Haishhhhh esok lusa da puasa uiiii
So mari lah kita pederaih siapkan semua review Buffet Ramadan yang masih berbaki. 

Untuk review kali ni, aku nak share salah satu hotel yang bagi aku makanan-makanan dia tak kurang jugak hebat dia. Tak lain tak bukan  di Cititel Penang. 

Untuk tahun ni Cititel Penang kembali dengan tema Masakan Citarasa Malaysia. Bertempat di Main Street Café, Cititel Penang. Buffet yang dihidangkan berkonsepkan hidangan Malaysia yang bermula dari Ahad hingga Khamis yang akan dihidangkan dari 19 Mei hingga 23Mei dam 26 Mei ke 30 Mei 2019.

Antara signature dish yang bagi aku hampa wajib try dekat Cititel ni adalah Kari Kepala Salmon dia. Serious talk sedap OK. Bagi pminat sup gear box, jangan risau dekat Cititel Penang ada OK. Antara kesukaan aku adalah Gulai Nangka muda Dan ikan masak lemak. Tengah duk taip pun telan air liur ni wei😂

So marilah kita me jamu mata terlebih dahulu untuk melihat juadah yang disediakan. Kalau tengok time puasa tu aku minta maaf tau kalau hampa drooling teruk nanti.









Kebetulan masa kami review ni hari Jumaat, hari jumaat ada spread untuk Japanese buffet sekali.. So ada la segala sushi Dan sashimi ya. Dan sebab tu Masakan Citarasa Malaysia ni cuma dari hari Ahad hingga Khamis ya. 








Pencuci mulut yang menarik hati kami. 











Untuk pengetahuan hampa harga untuk Citarasa Malaysia Buffet ni adalah Seperti di bawah. 


Citarasa Malaysia Buffet
Waktu : 6.30 pm - 9.45 pm
Dewasa : RM 85nett
Kanak-Kanak : RM 43nett (dari umur 6-12 tahun, bawah 6 tahun makan secara percuma)
Warga Emas : RM 60nett (umur 55 tahun ke atas)


Dan untuk pengetahuan hampa juga Cititel Penang ada menyediakan Riang Ria Buffet lunch Sempena Hari Raya Pertama Dan Kedua. 
Riang Ria Buffet Lunch
Waktu : 12.00 pm - 3.00 pm pada Hari Raya Pertama & Kedua
Dewasa : RM 63nett
Kanak-kanak : RM 31nett
Warga Emas : RM 44nett
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian +604-291 1128. Jangan lepaskan peluang berbuka puasa di Cititel Penang. Boleh juga hubungi :
Mary Foong
Assistant Communications Manager
Cititel Penang, The Wembley, Penang & Cititel Express Penang
66, Jalan Penang, 10000 Penang.
Phone : 04-2911 030/04-259 8229
Fax : 604-370 1185