Hai seperti yang sedia maklum aku nak share skit few items yang aku rasa BERBALOI untuk hampa beli di Eco Shop.

Satu sebab murah, satu lagi sebab kualiti pun not bad la...why pay more if you can get cheaper price at the same quality kan? Why bother why bother 💁‍♂️💁‍♂️💁‍♂️

Laundary detergent

Masa viral kat Fb tu kan aku pun macam ok ke? Ya lah ada yang borong buat stock sampai 10 botol macam tu kan. Being me yang suka sceptical skit, ok la why not try amik DUA dulu tengok macam mana perginya detergent ni. It turns out walaweh...this detergents smell so good. Bau macam kita hantar pergi dobi tu ha. Kena pulak bila on dryer kan..bila baru keluar dari dryer tu bau semerbak la rumah aku! Best...definitely will buy in bulk after dis. GREEDY MODE ON! This one comes in 500ml size!


Air Freshner

Aku angkut 5 terus. Masa pi balik ISNIN tu dah lincin wei. Masa aku pi jumaat lepas pun tinggal nyawa-nyawa ikan. BAU BEST. tak macam some sesetengah air freshner yang murah tu bila kita beli tu bau dia nan hadooo sangat tu...dis one macam yang hang beli yang rm9.90 tu. Bapak ah dengan RM9.90 aku tambah sekupang lagi aku dapat natang ni lima ketoi!


Hanger / penyangkut baju

Bila mana kedai-kedai lain da jual hanger yang kualiti paling brengset tetapi di Eco Shop jual RM2 untuk jenis yang tebai dan pinky minky apa salahnya beli 2 set. Ye dak?


Decoration items

Eh murah kot. Ni pun aku tengah buat projek untuk balcony aku. Lagi la selagi boleh sep aku sep la. Hajeee gilaa la RM2 ja item2 cenggini. Seppp duit aku!


Set pinggan mangkuk melamine

Eh aku pernah tengok dekat Jusco / Parkson pinggan melamine corak-corak macam gini sekeping RM19 tau. Memang tak kuasa la aku nak beli pinggan melamine RM19...mcam gini RM2 takpe. Ni pun nak pakai buat pi picnic ka apa ka. Eh aku kan romantic..so harus la picnic2 dengan set pinggan mangkuk sweet sweet sawit sawit macam gini.


Wallpaper sticker

Ni yang aku beli ni ala-ala bohemian / morocco style punya sticker untuk biasa orang letak kat dapor buat ala-ala tiles. Yang ni 1 bungkus tu ada 4 keping "tiles"/ corak. So all together aku guna 10 bungkus. Well still consider cheaper using other wallpaper. This one dia punya ukuran 13cm×13cm. So kalau ada yang berminat nak beli, korang ukur la siap-siap and decide berapa bungkus nak kena beli,  nanti pi sana takda la termenung nak beli berapa set pulak kan. Bare in mind keadaan membeli belah di Eco Shop adalah sangat crowded dan korang perlu bersesak-sesak dalam tu especially weekend. That's aku prefer pi time weekdays. This is the best thing about bein a workin mom at home. Hahahah


Susu pekat/ susu sejat

Well well dua hingget ja kot. Tempat lain of course la mahal kan. Paling murah pun pernah jumpa RM2.60..well kalau 60cent tu kalau beli 5 ketul dah berapa boleh sep kan.. so why not rite?


Sebenarnya banyak lagi la menda-menda yang berbaloi untuk beli kat Eco Shop tu macam pasu pokok yang plastic tu RM2 /3 pcs. Frame comel-comel tapi kat tempat aku ni dah takda sebab orang da sapu dulu. Pasu tu pun aku tak beli sebab tu tak tangkap gambar sebabnya berlambak-lambak dah pasu kat rumah aku ni kenn.

Memang cerita dia kalau masuk Eco Shop ni kata nak beli 1 barang ja nanti hang membongak je lah. Semua nak beli dalam ni...sebab pikiaq ala..dua hingget je pun...sekali masa nak bayaq..tet2..tet...lima puluh hingget...nah padan muka...masuk Eco Shop ni jangan mimpi nak set cuma nak beli 5 barang ja...ada ja yang nak beli.tu belum lagi anak2 nak paw mainan la alat tulis la.. ehh lupa nak cakap pensil warna pun RM2 weiiii...😁😁😁