So kembali kita dengan entri untuk Travelog Perth ni, entah bila ntah nak siap kan. Tapi apa pun, jom kita sambung ya.

Selepas ja selesai makan Charcoal Chicken dengan lamb rack yang maha sedap tu (previous entry, click HERE), maka kami pun bergerak pantas ke Perth CBD. Ya kali ni kami check in dekat area town pulak. Untuk kali ni, kami pilih untuk stay di Kings Perth Hotel yang terletak di Hay St yang femes di Perth tu. 


Pic credit to Mr Google.

Hotel ni agak old skool ya. Interior dalaman semua serius old skool. Tapi ok ja dis hotel, selesa. Memang betul-betul terletak dekat Hay St and bersebelahan dengan Murray St ja. Pendek kata everything is walking distance giteww.


Pic credit to Mr Google.

Sory takdan nak tangkap gambar dalam hotel ni. Sebab sampai-sampai tu melepet macam lepat dah terus humban segala luggage bagai dalam bilik. Cuma yang pasti bilik dia memang besar, bilik yang kami dapat sebijik macam ni. Ada katil queen and single macam tu. Kalau anak 2 3 pun boleh lagi sumbat dalam hotel ni sebab luas je kot. Plus katil tu pun muat kot. Kami 3 beranak dalam ni memang selesa la jugak. Tapi bagi aku, tak berapa nak best sebab takda microwave macam kat hotel kat Scarborough tu. Yang tu kira tiptop la.


Pic credit to Mr Google.
Suka toilet dia sebab stail guna mozek kecik2 dulu. Old skool sangat wei.



Tapi seperti biasa the flaw dia, this hotel takdak parking ya! Bear in mind kalau hotel dekat area town yang mcm gini mmg takdak parking ya. But, hotel ni sebelah dia ada parking bertingkat tu BUT per day is 30AUD! gila hang!!!tanjat makjem tauuu...tapi untuk pengunjung Kings Perth Hotel boleh la dapat 15AUD!  but kalau convert stil pengsan!!! Their parking fare mmg mahai gilos weiii..

No wonder la tak banyak kereta dalam area Perth CBD ni..tenang ja kat sini..kat "pekan" Perth ni, silap-silap Baling pun banyak lagi wei kereta.  Maybe ni la langkah-langkah yang gov diorang amik untuk elakkan traffic congestion;buat parking fare mahal nak mampos...and dats what Malaysia try to duplicate and implement soon. Tapi public transport kt Perth ni tip top meletop kak lina pom pom kot. 

So kiranya, hotel ni amatlah sesuai bagi mereka-mereka yang tak sewa kereta bila mai Perth ni and commute guna public transport ja. Kalau tak, bayar ja lah parking fare yang mahal itewww.

So malam tu lepas mandi and berehat-rehat and golek-golek, hubs ajak jalan-jalan kt Hay St. Keluar jalan-jalan tu ada kot dalam kul 9pm+ tapi dia punya lenggang tu macam kat Malaysia kul 1pg. Muahahahha. Perth is lovely n calming oi! 


Kul 9pm+ da lenggang wei padahal ni macam kira area Bukit Bintang la kalau kat Perth tu.


Makyong jalan sana time tu pun releks2 ja, Aishah dalam perut pun xbanyak hal sangat. Singgah ke 7E kat Hay St beli hot choc 3 in dia pun sedap nak arwah wei.

Mula-mula beli satu share laki bini pastu ehhh tak tahan patah balik 7E beli lagi satu sebab sedap sangat nak share 2 orang oiii. Adriana pun behave ja kt sana sebab sejuk kan. Pusing-pusing la kami jalan-jalan kat Hay St and Murray St tu. 

Last-last penat jalan maka kami pun singgah la kedai pak arab tu supper, makyong dah lapaq gitew...


Lamb pizza!

Kedai Pak Arab ja yang bukak sampai lewat2 malam ni. Masuk dalam kedai ni penuh dengan orang Malaysia ja. Rasa mcm kat Malaysia pulek. Kedai makanan Msia pun actually banyak ja kat sini tapi tutup awal la kan.

Maka pulanglah kami ke hotel dengan kekenyangan dan ready untuk lena. Esok ada lagi tempat lain untuk diterjah.