Teruknya jerebu lately ni kan.
Stress rasa. Sliding door kt balcony takleh bukak, tingkap kat kitchen pun takleh nak bukak. Aiyoo stress nya. Oxygen tu rasa macam limited ja kan.



Tengoklah kat luaq tu, hiway juru tu nampak macam Sleepy Hollow sangat aih. Selalu nampak la jugak fly over atas tu. Ni apa pun tak nampak. Macam mana la kat Indo sana kan!

Sebab terul sangat rasa dalam rumah ni. Rasa macam suffocated sangat-sangat. Adusss. Terus la gugel natural air purifer and humidifier ni.

Fuhhh rupa-rupanya banyak jugak menda-menda asas kat dalam rumah ni boleh wat sebagai air purifier.

Baking soda.

Ya untuk baking soda ni aku letak dalam air and letak dalam air purifier /humidifier yang aku beli kat cosway tu. Memang dah tak letak la aromatheraphy ka apa ka dalam tu. Nanti pening bila bau bercampoq bila masak nanti. Dah la tak boleh bukak tingkap kan.


Ni la air purifier /humidifier yang beli kat cosway tu. Dalam rm50 tak silap. Beli masa tu tak kena gst lagi. Lani xtau la harga dia berapa kan.

Pokok hiasan


Pokok hiasan ni pun boleh mebekalkan more and more O2 dalam rumah kita.



Sama la jugak dengan pokok lidah mak mertua ni.

Arang.




Yes arang memang terkenal sebagai air purifier. Memang aku selalu simpan dalam peti ais utk serap bau. So boleh la letak kat dalam rumah ya kawan-kawan.



Ermmmm lagi satu. Jangan lupa rajin-rajin cuci filter air purifier korang tu.



Tengok air purifier aku yang ni. Brand Toshiba kami beli dulu masa Adriana baby lagi ni. Rasa macam baru 2 weeks yang lepas aku baru cuci. So boleh bayangkan tak macam mana kualiti udara kita sekarang kan.

Apapun, take care korang.

Minum air banyak-banyak. Banyakkan makan buah , makanan sunnah dan juga supplements korang. Musim jerebu ni kan macam-macam penyakit boleh hinggap kat kita kalau badan kita lemah. Nak-nak pulak sekarang typhoid outbreak ni. Haish macam-macam kan.

posted from Bloggeroid