Hai hampa semua...
Kembali bersiaran kali ni...
Lama da tak update blog kan rasa2 nya..

So apa habaq semua readers blog ni???
Ada kerr lah yang baca blog ni??

Kali ni nak segmen kesihatan mak jem nak cerita pasal penyakit yang mak jem sendiri alami. Tak teruk gaya dia tapi kalau dibiarkan memang boleh jadi teruk.

Tekanan darah rendah atau nama saintifik nya hipotension adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi.untuk pengetahuan hampa semua setiap orang kt dunia ni tekanan darah dia berbeza-beza tau.

Jom check tanda-tanda tekanan darah rendah:
✔Cepat lelah
✔Pening kepala ketika posisi badan berubah
✔Sukar untuk berkonsentrasi
✔Mata berkunang-kunang
✔Mual
✔Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
✔Pernafasan cepat dan pendek
✔Defresi
✔Cepat haus
✔Sentiasa letih
✔Pening kepala atau pitam
✔Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
✔Warna kulit bertukar menjadi pucat
✔Penurunan berat badan
✔Kadar denyutan jantung yang cepat
✔Lemah daya ingatan


Antara punca-punca Hipotension adalah:
1. Dehidrasi
2. Pengambilan ubat yang boleh menyebabkan low BP
3. Masalah pada sistem saraf. Cthnya: bila kita berdiri lama, darah akan lebih terkumpul pada bahagian bawah kaki. jadi tekanan darah akan rendah/menurun. tapi sistem saraf ni tersilap lalu memberi mesej pada otak yang tekanan darah adalah tinggi/naik. lalu otak akan memperlahankan kadar nadi yang akan menyebabkan tekanan darah makin menurun.
4. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
5. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
6. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia


Untuk pengtahuan hampa semua, low blood pressure ni kadang-kadang berlaku setiap masa. Ya memang ada yang jenis low blood sepanjang masa tapi ada jugak yang jadi kadang-kadang macam mak jem ni depends dengan keadaan. Ni antara contoh-contoh:


1. orthostatic hypotension - kalau berasa pening/cam nak pitam semasa bangun nak berdiri dari keadaan duduk/baring. ataupun banyak kali mengubah kedudukan, cth: berdiri dan duduk berulang kali.

2. neurally mediated hypotension - berasa pening/pitam selepas berdiri lama. rasa pening/pengsan/sakit perut ataupun mengalami situasi yang cemas dan menakutkan.

3. severe hypotension linked to shock - 'shock' ni kalo kita tangok kamus maknanya terkejut kan. tapi dari segi medical term, maksudnye ialah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah menjadi terlalu rendah sehinggakan organ dalaman badan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.
cth keadaan: kehilangan darah yang banyak, allergic reaction, infection, poisoning.


So bagaimana untuk kita elakkan tekanan darah menjadi terlalu rendah???
●Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
●Jangan berdiri terlalu lama
●Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
●Diet rendah karbohidrat
●Banyakkan minum air putih
●Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
●Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam ( tapi jangan la overdose pulak kan..nanti tak psai Hi BP pulak)

Set Shaklee yang disyorkan



Credit info : yat1shoppe & vitaminsihatku

So kepada sesapa yang nak try set tekanan darah rendah Shaklee ni boleh la cepat2 whatsapp makjem 0133363775...

Jom la sihat bersama SHAKLEE