Kali ni nak share Stock sardin homemade utk bulan puasa nanti..
Sebab suami jenis suka makan sardin nak kena goreng...
So kita goreng dulu lah(taknak goreng pun xpa..ikut suka korang)

Lepas tu masuk dalam pressure cooker...
Aku guna philip pressure cooker...
Kalau guna periuk biasa mungkin amik masa 6-8jam..
Aku guna #ppc ni cuma amik masa 1.5hrs saja...
Kalau ada yang nak cari electric pressure cooker mcm ni..boleh cari brand russell taylor kat lazada..
Yang tu pun ok jugak katanya(sebenarnya aku tengah aimed nak beli yang RTPC ni untuk backup noks..tetiba haku jadi gila gajet dapoq..mampuss la kena cepuk dengan laki aku nanti....

Resipi:

Bahan:
Ikan selayang/sardin (nak guna makerel pun boleh...nanti jadi makerel homemade la bukan sardine homemade😆😆😆)
Sos tomato (aku pakai kimball dalam paket refill tu..sapa rajin nak buat sos tomato sendiri silakan)
Sos cili cap arnab ( aku buat versi pedas skit)

Cara-cara:
1. Ikan sardin ni saya potong kepala..buang segala sirip dan perut ( saya tak potong 2 sebab nak makan bagi puas sekoq2)

2. Goreng dulu ikan2 bagi nampak macam kesan goreng tapi jangan terlampau garing ya. Angkat dan toskan minyak ikan tadi ya.



3. Dalam philip pressure cooker aku, masukkan sos tomato dan cili.

4. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan air paras-paras lepas ikan tadi ja. (Masak guna pressure cooker air takkan berkurang ya. Sebab tu kena guna air patut padan ja)


Ni dalam #ppc ye. Jangan biar tenggelam sangat tau. Macam ni dah ok dah!


5. Tutup philip pressure cooker dan pulas tombol ke seal dan set dekat bahagian pressure tu..pilih yang STEAM..tekan KEEP PRESSURE dan tambah masa (tekan MIN) hingga ke 59 (sebab setting dia sampai 59 ja...after 59min+ tambah lagi setting yang sama untuk 30-35min.




6. Bila da siap, beep akan berbunyi...jangan lupa release pressure...bukak and keringkan air guna mode BAKE...tekan ja yang chicken pun boleh. Agak2 air da kering jangan lupa off kan mode Bake tu.. and boleh la korang bahagikan dalam bekas.

7. Da siap bahagi dalam tipuware,sejukkan dia..pastu masukkan dalam freeser..nak makan nanti panaskan ja ikut cara korang.


Ni kalau cap yang aku suka King Cup tu setin tak lari RM7.50..kira la kalau beli 4 tin..dah berapa. Ni aku beli ikan sekilo RM9 je noks. Selamat duit laki aku. Tak sayang bini yang terer berjimat ni aku tak tau la nak cakap apa kan. Ehh philip pressure cooker ni pun aku beli duit bisnes aku ya. Kalau sruh dia alah..tak perlu ok...semua tak perlu. Takper...tapi aku perlukan handbag Coach raya nanti ya hubsbaby..kahkah...fattzura sangattt.


Dah siap.


Nah gerenti xdak cacing pita apa bagai! 

Jangan tanya kalau takda electruc pressure cooker macam mana nak buat ehh...sebab tu dah lari topic tau. Sebab tu tajuk dia dengan Philip Pressure Cooker. Kalau takdak..sila beli dulu ya. Invest for future bebeh..yang laki ko jangan cakap kat bini ko tak perlu tau..
Sebab dengan menda alah ni bini hang boleh masak nasik dalam masa 7 minit ja bro. 

Ok la chow sin chiiii.