Showing posts with label food review
Sebut pasal Penang ja semua duk nasi kandaq nasi kandaq.... Dah mcm official food kat penang ni adalah nasi kandaq plak kan. Well actually banyak ja makanan lain yang best dan sedap dekat Penang ni selain nasi kandaq ya.

And tak semua orang yang mai berjalan dekat penang ni suka makan nasi kandaq ya. Kalau hampa jenis ni... Hampa boleh la mai try makan nasi lemak ni dekat Penang kalau hampa mai berjalan2 kat Penang ni.

Orang Penang maybe da familiar dengan Nasi Lemak Liverpool yang terletak di Batu Lanchang ni.



Lauk yang ada untuk nasi lemak ni ada macam2 jenis gak. Tapi yang paling best sambal dia pedas2 manis. And kena dengan tekak aku ni. Bagi aku.. Sambal yang sedap adalah sambal yang rasa dia balance pedas dengan manis dia tu. And sambal dekat Nasi Lemak Liverpool ni memenuhi piawaian tekak aku.


Ok la banyak jugak kan. Datang2 tengok ada sambal ikan masin terus karennnn. Hahahha



And paling best... Ada ayam goreng panas2 ya. Tengok ambil lauk tak beragak kan. Dengan sambal ikan masinnya. Teloq rebus nya.. Ayam dia sekoq kerat 4 ya. Ini share dengan Ecah ya. Suka gila sambal ikan masin dia. Sedap! 


Penuh dengan segala Liverpool kat dalam dia. Peminat Liverpool kot tuan kedai ni. 




Ni kat dalam kedai dia. 
Biasa aku lepak makan dekat luar ja. Sebab macam best skit. Tapi yang bongok nya stil ada lagi yang pi isap rokok.. Tpi cover2 lain. Eiii geram plak akuuuu. 



Selain dari nasi lemak..ada juga stall2 lain yang jual macam bihun sup ni.. Pastu ada char kueytiaw and beberapa lagi kedai. 


Dia kat bawah flat dekat Batu Lanchang, Jelutong ja. Dekar tepi jalan utama gak la. 

Kalau hampa nak try.. Boleh la waze cari Nasi Lemak Liverpool na

Atau pun ni alamat dia

92, Jalan Tan Sru Teh Eww Lim, 
11600 George Town, 
Penang













Assalamualaikum....

Tanggal 28 Nov Maka genap la usia Aishah Arissa 3 tahun. Kesian kan yang beranak hujung tahun ni... Baru masuk 3 tahun, lepas 2 bulan kena pi sekolah.. Kahkahhhhh


Eiiii macam tak puas lagi gomoi budak ni tengok dah besaq... 


Tengok dia duduk macam mana... Like a boss's OK... Ni masa birthday dia hari tu..... Shari lepas discharged dari kena influenza hari tu. 

Sebenarnya plan sempena birthday dia nak check in hotel. Nasib la pilih kt Agoda yang boleh cancel tu kan. Dalam pada duk demam on off sebelum kena admit tu aku decide nak cancel sebab duk nampak harapan stinggi gunung nak kena admit kan. Nasib awal2 dah cancel sebab plan nya nak check in sehari sebelum birthday dia. Huhu. Tapi xpa lah.. Dapat discharged pun dah satu Rahmat dah. 5 hari kena tahan kt Gleneagles rasa boringggg n lemau sangattttt. So syukur Alhamdulillah. Plannya awai2 nak masuk pulau sebab nak tengok tadika untuk dia tahun depan. Hahhahaha... Sekali lepas pi tengok tadika terus pi ke rumah baru... Saja letak barang skit2. 

And then apa lagi ajak la papa diorang ni tengok Frozen II n celebrate birthday dia ni. Pikiaq punya pikiaq nak celebrate kat mana.. Last2 kami decide nak celebrate dekat Irama Dining la kan sebab cita Frozen II kul 9.15 malam tiket dia. 

Sebab apa Irama Dining menjadi pilihan kami laki bini.. Dah tentu la sebab suasana dia yang best and makanan dia yang kompem2 sedap2 belaka tu... Aduhhhh.. Makanan dia memang xleh move on la sis.... 


Birthday girl dah hilang bam2 dia. 


Suka suasana dekat Irama Dining ni. Releks ja.. 


Tenkiu papa belanja kami semua makan. 



Jom la tengok kami order apa... 


Ni aku punya... Aku order yang dalam set tu. Tapi nasi aku request nak nasi ulam. Aku amik pais baramuda.. Sedap weh puas hati dengan set ni. 


Ni laki aku punya.. Dia order beef rendang. Sedap wehs.. Serius memang sedap. Tak sangka daging dia sebanyak and sebesaq tu kan. Daging pun lembut and juicy sangat rasa la segala rempah2 rendang tu. Sedap! 


Ni pulak yang adik ipaq aku order.. Dia order msak lemak tempoyak udang. Udang dia banyak OK n besaq2 pulak tu. And depa pakai udang laut na bukan udang bela tu OK.. So bagi aku kena la dengan harga dia.. Udang laut ni kalau hampa pi beli pun mau Sekilo duk ada rm65+. 


Sambai hijau petai. Saja aku order asing. Rasa dia tak pedas sangat. Kalau pedas lagi... Mesti lagi sedap la untuk aku yang gila pedas ni. 


Nyummehhhhh. 

Budak2 makan apa? Depa tu apa lagi.. Pasta.. Pasta... Tapi aku suap la jugak ecah dengan nasi aku kan... Sedap tengok dia makan. Dah ada selera balik dah. 

Lepas dah makan semua... Kami memang mintak lava kek untuk birthday Aishah. Beli yang besaq2 pun membaziaq ja.. Bukan habis makan pun kan. 


Birthday kek untuk Aishah dis year. 



Semoga Aishah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan menenangkan hati mama dan papa... And semoga Aishah sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Mama, papa n kakak semua Sayang sangat dekat Aishah Pot2. 


Lepas ja habis makan dekat Irama Dining... Kami pun terus gerak ke First Avenue untuk tengok Frozen II... Nanti kita review ehh pasal Frozen II






Assalamualaikum

Dah lama x review pasal kedai makan kan. Yalah, disebabkan tak sihat sepanjang minggu lepas, ada Xmas Buffet review terpaksa tolak. Dah tak sehat kan, selera pun ke laut dalam kan. Rindu nak masak.. Rindu nak makan... Rindu nak ada selera makan dengan anak2. Tu la dia, bila sakit.. Habis nikmat hidup ni.

Actually dah lama peram, nak up kat blog tapi asyik krik2 ja kan... Bukan senang ok nak amik mood nk update blog bila dah ke laut dalam ni tau.

Kedai ni actually recommended by jiran kami, yaya sebab dia kata kat sini sizzling mee dia sempoi... Dah la lama gila x mkn sizzling mee oiiii... Mnjejes2 la nak rasa kan.


Ni lah kedai dia


Sizzling Mee dia
Nyummyyy


Mine... Sedapppp.. 
Letak plak cabai jeruk CKT.. Fuhhh lagi merecil hawauuu


Selain dari Sizzling Mee, depa ada gak juai char kueytiaw... Ada yang CKT special.. CKT sotong and CKT lamb chop. 


Well.. I'm not a fan of malay style CKT.. but this one... Rasa dia memang sedap. Cukup rasa semua OK. 
Laki aku ada order CKT lmab grill.. Tpi kami asing kan lamb grill tu dari CKT dia... Lamb grill dia tu sedap OK.. Lembut and juicy and tak over grill. Memang recommended sangat la. 




And yes... Depa ada jugak sate. My husband fav food.. Sate.. Sate dia sedap2 wei. Daging lembu lembut.. Lepas tu ada babat2 skit. 



Taknak kalah OK.. 10 ayam..10 daging lembu... 10 kambing... End up tak abih pun and terpaksa tapau bawak balik sebab kekenyangan sangat. Yang kat atas ni sate kambing.. Disebabkan kami tapau balik.. Esoknya tu pagi sarap dengan sate ni.. Panas kan dalam microwave sat.. Pastu ngap.. Still lembut and juicy.. Yang kambing ni padu gila rasa kambing dia. 



Tudia haaaa... Terbakooooo

Selain dari sizzling mee, char kueytiaw and sate... Kat sini ada gak juai nasi ayam. Tapi kami tak order pun la. Sebab Masing2 dah order dah ikut nak makan apa Masing2 kan. Maybe next time boleh try plak. Tengok Meja sebelah makan nasi ayam dia nampak macam sedap ja... 





Bagi hampa yang Teringin nak makan sizzling mee dia ka or Teringin nak rasa chat kuey tiaw dia.. Hampa boleh la try mai makan dekat sini OK... 

In Sha Allah sedap dan berpuasa hati. 

Untuk details :

Facebook : Kafe Budak Boss 


Assalamualaikum

Cuti sekolah tak lama lagi kan... Sat ja dah nak hujung tahun. Sedaq tak sedaq dah nak masuk 2020. Tapi tak nampak lagi kereta terbang.. Hahahhaha. OK lawak hambar😜

Ada yang plan nak mai berjalan2 kat Penang dak? Kalau ada... Mai nak habaq kat hampa... Vouk Hotel and Suites Penang ada buat Seafood semi Buffet sempoi punya.
Sebab apa aku kata sempoi... Sebabnya... Hampa boleh pilih makan segala jenis seafood dengan harga yang berpatutan macam ala2 dekat Seagate atau Umbai kalau dekat Melaka.


Kali ni kita mai review tang ni pulak ya anak2. 


Hampa kalau nak makan seafood hat bakaq  ka tiga rasa ka sotong celup tepung ka elok la mai makan tang ni.. Sebab apa... Sebabnya lani kan musim hujan.. Mau makan kat luaq.. Elok duk makan hujan mai basah lencun...
Ni makan dekat dalam restaurant dekat dalam hotel elok ja.. Hujan mai pun hampa tak perasan... Tu belum cerita lagi kalau mai time panaih... Angin xdak... Memang xboleh bawak berbincang cerita dia dengan ketibas bagai kan...onz ka tak onzz uolls?


Bertempat di C'est Si Bon. 

Jom kita tengok apa ada dekat Semi Buffet Chu Char Ikan  di Vouk Hotel & Suites ni. 


Ini paling favourite OK! 


Fuhhh murahhhh kot rega seafood dia ni


Sotong tu nampak sangat2 fresh OK. 


Udang laut ni beli dekat Sungai Batu pun size takleh pilih tu pun Sekilo RM60.. aku pernah makan mee udang..yang udang timbang tu RM90/KG kot.. Tu be berapa tahun lepas.. Lani xtau la berapa kan. 


Ikan2 pun fresh OK.. Sebab depa Dapat stock direct dari melayan dekat Teluk Bahang. So all guaranteed fresh OK! 


Ni antara list seafood yang ada la. 


Hampa boleh pilih nak masak apa OK... 


Ni kalau nak sayoq.. Ada jugak list sayoq n Masakan yang ada untuk sayoq tu. 

Untuk bahagia ni hampa boleh makan sampai lebam sebab yang ni la section semi Buffet tu... 


Salad section



Aku suka gila yang cucumbers pickles dia tu. Sedapppp


Seafood Tomyam


Pencuci mulut dia. 



Malaih nak cakap banyak.. Jom tengok kami makan apa malam tu... 


Jeng Jeng Jeng jenggg.. Sedap nyaaa


Hoiii hat ni wajibbbbb cubaaa... Ketam nipah salted egg dia power. 


Siakap lemon grass.. I like dis one.. Sedap Masakan dia. 


Sotong goreng tepung. Sedap! 
Tak puas makan ok


Udang Kong po style


Lala kam heong



Kerang bakar


Ikan pari bakar


Last but not least kailan ikan masin. 


Set Menu
*APPERTIZER,SOUP,RICE & DESSERT FREE EAT ALL YOU CAN*

Set For 2 – 4 Person
RM 88.00
Sea Bass Fish 
Sayur Campur
Telur Dadar
Sotong Goreng Tepung

Set For 6 – 8 Person
RM 118.00
Sea Bass Fish 
Sting Grey Fish
Sayur Buncis Goreng Taukua
Telur Mata Siam
Sotong Goreng tepung

Set For 10 – 12 Person
RM 158.00
Sea Bass Fish 
Sting Grey Fish
Lala with Kam Heong
Sayur Kai Lan Ikan  Masin
Telur Bistik
Sotong Goreng Tepung

So basically contohnya macam aku.. Kalau nak pi makan 4 beranak.. Of course la amik yang set for 2-4 tu kan. Let say nak tambah sotong goreng tepung ka.. Ketam salted egg ka... So kami kena la bayar tambah untuk item2 yang kami tambah ni. 

Bagi aku memang berbaloi sangat2 la sebab makan dalam hotel plak tu kan. Tak gaduh nak pikiaq hujan ka tengah2 makan.. Panas ka sampai ketibas... Pastu nyamuk ketit ka apa ka.. Takyah nak risau.. Boleh makan dengan tenang lagi Haa. 



Hampa kalau nak pi makan kat sini boleh la ke :

VOUK Hotel Suites
57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Penang
Tel : 04-3708333


Untuk promotions lain:

Vouk turut menyediakan promosi berikut








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS