Hai...

Finally after duk edit masukkan watermark berduyun2 kt gmbar2 maka finally kita update dulu bab kereta sewa ya.

Actually ada banyak gila kot option untuj kereta sewa ni. Kami pun survey2 la online mana option yang paling cheap! So far kami dapat kat Aries! So kami book online semua. And sepatutnya kami pickup masa day 1 hari tu but since kami missed flight kami pada 14th Aug tu n naik flight pagi 15th Aug tu maka cepat2 la kami emel cakap cancel untuk pick up dekat airport and delay kami punya sewa ke d next day! Lucky us, pihak Aries pun sangat bagus.

Sebelum keluar bfast dulu nasi goreng cincai2.


So macam yang cerita sebelum ni, kami stay area Scarborough. Scarborough ni kira luar dari Perth City. Tapi dunt worry senang gila ok nak naik dia pnya public transport! So kami check ja kt google maps, select yang public transport dia akan bagi bus num berapa and kekerapan bus lalu kt area tu. Kalau nak tau kekerapan bus lalu kt area kami duk tu 10 minit sekali. Walaweh. Memang efektif sangat-sangat la. So last station kalau dr Scarborough tu akan stop kat Glendalough(sini transit utk train).

Pagi di Scarborough, time ni pukul 7.30am.

Muka ada nur. Padahal gigil time ni jalan nak ke bus stop tu.

Gila peacefull sangat kat sini. Tengok lifestyle depa pun relax ja takdak nak kalut2. Kat depan tu Indian Ocean tau. Kagum jap.

So back to story, kalau hampa macam tak pasti pasal routes hampa nak ke Perth City, sila la tanya dengan mat/minah salleh kat situ. Depa sangat ok and friendly. Untuk pengetahuan, masa naik bus ni kami kena byar Aud4.20 untuk sorg. Kami bayar AUD8.40 saja since Adriana FREE. And ticket ni boleh guna untuk train dan city bus kat Perth City. Janji duration time dia 2 hrs ok. Lepas 2 jam, tiket tu tak valid dah. Tapi gila ok kot. Naik tren  mana hala dengan CAT Bus kat Perth City semua tu FREE!

So kami set kat google maps untuk terus cari ke Aries Car Rental, dia akan bagi d nearest pit stop. Dari Glendalough naik tren ke Elizabeth Quay and dari Elizabeth Quay akan dalam skit ke Transperth. Kat sini ada yang nak ke Perth Underground ada yang tunggu CAT Bus. So kat sini kami kena amik CAT bus ya untuk Adelaide Tce tu utk ke Aries Car Rental. 

Dari stop dekat situ memang kena jalan skit ja untuk sampai ke Aries Car Rental tu. Alaa tengah winter kan, jalan jauh2 pun tak peluh. Kalau kat Msia ka peluh ketiiii.

Tak susah pun nak cari opis dia. Senang ja. Rupa-rupanya bersebelahan dengan Bayswater Car Rental ja.

Masa duk sign agreement semua tu, duk borak ngan mamat tu sekali dia tanya part address Juru is under which area, Bukit Mertajam rite. Terus ehh u from Malaysia ka? Hahahah...rupa-rupanya memang dari Malaysia mamat chinese tu. Pernah reja kt Penang n he's actually from Ipoh. Teruih cakap melayu haaa...xdak maknanya nak speaking2 dah. Aries ni rupa-rupanya owner dia Chinese Malaysian. Patutla cino-cino belaka dalam tu.

Untuk pakej dalam Aries ni, kami sewa carseat. Carseat adalah WAJIB untuk budak bawah 7 years kalau kat Aussie ni. Banyak-banyak la doa time tu. Nasib Adriana ok ja. Cakap kalau kakak takduk dalam carseat polis tangkap papa terus duduk elok ja dalam tu. Kalau tangkap mama dia tak kesah pun T___T bertuah punya anak!

And kami jugak sewa gps sebab kami nak travel jauh sampai ke Albany, dia sajes kami amik gps sebab kalau main dekat Perth je takpa la guna waze. Kalau sampai ke Albany nuu, takut ada jalan yang xdak internet coverage! So kami sewa ja lah. Memang betul pun kat cerok2 hutan tu takdak tenet ya. Nasib baik tak memandai2.

Ni la si putih yang kami sewa hari tu. 

Ni untuk hampa-hampa yang nak contact number utk Aries Car Rental ya. Tapi mostly booking kat internet ja.

Hampa boleh book kat SINI ya kalau berminat dengan Aries Car Rental ni. So far after survey banyak2 lagi car rental company yang lain,Aries antara yang cheap la. And bonding amik pun tak mahal dalam AUD200. Tapi yang tu dia charge atas credit card kita ya(macam kami debit card). So kalau takdak apa2 nanti after 10 days depa akan refund balik duit kita.

A brief explaination will be given and after check condition kereta for both parties dia akan bagitau kena make sure kereta condition macam mana kita sewa( bersih) and minyak kalau dapat full tank make sure masa return pun fulltank jugak. Oh ya, license Malaysia valid ya cuma make sure kena guna yg license baru tu yang macam ic tu. Sebab yang tu kan dwi bahasa ada english/malay.

Selesai ja urusan sewa kereta semua. Kami gerak ke airport balik sebab nak tukar simcard Optus aku. Dari malam sampai tak dapat-dapat nak activate.

Lepas ja da setel hal simcard, gerak ke Fremantle pulak sebab da lapaq sangat time tu. Nak makan Fish N Chip yeayyy. Kat sini la yang buatkan aku nak p sangat ke Perth bila duk tengok gmbaq Adam Hawa aaron ajis ngn nad nisa tu. Dari ngandung anak 1st lagi teringin nak p Perth, Alhamdulillah rezeki Allah bagi lebih kat suami dapat bawak kami ke Perth masa ngandung anak 2nd. Terharu pulak rasa.

Ehhh nanti la kita sambung part Fremantle pulak ye. Ada tugasan hakiki lagi duk mnunggu tu. 

Babai.


***update: husband cakap duit Aud200 dia depa da refund balik. Alhamdulillah. Lega dengar. Walaupun hari tu xsempat nak p carwash utk cuci kereta lagipun ujan2 jugak hari tu. Tapi kami make sure dalam kereta semua cuci bersih. Ni tengah berdebor2 takut ada saman sampai. Ye lah, kaki tu da control kemain kot pedo bukan main patuhi halaju katakan. Something u should practise here in my lovely country perhaps!

Nota tambahan:

Nak selamat taknak kena saman...sewa la sekali gps..ala baru $5 per day..compare nk kena saman $150 sekali speeding...sebab apa aku suruh sewa gps?sebab gps akn ting2 kalau korang over limit. So mau takmau memang korang akan berjaga2 bila ada gps ni..