang paling istimewa untuk mama n papa. Semua anak-anak mama n papa, mama n papa sayang.


Sayang bushuk masham mama ni. Time ni la boleh gomol dia puas2 tanpa kena tolak muka. Dulu2 dia asyik kena buli ja ngn mana n papa dia.

Lani tiap2 malam sebelum tdoq kena cakap dengan dia heart to heart. Mama sayang kakak, walaupun nanti ada adik, mama tetap sayang kakak sampai bila-bila. Kakak pun kena jaga adik tau. Kena sayang adik tau. Bila cakap2 macam tu sambil peluk2 dia, dia pun tengok ja muka aku sambil angguk2. Sumpah mama touching gila!

Time kecik konet mcm ni gomol macam mana pun xpa. Lani kena bodek2 dulu kalau nak mintak kiss pun. 

Semoga aku terus kuat untuk jaga amanah2 Allah ni dengan sebaiknya. Sedih jugak kadang2 bila aku terlalu ikut hati n marah2 ni, walhal diorang ni bukannya amenda pun. Cepat2 nanti aku lari ke tempat lain untuk cool down. Allahu, nikmat mana yang aku dustakan. Allah dah kurniakan aku anak pun aku patutnya bersyukur kan. Ramai lagi yang masih menunggu untuk menimang anak sendiri tapi belum lagi rezeki tapi aku kadang-kadang terlupa dengan amanah Allah ni.

To Adriana Arissa, kak Nena sentiasa istimewa dalam hati mama. Mama sayang kakak Nena sgt2.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS