Kami di sini untuk Karnival Hijabey 2016 di Spice Arena Penang atau lebih dikenali sebagai PISA di kalangan Penangites. Karnival yang bermula dari 18-19 June yang lepas menawarkan pelbagai fashion muslimah yang sedang meningkat naik dalam industri fashion di Malaysia.
Sapa hat takdak baju raya lagti eloklah ke karnival-karnival macam ni. Serius akan rambang mata dan harga-harga yang ditawarkan pun biasanya jauh lebih murah.

Macam for me of course la ada limitation since size-size "comel" ni limited sikitkan design and pilihan yang available. Tapi memang bila tengok collection dari Zaithalea ni terus rasa YEAYYYYYYY SERONOKNYAAAAA....finally ada gak baju plus size untuk orang macam i ni. Size yang ditawarkan bermula dari size S hingga ke 8XL. Susah kot nak cari butik plus size kat area utara ni. So bila ada tu macam syukur gila kot. Dah la design pun lawa. Susah kot nak cari kebaya untuk plus size.

Nin dia haaa Ramona Kebaya for plus size macam i. Adoi lawa nya dua-dua kaler ni. Pink nampak shuweeet sangat tapi hitam efek kurusssss. Haihhhh rambang mata ni.

Ni pulak baju kurung kedah untuk plus size , nama diberi Ku Kamariah Kurung Kedah. Dulu-dulu masa kurus sikit memang aku suka sangat pakai baju kurung kedah sebab selalu bagi efek nampak tinggi and kurus sikitttt la,. Bila nampak baju kurung kedah plus size ni hati ada sinyumm skit la sebab yesss ada jugak baju kurung kedah untuk si plus size yang comel-comel macam ni. Material kain pun bagus. Memang jenis bila pakai tak rasa panas , memang bonus point la kan. Sesetengah tu size da besar tapi material pulak alahai. Tapi baju kurung plus size dari Zaithalea ni In Sha Allah mesti korang-korang yang plus size macam aku ni akan puas hati jugak.

Koleksi-koleksi baju kurung plus size dari Zaithalea tersusun rapi. Senang nak Tengok kaler and size tau.


Koleksi Instant Shawl dari Zaithalea. Lawa-lawa shawl dia. Memang serius rambang mata.


Selain dari koleksi baju kurung plus size yang menarik dan shawl, Zaithalea jugak mempunyai koleksi ispired perfume antarabangsa tau, Zydora Perfume namanya! haaa bau memang long last sangat takyah cakap la. Cik Wilma (Pengasas Zaithalea ) kasi kami satu perfume tau. Pilihan aku Victoria Secret Bombshell tu. Bau dia memang sama sebijik and sangat-sangat long lasting bau dia.

Pengasas Zaithalea, Cik Wilma bersama Datin Ismalina Ismail yang datang melawat ke booth Zaithalea hari tu. Sempat juga Datin berikan beberapa tips berniaga untuk Cik Wilma, aku apa lagi tumpang sekaki la mendengarnya. Ya lah aku pun memang minat bisnes kan. So tak salah rasanya dengar tip-tip berniaga dari golongan-golongan yang berbeza ni kan.

Ni la Cik Wilma, sempat ajak selfie dulu. Seorang yang friendly da peramah angat-sangat.

Lepas ja dari melawat booth kat Spice Arena ni, maka kami pun gerak la ke Olive Tree Hotel yang terletak di depan Spice saja. Thanks Cik Wilma belanja kami buka puasa dekat hotel. Makanan pun sedap-sedap kan. Sapa tak suka makan free oi. hahaha

Nyum-nyum tengok ni terus telan air liur. Adehhh sory baby dalam perut. Mama cepat-cepat tak tengok gambar ni ya.

Selfie bersama rakan blogger, Cik Ika. Dapat kawan baru sorang lagi kat Penang ni.

Thanks kepada pihak Zaithalea yang sdui belanja kami buka puasa hari tu.



So kepada hampa-hampa yang terlepas karnival last week, boleh la ke karnival seterusnya yang Zaithalea join. Untuk pengetahuan Zaithalea akan join karnival pada hujung minggu ni di SP Arena di Seberang Jaya pulak. BOOTH NUMBER C5 TAUUU. ***of coz time carnival ni harga memang SALE KAW KAW. hee takmau ka hampa-hampa semua?



SEE...very the cantik kan. Rambang mata tauuu.



TAPI kalau korang tak dapat jugak nak pi weekend ni, korang boleh ja terus WALK IN ke butik diorang tau

ZAITHALEA BOUTIQUE
NO 1-2-12A , I-AVENUE,
MEDAN KAMPUNG RELAU 1,
BAYAN LEPAS,
PENANG

IG: ZAITHALEA
FB PAGES : ZAITHALEA BOUTIQUE

Whatsapp: 0164456435