Hai kali ni kongsi food review yang agak menarik untuk hampa-hampa semua. Kot2 la ada yang mai Penang tapi jemu asyik makan nasik kandaq ja maciam takdak makanan len dah kat Penang ni kan.

Meh aku nak share kan port baik untuk ber Shell Out. Nama kedai ni Shell N. Terletak bersebelahan dengan Alora Hotel , Bayan Baru. Dekat ja dengan area Bukit Jambul. Kedai makan Shell N duk kat bangunan sebelah ja dengan Alora Hotel ni. Kira bangunan ni memang deret2 kedai makan jugak la.

Untuk kali ni kami pilih set yang untuk 2 -4 pax. Harga berpatutan bagi aku, cuma RM60 sahaja siap dengan nasi sekali. Ayaq asing.

Maii jamu mata tengok naaa


                   
Nin dia haaaa. Memang best!



Rasa padu!


Pedas-pedas manja gitu haa.




Aku pulak yang stress tengok gambaq ni time-time macam ni. Oh nasib


Tengok si kenit tu pun bukan main lagi. Dia pun suka sebab dia kan memang makan pedas-pedas jugak ni. Berebut-rebut la kami 3 beranak oi. Sedapnya. Duk terasa lagi haa.

Kepada En Suami ku, terima kasih la layan napsu gorgon bini ni yang pelik-pelik time ngandung ni. Jap-jap nak chicken chop la jap-jap nak shell out la.. ehhhh. 30 minit sekali berubah. Ni dari konon-konon nak makan chicken chop terus berubah taste nak shell out bagai. Nasib dia tau kedai yang best ni. Masuk pulau pun pulau la janji dapat makan yang sedap-sedap. 

Terima kasih la papa sebab sentiasa nak bagi yang terbaik untuk bini dan anak-anaknya.

***tetiba jadi entry emo pulak***

Oklah, hampa kalau nak p makan jangan lupa p serbu naa. No telefon nanti aku update len kali, husbeng ada la num fon kedai ni. Lupa nak mintak pulak dah.