Hola

Kali ni nak cerita sikit pasal homeschool activity kononnya dekat rumah dengan Adriana. Ala-ala sains la gitu kekdahnya. Tengok growth pokok. 

Kalau nak tau dekat kebun balkoni aku ada pokok cherry tomato. Yang saty tu memang da assigned kata kakak ni pokok cherry tomato akak tau. So akak tengok tau buah dia nanti lama-lama membesar and jadi warna oren. Tapi tu la... Tomatoes ni amik masa jugak dari berbunga.. Nak jadi buah. Dah jadi buah nak tunggu masak pun consuming a lot of times. So another way nak bagi dia enjoy adalah trying this mushroom blocks.

Memang best la mushroom ni kan. Ada block tu 2 hari dah start keluar anak-anak dah. Ada yang amik masa sikit maybe sebab masing-masing kematangan benih setiap block tu tak sama kan.

But along the growing process kita boleh tengok la kan. Sebab cepat gila. Mak pun teruja apatah lagi anak-anak kan. Ecah yang kecik tu pun dukkkk... TUUUU MAA....sambil tunjuk-tunjuk kat cendawan yang sejambak-jambak yang duk keluar tu kan.


Masa awal-awal nak keluar. Alahai comel ja korang ni ehhh. Ni start keluar masa malam tau. 

Esok pagi dah macam ni. Adriana tipa masa mai belek dekat kitchen ni.

Petang dah macam ni. Dalam masa less then 1 day ya. Dah nampak hasil macam ni. 

Malamnya dah macam ni. 

Ni hasil dua bongkah yang keluar ya. Best gila. 

Tengok mushroom girl dengan mushroom nya. 

Ni hasil dua blocks ya. Fresh wei.

Ini pulak dari block lain yang lambat sikit keluat hasilnya. Tapi yang ni sikit ja kelopak cendawannya. Ada dua ja. Tapi serius besar gila.

Nahhhh.. Besaq kannn.


Paling best bila buat aktiviti ni dengan anak-anak kat rumah. Korang boleh tengok growth dia cepat gila. Pastu macam amazing... Ehh dah macam ni. Petang ni dah macam ni. Eh esok dah boleh tuai.

And paling best mestilah sebab korang jaga. Korang boleh petik sendiri untuk makan fresh-fresh. Kadang2 yang kita beli tu dah nak benyek-benyek dah. Baru masuk chiller esok-esok tengok dah benyek. Ni last week hari jumaat aku petik, semalam buat masak lemak pun stil fresh wei. Best gila. Nanti la aku share resipi ya.

Cara penjagaan pun tak susah ya. Anak aku pun boleh buat kot. Bila dah beli tu jangan lupa bukak semua cap dia. Lepas tu, dekat atas block tu kau letak la towel lembab. And spray dekat blocks tu sehari 3x ka. Towel tu kena maintain lembab tau sebab cendawan ni untuk growth dia.. Dia memang perlukan kelembapan/ humidity yang tinggi. So jangan la letak dekat tempat-tempat yang panas and terdedah dengan cahaya matahari ya. Dia bukan nak kena buat fotosintesis pun. Klorofil pun takdak nyah. So avoid high lights exposure. 

Ada yang tanya aku... Satu block tu lepas dah tuai hasil sekali dah habis la ya? Tak ya.. Satu2 block tu kau boleh tuai hasil up to 7 or 8 times tau. Maksudnya lepas dah petik/harvest.. Korang kena bagi block korang rest dulu. Dalam 7 days macam tu. Cara nak restkan dia.. Cuma tutup ja cap dia tu. After that boleh bukak balik untuk next care.

Senang kan? So bagi yang nak tau details pasal bongkah cendawan ni and teringin nak adopt sendiri untuk buat project science dekat rumah dengan anak-anak boleh la dapatkan cepat-cepat ya.

Boleh contact

0133363775 

Untuk dapatkan bongkah cendawan korang. 


Hari ni tengah nak pikiaq.. Oyster mushroom yang petik hari tu nak masak apa ya. 🤔🤔🤔 Korang suka tak makan cendawan tiram ni?