Masa upload gambar ni kt ig and fb hari tu ramai la jugak mintak resipi kerabu ikan bilis ni. Actually kerabu ikan bilis ni macam kerabu kerabu lain jugak, boleh diolah ikut suka hati kita ja. Macam aku tengok bahan apa ada dalam peti ais tu. Haaa selamat la masuk dalam rencah kerabu aku. Janji tekak aku sedap kira ok la kan.

Apapun jom check bahan and cara-cara buat kerabu ikan bilis ni.

Bahan-bahan:

*ikan bilis -goreng garing
* cabai melaka 5 biji -potong nipis
*bawang besar potong halus and nipis.
*garlic -2 3 ulas...crushed guna lesung batu ja
* 3 biji limau kasturi(amik air saja)
* cuka (aku tambah jugak setengah camca bagi rasa kick)
* daun ketumbar (potong halus)
* bunga kantan ( aku guna half ja balance yang guna untuk Air Asam Kaki Ayam sehari sebelum tu)
* kacang panjang -2 biji (potong halus)
* kacang kelisa/botol -3 biji (potong halus2 jugak)
* namfla (kicap ikan)
* aji (ujung sudu kecik)
* gula ( 1 sudu besar)

Cara-cara:

1. Lepas potong dan sediakan semua bahan-bahan di atas, gaulkan semua bahan kecuali ikan bilis yang da digoreng tu.
2. Gaul dan biar sekata semua baru masukkan ikan bilis goreng dan gaul lagi.
3. Da siap dah.
4. Boleh da hidang ke dalam pinggan lain dan bersedia la nak buka puasa dengan lauk ni.

Selamat mencuba ya.

Ehhh Air Asia ni.
Buat hal lagi la. Main gila betul. Tiket FREE pulak tu. Ehhhh biar betul. Tapi memang tak syak pun Air Asia ni memang suka wat gila kan. Dulu pernah dpt tiket flight AA , Penang -Medan pergi balik RM40 saja. Tak mustahil kan??

So apa lagi, dah boleh riki2 2017 nak pi mana kot kan ....
Standby ya 13th June tepat 0000 .
Diaà buat dahhhh dia buat dahhhh.

Shuben, 2017 ada bajet utk travel tak shuben oiii?

Untuk pengetahuan:

PROMO AIRASIA Free Seat !!

📌Tarikh booking pada : 12-19 June 2016
📌Tarikh travel pada : Jan - Aug 2017

Let's fly

Hari ni weekend..as usual memang takkan lekat kat rumah. Tapi nak make up beria-ria pulak, i'm not in d mood. Pregnancy syndrome perhaps, jadi malas nak make up tapi serius confident level tak tinggi to go out with naked face!
Oh my. One thing i can't skip my moisturiser , primer, foundation, blusher and lipstick!
Seriously , memang sekarang ni just a simple look saja. No shading, no strobbing or whatever.
Simple make up. Just groom skit eyebrows tu. Put moisturiser, primer and my fav foundation Rosetyara Glow Foundation. Then ratakan seluruh muka guna oval brush. Oh jangan tak tau. Ni just guna dua dot Rosetyara Glow Foundation ja tau dah boleh cover satu muka! Blusher pulak from Nars Orgasm and matte lipstick from Covo.

Serious memang 5 minutes ja la. No shading at all sebab pemalas gila. Okla janji muka tu ada la tepek2 skit. Kang orang nampak muka mak buyung ni pucat ja kan.

So korang pulak suka pakai make up macam mana ya???
Last week dalam hari Jumaat macam tu memang kelam kabut gila lah. Dengan pening-pening nak muntah nya gagah jugak la ke Mydin. Yalah, Isnin kan da puasa.

Shopping time weekend???
Nadaaa....
Penat berebut dengan orang ja. Seronok shopping time weekdays tak payah nak que panjang sangat and tak payah nk berebut-rebut sangat.

Setakat sekarang ni memang aku suka shopping grocerries aku dekat Mydin. Satu sebab lebih murah dan dua sebab tak da GST. yess cheapskate! Zaman najib kena bijak oiii.

Amcam? Banyak tak? Ada yang mana aku beli lebih tu memang aku hantar ke rumah babysitter Adriana. Ya lah, orang da jaga anak kita baik kan. Tak salah rasanya kita tak berkira dengan diorang.

Okla kan untuk 2 3 weeks punya expenses untuk makanan. Aku memang suka beli kt Mydin ni sebab ada jual ikan jenahak yang blok2 tu. Senang nak wat kari bagai. Harga stil reasonable la. Sama la udang, sotong, ayam n sayur. Semua murah.

Da beli kena la siang n simpan elok-elok kan. Sesi spa binatang-binatang bermula.

Macam ni la aku simpan segala binatang-binatang ayam sotong ikan udang bila da beli. Senang masukkan dalam plastik, untuk sekali makan. Bila nak masak tak payah defrost semua, just keluarkan plastik mana yang nak ja. Kaedah ni aku tiru kaedah mama. Senang skit aku tengok.

Korang macam mana simpan bahan-bahan mentah korang??? And kat mana korang suka grocerries shopping korang???

Cer share skit...
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS