semalam masa terbaca ja pasal kejadian kren runtuh di Masjidil Haram teru hati ni tak keruan.

Allahu.

Terus aku message Angah kat sana. Otak aku hanya terpikirkan angah ja. Gelisah aku tunggu angah reply whatsapp aku. Ya Allah, dalam hati tak putus-putus berdoa semoga kakak aku takdak apa-apa.

Alhamdulillah Angah reply and cakap dia kat hospital masa tu.



Tanya lah kepada mana-mana ahli keluarga mesti semua dalam kerisauan.



Berat sungguh dugaan untuk jemaah Hajj tahun ni.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga yang terlibat. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita pergi.

Allahu, dijemput bertemu Sang Pencipta di Tanah Haram, di dalam ihram dan di hari jumaat yang penuh barokah. Semoga roh-roh mereka yang terlibat di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin.

***aku terbaca, mereka yang pergi dalam ihram akan dibangunkan di Padang Masyar dengan ihram mereka. Allahu, untungnya insan-insan terpilih ni.
(Maaf kalau benda ni tak betul, tapi kalau betul besar betul ganjaran untuk mereka-mereka ni)

posted from Bloggeroid