Hai kembali bersambung dengan entry lepas. Untuk hari ke- 6 di Perth, kamu banyak bermain di sekitar Perth ja. Pagi-pagi bangun kelaparan terus kami anak beranak bergegas turun ke Hay St.


Sepajang corridor di Hay St.


Perth Library.


Dekat depan Perth Library ni ada lah kedai makanan Malaysian cuisine. D'Ankasa namanya.


Sekitar Hay St.

Untuk pengetahuan korang di sepanjang Hay St dan Murray St ni ada restoran / kedai makanan Malaysia/  Indonesia. Kedai Arab2 ni takyah cakap la memang bersepah kan. Check D 'Ankasa dekat Hay St ahhhh still tutup lagi. Perut da lapar ni, dengan sejuk nya kan. Kami pusing ke Murray St untuk check Insan's Cafe pun sama hampa jugak la. Sebab both bukak at 11am. 


Tenang and aman oi. Can I stay here forever????!!! 
Jalan pun tarak kereta wei. Baling pun kereta banyak atas jalan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Pfffft maka berjalan-jalan la kami di Murray St dulu.  Destinasi pertama adalah Lush Cosmetics! Omgeee...I'm huge fan of Lush Cosmetics ok! I was inspired by this brand, so that I produced my own homemade soaps.


Nampak laki ai kat luaq tu? Bini dia duk teruja sorang-sorang kat dalam oi.


Teruja teruk!!!!


Then, the next destination was Pandora. Harus lah kan. Kata kan mai Ozie, harus grab dua tiga ketul noks. That time, nafsu berpandora tu menebal. Now oredi lost interest in Pandora๐Ÿ˜….

Niat di hati nak masuk Target kat Murray St & Hay St ni. Actually Target kat sini macam in between Hay St & Muray St (hampa boleh masuk kot pintu Hay St and keluaq pintu Murray St dan sebaliknya ) . Sebab dua-dua Street ni bersebelahan je kot. Tapi kat Hay St ada jugak Pandora cuma dekat Murray St much more bigger dia punya store tu. Actually yang belah Murray St ni more to macam-macam skitlah. Dia macam open air shopping centre gitu ha. Tak sempat pun nak naik kat level2 atas tu. Stress mak masa mencemburui sangat oiii. Sempat jeling ja Le Crueset kat dlam Target tu. Jeling ja lah mampu. 


London Court. Another shopping arcade katanya. Tapi masa kami pi tengah duk repair kalau tak silap. So that section was closed.


Disebabkan kami nak mengejar masa, maka kami pun jalan-jalan la di sekitar Hay St dan Murray St dan sempat la grab 1 ketul kebab sebagai alas perut kami anak beranak! Yes kebab tu memang sedap tapi perut Melayu aku ni tetap nak cari nasi jugak pagi-pagi tu ha. Dan sempat jugak tapau 2 hot choc segera di 7 eleven Hay St. Cisss sedap nak mati bila ingat balik pasal hot choc nya. Kopi semua pun sedap! Beli kat 7 E 2 dolar ja. No wonder they dont need Starbuck ka..kopi kat 7E pun walawehhhh. Ahh menci ingat balik oiii.


So kami pun berjalan-jalan ja lah di sekitar Hay St dan Murray St. Time ti hari Sabtu, so kebanyakkan banyak kedai buka agak lambat kalau weekend tutup lebih awal ya. Yes ada sesetengah store weekend tutup pukul 5 petang or 6 petang. So imagine how rushing our iti. Penat jugak bekerja ke sana sini. Tapi redah ja lah kan. Bukan senang nak mai sini.



Di sekitar Hay St.


Paling best, jalan sikit jumpa muka Melayu. Jalan sikit jumpa muka Melayu. Macam aku pi bercuti dekat Ao Nang pulak rasa dia. Kahkah! No wonder dalam newspaper depa pun ada mentioned West Aus ni tumpuan pelancong from Malaysia. And rasanya memang betul kot. Tu belum cerita masuk kedai Arab penuh dengan muka melayu ja๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Lepas ja jalan-jalan di sekitar Hay St and Murray St ni kami pun terus naik kat tempat parking kereta yang bersebelahan ja dengan hotel kami stay, Kings Perth Hotel. Macam biasa parking kena untuk semalam Aud15 instead of Aud30 sebab dapat dscount duk kat hotel tu. But stil Aud15 tu bila convert duit Malaysia tu rasa ralat sangat. 


Nak murah hampa jangan lupa book na.


Boleh ja nak parking dekat parking side depan hotel tu. Tapi korang kena alert la, sebab kat sana ada parking yang limited untuk few hours sahaja and korang kena letakkan coupon or token tak ingat dah ( well it's a bit complicated i tell you) and since we arrived the hotel a bit late , yalah drove all the way from Albany to Perth and nak cari kupon pun tak tau kat mana. Maka kami taknak amik risk kereta kami kena saman ka apa ka the next morning. So better play safe sahaja. Parking la kat tempat parking bertingkat yang mahal itu. Dari kena saman like Aud100 or AUD300 kan...lagi jauhhhh perginyaaaa ralat tuuu.


Kami pun meneruskan perjalanan ke Fremantle. Second day hari tu da sampai Fremantle untuk menikmati Kailis Fish & Chip ( org mengidam teringin Fish & Chip kat Perth ni dari mengandung anak sulung sebab time tu gila duk tengok Adam& Hawa yang duk berlakon kat Perth nuu) . Kali ni kami ke Fremantle untuk shopping souvenir. Tak lain tak bukan la di E Shed market yang cuma buka time weekend saja ya. 



EShed tu haa bangunan biru belakang aku tu haa. Tak la jauh sangat pun dari area Kaili's tu.

Kalau nak tau kat sini, parking dia berbayar tau. Korang kena bayar parking ticket and display dekat kereta. Tak ingat dah berapa. 

And kat dalam EShed ni ada macam kedai-kedai jual barangan craft la, cafe la, souvenir la dan macam-macam la. And paling femes untuk beli buah tangan kat Eshed ni haruslah Megabes dan Aussin ( aku lupa nak snap gambar kat sekitar dalam EShed ni...teruja nak beli souvenir ja time ni haa)

And personally aku lebih suka beli dekat Megabes compared to Aussin sebab kat Megabes lagi murah. Tapi ada jugak barang yang Aussin win and lagi murah. Pandai-pandai korang lah ye. 

Ni la haa port baik nak beli souvenir




And kalau tak silap aku owner Megabes tu from Singapore and owner Aussin ni dari Indonesian. So most of the workers kat dua kedai ni Malaysian. And memang duk cakap Melayu ja. Mai kak mai...beli baju kak...muahahhaha...aku ni duk kat Perth ka duk kat Pekan Rabu oiiii.


Ni kedai Aussin nya.


Ni la awek yang panggil aku beli kangaroo and kaola kecik yang comey tu



Memang harga kaw2 punya murah wei.


Duduk kat dalam dua-dua kedai ni rasa semua nak beli. Tapi paling aku geram masa kena paww dengan Adriana beli pemadam Koala lima ketul yang berharga Aud10. Hoiii sakit hati oiiii nak oiiiii. Beli pemadam apa tiga puloh hingget lebih ni nak oiii!!!! Tak beli dia meronta-ronta kat situ. Kalau kat Malaysia boleh gak aku piat kan..kat Aus sana tak pasai-pasai kang aku masuk jail sebab mendera anak! Dah jadi isu laki aku kena pi Embassy merayu lepaskan bini dia pulak๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹. Maka mama harus senyum, bertabah dan membayar walaupun dah pujuk berkali-kali suruh amik patung koala yang comel berharga Aud5 direjek oleh anak yang seketul emas time tu.

Lepas ja selesai membeli belah di EShed maka kami pun bergerak ke satu lagi mall yang agak famous di Perth. Next entry kita cerita lai ya. Penat pulak nak menaip panjang-panjang ni. Jari dah la gemuk. Memanjang ja typo kang.

See ya in next entry ya.