Previous post :

Travelog Phuket :  Day 1 , Roadtrip to Phuket Part II


Courtesy of Agoda.

(Ni second time aku terpaksa write up balik entry pasal hotel ni disebabkan entah mananya hilang draft aku sebelum ni....stresss oiiii kenapa mengapa dia hilang!!! So mood aku nak type panjang-panjang macam the first one maybe dah larik tune...)

Berbalik kepada cerita hotel yang kami stay. Sperti yang kami habaq before this kan. Kami memang pilih untuk stay dekat Patong ja memandangkan Patong lebih happening, lebih tarian tiang, lebih banyak pondan   tipu ok tipu bukan sebab tu la yang oii...of course sebab kami nak tempat yang lebih easy access gitu haa.


Courtesy of Agoda


Untuk pengetahuan hampa semua, Andakira Hotel ni terletak dekat ja dengan Bangla Road. Jangan tanya aku kenapa nama dia Bangla Road walhal aku x nampak pun abangla mahupun adikla di situ.

Jom kita tengok dulu la apa yang best sangat kat Andakira , Andabayar Hotel ni.

Salah satu feature yanag kami nak adalah pool for the kids to enjoy their vacation kan. Tup-tup Andakira Hotel ni menawarkan pool access from room gitu ha.. apa lagi. Cargas ja kami booked yang pool access ni. Harga dalam rm230+semalam kalau tak silap aku. Not bad la kan for the price.

Dan pada aku yang verangans nak me time la sangat ni kan. Of course la aku nak yang ada bath tub. Kira lengkap la ada bath tub macam aku nak kan.

So lets check it out yoo


Drebar yang kepenatan. 


Spacious. Tengok la mek ni buat apa. Aku combine kan dua katil single ni. So jadi macam katil superking wei.


Clean bath room


Bath tub ni antara pilihan wajib aku sekarang sebab aku da macam boring kot nak mandi swimming pool bagai ni



Ok la siap ada bath robe bagaikan.


Pool access from our room


The kids da mula terjun seawal yang boleh. Lepas ja breakfast dengan balcony. Masing-masing berkuak lentang bagai. Seronok wei. Lapaq naik makan. Lepas tu terjun balik. Memang serious seronok la kan.

Oh untuk pengetahuan, Andakira Hotel ni takda la dekat sangat dengan laut kan. Kalau nak jalan tu memang basah keti la mau nya. Please note kalau hampa nak cari yang dekat pantai please tengok map hotel dulu. Kami sebab dah kali ke 5 ke Phuket ni esp Patong ni so xda la excited dah dengan pantai nya. Tapi pantai dia best ok! Tapi kalau hampa nak stay kat Andakira Hotel ni boleh ja hampa sewa moto and ronda-ronda Phuket ni. Aku honeymoon dulu memang sewa moto ja ngn laki aku. Lebam kamo lenjan moto tu sampai ke Kamala Beach la Kata Beach la..Kathu la. Memang kami explore gila-gila la.


Courtesy of Hotel.com

Aduh.rindu la pulak pantai yang cantik ni😅😅😅


And of course la rate yang semakin dekat dengan beach semakin mahal. And banyak "brand" hotel terkenal dekat /berhadapan beaches ni. Tengok nama Andakira Andabayar Hotel pun dah bunyik macam apa ja kan. Lain la kalau Hyatt ka kan. Tapi kemudahan kat Andakira Hotel ni aku puas hati la. Memang tiptop. Aku suka. Selesa and servis pun bagus. 

Apa pun yang penting, nak berjalan ni kena tengok poket masing-masing. Kalau poket korang tebal ok ja kan nak duduk yang mahal pun. Apa de hal. Yang tak berapa nak hado2 macam aku ni. Andakira Hotel ni pun da kira ok sangat-sangat dah tau.

Hampa kalau nak book Andakira Andabayar Hotel ni..boleh ja book melalui medium sperti Agoda, Booking , Expedia, Traveloka, Trivago  n etc. Cari la mana tau dapat murah kat salah saty ni. Macam kami hari tu guna Agoda ja.

 Oklah wei. Aku da ngantuk ni. Nak chow dulum seram pulak malam-malam kul 12.20am ni duk dengar sora budak-budak duk main kat luar tu. Kejadah apa la malam-malam ni nak main2 nak oi. Aku lempang kang kalau budak betul yg duk main2 tu. Kalau setan pulak sila main jauh-jauh. Aku dah la baru lepas habis geram dengan setan ni sebab mengacau Si Aishah. Jenuh pagar rumah bagai.

Okla, hat tu nanti cerita lain na. Okey babai.