Assalamualaikum semua
Hai apa habaqqqqq....
Maafkan lah tuan empunya blog yang M.I.A sebab baru ja pulang bercoti bersama keluarga tersayang.

Ok lah, cut it short kali ni nak cerita sikit pasal Ramadan Buffet Dinner di Eastin Hotel, Penang. Bertemakan Warna Warni Ala Kampung, Eastin Hotel Penang menyediakan lebih kurang 100 jenis juadah berbuka. Kalau nak tau, Eastin Hotel Penang ni terletak berdekatan Queensbay Mall yang mana terletak di Bayan Baru. So lepas ni orang-orang Bayan Baru tak kalut dah nak pi jauh-jauh untuk menikmati Ramadan Buffet yang best-best kan.

So apa yang bestnya dengan Ramadan Buffet dekat Eastin Hotel Penang ni ya? Ok kalau hampa nak tau, sempena bulan Ramadan ni, team culinary Eastin Hotel Penang ada menawarkan promosi istimewa buffet Ramadan yang mengetengahman barisan buffet yang bercirikan tradisional dengan pelbagai masakan ala kampung. Jom tanpa membuang masa lagi jom kita tengok juadah-juadah yang disediakan oleh Eastin Hotel Penang ni.


Eastin Ramadan Buffet😍😍😍



Kalau perut Melayu macam aku ni..kalau bukak puasa ja mesti kena makan nasi. Dah terbiasa macam tu dari kecik mama ajaq kan. So apa-apa nasi tu penting. Sedap nasik ni! Tambah pulak dengan lauk-lauk dia. Perghhh padu. Adriana siap makan nasi ni kosong lagi tanpa lauk lain. Sedap lewww tewww.


Aneka kerabu/ salad.
Kerabu pun omgee my fav sangat!


Kambing golek Eastin Hotel Penang | sedap bohhh. Recomended sangat. Rasa juicy. Isi kambing tak kering. Pendek kata kena dengan gravy dia memang perghhh terbaik.


Ekor lembu masak ros ni pun antara menu fav aku. Sotong kembang dia n ketam pun sedap. Makan dengan nasi panas-panas, kalau mak mentua lalu belakang pun x sedar! Kahkah


Daging kuzi pun antara hidangan yang aku jarang makan. Tapi bila dapat makan kat sini yang sedap macam ni memang walaweh. Ehh malas la nak cerita. 


Tak pernah makan kupang masak Kam Heong ni. Ehh sedap rupa-rupanya!


Nahhh mampu nak sedut gearbox macam gituuu????


Aneka pencuci 


Sedap kek nangka tu! Ehh semua la sedap kot.


Kerabu kaki ayam my fav!

Korang yang nak tau lebih lanjut pasal details Ramadan Buffet di Eastin Hotel Penang ni boleh la check details di bawah ni.




Ramadhan Buffet Dinner di Eastin Hotel Penang

Tema
Warna Warni Ala Kampung

Tarikh
18 May 2018 - 14 Jun 2018

Masa
7.00 pm  - 10.30pm

Lokasi
Swez Brasserie

Harga
RM120 nett/dewasa, RM69.00 nett/warga emas & 50% diskaun/kanak-kanak

Promosi 'early bird'
RM100.00/dewasa

Laman sesawang

Facebook

Instagram