Cakap pasal property ni kadang-kadang memang takutttt wei tengok house price tu. Pfffttt lap peluh jap. Tapi kalau tak beli property lagi la rugi kan.

Tambah-tambah kat Penang ni, harga rumah memang serious cakap paras-paras gayat la jugak.

Alhamdulillah dapat jugak sebijik rumah dekat Batu Kawan ni di bawah projek PDC (Penang Development Corp) .  Rumah mampu milik ja lah kan. Mahal-mahal kedaung memang tak la lagi.

So kelmarin, jalan-jalan area Batu Kawan and tunjuk la kat maktok n usu Adriana n Aishah rumah baru kami. Tetiba adik aku (Usu depa berdua) berminat pulak nak beli. So hari ni kami pun apa lagi bergegas la ke PDC Gallery dekat Batu Kawan ni untuk tengok show room.


Maktok budak berdua ni.


Township planning untuk Batu Kawan. Kalau tengok lani memang yang da siap rumah kami and Design Village outlet. Tapi In Sha Allah in next 2 or 3 years bila Ikea, KDU, and international school siap boleh pergi jauh.

So dekat projek PDC ni nama dia Suria I, bawah E Hijau Komuniti. So basically ada 3 jenis rumah. Bermula dari 800-1000square feet. Yang kami beli 1000 square feet.

Jom tengok show room untuk ;

1000 square feet.

Harga RM222K (melalui state ..tapi que dia Ya Rabbi) / RM242K (open quota..so kami opt for dis choice sebab tak tau kalau nak tunggu turn state bila nak dapatkan)



Suka sebab kitchen dia agak luas!



Ni pulak second bedroom ya



Ni pulak bedroom yang paling kecik ya.


Ni toilet kat luar tu.


Master bedroom



Toilet kat masterbedroom



Cantik kan ruang makan ni. Dah nampak da nak susun macam mana nanti.


Ni dari ruang tamu.



 Suka betul design macam ni. Full sunlight gitew haa.


Ruang tamu.


Hallway nak ke bilik!

Rumah ni bagi aku memang sangat perfect sangat-sangat dah. Cuma ralat kenapa PDC tak buat yang ada balcony. 😓😓😓



Jom tengok yang ;

900 square feet

Hrga : RM162K ( melalui state) /RM182K ( open quota)

Tapi unit untuk 900 square feet ni LIMITED sangat.


Kitchen dia. Luas kan. Tapi tak seluas yang 1000square feet la kan.


Pandai ID ni buat design open concept gini haa.



Bilik paling kecik.


Second bedroom


Master bedroom


Toilet dari master bedroom


Ni haa dari hall nampak la segala ruang makan.


 Ruang dekat hall.

And last unit:

800 square feet

Price : RM80K kalau tak silap...pretty cheap rite? Tapi semua unit ni under state. Takdak open quota and yang memohon hanya untuk yang bergaji bawah dari RM3.5K dan ni first house katanya.


Ruang dapur agak limited.


Cantik kan hias hall macam ni.



Ruang makan. Nak ilusi luas, jangan lupa pasang cermin sebesar alam.


Stailo


Ruang bilik paling kecil.


Dua bilik utama, keluasan lebih kurang sama. Memang master bedroom takda toilet attached ya.


Ada 1 ruang shower. And ada satu toilet untuk memerut. Tapi both selesa la.






Ruang tamu


Ruang makan pun nice ja ID ni buat. I liokke.

So basically, aku rasa rumah yang PDC buat ni memang antara yang termurah dekat area Batu Kawan ni. Kalau nak harap Aspen, Setia, Ivory ka memang xdapat kot harga ni.

Tambah value tempat ni pun akan naik in the next 4 to 5 years. Pejam celik pejam celik tak lama pun.

Tercapai juga impian aku nak berumah di tepi Ikea. Kahkahkah. Itu la husband aku selalu duk kata sangat, nanti I beli kat u rumah sebelah Ikea. Alhamdulillah termakbul. Sesungguhnya kata-kata itu kan doa😋😋😋


And harap-harap jugak la adik aku punya application untuk membeli kat sini approve. Lagi pulak lepas ni dia base kat Jeddah balik, memang apa-apa kena guna nama mak aku jugak untuk senangkan apa-apa urusan jual beli kat sini.