Showing posts with label food review
Actually dah banyak kali dah makan kat sini kalau nak pi kl ka mana ka. Tapiiii sebab ya selalu pi time hari cuti.. So penuh la dengan umat and aku tak sempat pun nak pi usha2 apa yang ada. Selalunya laki aku ja yang duk pi beli lauk semua. Aku duk ngan dua orang mek ni.

Kali ni sebab pi time weekday so lapang la aku nak jalan2 cuci mata sat pun. Kalau weekn tak lalu tengok crowd dia weiiii

Jom kita Cuci2 mata dlu apa ada.


Ni kat stall yang jual lauk2 berkuah etc tu. 


Laki aku rambang mata leww teww. 


Gulai Kambing umbut pisang


Aku dah ambil macam dekat bahagian bakar-bakar sekali jumpa patin tempoyak favourite aku ni. Huwaaa stress. 


Rebung tu pun fav😭


Terung berlado


Ni aku tak ingat dah apa. 


Sambal tempoyak 😍


Harga OK la bagi aku. 


Kerabu oiiii. Tapi dah amik macam dah. 




Ni pulak kat sudut bakar-bakar






Ada macam2 kan.. So memang kat sini dah rambang mata gila. 
Serius semua nampak sedap2. 

Jom tengok kami amik apa ok



Basically kat sini. Hampa pilih nak apa.. Lepas tu buh la dalam dulang ni. 


Nyumsss 


Kambing salai bakar


Masak lemak telor itik


Fav! 


Ikan talapia bakar masak lemak. 


Ayam Kampung bakar. 


Gulai kambing umbut pisang and nasi bamboo. Sedapppp. 

Overall bagi aku memang sedap la lauk2 dia. Kena ngn tekak aku yang kekampungan ni. Kalau tak sedap takkan la repeat makan berkali-kali kat sini kan. 


Hampa kalau nk pi time weekend memang ramai la. And maybe kena parking jauh skit la. And maybe jugak kena berdepan dengan perokok2 yang cacat otaknya and takda adab main smoking ja. Budusss betul jenuh beruk matyeh ni.. 

Apa pun kalau nak pi jangan lupa exit dekat Sungkai kalau dari Tol Plus Utara-Selatan tu. 


Nasi Bamboo Sungai Klah
Kampung Buloh Telor, 
35600 Sungai, 
Perak
0175167592




Holaaaa...

Kali ni aku nak cerita kedai nasi kandaq favourite aku selain dari Tajuddin Hussain kesayangan ku itu... Kahkah.  Tak lain tak bukan Nasi Kandaq Raffee di Restoran Mohamed Raffee.

Kedai ni ikut time, kadang kena beratoq kdang2 tak payah. Kena pandai timing. Kalau mai time peak Haa kena la beratoq tapi xdak la beratoq mcm gila tu.

So sebab dah lama tak jalan2 masuk Gurney Plaza maka aku dengan itu ajak laki aku pi ke Gurney Plaza. Nak makan dalam Gurney Plaza rasa macam tak syiok plak. And dah lama gila tak makan dekat Raffee ni kan. So apa lagi kan...lagi pun Raffee dekat Pulau Tikus ja and dekat ja dengan Gurney tu.


Nyummy2 da sampai... 


Nyummmyyyyyy


Aku paling suka kari ayam dia. Dia punya lembut and juicy tu perghhh sedap sangat. Lagi2 kalau Dapat part peha tu. But sadly this time part peha tu sold out! But still the ayam still juicy. Cuba kalau aku buat kari... Ayam keras dan xlembut pun.. Benci betul. 


Teloq sotong! 
Ni pun sedap oiii. 


Ayam goreng. Pun part peha habis oiiii. Benci betul. Tapi ayam goreng dia ni pun sedap OK. 


And  the kambing... Kuah dia pun padu nokssss. 


Last but not least.. This cabai. Sedap oiii. Crunchy oi gigit ni makan dengan nasi bersama lauk-lauk lain. Hilang diet akuuu oiii. 

Total semua adalah RM35 termasuk nasi dua, Teh o ais 2, coke 1 tin, Teh tarik gelas+ 2 gelas sky juice. I think the price is not bad since it is Nasi Kandaq btw. 


Hampa kalau nak try mai makan sini boleh la berbuat demikian ya. 

Restoran Mohamed Raffee

No 295, Jalan Burma, 
Pulau Tikus, 
10350 Georgetown, 
Penang 



OK la kali ni nak cerita tempat makan best pulak dekat Alor Setaq sebab aku balik Jitra baru-baru ni.

Disebabkan petang tu kami merayap2 di area Aman Sentral depan dia tu yang dekat Menara Alor Setar tu.. So terus la cari makan sekali kan Alang2 tu. Ajak mak aku, dia penat n kenyang lagi sebab baru ja balik  dari reunion sekolah dia. Ada wat makan2 bagai. Kelas kau maktok reunion tak berenti balik mai Jitra ni.

So kami pun pi la 4 beranak kami. Adik aku pun pernah tagged aku pasal kedai ni dekat post fb tapi biasa la tak ingat yang mana satu. Ni pun laki aku la duk cari tempat viral. Sekali nampak smoked ribs ni bergelora la member.

Aku kan tengahhhh dietttttt... IF la eat clean la... Sekali balik Jitra... Hilang IF Lama2.. Jadi eat clean ja.. Malam tu jadi keto diet pulak. Kahhhh!

Disebabkan Aman Sentral dengan tempat ni pun bukan jauh mana pun. Maka dengan  ini harus la kena pi kan.

Located dekat Jalan Putra, setentang dengan sekolah STAR. Dekat nerai cimb n maybank tu... Tapi kedai ni kat dalam skit. So hampa kena cari la skit. Tapi tak susah pun nak cari. Senang ja.


Ni Haa kedai dia. 


OK la nice environment. Not bad. 




Ni ha menu2 dia. Bagi aku quite cheap and reasonable. Tapi rasa time ni tak tau la lagi macam mana kan. 


Ni yang smoked line dia. Bagi aku harga still consider as reasonable. Kalau kt Beard Brothers kat KL laki aku mau berdarah juboq nak bayaq. Kahkah. 


Simple! Aku suka tengok kedai ni... 


So jom tengok kami order apa... 


Nin dia Haa.. Kami mintak yang for 1-2 persons tu. Tapi sadly ribs dah hbis sebab tinggai utk org yg da reserved sajia. So kami add on dekat pulled lamb. 


Pulled lamb n beef brisket. Sedap uiii


Side dish. Aku mintak roti gardenia tu banyak2.. Then stuff everything dalam tu and ngap macam sandwich. Sumpah sedapppp yakmattt. 


Ni spicy beef macaroni yang Rm8.90. First bite... Wala weiiii.. Sedappp lah. Laki aku pun terkeduuu. Kahhhhh


Ni untuk anak2 aku. Aku tak rasa pun. But laki aku kata sedap not bad at all. 




Lepas makan.. Big boss pi bayaq. N borak2 ngan tokey dia. Guess what all in RM90+


Ni tokey duk prepare untuk yang dah reserved siap. Macam ni la kalau tidak yang ribs tu. Next time boleh balik makan lagi. And booked awai2. 


Komen aku... Sedap, murah, berbaloi untuk Cuba. Aku boleh cakap ni.. Adalah the new level of Malay's Western Food untuk area2 Alor Setar. Aku ni kalau kedai so so memang aku jarang nak review masuk dalam blog tau. Nak2 pulak kalau makan bayaq sendiri. Definitely be back again! Semoga murah rezeki tokey kedai ni sebab serve a good food with a reasonable price. Caya lah.. Steady broh! 


Overall rating:

5/5


Details :


No 22, Kompleks Perniagaan Litc Seberang Jalan Putra, Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah


Phone

0175928669





Since boba is in trend nowadays...so there are a lot boba shop yang tumbuh bagai kan cendawan selepas hujan. Dulu2 asyik orang ajak lepak Starbucks ja kan... Now nampak trend tu berubah la skit kan.

Name it.. Chatime, Tealive, Xing Fu Tang, The Alley, Daboba n much more. Banyak sangat sampai tak tau dah trend nya.

Sebelum2 ni selalu minum boba yang dekat Chatime or Tealive ja lah kan. Yang tu la yabg kiranya paling hot pun dari dulu.

Kebetulan Jumaat hari tu lepas check out dari Copthorne Orchid Hotel Penang, terus pi dobi baju dekat self service laundry kan.. Xlalu lah nak bawak balik rumah banyak2 nak basuh. Walaupun ada 2 in washer dryer.. Tapi sebab load banyak.. Tak lalu la nak buat banyak2 kali.. Huhuhu.

So lepas dah buat laundry tu terus pi ke Daboba dekat area Karpal Singh Drive tu jugak. Suka time tu tak jem sebab time weekdays kan.. Cuba kalau weekn Allah ramai ya manusia. Tak best. Nak parking pun payah... So sementara nak parking pun senang.. Maka dengan itu harus lahhh kitaaa serbuuu....


Comel ja beruang tuuuu.. Geram pulak kitaaa... 




Suka tengok. Cosy ja





Spacious.. N cosy to chillex 


Boleh tahan jugak nak buat ni ya. Selalu orang beli kan. Tau minum ja. Hahhaha



Nice sea view 🌊🌊🌊


Nyumsss



Sedapppp layan tepi pantai pulak kan. 


Chillex by the beach. 

Overall bagi aku. OK la sedap jugakkkk. Tapi tak boleh la minum hari2 kan. Mau gila kena potong kaki nanti. Lepas ni insaf kena blend air daun belalai gajah buat ubat dia. Huahua.  Satu ja nak pesan, boba boba gak.. Tapi jangan la minum hari2 oiiii. Sebulan sekali OK la. Tinggi gula kot menda alah ni. 


OK la... Sebab ramai suruh aku buat entry pasal tempat makan yang sedap-sedap dekat Penang ni Maka dengan ni aku buat la serajin yang mungkin.

Dataran Bukit Minyak ni kalau dekat Penang ni tak la fames mana pun. Mainly Orang2 yang stay dekat Bukit Minyak ja lah pengunjung tetap kat sini. Aku sebab stay kat Juru.. So dekat la jugak. Food pun banyak choice. Dia ada dua side tau. Satu  belah yang ada nasi daging tu satu lagi kalau dari Jalan akan nampak Buger Cabin dekat tepi Jalan tu.

Kali ni mai aku cerita side belah yang Burger Cabin ni. Dekat belah yang burger Cabin ni ada juai macam-macam jugak tau, dari tomyam, sate, nasi lemak, chicken chop, ayam goreng ala KFC n etc. Belah yang satu lagi pun sama naik jugak. Tapi aku prefer lepak yang kat belah sini lagi. Tapi nasi daging belah sana dengan tomyam dia not bad.. Sedap jugak wei.

Biasa kalau mai makan tang sini mesti akan order chicken chop lah. Chicken chop Abang ni memang sedap. Aku suka. Ayam dia tak keras n over fried. Kiranya dalam dia still juicy and tak keras n kering mcm sesetengah orang buat tu.


The juicy chicken chop. Murah pun murah. 

Dia pun sama Loser duk amik gmbaq makanan nak tayang kat orang. Selalu duk kata kt bini dia kannn. Weekkkk



Adriana memang suka la dia punya chicken chop tu. Sekali ngan gravy dia calit sampai habis kalau makan tu. Tengok plate dia licin weiii.




Oh ya ni la kedai chicken chop tu. Selain chicken chop ada gak grilled chicken dengan lamb chop. Dua2 ni bagi aku sedap la. Secukup rasa. Yang chicken mozzarella pun best. Nampak tak betapa kedai ni memang port makan kitorang. Hahhaha. 


Selain dari chicken chop... Ada jugak kedai tomyam macam yang aku cakap tadi. Dekat sini ada juai kerabu meggi, mee celop, Dan standard la makanan2 siam yang lain.

Sebelum ni mcm takdak ja mee celop tu. Aku rasa tokey dia baru buat. So apa lagi.. Fav kottt...


Not bad. Tapi kurengg skit sebab dia ada campur Guna megi biasa. Macam tak Guna meggi serda yang full. Aku boleh detect sebab aku ni kan penggemar megi serda so aku boleh tau kalau meggi serda tu dia kenyal2 ni macam ada separuh yang tak kenal. Overall taste tu ada. Sedap ja. Cuma part texture tu la slack skit. But still sedap. 


Kueytiaw celop celoppp. 
Sedap! Faz bagi 5 HAA... Ehhh


Overall both sedap. Rasa Siam di situuu. 


Selamber montel ni nak makan kerabu meggi ni. Tak bagi menjerit2. Ehh sukati la nak makan. Dah makan Ayaqqq.. Ayaqqq... Padan mukaaa... 



Ni lah kedai tomyam nya. Ada gak jual ikan bakaq semua. Tapi kami xpernah makan so xleh nk komen la sedap ka dak ka. Yang tu kalau hampa nak tau.. Hampa kena try OK.

And sate dekat sini pun best. Ayam goreng ala KFC pun sedap. Kalau2 anak2 hampa hantu ayam goreng.. Boleh la bagi depa makan ayam goreng tu jugak. Overall memang kami suka la makan dekat sini sebab variety of food tu kan. 

OK lah.. Tu sajia... Chow chin cauuuu. 





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS