Itaewon Class Review

in , by Alia Farhan, 8:15 PM

 


Itaewon Class... Sapa dah tengok cerita ni? Aku baru ja lepas tengok cerita ni kat Netflix. Ya lah.. Aku ni jarang jugak tengom cerita-cerita Korea kalau bukan Lee Joon Gi or Kim Tae Pyung aka Hyun Bin yang berlakon... Tapi sebab heart broken dengan Hyun Bin....maka aku pun melayan la cerita ni sebab masa aku review cerita Start Up hari tu.. Ada kawan2 aku suruh tengok Itaewon  Class ni sebab cerita dia pasak business gak.

Mana la aku tau Itaewon Class ni pasai business kan..aku ingat pasal sekumpulan remaja yang attend class dekat Itaewon.. Kahkahhhhh

Cerita dia pasal Park Saeroyi yang kiranya seorang yang berpegang kepada prinsip hidup dia yang tersendiri. Kisah dia bermula bila dia pukul Jang Geun Won, seorang anak orang kaya, Jang Dae Hee.. Tokey si Jangga Group..n kebetulan bapak si Park Saeroyi ni pulak pekerja dekat situ. 




Dia pukul Si Geun Won tu bukan sebab apa... Sebab si mangkuk ni duk buli seorang budak ni. But since Geun Won ni anak orang kaya... Cikgu2 semua tak memihak kepada Saeroyi ni.. Lebih teruk lagi bapak si Geun Won ni gunakan pengaruh dia untuk buat Si Saeroyi ni kena buang sekolah n bapak dia letak jawatan dekat company tu walhal bapak dia ni dah lama kerja dekat company tu. Kiranya si bapak Geun Won, Jang Dae Hee ni memang seorang yang kejam and suka menindas orang-orang di bawah dia. 

And lepas bapak Si Saeroyi ni letak jawatan, dia pun decide ka untuk buka bar dengan anak dia Saeroyi.. But something bad happened, Mr Park kena langgar lari and mati dekat tempat kejadian.. And lebih menyakitkan hati lagi yang langgar lari bapak dia tu adalah si Geun Won. Tapi as usual la sebab bapak dia kaya, depa gunakan kambing hitam yang lain konon2 gardener diorg yang langgar bapak dia. Tapi si Saeroyi ni dapat tau yang Geun Won yang langgar.. So memang naik gila la dia... 

Memang kaw2 dia belasah Si Geun Won tu sampai da nyawa-nyawa ikan.. Tapi tak sempat nak ni sebab si Oh Soo A, crush si Saeroyi datang pujuk supaya tak teruskan niat dia tu. Last2 dia kena tangkap and dipenjarakan selama 3 tahun. Masa dalam penjara ni dia banyak belajar selok-belok perniagaan dari buku Jang Dae Hee ni. Oh Soo A pulak dalam masa yang sama seorang orphan ditaja pelajaran dia olah Jang Dae Hee untuk tutup mulut pasal cerita ni. 


Fast foward lepas 3 tahun dia keluar penjara and pi ke Itaewon untuk jumpa Soo A ni.. Masa tu Haloween tak silap.. So Itaewon ni sangatlah happening gila. So he decided to open a bar in d next 7 years. Dalam masa 7 tahun tu dia pi bkerja buruh dekat fishing vessel. Ya la... Dah la school dropped out. Lepas tu ex con pulak.. Tempat mana ja nak amik kerja kan.. Dalam masa tu dia kumpul duit2.. And duit insurance yang Mr Park dulu tu. 

So after 7 years tu dia bukak la pub nama DanBam. Mula-mula tu business dua sangat hambar. Dia tak tau macam mana nam marketkan DanBam ni..yalah dekat Itaewon tu ada macam-macam pub kan.. So of course la banyak persaigan. Nak2 pulak Jangga Group pun ada their own pub dekat situ yang very well known. 

So dekat sini la, Saeroyi jumpa Yo Ji Seo.. Perempuan senget tapi otak geliga ni. Dia ni memang jenis outspoken habis and jenis lantak aaa... Oh she was portrayed as very famous influencer n blogger. Dekat sini la dia lantik diri dia as Manager of DanBam n quit Uni untuk bangunkan DanBam.. She was actually fall in love with Saeroyi. Start dari situla DanBam ni makin berkembang.. Tapi dah elok berkembang.. Tuan kedai pulak jual banggunantu and depa terpaksa pindah sebab owner baru nak meniaga dekat situ. Nak tau sapa yang beli? Si tua kutum Jang Dae Hee tu lah.. Haram betui perangai... 



Menyakitkan hati betuk kalau jumpa orang tua macam ni!!! 🤣 🤣 🤣 


And dalam masa yang sama sebenarnya Saeroyi dah lama beli share dekat dalam Jangga Group ni.. Dibantu oleh Ho-Jin, budak yang Saeroyi tolong masa Geun Won buli sampai dia kena buang sekolah. Disebabkan orang tua tu dapat tau Saeroyi tu ada share dalam syarikat dia.. Sebab tu dia benggang and beli banggunan yang DanBam meniaga tu. And sebab tu la Saeroyi terpaksa liquified dia punya share untuk beli banggunan untuk DanBam. Bila orang tua kutuk tu dapat tau.. Makin benggang la dia sebab dia pernah ugut Saeroyi untuk beli semua banggunan yang DanBam duduk. 

Tapi Saeroyi ni bijak.. Dia pi beli terus banggunan lain untuk DanBam. At first tempat baru ni agak suram. The whole neighbourhood dekat kawasan ni business dia agak suram... Tpi Saeroyi comes out with the idea utk tarik orang supaya mai kt area tu. Dia bukan attract orang ke kedai dia saja.. Tapi dia tolong jugak kedai2 yang berjiran dengan dia.. So secara tak langsung.. Kawasan tu makin menarik and orang sedar kawasan tu best. Haa mcm gitu lah.

So makin lama.. DanBam buat comeback and makin ok business depa. So bila nk corporate kan business depa... So they came out with the name of Itaewon Class (IC). And Yi Seo ni dapat tawaran dari Jangga utk join depa. Si Geun Won ni pi jumpa Yi Seo utk offer job. Tapi ntah macam mana si Yi Seo ni pancing untuk Si Geun Won ni cerita apa yang sebenaqnya jadi antara dia dengan Saeroyi... N she managed to record it. So disebabkan ni si Geun Won ni kena penjara. 

So disebabkan ni Si Jang Geun Soo si adik Geun Won yang bkerja di DanBam tu quit his job dekat DanBam. Oh lupa nak cerita Si Jang Dae Hee ni ada anak lelaki lain si Geun Soo ni tapi dia ni macam tak dilayan sebagai heir la... Kiranya macam abandoned la skit. So di ni balik and tuntut tempat dekat Jangga Group and bapak dia sebab da takdak pilihan lain terpaksa la bagi dia ni tempat dekat dalam company tu. 

First foward 4 years later, DanBam makin maju and depa ni da jadi 2nd Food Retailer and persaing terdekat Jangga Group. And time ni la Geun Soo pun dah buktikan kat bapak dia.. Dia capable and da jadi director.. So kiranya dia ni the next heir la kan. And dalam masa yang sama si tua kutuk ni kena cancer pancreas.. Ada lebih kurang 6 months ja to live. Dah duk sakit2 pun perangai stil terkutuk ya... Eiii gerammm akuuuuu.. 



Duk sakit pun perangai mcm kamjat! 


Meanwhile dekat IC pulak, Saeroyi pulak da start develol feeling dekat Yi Seo... And ada satu time tu Yi Seo pengsan.. And start dari situ dia tau dia bukan saja suka dekat Yi Seo tapi dia dah fall for her. Ya lah. Sebab apa2 pun Yi Seo yang ada dengan dia..jatuh bangun dia... And satu hari tu Yi Seo kena kidnap dengan Geun Won(mangkuk ni dah keluaq penjara dah... Still mcm harommm perangai)... Haa time ni la Saeroyi and Geun Soo bertarung nyawa nak selamatkan Yi Seo..lupa nak cakap.. Si Geun Soo ni pun suka gak kat Yi Seo ni... 



Macam biasa la.. Hero mesti la menang kan.... Lepas tu hujung2 tu Si Soo A resigned and pi bagi maklumat pasal salah saku.. Bribery.. Pecah amanah bla bla dekat polis pasal Jangga Group. Start dengan tu orang tua kutuk tu dah mnggelabah sebab tau Jangga Group nak collapse anytime.. Time tu boleh la datang melutut dekat Saeroyi... Motiffff sangat.. Kalau tak berlagak tak hingat dunia... Terkutuk gilaaa... 

Last2.. Mcm biasa la... Saeroyi dengan Yi Seo.. Soo A bukak cafe and duk ushar2 Chef yang dia nak hired... Jangga da kena absorb and jadi anak syarikat IC. 


Auuuu sweet ending ❤️❤️❤️

Cerita ni bagi aku best... Jalan cerita dia memang best. Xdak hole plot dalam storyline dia. Aku suka... Banyak benda pasal corporate business yang besar-besar kita boleh belajar dalam ni. Business bukan pasal makin profit saja.. It's about people bak kata Saeroyi. Dalan business kita kena ada satu principle yang jelas... Jangan menindas and buat benda yang tak baik dekta orang2 bawahan kita and make it as benda normal. Melakukan penindasan dan buli dekat orang lain tu bukan benda biasa ya. Please bare in mind... Bullying n repression is never ok....
Lagi satu aku suka.. How the view the influencer or blogger punya pengaruh.. Tak macam dekat Malaysia ni.. Xmenghargai langsung esp bloggers ni.. Ada ka patut suruh buat video gelek2 bayaq RM25.. otak hanggggg 🙄🙄🙄

***pictures above credit to Google. 

Pssss...korang tolong suggestkan cerita Korea best2 yang ala2 mcm ni skit kat aku yang ada dekat Netflix ka.. Aku tengok kt Netflix thru phone senang skit.. Boleh speed up to 1.5x...baru cepat skit habis marathon 😂😂😂







SHARE 16 comments

Add your comment

  1. Fuh gigih kita baca panjang lebar ni. Kita jarang tengok ceriat korea tapi kalau best memang tengok..Nampak cerita ni masing2 nak tunjuk hebat

    ReplyDelete
  2. Rawlins tak layan lagi Itaewon Class nie walau dah bertahun adik paksa tengok. Tapi baca your review memang nampak best. Rawlins pun dah start benci dah tua tu walau tak tengok lagi. Haha

    ReplyDelete
  3. what a great and detailed review. this looks like such a fun show to watch. cant wait to add it to the list!

    ReplyDelete
  4. Tengok cerita.. the kingdom hahha.. best juga layan.. tp xde plot cinta

    ReplyDelete
  5. Dah tengok cerita ulang banyak kali pulak tuh haha ! Memang best dan sangat terinspirasi dengan watak Park Seo Roy I yang sangat berpegang pada matlamat dia sampai berjaya.

    ReplyDelete
  6. tak dpt nak suggest sbb i tak tgk korean :) hehehe if english in netflix, BYK

    ReplyDelete
  7. tak pernah tengok lagi tapi ramai yang bagi review positif especially ilmu business yang diorang tunjuk dalam drama ni. selit jugak nohh part video gelek tu hahahaha

    ReplyDelete
  8. Tak familiar pulak dengan pelakon2 cerita ni, hehe. Emi jenis yang cenderung nak tengok cerita korea yang emi familiar dengan pelakonnya je. Tapi kalau ramai cakap best, kena la tengok jugak.

    ReplyDelete
  9. Awww sweet ending and in the middle memang exciting sis boleh kejar sampai 8 jam straight hahahah.

    ReplyDelete
  10. itaewon ni last year dah tengok..mmg best..menang beberapa award...termasuk OST dia pun best

    ReplyDelete
  11. Kekadang layan gak Kdrama gini. Baca review menarik so nanti nak layan tonton laa

    ReplyDelete
  12. jarang layan kdrama

    dan hakikatnya budak orang2 Malaysia yang buat bisnes dekat Itaewon haha tiba2 kan :D

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, hai! Jemput join Giveaway Cuya ^^

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete
  14. Alamak macam mana nak komen ni kita tak tonton cerita Korean ni hehehehe tapi kita ada juga lah baca sikit-sikit daripada review macma ni kat blog hehehehe.....

    ReplyDelete
  15. ramai yg cakap drama ni best. ok2 nanti sis layan pula..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html

    ReplyDelete
  16. Top fantasy and comedy kdrama
    1)Strong girl do boon soon
    2)Hotel del luna
    3)Doom at your service
    4)Goblin
    5)extraodinary you
    6) My love from star
    7)W two world
    8)My roommate is a gumiho
    9)Master sun
    10) Korean oddeysey
    11)Lets fight ghost
    12)Oh my ghost
    13)While you were sleeping
    14)The legend of blue sea
    15)The tale of nine talent
    16)The king eternal monarch
    17)Secret Garden
    18)Abyss
    19)The uncanny counter
    20)18 Again

    Romance and school
    1)school 2015
    2)school 2017
    3)weightlifting kim bok jo
    4)to the beautiful you
    5)hwarang
    6)im not a robot
    7)its okay not to be okay
    8)live on
    9)Shopping king louie(comedy,romance)
    10) Vincenzo (action, romance, comedy)
    11)my id gangnam beauty
    12)my private life
    13)my unicorn girl

    Last
    crash landing on you (wajib tgk😂😂hehehe)

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS