Showing posts with label product review


Rasanya kaki-kaki make up dekat Malaysia ni dah banyak yang tahu kewujudan Fame Cosmetics yang makin meniti di bibir make up junkie di Malaysia saban hari gitu. Idea Fame Cosmetics dicetuskan oleh 3 orang bloggers yang tak asing lagi iaitu Kak Elly , Kak Pilla dan juga Kak Peej.



To be frank bagi aku ni, selain dari mempunyai produk yang berkualiti; rangkaian Fame Cosmetics jugak antara yang termurah di pasaran. Dengan hanya RM29, korang dah boleh dapat sebatang lip matte yang best gila wei!



Dah la selection colors lipmatte yang ditawarkan Fame Cosmetics ni macam-macam variety duk ada. Memang serius aku meroyan gila dengan lip matte from Fame Cosmetics ni. Korang jangan tak tau, Fame Cosmetics ada 11 shades of colors yang mampu menawan mata hampa tau dak. Tu belum lagi dua limited edition Fame X Nuex.



Selain dari lip matte yang super best, Fame Cosmetics ada jugak produk-produk lain yang super best macam mascara, eye liner, bb cushion dan jugak blusher.



Serius aku rasa dengan ada produk-produk yang hot and meletop dari Fame Cosmetics ni memang buat aku lupa terus jenama-jenama antarabangsa macam Nars. Why pay more weiiii...kena bijak berbelanja gitu haaa.



Hampa kalau nak try Fame Cosmetics  ni boleh la ke :
Instagram


Whatsapp 

0133363775


Amacam comey dak aku pakai lip matte dari Fame, code candy... dengan blusher also from Fame Cosmetic jugak.

Hampa kalau nak jangok-jangok jangan lupa dapatkan Fame Cosmetics lani jugak tau. Dijamin hampa semua puas hati and jatuh cinta terus nanti tau.








Hai Assalamualaikum lovelies...
Ada tak readers kat sini yang suka pakai color lens? Kalau korang suka, korang kena stay baca review ni sampai habis ok!
To be frank, I'm not a fan of color lens..used to but not anymore until I found this Horien Eye Secret 38% 3 months color lenses!
Yalah, menyampah kot kalau beli tapi  mata asyik gatal and merah ja. Menyampah ok menyampah. Yes I have a quite sensitive eyes. I don't wear sebarangan lens tau sebab takut kena ulser mata ka.




So what is the fuss about this Horien Eye Secret 38% 3 months color lenses ni?


In gold color.


So basically untuk orang yang bermata sensitif macam aku ni, I will always go for soft lens. Because sekarang kan macam-macam lambakan lens dekat pasaran, from Korea claim la apo la. Lepas tu pakai, nah mata gatai , kering and merah! Serius stress. Siap pernah kena eye infection lagi. Eeeiii baik-baik cakap ok, kita da pakai and jaga kebersihan sehabis baik tau. Lepas-lepas tu sumpah seriau nak pakai lens lagi. Takpa la mata tak lawa pun. Bahahaha.

Tapi dengan Horien Secret color lens ni aku confident la kan sebab nya:


  • Material: Polymacon
  • Water content: 38%
  • BC:8.7mm
  • DIA: 14.2mm
  • Power: 0.00, -1.00~ -6.00( one power for every 0.25; -6.00; one power for every 0.50)
  • Color: Black and brown (daily color lenses)
  •             Black, brown, gray , coco, purple , pink , blue ( monthly color lenses)
  • Sodium Hyaluronate & Trehalose 
  • BMW 3D Wrap Technology
  • UV Protection Function
  • Artificial Intellectual
  • Bigger Tinted Area
  • 7-9mm wide optic zone

Have you heard that color from some of the contact lens might peel off and the chemical itself will hurt your eyes. Scary kan? But with Horien Eye Secret, BMW 3D Wrap Technology , dah tak perlu takut ya my dear. (Aku la yang penakut dulu!)



Credit to : http://www.eyesecret.com.my

In case you want to know about this BMW 3D Wrap Technology khennn.





Credit to : http://www.eyesecret.com.my

Comparison of technology that Horien Eye Secret used compared to a "traditional" method one.

So let see how my face look like after wearing their color lens.


Before wearing any color lens.


Me after using blue lens by Horien Eye Secret.



It does enchance my make up a bit kan.


Me using blue lens masa pi dinner date dengan husband and anak2. So basically not a date. 

So what do you guys think about Horien Eye Secret 38% 3 months color lens? For me to be frank, I think I'll start falling in love again with color lens. Thank Horien Eye Secret for producing such a good contact lenses.

korang yang nak beli Horien Secret Eyes 38%  3 months color contact lens boleh la dapatkan di kedai-kedai optik yang berdekatan dengan rumah korang ya. Untuk maklumat lanjut boleh la korang check ke sni:






Hai hampa semua. Sehat ke tu? Kali ni kami nak review sikit psai eye shadow palette kegemaran kami from Tarte.


I like the size of this palette. Senang nak bawak travel uolls.



The colors😍😍😍



Senang nak masuk dengan tema make up yg i suka..natural & timeless make up look



I like how they formulated it. Free from parabens, mineral oil, phthalates, triclosan , sodium lauryl sulfate & gluten. Yeah all those ingredients cam lead to some health problem.


The swatch ; from Left to Right :
Drive | stylin | boss | hype | crisp | dominate



So can you guess which colors I'd used?


Me using :

Drive | crisp | dominate

Overall, I must say I really love this Tarte mini eyeshadow palette. 

Easy to bring along when travel; look at the size pls.

Where to buy?

Sephora

And how much it cost?

RM95



Soon, I'm going to review another mini eye shadow pallete...so stay tune ok! 
💞💞💞💞💞


Kalau cakap pasal brown rice mesti teringat nasik untuk orang sakit diabetes. Dat was what across my mind. Yalah kan, sinonim kot brown rice ni dengan orang kencing manis.

Selalu kita-kita ni memang nan hado la kan nak makan brown rice untuk replace white rice kita tu kan. Sebab selalu dimomokkam cerita brown rice ni tak sedap dan tak puas makan gitu. Honestly,  kalau tanya aku pernah makan or tak brown rice ni memang serius cakap la tak pernah.

Tapi, macam mana yang kita tau brown rice ni kandungan gula dia memang lebih rendah dari white rice biasa tu tau. Sebab tu la orang yang diabetic one of the way nak control gula adalah dengan consume brown rice. Yalah, kita kan orang Malaysia ni makanan ruji kita nasi kot. Kalau aku tak makan nasi, boleh mengigil kot.


Brown rice anatomy vs white rice anatomy.


Cliche kot orang cakap brown rice ni tak sedap kan???? Selalu kot duk dengaq macam ni. Hmm brown rice tu tak sedap la bla bla bla. TAPIIIII hampa tak try lagi satu produk yang berasakan brown rice ni. Kalau hampa nak tau, Nutri Brown Rice ni menyediakan a few selection of brown rice instant beverages.

Jom tengok antara kebaikkan Nutri Brown Rice ialah:

  • Mengurangkan kolestrol dalam darah.
  • Mengurangkan tekanan dalam darah.
  • Melindungi jantung
  • Membantu sistem penhadaman
  • Mengawal berat badan.



Antara selection Nutri Brown Rice.


Senang! In scahet saja. Koyak-koyak bancuh and minum.



Dah la rasa sedap, pastu of course la lagi sihat kan. Yang penting lagi pantas nak disediakan. Ya lah, zaman lani harus la semua nak pantas kan.

Jom kita tengok khasiat in every selection tu.


Nutri Brown Rice - Original (No sugar added)




Untuk selection ni, Nutri Brown Rice in Original ni disediakan tanpa gula tambahan tetapi diperkaya dengan INULIN yang bagus untuk mengawal kandungan gula di kalangan pesakit diabetic. Sesuai diminum begitu saja.


Nutri Brown Rice - Chocolate



Mengandungi zat besi dan kalsium yang penting untuk kesihatan tulang. Sesuai juga diambil oleh kanak-kanak kerana kandungan zat besi dan kalsium nya.



Nutri Brown Rice - Inulin



Made special for pregnant mommies. Ibu-ibu mengandung disyorkan untuk mengawal kandungan gula di dalam badan semasa mengandung. Kandungan inulin membantu untuk perkembangan good bacteria( prebiotic) di dalam colon. Antara kepentingan prebiotic adalah:

  • Help increase calcium dan mineral absorption dari pemakanan kita.
  • Healthy immune system.
  • Mengurangkan masalah usus.



Nutri Brown Rice - Honey



Didatangkan dengan 100% natural floral honey secara berasingan.

Madu berti dak sebagai natural sugar with low sugar ditambah berasingan. Madu dipercayai promotes better sleep dan meningkatkan memori.



Nutri Brown Rice - Oats & Soy Lecithin



Soy lecithin membantu improves brain function, lower cholesterol level dan essential for liver health. Orang yang tak suka telan oat, pasti suka telan yang ni tau!

Kami da try kelima-lima selection ni tau. Sedap wei. Macam kami yang kelam kabut forever ni memang sesuai sangat la ada product hat baguih lagu ni. Dah la on the go sangat, berkhasiat pulak tu!


Dijamin halal dan low sugar content!


Hampa kalau nak tau info lebih lanjut tentang produk-produk Nutri Brown Rice ni boleh la ke:

Website : 



Facebook:



Rugi betul rasa tak kenal produk Nutri Brown Rice ni masa preggy dulu. Kalau kenal mesti dapat elakkan GDM hari tu kan. Takpa lah, next pregnancy kalau ada rezeki lagi boleh la try kan ambil Nutri Brown Rice ni as one of the diet kan. Kata orang lebih baik dari mencegah. Seksa wo kena GDM masa pregnant. Tak larat ulang alik ke klinik tau. Apapun, memang suka sangat dengan produk-produk dari Nutri Brown Rice ni sebab berkhasiat.


Cabaran utama untuk kaum wanita yang berhijab ni adalah shampoo. Ya lah kan sebab tak semua shampoo tu "kena" dengan keadaan kita. Dan hatta sebab tu lah jugak ada yang menjadikan alasan berhijab, rambut susah nak jaga. Adui korang, jangan macam tu. Rambut tu kan mahkota kita. Walauoun bertudung kita tetap kena jaga. Sebab nanti, suami nak belai2 rambut tengok rambut keras kejung n busuk terus tak jadi tau. Kan da tak syiok tuuuu.

But, dont worry dengan Safi Shayla, korang tak perlu lagi risau. Jom baca sedikit info tentang rangkain penjagaan rambut Safi Shayla ni.


Antara produk SAFI SHAYLA.



SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung| Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. 


Pek fleksi yang menjimatkan.


SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung | Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.


Antara rangkaian syampu Safi Shayla.


Khas untuk kawalan rambut rosak.


Perapi rambut dari Safi Shayla.



SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung |SAFI Shayla juga mengeluarkan produk perapi rambut dan penyegar kulit kepala agar rambut lebih lembut dan terurus serta kulit kepala segar dan sihat selepas bersyampu.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Award 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepada yang dihadapi oleh wanita bertudung.. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya .



Personally kami sendiri memang suka kot guna Safi Shayla ni. Satu sebab habbatus sauda tu, pastu Alhamdulillah bila pakai memang segar ja rasa walaupun duk pakai tudung. Takdak la rasa macam rimas or berminyak ka. So automatically, bila selesa tu kita punya confident level tu pun boost la kan. So jadi ceria ja sepanjang hari gitu.

Maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman 
Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia 
Web SAFI : www.safi.com.my 
Holaaaa hampa. Untuk segment beauty kali ni kami nak share 1 produk terbaru dari sifu make up kami Ferra Rossa.

Untuk pengetahuan hampa , eyeshadow Ferra Rossa ni dibuat di Korea tau and very pigmented! Sekali swatch ja dah melekat helok.


Nama pun da sedap!



Tengok color swatch dia punya la lawa noks


Me wearing eclair n sorbet code! Serious i'm in love with this eyeshadows!


Aishah, look at the camera plis dear!

Well, untuk details:

Price : RM45/each color

Whatsapp : 0133363775






Salam. Kali ni kami nak share dengan hampa semua pasal satu produk dari Pigeon yang diperkenalkan dengan teknologi Natulayer. Sebut saja pasal Pigeon, I bet most of the parents must know about this huge and well known brand kan.



Pic credit to Pigeon web.

Pengenalan Newborn Pure.

Seperti yang kita sedia maklum, semasa baby berada dalam kandungan si ibu, bayi kita dilindungi dengan satu layer di atas kulitnya. Tetapi right after birth, the layer is no longer present so sebab tu la baby skin akan jadi a bit sensitive compared to adults kan.

Dengan berbekalkan 40 tahun pengalaman dalam baby skincare, Pigeon telah menghasilkan Natulayer™ , dimana satu lapisan dihasilkan meyerupai "natural coat of protection" di kulit bayi semasa dalam kandungan. Kesemua produk Pigeon diformulasi dengan Natulayer™  yang membantu kulit mengekalkan kelembapan dan yang paling penting menjadi pelindung kepada kulit bayi. 


Pic credit to Pigeon web.

Apa itu “Natulayer™”?


Pic credit to Pigeon web.

  1. Duo pelembab Natulayer™
  2. 0% Paraben, Formaldehyde dan alkohol.
  3. pH yang seimbang
  4. Diuji secara dermatologi.
  5. Dihasilkan di Jepun.
Untuk pengetahuan korang, korang boleh la dapatkan produk-produk Pigeon ni dari Motherhood.my ya.



Personally, kami suka sangat bau lotion and body wash dia. Bila apply kat Aishah memang sangat-sangat gentle and bau dia delicate sangat-sangat. Rasa nak gomoi-gomoi ja mek tu tak henti-henti. Sampai dia pun tension apehal la mama dia asyik-asyik nak gomoi dia ja nih ha.



Untuk body wash, harganya cuma RM59 sahaja. Click sini untuk membeli ya.



Untuk moisturising lotion, harga dia sama jugak dengan body wash, RM59 juga ye. Boleh click sini untuk membeli tau.
Untuk info lanjut dan korang nak beli produk Pigeon Newborn Skincare Series ni korang boleh la layari motherhood dan Pigeon  ya. 
Hai hampa....kali ni nak share pasal brush cleaner from Daiso ni. Quite hype among MUAs...


Comel ja tau dalam botol pink gituu haaa 


Serious memang best tau brush cleaner from Daiso ni. Guna skit pun da keluar habis and bersih brush tu.

Tak caya ka??? Meh la kita tengok gambar kat bawah ni.


1. Ambil bekas kosong untuk cuci brush. Nampak tak brushes tu keadaan dia macam mana. 
2. Tuang ke dalam bekas kosong tu.
3. Tenyeh-tenyeh brush dalam bulatan.
4. Nampak tak kekotoran keluar n brush pun dah putihhh helokkk dah.



5. See putihhhh dakkk???
6. Marilah berjemur secara berjemaah ya anak-anak berus mak.

Details:

Harga:
RM5.90

Volume:
120ml

Where to get:
All Daiso outlets.

Rating:
5⭐

Korang jangan lupa grab menda alah ni kat Daiso tau. Tapi serius memanjang sold out tau😑😑😑


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS