Sebut saja Echanteur Paris mesti kita semua familiar sangat dengan brand ni. Kalau lalu ja kat bahagian perfume or deodorant masa kecik-kecik dulu kat dalam supermarket, brand Echanteur la yang paling aku suka nak sembur-sembur. Kenangan sangat tau. Bau dia memang takyah cakap la memang best. Kadang-kadang curi-curi jugak sembur perfume Echanteur mama kat rumah tu.


Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.





Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.


 Suprise sangat rasa bila dapat parcel dari Echanteur Malaysia. Dapat-dapat memang terus buka. Orang Kedah kata ciwi sangat kan. Memang mengimbau sangat kot kenangan masa zaman muda remaja (lani dah terasa tua bangka.hukhuk)



Packaging pun menarik sangat-sangat.


Ada stail, gaya-gaya Paris sangat kan.



Tersenyum terus bila buka parcel ni. Hmmmm wanginya!

And kalau korang nak tau kan, sekarang ni produk Echanteur Paris ada macam-macam variasi tau seperti:




ENCHANTEUR PARIS Mon Amie



Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.

ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.

ENCHANTEUR PARIS Adore

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) (RM10.10 – 100ml)




Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant)   (RM8.70-50ml)


Losyen Wangian Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion)  (RM16.95 – 300ml)


Losyen Wangian Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion)  - memberikan kulit perlindungan  (RM7.50 – 100ml)

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Dan kalau korang nak dapatkan produk-produk Echanteur ni, boleh la dapatkan di pasaray-pasaraya yang berdekatan dengan korang ya.